Kes Gaduh Ruhainies & Janna Nick : Michael Ang Nafi Dihasut

Hiburan

Kes Gaduh Ruhainies & Janna Nick : Michael Ang Nafi Dihasut

Pertelingkahan antara dua pelakon yang semakin meningkat iaitu Janna Nick dan Ruhainies cukup hangat diperkatakan sepanjang beberapa hari ini.  Semuanya bermula apabila Janna dikatakan telah menghasut pengarah Michael Ang untuk tidak mengambil Ruhainies berlakon dalam filem arahan beliau  Kimchi Untuk Awak.

Advertisement

Malah, Ruhainies juga turut meluahkan rasa kecewa apabila Janna menerusi akaun Instagram beliau seakan mencemuh beliau dan sekaligus memburukkan namanya. Walaubagaimanapun, Janna bertindak untuk mempertahankan dirinya dan menyatakan kenyataan Ruhainies yang mendakwa beliau menghasut pengarah itu tidak benar sama sekali.

Terbaru, pengarah Michael Ang juga telah tampil menafikan beliau telah dihasut oleh Janna untuk menyingkirkan Ruhainies dalam filem pertama beliau itu. Jelas Michael, nama Ruhainies pada disenaraikan untuk menggantikan pelakon Natasha Elyzza yang pada awalnya mempunyai masalah jadual.

Namun, Michael telah membatalkan hasrat untuk mencari pelakon baharu kerana masalah jadual Natasha akhirnya dapat diselesaikan.

Pada awalnya salah seorang pelakon filem itu iaitu Natasha berhadapan dengan masalah jadual penggambaran dan Emma Maembong memperkenalkan Ruhainies kepada saya untuk menggantikan pelakon itu. Saya bersetuju untuk mengambil dia pada awalnya, tapi saya juga sudah jelaskan keadaan sebenar iaitu jika masalah jadual Natasha tidak dapat diselesaikan barulah saya ambil dia.

Namun, selepas itu jadual Natasha dapat diselesaikan dan saya tidak jadi ambil Ruhainies ganti tempat pelakon wanita itu.

Saya tidak pasti sama ada tuduhan Ruhainies itu berkaitan filem ini atau filem lain, tapi kalau dia maksudkan filem ini, dia salah. Tiada siapa yang hasut saya dalam hal ini, kalau masalah jadual Natasha tidak selesai sudah tentu saya ambil dia sebagai gantinya.

Baru sahaja mereka berdua ini ingin mencipta nama dalam bidang lakonan, tup-tup dah ada kontroversi panas macam ni. Masing-masing mempunyai ego dan cepat melatah sebab itu salah faham kecil boleh jadi kecoh,  saling berbalas kenyataan sebenarnya agak tidak matang, lebih mudah jumpa one on one untuk selesaikan apa sahaja yang mereka rasa tidak puas hati.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...