Written by Bella | April 19th, 2016

Baru-baru ini berita mengenai seorang penyanyi rock terkenal memukul teruk kekasihnya  yang merupkan anggota kumpulan ZiaBella cukup hangat diperkatakan.

Sebenarnya penyanyi rock tersebut adalah Aweera yang telah ditahan oleh polis selepas kekasihnya Shazia Mohd Rozaini membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Kini hubungan mereka sudah berakhir dan Shazia juga mengakui beliau sudah memaafkan Aweera tetapi dengan bersyarat. Shazia tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan dan kini mahu fokus dengan kerjaya beliau.

Dalam syarat Shazia, beliau melarang Aweera untuk mendekati dirinya mahupun keluarga beliau dalam apa cara sekalipun.

Shazia (kanan) bersama adiknya Bella (kiri) kumpulan mereka dikenali sebagai ZiaBella

Saya sifatkan isu ini sudah selesai apabila saya sendiri sudah memaafkan Aweera bersyarat ketika dia ditahan oleh pihak polis.

Dalam syarat itu saya tekankan agar dia tidak lagi menghampiri dan mendekati saya sekeluarga dalam apa jua cara sekali pun. Saya juga tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengannya.

Sembilan tahun bersama, cukuplah saya rasa diperbodohkan dan ini bukan kali pertama saya lalui pengalaman dikasari. Sampai pada satu tahap, saya sendiri tidak sanggup lagi nak berhadapan dengan semua ini dan terpaksa akur dengan nasihat keluarga untuk membuat laporan polis demi keselamatan diri.

Shazia mengakui kelemahannya ialah mudah kasihankan orang  lain, sehingga masih mahu memaafkan Aweera walaupun beberapa kali melalui pengalaman dikasari. Malah ketika melihat Aweera di balai polis untuk disoal siasat, dia masih fikir apakah tindakannya membuat laporan itu betul ataupun tidak.

Kalau sudah teruk dikasari oleh teman lelaki, lebih baik elak daripada terus menjadi mangsa. Lelaki seperti ini tidak sayangkan anda dan hanya mengambil kesempatan atas kelemahan anda.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Kes Pukul : Bekas Kekasih Sudah Maafkan Aweera

  1. Mim says:

    Cantik juga Shazia nie…
    Eloklah tu awk buat keputusan yg bagus lebih baik angkat kaki…

    0

    0
    • adoiii karat benor says:

      shazia ni, rumah paip air tercemar bauksit kah???

      0

      0
    • minah jambu say NO to DRUG says:

      tk padan keding suka pukol pompan rupa Nye si aweera ni eh huh ! jambu pulak minah dia..helo shazia…u cari mat saleh lagi bagos lah dari u mateair ngan jantan mlayu tk guna ni huh ! u tu bukan Nye tk jambu ! 9taon ngan jantan tk guna suka pukol ni eeee buang masa aje bertaon2 mateair ape u dapat dari aweera ni ? dapat penumbok ada lah..ok lepas ni u lupa kan semua tu n lupa kan si aweera n bukak minda pandang ke hadapan dengan harapan semoga sakses shazia ..

      0

      0
  2. Melayu Umno says:

    ada aku kisah?

    Janji Malaysia terus membangun bersama kepimpinan Najib!

    0

    0
  3. mak kuntum says:

    ada aku kisah..ada dia kisahhhhhhhhhh

    si aweera kat Salang Tioman last week, penampakan yg dia x kisah pun..enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

    0

    0
  4. loyalmalaysian says:

    belom kawin dah nak pukul2 segala…nanti dah kawin ….sendiri mau ingat….belah je…jgn dilayan

    0

    0
  5. melati says:

    Lelaki2 yg suka pukul pompuan ni jenis Lelaki 2 Kedekut…duit dia kedekut , duit org dia nk….itu Hakikat….baik kawin gan Kucing daripada kawin gan lelaki camgini….!!!!!

    0

    0
    • Mat Ronggeng says:

      For the very first time Melati…saya setuju 100% apa yang awak tulis pasal lelaki pukul perempuan…
      Saya cuma setuju 97.83% apa yang awak tulis pasal Ungkasha pakai seluar kiki lala…hahahahaha

      0

      0
  6. Anonymous says:

    Suke2 je pukul perempuan,dh rse hebat sgt ke..sila bertaubat

    0

    0
  7. wira says:

    Kalo da pempuan nak kn dia ni lps ni entah lah..

    0

    0
  8. Eza says:

    Satu je akak nak nasihat dik. Sekali pernah pukul die akan pukul lg. Die mcm cycle. Fikir2kan. Cakap berdasarkan pengalaman.

    0

    0
  9. FC says:

    Good for u girl, nasib baik blm kahwin, phew! Boo to Aweera! :(

    0

    0
  10. Anonymous says:

    sape la bakal isteri aweera ni nanti…konfem cpt bercerai sbb kes pukul…aweera ni bekas kump mojo tu kan…patut la edry bengang dgn aweera ni..mcm2 hal la mamat ni

    0

    0
  11. melati says:

    Lelaki2 yg suka pukul pompuan ni sebenar nya lelaki kedekut…..tunjuk kuat depan pompuan jer..!!!!!! hidup mereka ni harap duit pompuan, kalau pompuan tu bagi duit mereka sayang lah…kalau pompuan tu takder duit melayang lew penumbuk……lelaki2 jenis ni mereka sanggup ketok kepala Ibu mereka demi Wang…..bayang ler kalau Ibu mereka sendiri pun dia sanggup Ketuk kepala , aper lah sgt kalau pompuan yg takder Duit…..ini semua pengalaman….tak percaya tanya lah org2 yg panaz baran ni….Masa kecik dia pernah tak ketok kepala Mak dia…..

    0

    0
  12. Mek Ti says:

    Rupa budak perempuan skrg lebih nmpk matang dr usia =(

    0

    0
  13. Yekeni says:

    Cuba try pukul lelaki lah… Berani ke tak. Sendiri nampak mcm jantan lembut. Dgn perempuan boleh lah…

    Kalau kena kat i, i takde diam. Selagi apa yg tercapai kat tangan, rembat aje. Siat aje rambut yg panjang mcm pompuan tu.

    Dayus!

    0

    0