Written by serenity | August 25th, 2017

Kisah perkahwinan penyanyi Hafiz Hamidun dan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa masih hangat diperkatakan di media sosial. Dan ramai mungkin tidak pasti apakah sebenarnya yang menyebabkan keadaan menjadi rumit dalam kes tersebut.

Mungkin juga ramai yang merasakan peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk seseorang berkahwin adalah merumitkan, tetapi percayalah ia sebenarnya dibuat untuk memudahkan. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr. Noraini Md Hashim, merasakan masalah yang timbul ialah terutamanya disebabkan kegagalan Siti Arifah dan bekas suaminya Ray Imran atau Mohd Rayos Abdul Rahman untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia setelah melangsungkan perkahwinan di Songkhla, Thailand.

Ikuti pendapat beliau dengan membaca entri ini sepenuhnya:


Khas bagi mereka yang kurang jelas tentang kes Hafiz Hamidun dan Joy @ Siti Arifah Mohd Amin

Kes Hafiz Hamidun dan Siti Arifah, patut membuka mata masyarakat tentang kepentingan PENDAFTARAN perkahwinan dan perceraian bila ia berlaku. Benar, tiada ayat quran atau hadith jelas menyatakan wajib atau sunat mendaftar sesebuah perkahwinan namun demi maslahah terutama menjaga kebajikan terutama wanita dan anak-anak, maka pendaftaran diwajibkan di bawah Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.

Telah timbul kekalutan di awal-awal kes ini bila perkahwinan terdahulu Joy adalah tanpa keizinan mahkamah syariah iaitu di Songhkla bersama bekas suami terdahulu, Datuk Ray @ Mohd Rayos. Sekurang-kurangnya, bila telah kembali semula ke Malaysia, dia sepatutnya mendaftarkan perkahwinan tersebut, yang mana akan memudahkan urusan pernikahan itu supaya akan ada pembuktian perkahwinan secara hitam putih (didokumentasikan).

Masalahnya, pendaftaran perkahwinan tidak dibuat. Bila telah timbul masalah rumahtangga sebagai contoh didera, atau tidak diberi nafkah atau tidak ada keserasian dan lain-lain, sememangnya akan timbul kesusahan dan masalah di mana mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut.


Dalam kes ini, Joy menyatakan dia telah berpisah (separated dan bukan bercerai) dengan bekas suami lebih kurang dua tahun dan kemudian ingin berkahwin dengan HAFIZ HAMIDUN. Kemudian selepas berkahwin dengan HAFIZ HAMIDUN, baru memohon taaliq. Taaliq pula akan sempurna bila Mahkamah Syariah mengesahkannya.

Setelah itu barulah Joy boleh menyempurnakan Iddah. Di peringkat inilah timbul masalah utama di mana antara maklumat untuk berkahwin yang perlu dinyatakan adalah status perkahwinan!

Dan rentetan dari situ, macam-macam masalah dan andaian timbul. Secara ringkasnya:

Perkahwinan di Malaysia mesti mematuhi dua (2) syarat:
i. Di bawah hukum syarak – wajib atau perkahwinan menjadi tidak sah.
ii. Di bawah peruntukan Akta Wilayah Persekutuan atau Enekmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri – kegagalan memenuhi peruntukan menyebabkan perkahwinan atau perceraian atau rujuk tidak akan DIDAFTAR dan akan dikenakan penalti-penalti tertentu.

Yang paling penting, perkahwinan hendaklah DIDAFTAR untuk membolehkan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar, memerintah dan membantu pihak-pihak terlibat terutamanya wanita dan anak-anak.

Antara isu-isu dalam kes HAFIZ HAMIDUN dan SAMA:

1. Perkahwinan diakad di luar malaysia tanpa keizinan dan tidak DIDAFTAR
2. Taaliq oleh suami dalam bentuk taaliq (tersurat) iaitu secara WhatsApp (bertulis) yang memerlukan niat untuk membuktikan kesahihannya. Taaliq tidak akan berlaku sehingga Mahkamah Syariah mengesahkannya.
3. Adakah perceraian terdahulu telah DIDAFTAR.
4. Sekiranya dia seorang janda, perlu mengemukan satu surat perakuan cerai yg sah yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa ketika itu.
5. Due deligence oleh pejabat agama iaitu langkah-langkah sepatutnya (reasonable steps) diambil bagi memastikan tidak ada pihak yang akan terjejas

Kesimpulannya:
1. Jangan kahwin tergesa-gesa.
2. Pastikan syarat-syarat nikah mengikut hukum Syara’ dipenuhi juga mengikut undang-undang yang sedia termaktub.
3. Perceraian juga sama juga seperti di atas.
4. Yang tidak ada ilmu, jangan tokok tambah dan menjadi hakim tanpa tauliah
5. Jangan jadikan media untuk mengaibkan pasangan masing-masing

Lagi satu, apa yang agak menggangu fikiran saya mengapa Pejabat Agama memberi kebenaran bernikah memandangkan:

1) Sijil cerainya tidak dikemukakan
2) Statusnya ‘tidak berkahwin’
3) Gambar-gambar perkahwinan bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun

Wallahu a’lam. Ini adalah pandangan peribadi dan akademik.

