Written by AbangNara | September 4th, 2013

Wow. Tak sangka kontroversi yang menghimpit filem Tanda Putera ini sehingga ke tahap membahayakan pengarahnya, Shuhaimi Baba. Kadang-kadang rasa pelik juga dengan mentaliti rakyat negara kita. Kalau filem orang putih tak masuk akal dan tak ikut fakta pun disanjung tinggi, kalau filem sendiri dihina dan dicerca bermati-matian.

filem tanda putera

Hati mana yang tak takut apabila diugut bunuh hanya kerana sebuah filem. Diharap Datin Paduka Shuhaimi Baba tabah dengan dugaan ini. Kata Shuhaimi Baba:-

Ketika pengumuman tayangan filem ini dibatlkan tahun lalu, saya menerima ugutan bunuh. Individu terbabit juga mengancam mahu membakar pejabat saya sekiranya saya teruskan tayangan filem ini. Ada juga mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut?

Saya hanya pembikin filem, kenapa beri reaksi melampau? Apabila semakin banyak ugutan sebegitu, saya jadi lali. Saya tidak membuat laporan poli kerana yakin orang sebegini hanya berani apabila kita tidak mengetahui identitinya. Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera.

tanda putera

Agaknya inilah sebab filem-filem tempatan tak boleh nak maju. Asyik-asyik cerita hantu, rempit dan gangster. Bila orang nak buat filem yang unik sedikit, habis dikecam sampai ugut bunuh. Nampak gayanya mentaliti rakyat kita perlu ditukar kalau mahukan filem yang lebih hebat. Apa kata anda?

P.S: Gambar rasmi BMW 2014 i8

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

71 responses to Kerana Tanda Putera, Shuhaimi Baba Diugut Bunuh

  1. saya ok jer!! says:

    sabar ye.. Semoga semua nya tidak berlaku. mari kita doa kan yang terbaik :)

    0

    0
    • Olga says:

      SHUHAIMI BABA NI KHUNSA KE??????

      0

      0
    • jih says:

      kebanyakan yang kutuk cerita ni sebab tak tengok lagi pun. wahai pembangkang2 sekalian. relaks la nak takut apa. aku pun pembangkang jugak(PAS) tapi cerita ni tak menggugat apa2 pun. yang tak suka ni mesti saki baki cina DAP dulu yang jahat. skrg DAP kan dah baik katanya? semua org tau pasal kisah 13 Mei 1969. Filem ni takde tokok tambah pun. cerita ni lebih kepada perjuangan Tun Abdul Razak dan persahabatan bersama Tun Dr Ismail dalam perjuangkan negara masa tu.

      0

      0
  2. Rock says:

    Bagi aku filem ni je yang nampak menarik sikit daripada filem filem lain. Filem lain semua cerita mengarut, and entah apa2. Tambah2 lemak kampung santan hahahahahaha

    0

    0
    • KL Zombi lagi best. cerita ni banyak sangat flaw dan ketidaktepatan faktanya.

      0

      0
      • Keretersadai says:

        fakta x btol apanye bro?..bnda tu sume btol la, bnda dh berlaku..bknnye dia putar fakta, ada dia kutuk PAS?..ada dia kutuk PKR?..OKR lgla mana wujud zmn tu, zmn tu Anwar muda lg kot tgh mnntut kt UM..DAP mmg btol2 jahat msa tu, skang ni xtahula jhat lg ke atau berpura2 baik..tu msing2 leh pk sndiri la kn

        0

        0
      • Tanda putera ni secara logiknya tak payah bayar pun kalau nak tgk, sbb buat pun pakai duit rakyat

        0

        0
        • Anonymous says:

          ko ni semua benda nak free jer.usaha malas.cuba ko bayangkan ko tu jadi peniaga. tak kan benda semua barang ko bagi free mesti nak ambil untung jugak kan.mana nak pusing modal dan tanggung kos2 lain.cube lah pikir sikit.(lepas ni mesti ramai hentam aku hahahahaha)

          0

          0
        • camnilah anon. sebagai salah seorang pelabur untuk projek filem yang kononnya government funding ni, memang menghiris hati aku bila tengok hasil dia is a piece of crap. ko yg buta seni filem ni memang tak kisah pun bila filem ni keluar, dan dengan suka hatinya ko bayarlah 15 ringgit utk karya yg tak seberapa ni. dan ko juga bertepuk sorak bila minyak naik 20 sen semalam. i deserve my right, or else samalah macam buat stadium pakai duit rakyat tapi bumbung boleh runtuh , still ko boleh bertepuk bersorak kegembiraan lagi. untung my @sss! sapa yg untung?

