Written by AbangNara | February 10th, 2017

Wow. Terkejut Abang Nara mendengar desas-desus yang sedang bertiup kencang ini. Mana tidaknya, satu sumber memaklumkan kepada Abang Nara yang 2 jenama sedang bergaduh besar kerana Fasha Sandha. 2 jenama ini ialah Xema Su dan juga Solifit, minuman yang dapat menguruskan badan. Kedua-duanya seolah-olah berperang kerana saiz badan Fasha Sandha yang kurus!!! Fuh, pertama kali dalam sejarah hidup Abang Nara mendengar perkara seperti ini berlaku.

fasha sandha solifit

jadi artis kenalah kurus supaya sentiasa tampil meletop macam Fasha Sandha kan?

Menurut sumber informasi ini, pemilik Xema Su telah beberapa kali melahirkan rasa kurang senang apabila Fasha Sandha datang untuk “fitting” baju “catsuit” untuk filem Badang. Sudah 3 kali “fitting”, badan Fasha bertambah kurus sehinggakan baju rekaan Xema Su terpaksa diubah beberapa kali. Kemuncaknya, Fasha telah dimarahi di butik Xema Su di hadapan khalayak ramai kerana perkara yang sama berterusan. Untuk makluman, Xema Su adalah sponsor untuk “catsuit” Fasha Sandha dalam filem superhero Badang.

fasha solifit

makin kurus makin cantik si Fasha Sandha nie

Sementara itu pemilik Solifit sudah tentu bergembira dengan kekurusan Fasha Sandha kerana ia membuktikan minumannya itu berkesan untuk mengurangkan berat badan.Kerana konflik ini, pemilik kedua-dua jenama ini bermasam muka sehingga menyebabkan Fasha Sandha di dalam dilema.

Enggan membiarkan diri ini berteka-teki, Abang Nara telah mem”Whatsapp” Fasha Sandha untuk mengetahui kebenaran desas-desus ini. Iyerlah, secara logiknya, takkanlah sebab kurus sangat boleh menimbulkan pergaduhan sebegini antara Xema Su dan Solifit? Rupa-rupanya Fasha memang benar-benar di dalam dilema, lebih-lebih lagi selepas ditegur oleh pemilik Xema Su di hadapan jurukamera, tukang solek dan juga pembantu peribadinya kerana terlalu kurus. Tulis Fasha:-

Sorry Abang saya lambat reply. Saya busy shooting filem Badang. Please keep this between us. Saya tak dimarahi pun. Saya cuma ditegur sebab saya kurus. Saya amat kecil hati sebab saya ditegur di depan orang ramai.

Pemilik Xema Su stress sebab baju kena alter banyak kali dalam masa sebulan. Akibatnya Xema Su termarah saya di butik. Namun begitu saya telah memohon maaf kerana menyusahkan pihak Xema Su

solifiti

Abang nara tengok ok je, bukan macam tengkorak. Badan yang cantik utk ibu yg ada 2 anak

Susah jugak jadi artis ini kan? Lebih-lebih lagi jika anda menjadi duta kepada banyak produk seperti Fasha Sandha. Boleh menimbulkan permasalahan apabila ada percanggahan. Bagi Abang Nara, pihak Xema Su haruslah bertolak ansur dalam bab ini. Fasha Sandha nak kurus ke, nak gemuk ke, itu adalah hak dia sebagai manusia biasa. Tak gitu?

fasha

patutlah cepat je Fasha kurus, minum Solifit rupanya. Terbongkar sudah rahsia

Walaupun Fasha meminta agar perkara ini di “off record” kan, Abang Nara tak peduli sebab Abang Nara rasa ia wajar dikongsi. Secara jujurnya, Abang Nara rasa pelik bin ajaib sungguh mendengar perkara ini. Namun inilah asam garam dunia artis. Kurus sangat pun salah, gemuk sangat pun salah. Nasib baiklah Fasha bijak kerana mengetahui hak-haknya seperti yang tertera di dalam kontrak. Apa-apa pun Fasha, anda tetap nampak kebabom meletop di dalam setiap pasang baju Xema Su. Dan sekarang Abang Nara dah tahu rahsia Fasha begitu kurus iaitu dengan meminum Solifit. Confirm Abang Nara akan belikan minuman Solifit untuk isteri tercinta agar nampak cun melecun macam Fasha.