Noraini Md Hashim, Asst Prof. Dr
Pensyarah Undang-undang Keluarga Islam dan
Undang-undang Keluarga Sivil
Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Noraini turut menyertakan salinan mukasurat berkenaan undang-undang yang terlibat:

image

image

image

image

imageimage

Rasanya, apa yang berlaku pada perkahwinan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa adalah rantaian peristiwa yang akhirnya membawa kepada keputusan sekarang ini. Sesuatu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah dan tertutup kini menjadi sulit dan terdedah kepada persepsi orang ramai.

Bersama kita doakan agar sesuatu yang terbaik akan menanti mereka berdua setelah selesai semuanya nanti. – beautifulnara.com

Sumber: Noraini Md Hashim

31 responses to Kes Hafiz Hamidun Dan Siti Arifah Bukti Kepentingan Perkahwinan Didaftarkan-Pensyarah UIAM

  1. wekkkkkkk says:

    lepas ni byklh Pej Agama semua negeri di penuhi oleh mereka2 x daftar kawen kt sini. Siap siaga lah Pej Agama.

    8

    0
    • brazillalalalalalaaaaalabrazil says:

      bagusla gitu kn

      masyukla pej agama kutip duit denda nnt kikiki

      2

      0
      • opah vogue says:

        pengajaran kpd mereka2 yg nk kawin di songkla …lupakan dik. terutama yg birah2 nk caras laki org tu. nanti jdi mcm joy ni payah dah.

        8

        0
        • che tat says:

          Bersepah opah oi yg kawen mcm ni..kwn2 cheq pun ada..kawen laki orang pi nikah disiam..cerai..pastu kawen dgn org sin?gapor..cerai juga..pastu kawen di malaysia tapi tukang nikah nye dibawa nye dari siam..cerai juga..semua tu tak daftar pun di malaysia…bukannye takde yg bg nasihat…tapi kalau dh jenis gatai bijik…yg laki pulak gatai teloq…depa tk ambik kisah pun..depa kata dari segi hukum syarak …sahhhhh..hmmm taktau lahh apa nk jadi..

          3

          0
      • manggis says:

        tengok gambar2 mereka kt atas rasa sayu plak. tiada siapa yg mahukn penceraian. kalu boleh nk kekal hingga ke jannah.

        7

        0
      • opah maheran says:

        Macam ni barulah teguran daripada orang bijak pandai agama. Teguran kepada masyarakat keseluruhan, bukan terus kepada individu macam imam besar baru2 ni.
        Orang bijak pandai macam imam, ustaz perlu mengomen dengan bijak, sebab level pengetahuan agama anda tak sama dengan netizen n retis. Bukan main komen tanpa tahu hujung pangkal cerita.

        18

        0
    • iq says:

      pasni sesaklah kaunter pejabat agama, sbb semua berebut2 nak daftar perkahwinan, should be haram kan je kawin kat thailand tue, sape wali joy masa kali kali pertama, was2 nihhhh

      5

      0
      • suzie says:

        Juga membuktikan hafiz masih teruna..kikiki…

        1

        1
      • Anonymous says:

        Yg dah kawin kat luar malaysia, apakah status anak yg dilahirkan kalau perkahwinan tu masih belum didaftarkan kat malaysia?

        1

        0
        • Anonymous says:

          status..sah/halal dr sudut syarak. cuma dri sudut perundangan x berapa lengkap. besok kalau dicerai mcm si joy…nk tuntut nafkah susah la sikit.

          5

          0
  2. wekkkkkkk says:

    dan lepas ni byklah bini2 mendesak laki nyer ke Pej Agama sini.

    4

    0
  3. sudahlah says:

    ambil pengajaran .. berhentilah mncaci sesiapa pun .. kurang2 masalah mereka da jelas boleh minta ampun dgn Allah .. yg mncaci x berhenti2 terpalit dosa bergunung ganang susah nk minta ampun nnt ..

    15

    1
  4. wekkkkkkk says:

    Perkahwinan di Malaysia mesti mematuhi dua (2) syarat:
    i. Di bawah hukum syarak – wajib atau perkahwinan menjadi tidak sah.
    ii. Di bawah peruntukan Akta Wilayah Persekutuan atau Enekmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri – kegagalan memenuhi peruntukan menyebabkan perkahwinan atau perceraian atau rujuk tidak akan DIDAFTAR dan akan dikenakan penalti-penalti tertentu.

    Untuk yg item no.ii) —JR dn bekas laki Rayos haruslh kena kan penalti2.

    9

    0
  5. aku says:

    tiba2 terfikir apakah status ank joy tu? boleh dpt birth cert ke kalau makpak xda surat nikah? atau sbb bapak status datuk maka birth cert senang2 boleh dpt/beli?

