Kes Saman RM1 Juta, Johan & Ozlyn Terima RM170,100 Sahaja

Hiburan

Kes Saman RM1 Juta, Johan & Ozlyn Terima RM170,100 Sahaja

Jika pada 7 Januari 2014 yang lalu, orang ramai telah menggelar Johan sebagai orang kaya baru kerana memenangi kes saman bernilai RM1 juta namun, terkini Mahkamah Tinggi memerintahkan Johan dan isterinya Ozlyn diberi ganti rugi sejumlah RM170,100 sahaja.  Walaupun banyak beza dengan RM1 juta yang dituntut, namun kira oklah tue daripada tak dapat langsung. Boleh juga duit kemenangan ini digunakan sempena Hari Raya nanti.

johan

Advertisement

Arahan pembayaran kepada psangan suami ini adalah sebagai ganti rugi kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010. Dalam penghakiman itu, Hakim Datuk Su Geok Yiam turut memerintahkan Pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.
johanMahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail serta faedah lima peratus. Selain itu, kedua-dua defendan juga diperintahkan membayar kos RM50,000 kepada Johan dan Rozlinawaty.

Kecederaan yang dihadapi pada wajah Johan menyebabkan parut kekal dan sebagai seorang pelakon Johan bergantung kepada wajahnya untuk mencari pendapatan, akibat daripada kecederaan itu telah menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon,” kata Hakim yang turut mengambil kira bahawa plaintif merupakan seorang pelakon dan bergantung kepada wajahnya untuk mencari sumber pendapatan.
johan
Bagaimanapun, tidak ada sebarang bukti ditunjukkan oleh plaintif mengenai kehilangan pendapatan yang sebenar ketika kejadian. Untuk rekod, Johan membuat tuntutan saman terhadap pengarah Mohd Javed menerusi syarikat produksi Juara Filem Productions Sdn Bhd pada Jun 2010, agar membayar RM1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan di dahi pada Mei 2010. Info asal Kosmo.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...