Written by Bella | February 16th, 2016

Pagi tadi Syarul Ridzwan menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sehingga kereta Honda City beliau remuk pada bahagian hadapan.

Menerusi portal BH ONLINE, kejadian itu berlaku ketika Syarul dalam perjalanan ke Subang menuju ke Shah Alam sekitar 6.30 pagi tadi.

Puncanya bermula apabila sebuah kereta lain menghimpit kenderaan yang dipandu oleh Syarul  sehingga beliau terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Alhamdulillah saya okey. Cuma tangan saya mengalami sedikit luka. Begitupun, kereta Honda City saya nampaknya hancur teruk.

Selepas Subuh tadi memang saya berhasrat hendak keluar mencari makanan. Ketika memandu, ada kereta dari arah sebelah kiri menghimpit kereta saya hingga ke arah kanan jalan. Ia menyebabkan kereta saya terlanggar pembahagi jalan.

Ada peminat yang mendakwa Syarul memang gemar memandu dengan agak laju kerana aktor itu baru-baru ini memuat naik satu video beliau memotong kenderaan di lebuh raya.

Sebelum ini, Syarul pernah mengalami kemalangan membabitkan kereta sama pada Disember 2014 di Jalan Sungai Ujong, Seremban.

Tidak mahu kejadian yang sama berulang kembali, Syarul berjanji akan lebih berhati-hati sewaktu memandu selepas ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

12 responses to Kereta Saya Dihimpit Sehingga Saya Terlanggar Pembahagi Jalan – Syarul Ridzwan

  1. zaza says:

    Hmm elok sgtlah tu kaki bawak laju.itu baru bahu terluka,esok esok muka ko terkoyak mcm mana? Dh jdik hodoh nnti Selamat tinggal lah dunia glamer ko.

    0

    0
  2. Sandara says:

    Apa mslh hangpa semua eh?dr td dok mngata yg tak baik.malang x berbau.ada kalanya,drive slow2 pun kalau dah allah nak duga,maka jd juga.itu semua urusan allah.salah ke doakan yg baik2.

    *sbg sesama manusia x slh kalau kte doakan yg baik2 utk owg.

    0

    0
    • Nasihat je says:

      Memang la kita tak boleh duga dgn urusan Allah. Tapi kita boleh ambil langkah berhati2 sebelum buat sesuatu. Dlm quran pun ada sebut Allah takkan tolong orang yg tak berusaha atas diri dia. Bawak laju2 kesan dekat diri sendiri takpa. Kalau terkesan dekat orang lain? Kau nak cakap apa? Kalau orang yg terkesan sekali tu mak ayah kau? Kau boleh cakap senang2 itu urusan Allah? Kat highway ada had laju ditetapkan. Bawak kete jgn berlagak sgt. Kt highway tu bukan ada kita sorang

      0

      0
      • pun nak nasihat je says:

        yang bawak laju satu hal…yang tak reti2 kasi signal satu hal…yang bila nampak driver keta tu pompuan pun satu hal nak lekehkan cara pemanduan…mcm2…last2 yang jadi mangsa orang yang tak de kaitan dengan kebodohan dan keegoan kita masa memandu…

        0

        0
  3. Anonymous says:

    Langgar pembahagi jalan?? Rasanya kereta mangsa mestilah rosak d bahagian kiri sbb kena himpit dan melanggar pembahagi jalan??
    Tapi kenapa nampak rosak teruk kt bahagian bumper & bahagian bonet enjin??

    0

    0
    • Anonymous says:

      Aku rasa dia ni mmg bwk laju gila. Tengok jela keadaan kereta dia. Alhamdulillah selamat. Lepasni jgn bwk laju lagi. Ingat mak ayah

      0

      0
    • Realistik says:

      Dia kata ada kereta dr sebelah kiri himpit dia ke arah kanan jalan. Sebab tu kalau tgk betul2, walaupun bumper dia rosak, tp lebih truk kat sebelah kanan. Org nak masuk kat belah kanan kott, tmpat org selalu bawak laju.

      0

      0
  4. salmah says:

    patutlah ada org kirim gambar katanya alfatihah.
    terkejut aku. rupa2nya fitnah blaka.
    rupa2nya maseh bernyawa lagi

    0

    0
  5. tengok je says:

    Hmmm…balasan dari Allah tu…buat orang…

    0

    0
  6. makcik says:

    perlu ke nak ambil gambar tu kaki letak atas kereta ? konon cool sangat lettuw. -.-

    0

    0
  7. jedtakjadi says:

    syarul ridwan potong vw polo tsi?? kelakar tajuk, heh. Dia dapat potong vw tu sebab vw ketepi bagi laluan. vongok double spesel.

    0

    0