Written by Bella | January 18th, 2017

Pelakon Siti Saleha tidak sangka bahawa jumlah pengikutnya di Instagram akan meningkat dan mencecah angka 1 juta gara-gara penangan drama 7 Hari Mencintaiku, meskipun penonton benci dengan watak isteri biadap, Mia Adriana.

Saya tidak menyangka sambutan yang diterima sebaik ini. Awalnya bimbang apabila baca skrip kerana watak Mia Adriana berat. Namun disebabkan belum pernah membawakan watak sebegini, saya cuba dan terima cabaran tampil sebagai wanita kurang ajar.

Nyata impak watak itu sangat besar sehingga penonton rasa benci. Namun, saya bersyukur peminat faham saya menghayati watak dan mengikut kehendak skrip.

Untuk pengetahun anda  drama 7 Hari Mencintaiku antara yang paling laris  dan mengatasi drama-drama stesen televisyen lain kerana berjaya mencatat 12 juta tontonan.

Tahniah kami ucapkan kepada Siti Saleha kerana telah membuktikan beliau mampu menjiwai watak dengan baik dan memberikan kesan kepada penonton.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

21 responses to Kerana Watak Mia Adriana : Instagram Siti Saleha Cecah 1 Juta Pengikut

  1. damai says:

    yeap best drama penuh dgn message , dgn pelakon2 yg superb, khuzairi, sofe, helmi, pak samad, mak leha, khalil, buntat, pak andak, mak andak, semua yg watak kecil mmg berjaya bermainkan watak masing2. And its mmg susah nak dpt lelaki mcm khuzairi yg masih mempertahankan ibu nya wpun dia syg sgt dgn Mia dan tahu ibunya pun salah.

    40

    0
  2. Anonymous says:

    susah nk cari suami mcm khuzairi zaman skrg ni..tp isteri mcm watak mia adriana sgt senang jumpa kt mna2

    28

    0
    • damai says:

      isteri mcm Mia, mmg senang dpt cos wanita skg semua dah educated and earning higher den guy, itu yg jd mcm Mia, ahhahah,

      29

      0
  3. noname says:

    Sekarang Pak Samad jadi psycho dalam Kerana Anisa. Hahaha kali ni mesti Pak Samad dikecam! =P Hidup Pak Samad!

    22

    0
    • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

      Dlm tu pn dye halau anak dye. Hahaha. Tp mmg saiko la watak dye. Muke dh jahat gle. Sy gk tgk cte tu. Cte janna nick pkl 7 tu truk sgt cte. Meleret2.

      5

      0
      • Anonymous says:

        Yes!!!! Finally ada yang bersuara. Aku ingat aku je terseksa dengar suara kepit Janna Nick. JN can act…but not as Ifaat lah. Teruk sangat berlakonnya. Sesuai dengan orang lain.

        2

        0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      idop pak najib ! minah jambu skarang tengah ikot drama kerana anisa bagos cite dia..geram pon ada ngan bapak si anisa …ngah tungu episod seterus nye hehe…

      1

      1
    • mia sara says:

      Shila Amzah kena hentam dengan Ayda Jebat?

      https://youtu.be/xcSv574rLU8

      0

      0
  4. peace yo says:

    tv3 ambil drama semua best2 compare astro, tapi berita semua banyak sgt bohong nya, hissh hissh hissh

    30

    0
  5. @.@ says:

    hadoiiiii!!!!! semaknyeeee la mata ngn iklan airasia ko ni nara weiiiii…tgh baca tkluar iklan airasia ko ni..skali kuar je x boleh ke..hmmmmmm

    45

    0
  6. sakit mata says:

    Drama ni memang best sbb tak de babak buang masa..mcm nangis sampai keluar hingus 5-6minit dialog pastu hbs cam tu je..dialog bersahaja..keep it up..

    10

    1
  7. Lala Land says:

    Lakonan dia pon lagi best dari Lopak yg meggedik xhabis2..tp berlakon hampehh..Good job team 7 hari!!

    26

    0
  8. kalau aku kaya says:

    watak khuzairi sesuai sgt dgn muka Shukri Yahya…ala2 kesian gitew bila dia tersepit antara mak leha dgn Mia. Kipidap Shukri Yahya! lap u!

    23

    0
  9. hamba says:

    Drama terbaik! Lakonan terbaik smua pelakon.

    9

    0
  10. Shhh says:

    dulu msa bc novel ni terfikir sapa lah uyg blh bawa watak Mia dan Khuzairi..msa tak da pelakon yg sesuai.sbb novel ni pun aku bc tahun 2012 atau tahun 2013 ..nama Shukri Yahya pun msa tu tak popular lgi..tpi nama yg singgah waktu tu..Remy Ishak dgn Diana Danielle…tpi Shukri Yahya dan Siti Saleha dprt..,.benar2 menjadi..kalo bc novel agak cliche jln cerita nya..disebabkan pelakon2nya bgus dgn lakonan masing2 tu yg aku salute..ni ko letak pelakon kayu walaupun novel best tpi kerana pelakon aku tk jdi tak minat nak tgk..sbb drama sedih kena da emosi..ni msa scene nangis mcm nak terkencing je aku tgk…lepas tu gangster pulak alahai..mcm budak terencat..lgi bagus si Buntat tu berlakon…huhu

    9

    1
  11. Kiah Propa says:

    Kak kiah mmg suka ctr ni.pelakonnya pndai menjiwai watak masing2.congrate..u guys are awesome….

    4

    0
  12. mak kuntum says:

    dulu aku minat minah salleh ni tapi lepas tau dia ni pakai susuk kat negeri sembilan terus aku..hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..susuk ok

    0

    4
  13. Anonymous says:

    aku suka masa mia adriana da bertudung da jadi baik … and i loveeeeee abg ri so much … adudududuuuu…

    Sapa kata suami mcm abg ri ssh nk jumpa skrg … suami haku mcm abg ri apeeee … baik jeeeeeee … tp aku idok le ghupe mia tu … kekadang je , bila gaban menguasai diri ahahahhaha..

    dah .. kbai

    2

    0
  14. Anonymous says:

    Sekurang-kurangnya dia ni pengikut bertambah kerana bakat. Bukan kerana gosip macam U……

    3

    0
  15. mulut celupar says:

    i memang minat siti saleha sejak drama nora elena dulu..hikhik

    0

    0

Leave a Comment

Optional