[jetpack-related-posts]

87 responses to Kerana Saiz Badan Fasha Sandha, 2 Jenama Bergaduh Besar

  1. Anonymous says:

    Kenapa perempuan bila seronok kena pose cam itik mulut muncung, punggung melentik…
    Tanya jer…

    20

    0
  2. Ibu says:

    dia kata pls keep this between us, rasanya ada elok jaga amanah tu maybe small issue wpun Nampak havoc bila ada pihak2 tak dpt control emosi, dia pun dah mohon maaf so selesai la tu, kalau jaga mesti dia lagi respect individu yg dia bgtau ni

    38

    2
  3. Anonymous says:

    nampak sangat post ini ditaja

    17

    0
  4. Anonymous says:

    Tak minat,statement pjng lebar tp murah

    9

    0
  5. Anonymous says:

    ala, iklan je ni..nampak sangat la…

    2

    0
  6. Anonymous says:

    ececece….
    solifit konon……tgk lah fasha mkn nasi 2 sudu…salad ..sashimi…mmg ler kurus

    19

    0
  7. Anonymous says:

    Sorry Abang saya lambat reply. Saya busy shooting filem Badang. ‘Please keep this between us’. Saya tak dimarahi pun. Saya cuma ditegur sebab saya kurus. Saya amat kecil hati sebab saya ditegur di depan orang ramai.

    Wartawan memang tak amanah..

    27

    0
  8. Sekadar jenguk says:

    Kehabisan isu..menyedihkan,anywhere yg sy nampak malaysia skrg kekurangan artis yg sedia ada pun seduu,podaah ataupun erti kata lain tidak famous dah..jdi penerbit,pengarah brtauliah bukalah audition cara bakat baru spya tkde lagi statement murahan mcm gini..netizen d blog sini beautifulnara mgkn lebih perrhh lebih wahh lebih cun dr artis sedia ada..ini da 2017 lah bai,ok?listen?

    8

    1
  9. estern says:

    u x amanah…pas ni org x pcaya u lg abg nara…hurmmm..mentioned clearly to keep d conversation between u 2…

    4

    0
  10. Anonymous says:

    hakikatnya…fasha mmg makin cantik!

    3

    3
  11. sue says:

    abg nara, I am a fan of Beautiful Nara. Etika kena jaga. kalau org yg u interview tu kata off-records, then, off-records lah.
    kalau ditaja sekali pun, find a more subtle way lah nak report tanpa melanggar etika kewartawanan.

    7

    1
  12. Anonymous says:

    ubat untuk ubah suara xde ke fasha?
    annoying lah suara u…..

    10

    2
    • Princess2u says:

      Ko artis mana plak, bape lagu dh ada, bape byk album kuar…klu xde jgn sibuk suh org ubah kejadian Tuhan…bengap tol

      2

      4
      • Anonymous says:

        ko yg bengap x sedar ke?
        lol…

        1

        0
      • Anonymous says:

        x tau pulak kena buat lagu album semua kalau suara sedap…
        masalahnye fasha ni dengar dia bercakap pun mcm suara chipmunk daa…
        camner lah producer ambik dia….
        bila dia nye dialog jer aku mesti x focus.

        6

        1
  13. anon says:

    cannot tahan bila c fasha ni punya la PRASAN LAWA masa program Meja Bulat Sepahtu Rabu baru ni…hadoiii
    dgn suara pun tak fit utk buat teater, berlakon, mmg OUT BETUL LAH!
    ya suara dia lah plg annoying beb!

    10

    0
  14. melati says:

    walaupun dh ader anak dua , tapi kejelitaan Fasha jauh lebih terselah dr anak dara tua cam Neelofa..!! Fasha ibarat Lamborghini Aventador thn 2015 … Neelofa ibarat Proton Saga 2014….kelebihan Fasha dia tk bercakap gan kucing bila tua nanti..!! Neelofa bakal bercakap gan kucing..!! kikikiki

    4

    10
  15. Anonymous says:

    Moga fasha memberi inspirasi kpd ibu2 lain supaya tetap fit walaupon dibebani banyak tugasan seharian. Santek woiiiiiii

    2

    3
  16. mengantuk says:

    Ok esk sya beli ubat kurus..tq abg nara sebab promote…

    0

    1
  17. kar says:

    apapon fasha memang hot!!

    0

    5
  18. Anonymous says:

    Xyahla nak hebahkan benda ni behind the scene coz its confidential kot between designer n client

    3

    0
  19. Ariel gabriel says:

    Saiz badan fasha tetap membuatkan ramai yg iri hati. Moga terus sukses dan tak kekwat dgn peminat. Santek wehhhhhhh

    0

    6
  20. kejar dunia tak habis2 says:

    tak habis habis auta…..comission dapat tak you?

