Kes Mahkamah: Fasha Sandha Dan Jejai Berdamai, Tetapi Tidak Rujuk

Hiburan

Kes Mahkamah: Fasha Sandha Dan Jejai Berdamai, Tetapi Tidak Rujuk

Pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli memilih untuk menyelesaikan dua kes mahkamah mereka secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini.

Advertisement

Fasha juga menarik balik perintah injuksi terhadap Rizal atau Jejai bagi menghalangnya daripada menggangu aktres itu yang difailkan pada Mac lalu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Menurut mStar Online, Fasha turut menarik balik kes berhubung pemegang amanah sebuah kediaman di Ampang, Selangor apabila Jejai didakwa gagal melaksanakan perintah itu dengan tidak menandatangani surat ikatan pemegang amanah seperti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Manakala Jejai menarik balik kes komital berhubung hak lawatan kedua-dua anak mereka dan juga beberapa kenyataan yang dikeluarkan Fasha berkaitan keluarga kepada umum di media sosial.

Mereka juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah yang dipersetujui selepas bercerai pada 20 Januari tahun lalu. Kesemua penyelesaian itu direkodkan oleh mahkamah. Menurut Fasha, semua keputusan itu diambil demi masa depan dua anak mereka:

Alhamdulillah, Tuhan telah berikan petunjuk dan hidayahNya, jalan-jalan kebaikan di antara kami, supaya dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak. Kami amat bersyukur dengan anugerah ini.

Mungkin ada yang mengrarapkan jalan perdamaian yang dicapai membawa maksud mereka akan kembali bersama sebagai suami-isteri, namun mereka berdua enggan mengulas lanjut.

Mereka berkahwin pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3 dan Putri Raysha Jemyma yang berusia 2 tahun.

Dalam pada itu di Instagramnya Fasha menafikan dia dan Jejai akan rujuk semula:

Saya mendapat beribu komen positif melalui semua laman sosial media saya hari ini berkenaan saya dan Rizal.

Ingin saya nyatakan disini, saya dan Rizal tidak RUJUK.

Kami berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes-kes termasuk hak penjagaan. Saya sebagai Ibu masih kekal menerima hak penjagaan sepenuhnya buat kedua anak-anak saya. Saya harap perkara ini jelas.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas doa yang baik-baik buat saya dan anak-anak.

Perkembangan ini cukup baik buat pasangan ini. Sebelum ini perhubungan mereka tidak berakhir dengan baik namun kini mereka sanggup melupakan semuanya demi anak-anak yang masih kecil. Tahniah diucapkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...