Written by Bella | October 25th, 2016

Sebelum ini, penyanyi lagenda Nora Ariffin menerusi akaun Facebooknya ada meluahkan rasa sedih ataupun merajuk apabila suaminya komposer, Johan Nawawi tidak mempunyai masa untuk memberikan beliau sokongan ketika menyertai Gegar Vaganza 3 pada minggu pertama.

Namun, kesedihan Nora terubat apabila Johan pada konsert kedua minggu lepas hadir seawal jam 3 petang dan menghadiahkan sejambak bunga buat isteri tercinta. Nora akui beliau merasa seronok dan ia merupakan detik terindah buatnya.

Benar, hari ini suami ganti semula masa sibuknya dengan datang melawat saya sejak dari pukul tiga petang. Saya terharu, kerana beliau turut membawa sejambak bunga. Kali terakhir saya mendapat hadiah sebegini adalah 23 tahun lalu. Kedatangan beliau sedikit sebanyak telah mengubat kesedihan saya. Pastinya saya seronok, terima kasih.

Berbicara mengenai status yang ditulis oleh Nora, Johan menganggap ia adalah perkara biasa dalam kehidupan manusia yang penuh dengan komitmen.

Namun, hubungan beliau dan Nora baik-baik sahaja dan beliau selalu menyokong setiap perkara yang dilakukan oleh Nora. Johan pada masa yang sama menjelaskan sebab mengapa beliau tidak hadir.

Kita manusia, ada masa saya sibuk dengan kerja. Program GV3 memang memerlukan komitmen masa yang banyak dan saya pula mempunyai perniagaan, jadi sudah tentu tidak dapat selalu berada di sisinya.

Bagaimanapun, hubungan kami tiada masalah. Sejujurnya, saya tidak pernah tidak memberi sokongan kepada Nora, cuma kebetulan ketika sesi latihannya tempoh hari, telefon bimbit saya kehabisan bateri. Jadi, saya tidak menghadirkan diri, mungkin disebabkan itu emosinya terganggu.

Nora dan Johan merupakan pasangan yang sentiasa menyokong antara satu sama lain sejak kali pertama Nora menceburi bidang nyanyian. Biasalah tu kalau isteri merajuk, yang penting suami kena pandai pujuk. Betul tak? Hehe..

Sumber Berita : Kosmo!

16 responses to Kesedihan Nora Terubat Bila Suami Hadir Di GV3 Memberikan Sokongan

  1. Anonymous says:

    duduk rumah je la…

    5

    4
  2. kak nam says:

    dah boleh agak siapa akan jdi juara GV3- sarah raisudun.

    7

    1
  3. orgkampongyo says:

    en somi tak bagi nyanyi tu ade la sebab. dia tak nk bini dia masuk neraka. sore tu aurat. jadi en somi tak nak subahat dan ta mau dituduh dayusss diakhirat nanti.. itu ustaz cakap ye. aurat tu bukan pada menutup kepala shj…untuk ingatan den dn orghng kampong den yo..

    4

    1
  4. apa da says:

    Suami bagi b*t*ng ok ler balik khennn…

    0

    6
  5. kan.. says:

    daa tua2 pun mo over lagi…jeleksss

    2

    1
  6. Aida Musa says:

    hehe .. i think kalau nak kata sweet, this is real suweeeeetttt .. pasangan yg matang dan lama dalam perkahwinan perlukan moment begini, bukan sahaja pasangan muda/baru nikah (or worse belum bernikah lagi) .. semoga berbahagia nora dan suami serta keluarga ^_^

    13

    1
  7. Mak Becok says:

    Suara Nora masih sungguh hebat! Dahlah tu, masih jelita!

    0

    0
  8. cma says:

    ek ele.. mengada-ngadanyer..

    1

    1
  9. X says:

    Minggu depan boleh OUT!.pegi merajuk kat rumah.Geli doh!

    1

    1
  10. Anonymous says:

    Duhh makcik nora nii… tlg la blk rumah jaga anak2 tuu beranak ramai sebok nak cari side income pulekk skang…x yah nak come back sgt la makcik

    1

    0