          0

          0
        • TPP says:

          Kalau duit rakyat maknanya free…kenapa aku kena bayar tol kat penang, selangor? negeri2 yg pemimpinnya dok berlagak mcm pembela rakyat tu …..poyo tak??

          0

          0
        • aku makan McD pun nak kena topup kerajaan 60 sen, best tak? tapi tengok cite ni kena bayar

          0

          0
        • tol masih ada di penang dan selangor sebab yg jadi MB bukan orang Pas. jadi marilah kita menyokong calon Pas! macam Haji Hadi Awang lakukan di Terengganu! untuk kesenangan rakyat! kembalilah kepada ajaran Islam!

          0

          0
      • tandas putera. kisah dua putera melayu berebut tandas.

        0

        0
  3. Mak Temah says:

    ada yang tak suka pada realiti bangsa dia sendiri kot…hahaaha.
    alamakkk dah mcm kat negara omputeh pulak..sikit2 nak bunuh orang…hebatttt…

    nara, bosan pulak dgn soalan matematik kamu ni…

    6 – ? = 4…. arrrr??? biar betik soalan tu..

    0

    0
  4. adeh says:

    tanak buat laporan polis tak yah cite lebat
    zaman skang dapat duit macam2 statement boleh buat
    apa guna kecoh2 sekarang
    kalau rasa tergugat n diri dlm keadaan bahay buat la laporan polis
    negara ada undang2
    jgn bising mcm budak kecik

    0

    0
  5. ... says:

    filem dah tak laku.. mcm2 lak dia ckp

    0

    0
  6. org kg duk obesi says:

    kalau betul ada ugutan, buat lapuran polis… atau semua ni utk publisiti saja?

    0

    0
  7. anonymous says:

    cerita ini memaparkan reality apa yg berlaku di satu masa dahulu..tak ada tambahan pun..sebelum filem ni dibuat pun aku dah dengar dari mak bapak & datuk nenek aku sendiri apa yg berlaku sebelum dan semasa 13 mei..aku rasa curious sebab aku lahir tahun 77..aku dalam generasi yg sekadar tahu dan baca dari buku/artikel saja ttg 13 mei…cerita2 oleh org tua2 pasal 13 mei mmg benar2 dipaparkan dalam filem ni..sapa2 yg membangkang secara membabi buta pasal cerita ni, bawak2 lah berfikir dan bertanya pada mereka yg lebih tahu..jgn melihat filem ini sebagai wadah politik oleh kerajaan..tapi lihat filem ini sebagai paparan sejarah utk pengetahuan kita semua terutama generasi baru..

    0

    0
    • jack says:

      aku pon heran, knp pengarah2 filem/drama skrg takut sgt nak hasilkan karya yg menjurus kepada pegawai2 atasan/kerajaan yg makan rasuah, penipu rakyat, kerana realitinya memang ia berlaku dlm kehidupan kita… balik2 cerita cinta/gangster/lawak.. xde modal lain kew…

      0

      0
      • cahaya says:

        cuba buat mcm cite tamil..tunjuk polis, menteri, perdana menteri jgk mkn rasuah..pengkarya seni yg buta sejarah..melawan tu kan memberi kelebihan pada otak utk berpikir..otak bkn utk terima secara membuta tuli..

        0

        0
        • Anonymous says:

          aku pun penanh nengok filem tamil.cerita pasal pemimpin yang tak bleh memimpin.mkn rasuh dan biarkan rakyat hidup melarat.dan dtg la hiro cbar pemimpin dan pemimpin bagi satu hari untuk dia mentakbir negara dengan syarat.aku tak ingat dah apa syaratnya.hera pun memimpin dan cari jalan mcm mana nak membantu rakyat,antaranya dengan kenakan cukai kepada kelas atasan dan pentengahan dan mencegah rasuah dikalangan kakitangan kerajaan.cara macam tu baru boleh membantu kelas bawahan dan yang duduk setinggan.bukan senang nak jadi pemimpin sebenarnya.setakat guna air liur tak jalan yer der.kena gunakan otak dan pantas bertindak.

