Written by Bella | April 3rd, 2015

Hujung minggu lepas kita dikejutkan dengan berita, anak kepada dramatis terkenal Azean Irdawaty iaitu Benjy telah ditahan untuk kali ke 4 ketika beliau baru sahaja diikat jamin atas kesalahan memiliki dadah sebelum itu. Kali ini, Benjy juga dipercayai merencana untuk memindahkah makmal memproses dadah bersama beberapa rakannya di Muar, Johor. Kesalahan beliau kali ini membuatkaan Benjy berdepan dengan hukuman gantung jika sabit kesalahan.

Susulan kes tersebut, pihak polis yang sedang menjalankan siasatan telah mendapat kebenaran dariapda Mahkamah Majistret untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama 6 hari kerana menemui lebih daripada 1.3 kilogram dadah jenis Syabu didalam kenderaan yang dinaiki oleh Benjy dan rakan.

Menurut Ketua  Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata lanjutan reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes membabitkan suspek berumur 37 dan 27 tahun itu selepas tempoh reman mereka sebelum ini tamat.

Dalam penangkapan itu juga, pihak polis juga menemukan empat botol kaca mengandungi bahan kimia tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan Bendosen Calcium Chloride serta kelengkapan lain seperti alat penyuling, balang dan corong kaca, pengering serta dapur elektrik.

Pada 28 Mac lalu, Benjy yang sudah tiga kali ditahan kerana terbabit dengan kes dadah, ditahan polis buat kali keempat dalam sekatan jalan raya berhampiran stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar di sini kira-kira pukul 1.40 pagi.

Sumber Berita: Media Hiburan

 

7 responses to Kes Dadah: Tempoh Tahanan Reman Benjy Dilanjutkan

  1. nok gebuzzz says:

    perlu lagi ke nak bagi peluang,mmg layak di beri hukuman yg setimpal…x kesian dgn arwah ibunya,bakat yg ada disia-siakan…sayang seribu kali syg.

    0

    0
  2. macam2 says:

    tak perlu jadi ahli kimia, jadi penagih dadah pun boleh……

    0

    0
  3. tasya says:

    sedih benjy.. jd cmni… dia pelakon yg sangat2 berbakat… kalo arwah mak dia msih ada.. tentu dia sedih…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Ni baru patut kena hukuman mati…sah sah jadi pembuat dadah. Yg sekor lagi jadi penagih dadah….
    Sebenarnya Benjy ni lah paling layak berkawan dgn Mamat Exist, Saiful Apek, Yassin Senario, Zamani Slam.
    Dia supply dadah, diaorang tu hisap. Baru generasi artis bersama dadah mampu berkekalan.

    0

    0
  5. farra says:

    Perlu ke nk siarkan cerita psl die ni? Utk apa? xperlu kot diberi publisiti utk manusia2 spt ini.bknnya dia menyumbang apa2 pd msyrkt.

    0

    0
  6. aaron danial says:

    xpelu hebohkan lagi ler mamat nie patut dh masuk jail jer buang masa nk kesian lagi…

    0

    0
  7. GiatMara2012 says:

    marilah kita berdoa agar benjy terlepas dari tuduhan ini.
    dunia seni tak perlu lagi kehilangan seorang lagi anak seni.
    beliau perlukan sokongan peminat seni semua.
    mari kita berdoa untuk benjy.

    0

    0