Kes Gangguan Seksual Gugur: Sufi AF2015 Tidak Pernah Menyesal Pertahankan Haknya Dan Tegar

Hiburan

Kes Gangguan Seksual Gugur: Sufi AF2015 Tidak Pernah Menyesal Pertahankan Haknya Dan Tegar

Sebelum melangkah masuk ke Akademi Fantasia 2015, nama Sufi Rashid telah menjadi topik hangat apabila beliau mendedahkan pernah menerima gangguan seksual oleh bekas pengurus penyanyi Indonesia Tegar iaitu Arif Dollah yang juga merupakan bekas bapa tiri Sufi.

Advertisement

Setelah pihak polis Singapura menjalankan siasatan lanjut, mereka akhirnya memutuskan untuk mengugurkan dakwaan kes liwat terhadap Arif kerana baik pihak Sufi mahupun Tegar tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh yang menunjukkan beliau bersalah. Malah, kenyataan Tegar kepada pihak polis juga agak rapuh dan tidak konsisten.

Arif juga berkata beliau  sudah melantik seorang peguam yang akan memfailkan saman malu terhadap Sufi, Tegar serta dua lagi individu iaitu Nur JM (penulis blog) dan seorang lelaki yang didakwa sebagai dalang kes berkenaan iaitu Ali Najib Baksher yang telah memburukkan namanya sebelum ini.

Baru sahaja melihat kembali dunia luar selepas dinobatkan sebagai juara AF2015 Ahad lalu, Sufi yang dimaklumkan akan penutupan kes tersebut merasa tidak menyesal dengan pendedahan yang beliau lakukan sebelum ini. Jelasnya, beliau hanya ingin mempertahankan hak beliau dan Tegar.

Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan iaitu membuat pendedahan tentang isu tersebut. Niat saya ialah untuk membantu sahabat saya sahaja, bukan untuk mempertahankan diri saya tetapi mempertahankan hak kami. Kalau kes ini sudah digugurkan saya rasa tidak patut untuk dibuka balik.

Kalau sahabat saya (Tegar) tidak mahu teruskan kes itu, its ok, saya doakan yang terbaik sahaja, kalau orang itu bersalah dia akan terus berdosa.

Sufi juga menegaskan beliau tidak mahu lagi menjawab sebarang soalan tentang kes berkenaan lagi selepas ini kerana ia tidak akan memberikan maanfaat dalam membina kerjaya beliau sebagai seorang artis yang baru sahaja ingin mula menapak didalam industri hiburan Malaysia.

Perkara dah tutup saya tidak mahu ulas dan panjangkan lagi. Ketika tiga bulan saya di akademi saya tidak diberikan telefon untuk menghubungi siapa-siapa dan mengetahui perkembangan dunia luar. Kalau orang nak tanya saya terima tetapi saya tidak akan menjawabnya.

Selepas ini Sufi akan menetap di Kuala Lumpur dan akan meneruskan karier nyanyian beliau dibawah naungan Astro.

Belum lagi bergelar artis secara serius Sufi telah terpalit dengan kontroversi terlebih dahulu, selepas ini kena saman pulak. Kena usaha lebih untuk memukau peminat dengan bakat anda agar peminat tidak  terus kaitkan anda dengan berita hangat ini.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...