Kerana Salah Faham : Kontrak Siti Elizad Sebagai Duta Produk Qyra Beauty Dibatalkan

Hiburan

Kerana Salah Faham : Kontrak Siti Elizad Sebagai Duta Produk Qyra Beauty Dibatalkan

Bergelar selebriti membuka peluang seseorang itu untuk menerima rezeki daripada sumber bukan lakonan seperti menjadi duta produk. Walaubagaimanapun, bukan semuanya indah apabila berlaku salah faham antara artis dan pengusaha produk.

Itulah yang terjadi kepada pelakon Siti Elizad dimana kontraknya untuk menjadi duta produk kecantikan Qyra Beauty Care telah dibatalkan kerana timbul salah faham dengan pemilik produk berkenaan.

Advertisement

Jelas Elizad, pihak Qyra Beauty Care cuba untuk menutup pintu rezeki beliau kerana tidak membenarkan Elizad mempromosikan produk lain di akaun Instagram miliknya.

Pihak Qyra Beauty sudah menghantar surat peguam yang membatalkan kontrak saya sebagai duta produk baru-baru ini atas sebab yang tidak sepatutnya.

Mereka melarang saya untuk mempromosi produk lain yang bukan pun pesaing produk tersebut seperti minyak wangi dan produk anti penuaan, sedangkan saya hanya dilantik menjadi duta untuk produk pemutih dan kopi langsing sahaja.

Perbincangan secara baik juga sudah dilakukan oleh Elizad tetapi pihak Qyra Beauty Care seakan enggan menyelesaikan masalah ini dan terus mengelak daripada bertemu empat mata bersama beliau.

Lebih teruk lagi, mereka tetap ingin memburukkan nama Elizad apatah lagi seakan menyindir seorang pelakon dalam status terbaru yang dimuat naik di Instagram Qyra Beauty Care HQ yang sedang mencari duta baharu.

Sebelum saya saya buat promosi ‘IG preview’  saya tanya dulu pihak mereka, hampir kebanyakkan produk yang hendak saya iklankan tidak dibenarkan. Saya rasa mereka menyekat banyak perkara dalam kerjaya saya.

Saya ada minta perkara ini dibawa berbincang dan apa yang tidak seharusnya saya buat, namun mereka cuba mengelak tidak mahu berjumpa, sehinggakan perkara ini memburukkan nama saya.

Meskipun sudah pelbagai perkara yang berlaku, Elizad enggan memanjangkan perkara tersebut sehingga ke mahkamah kerana sedar ia tidak berbaloi dengan bayaran yang beliau terima.

Erm, mungkin rezeki Siti Elizad sampai di situ sahaja. Adalah lebih baik untuk tidak meneruskan kontrak jika tiada persefahaman lagi. InshaAllah mana tahu selepas ini ada peluang yang lebih besar lagi buat anda?

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...