          0

          0
        • SIVAJI THE BOSS!!! perlu ada hero yang boleh menendang pegawai atasan macam filem The Matrix hahahaha. sekali dia tendang berterabur semua orang.

          0

          0
        • cakap2_kosongmu says:

          Dah beribu cerita tamil yg sentuh masalah rasuah/hero melawan corrupt officials tapi adakah bermakna rasuah dah berkurangan kat tamil nadu or india in general skrg ni?? Dah bersih ke?? Pergilah check corruption perception index 2012. India ranking ke 94 manakala malaysia yg tak buat filem pasal rasuah ni ranking ke 54 !!

          KALAU TAK MAHU ADA TANGAN YANG MENERIMA…..JANGAN ADA GATAL TANGAN YG MENG “OFFER”

          0

          0
  8. ehh says:

    pakcik/makcik shuhaimi baba..myk naik 20 sen ni.xde duit nk isi mnyk p pawagam.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    macam macam laa org Malaysia sekarang nie . Baik aku tgok GDRAGON !

    0

    0
  10. Saya Sayang Malaysia says:

    Saya dah tengok, klu belum tengok tak perlu la kutuk macam2. Citer nie mmg terbaik. Sbb tu banyak Melayu yg rosak skrg nie.

    0

    0
  11. feedingfish says:

    dh tgk..filem yg bagus..tp lg elok klau buat episodes or drama kt tv sbb dia nk masukkn semuanya dlm 1filem, so cerita ni macam lrt mula2 tu..time tun abd razak sakit tu je cerita jd plahan sikit ..jadi plot mula2 tu aku agak mcm eh2..tetiba**…tp hasnul rahmat dlm cita mmg sesuai jadi tun hussein onn.. muka sama hehee..

    0

    0
  12. minah jambu merah biru says:

    minah jambu memang dari dulu tk minat lah cite sejarah2 cngini..boring terima khaseh aje lah ye thank uuu……

    0

    0
  13. Looo says:

    Terima ugutan bunuh sgt serius tp xnk buat laporan polis..blh pula beritahu media…nk publicity ke?? Ini yg terlintas di fikiran org rmai…org mgkn xkn persoalkan kalau laporan polis dibuat terlebih dahulu baru keluar berita

    0

    0
  14. mizz nia adriana qalisha maisarah says:

    betul…setuju dengan nara.. sampai bila kita nak disogokkan dengan filem hantu, rempit gangster sahaja. we need something new. something fresh.. at least filem-filem history macam nih ada beribu ilmu yang dapat kita serap…
    saya tak harapkan filem2 kita seperti transformers atau iron man.. just lari la dari kepompong rempit, bohsia, hantu dan gangster.. atau mungkin sememangnya kelompok sebegini penyumbang kejayaan sesebuah filem? mungkin

    0

    0
  15. invisible me says:

    Buat filem yang sama, merungut.
    Buat filem lain dari yang lain, kena ugut macam ni pulak.
    Orang kita sekarang ada saja yang tak kena.

    0

    0
  16. zzz says:

    bagus la cita ni. buat kelainan.. sampai ada yang lain dari fakta. sebelum korang nak kutuk komen aku, sila kaji dulu scene2 kantoi dalam filem ni.
    memang la aku bukan penerbit or pengarah filem, tapi aku penonton. tu je. kalau yang nak bagi komen filem kena ada title macam tu baru boleh bersuara, baik jangan bagi orang tengok.

    cita bukit kepong & Left. Adnan lagi bagus.

    0

    0
  17. melati says:

    Buat macam saya …tak tgk filem melayu…

    0

    0
  18. melati says:

    Ni taktik baru ker? kenapa tak pakai taktik macam Yusof Haslam yg selalu canang kat Media kater filem kutipan 4 juta lah 5 juta lah dlm 1 minggu tayangan…porah…….!!!!!

    0

    0
  19. cikeding says:

    tak nak report polis sebab ko menipu…

    0

    0
  20. ulalalaaa says:

    aku dah tengok dah cite ni. sangat besttt! bagi aku cite ni tak la perkauman pun. dah mmg kisah benar. dan cite ni bkn pasal nak bangkitkan semangat kemelayuan tu. tp lebih kepada bercerita tentang perjuangan Tun Abdul Razak. aku lahir thn 1989. aku tak kenal pun beliau. aku hanya kenal Tun Mahathir je. tp dengan cite ni aku lebih kenal beliau dan hargai pengorbanan2 yg beliau lakukan. sangaattttt menyentuh hati. cuma aku terpikir, ada ke org filem nak buat kisah pemimpin zaman skg? kecuali Tun Mahathir la yg mmg patut dibuat filem berbelas2 episod sbb pengalaman mentadbir Malaysia yang sangaattt lama.