    10

    0
  6. Anonymous says:

    kepada semua yg lanjut usia atau janda/duda ataupon laki orang yg sibuk nak kawen lagi satu, bersabar la banyak2 sebelum kawen. jangan gopoh2. sabarr. sediakan semua yg patut ikut peraturan. benda yang tergesa-gesa selalu berakhir dengan perkara tak elok. kahwin untuk seumur hidup, jadi kenapa perlu terburu-buru. jangan ikutkan sangat perasaan gejolak nafsu tu

    5

    0
  7. hrmmm.. says:

    at least comment dr pensyarah ni tidak berat sebelah..dua2 kena tapau..kalau komen dr imam, mufti & jais..nampak semua salah dibahu hapis…

    13

    0
    • Anonymous says:

      masing2 ade silap sebenarnya..

      5

      0
    • neutral says:

      hentikan lah…benda dah jadi. cari jln penyelesaian.

      1

      0
    • Menganam sana sini says:

      Jangan salah kan imam bagai. Imam di soal wartawan, dan kita tak tahu cara disoal macam mana. Pensyarah ni pula tiada siapa tanya dia sendiri follow up.kes ni. Kesimpulannya sesiapa yang memberi nasihat, pandangan agama kita terima sebagai ilmu. Imam ok pensyarah pun ok. Korang je yang tak ok sebab bias. Selagi keputusan mahkamah tak keluar janganlah kita berlebihan nak cari salah orang.

      9

      1
  8. Anonymous says:

    Komrn.mufti.wilayah.xde sebelahkan sesiapa
    .cuba baca betul2.komen pun dibuatsecara general.mufti.ada tegur ttg elakkan sebarkandi media

    6

    2
  9. Anonymous says:

    hrmmm….win la ayat ko
    muhasabah diri pada yang berkenaan ya

    0

    0
  10. anonnn says:

    Nak ckp sket je… ALLAH IS GREAT!
    k bai ;)

    5

    0
  11. kucing miang says:

    Sesapa yang nak kahwin lari kat siam before tu fikir la banyak kali. Undang-undang untuk dipatuhi bukan diperlekehkan. Btw, hafiz ngan joy ni dedua memburukkan pasangan kat media. Malu la sikitt woiiii si rayoss nii lagi la lelaki dayuss

    Mak dgn kakak joy ni bawak2 la mengucap

    9

    0
  12. Bukan HH says:

    Ada hikmahnya bila selebriti mcm HH & public figure mcm JR ni menjadi isu hangat lebih2 lagi melibatkan hukum Allah… Pejabat Agama satu Malaysia kena ambil peka… bila kena serbu dengan “nikah tak dituntut” ni kena standby lah ye…

    Minta dijauhkan…kalau terjadi,harus tabah & bijak kawal emosi…insyaAllah…

    6

    0
  13. Sambal belacan says:

    Nasihat dan penerangan yg jelas. Tak berat sebelah. Cm ni la elok. Tapi klu tak paham lg tak tau la. Ada hikmah disebalik apa yg terjadi. Mmg dlm hal ni semua ada salah. Lain kali sila settle satu persatu. Benda cmni jgn buat main.

    3

    1
  14. IQRA' says:

    Tiada siapa yang berat sebelah. Korang je lembab pemahaman dan dalam erti kata lain bias sama ada #teamHH atau #teamJR. Imam ke pensyarah ke bagi jawapan umum dan teguran tu benda yang betul. Ni sibuklah berdebat macam kan pandai semua benda. Hormati lah ilmuan agama walau apa jua mazhabnya selagi nasihat itu untuk kebaikan semua pihak bukan satu pihak sahaja. Imam di interview, pensyarah pula bagi pendapat tanpa sesiapa cari dia. Korang ni patut muhasabah diri, ilmu separuh separuh sibuk nak crossline isu rumah tangga orang. Bercakap/menaip yang sesuai sahaja bukan terlalu ikut emosi. Soal agama biar yang layak sahaja beri pandangan. Pasal JAIS ke apa cuai ke apa, ini bukan cuai tetapi mereka dah jalankan SOP. Tetapi dengan isu ini aku percaya sistem akan dinaiktaraf, biasalah prosedur akan mengalami perubahan mengikut permasalahan persekitaran/isu semasa. Jadi hentikan lah berspekulasi melampau, ambil pengajaran jangan terlebih kata, kita semua ada keluarga, bila-bila masa boleh terpantul kepada kita semula.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Allah nak tunjuk pd kita hamba yg selalu lalai…Semoga ada penyelesaian yang terbaik…semoga kita mendapat keampunan drNYA..

    1

    0
  16. Yun says:

    Ada sbb Allah beri ujian ni pd mereka….banyak pihak terlibat perkara yg amat penting ini…family,wali,imam yg menikahkan,pasangan..pejabat agama ,longgarnya atau terlepas pandang aturan..sikap lepas tangan bekas suami…tanggung jawab..pandangan masyarakat,ilmuan,agamawan,peminat yg memberi reaksi bernas sbb perkara bkn remeh..

    3

    0
  17. blank space says:

    xperluu pandang serong dgn org lain . muhasabah diri lagi baik .

    0

    0

Leave a Comment

Optional