    0

    0
  21. tristar says:

    tndas putera ni cite amono dow ….

    0

    0
  22. saya sayang malaysia says:

    teringin plak nak tengok… nenek saya lahir tahun 30an dia cerita masa zaman komunis, n jepun memang sedih giler… abah plak citer masa 13 mei… ya allah hai.. rasa bertuah sgt kita sekarang ni hidup masih aman, maju atas pengorbanan dan tumpah darah perwira2 kita termasukla orang2 kampung dan rakyat pada zaman itu yang sama2 mempertahankan negara.

    0

    0
  23. hamba Allah says:

    nilah penahan dari DAP…kalu dulu bintang 3…tak sedar2 lagi orang melayu

    0

    0
    • hamba allah juger says:

      sikit2 dap..lo ni xde modal ke???bn tu baik sangat ke? menyusahkan rakyat.barang semua naik.ingat orang malaysia ni kaya raya ke apa??

      0

      0
      • anak merdeka says:

        habis tu kalu pembangkang boleh confirm 100% ke barang tak naik ? tengok dulu filemnye baru komen..

        0

        0
        • duaplohsen says:

          Korang sokong BN of coz kena terima kenaikan itu dan ini
          org PR of coz kena bising kalau x pelik plak
          tapi org BN lagi suka duit… beli je dgn duit…
          takde maruah… takde jati diri…
          BRIM, BL1M, tak hape2…

          PR dah janji nak turun harga minyak RM0.50 dulu
          tapi BN menjanjikan Barang Naik pun ada orang sokong… bodoh dari lembu2 yang bertanding pertandingan lembu bodoh seantero

          0

          0
  24. gedebuih says:

    bila filem tak laku, rugi, macam2 la alasan keluar..modal buat filem tu sampai RM4.8 juta, kutipan yg dapat hanya RM500,000 je, meroyan la mak cik tu..lain kali buat filem tu jangan mengampu sangat, buat orang meluat nak datang tgok..fikir la sendiri..

    0

    0
  25. Anonymous says:

    KLU UGUT BUNUH PUN BUKAN ORG LAIN… ORG CINA KOMUNIS JE LA… TU SBB DIA TAKNAK DI TAYANGKAN KAT PAWAGAM. AKU SOKONG TERBITAN FILEM NI. BAGUS!!! ORG MELAYU, TGGU APE LAGI. BUKAK MATA LUAS2.. MASA UTK BANGKIT. DH TAK PAYAH LA NK TIDO LAGI….!

    0

    0
  26. Julia says:

    pasni jadi KERANDA PUTERA.

    0

    0
  27. minyak yu yee says:

    Kl tengok komen kat sini aku jd pelik knp filem ni x laku..ekeke

    0

    0
  28. ermmmm says:

    jgn la pikir negatif, banyak sgt tgk movie yang tidak berkualiti, bila tayangkan cite sejarah
    taknak amik tahu, buta sejarah, lepastu berkokok2, ntah ape2 nak haramkan tayangan
    tgk dulu jgan nak jatuh hukum yang bukan2, cite bodoh berduyun2 g tgk sanggup bazir duit, sekali sekala tgk la benda yang ilmiah sikit, baru celik akal sikit, ni bebal semanjang

    0

    0
  29. melati says:

    yang komen semua nya menggong termasuk lah aku …

    0

    0
  30. cinta says:

    cerita yg membangkitkan rasa cinta kepada negara, menerbitkan rasa syukur di jiwa, tgk kesusahan org dulu2, kita ni dah terlalu senang dah, tu yg x reti bersyukur, sebab x merasa apa yg diorang rasa

    0

    0
    • anti perkauman says:

      Nk syukur apa klau cina xabik org melayu keja…kita kena pikir ramai org melayu keja ngan cina..klau cina buang kita…kita keja apa..nk bayar PTPTN lg…org melayu kita mna da buka kilang..klau buka gaji ciput…xyah nk pikir perkauman sgt…org pon tau bnda tu

      0

      0