    10

    0
  21. SR says:

    I must say that, Solifit is a good product. I dah cuba and its work. And to Fasha, apa yg awak buat, pasti akan jd ikutan ramai. Lepas ni, ramaila yg gigih nk kurus mcm fasha which it is good. awak adalah sumber inspirasi ramai org :)

    1

    9
  22. sara says:

    Auta la abang nara… Nampak sgt tu… Huhuhu… Beriklan yer?????

    3

    0
    • Pembaca Tegar BN says:

      Betulla. Menyampah pulak aku tengok abang Nara beriklan murahan macam ni. Beautifulnara ni dh hilang aum nye. Berita dah la banyak amik gambo IG artis je, Kitorang boleh tgk sendiri la gambo2 tu kat IG. Pastu asik2 lopatah tu. Cemuih ahh.
      Sebelum ada yg kata, x suka x yah baca, biarla aku nak komen, aku xde keje lain nak buat. Kembalikan BeautifulNara yg dulu dengan gosip2 sensasi.

      8

      0
  23. Hafis says:

    Alhamdulillah Cik Fasha menang makin slim dan cantik. Stop with negative minded people, semua benda nk di jadikan isu. Bukan nya masalah besar & sy tau Cik Fasha seorang artis yg professional dah boleh handle perkara ni secara professional.

    1

    3
  24. Anonymous says:

    Alhamdulillah Cik Fasha makin slim & cantik & sihat. Stop being so narrow minded people. Semua benda nk fikir negative dan di jadikan isu besar. Saya tau Cik Fasha seorang artis yang sangat professional & beliau boleh handle perkara ni dengan professional.

    0

    3
  25. Paris says:

    hi la abg nara. clearly you dont understand what is the “off record” meaning

    2

    0
  26. Anonymous says:

    Xemasu ni mmg suka kontrovesi ek!!! Kau marah Fasha nape?? Biar la dia kurus , kau jeles ek? Ape la! Tau la sponsor baju, tak payah la naik hantu if baju kena alter. Podacit

    0

    4
  27. Abangkacak says:

    Apahal mu ni xema su! Kontrovesi amenda ni! Mu marah kenapa!! Biar lah dia nak kurus, tau la sponsor baju! Takpayah la naik hantu, buat je la kerja! Kalau tak kerana artis kau tak femes lah!!!

    0

    1
  28. Nisya Lai says:

    Sepatutnya pihak xema su berbangga sbb fasha sudi pakai baju jenama mereka.. Bkn ssh pun nak kecikan baju..hanya nak dan xnk jer.. Utk xema su lain kali nak tegur artis yg mmg dah tau sifat displin dia tegurlah cara berhemah. Jgn depan org ramai.. Klu aku kena cmtu mmg angin badang pon naik.. Jaga aib org so org jaga aib you xema su.. Banggalah klu wanita dah anak 2 masih lg maintain kurus langsing.. Bangga dgn solifit sbb membuatkan fasha langsing skrg.. Bkn sng nk langsing oi.. Harap xema su dpt minta maaf kat fasha..

    0

    1
    • Nurularina says:

      Kawan aku kata, xema su tengah period masa tu, dia termarah tanpa sengaja. Tapi Fasha sendat tu cool ja, siap kata SORRY! Kalau aku, aku baling baju kat xemasu tu macam Fathia Baling phone kat director dia dulu. Hahahhahahaha.

      1

      -1
  29. Hateyou says:

    Nara kau jahat!!! Orang kata off record la bodo!!!! Wartawan jahat

    2

    0
  30. Anonymous says:

    Lemak pada bahu n lengan msih terserlah. Fasha plz do sumething. Nway yg beriya sgt nk marah tu xperlu la psal off record bagai. Ni actly nk iklankn produk. Percayela..sbb ni msti jd muka dpn utk tajuk2 lain pasni.

    1

    1
    • AmirulSaari says:

      Dah kecik sgt2 dah aku tengok. Ada tang perut ja. Biasalah mengandung. Ramai orang jealous kat dia ni sbenarnya, sbb kurus and tinggi. Salute u Fasha! Dulu sado gila. Now kurus. Meleleh air liur Jejai ????????????????????????

      0

      4
  31. Miamibiatch says:

    MEMANG JEJAI GILA TALAK,KAWAN2 zaid bagitau aku, JEJAI MARAH LAKI MANA RAPAT NGAN FS, sbb tu la aedy ahraf yang belum cukup umur tu pun kena marah! Apa la JEJAI SI GILA TALAK

    0

    6
  32. Kitasama says:

    IKON IBU TUNGGAL! Salute you Fasha Sandha

    1

    4
  33. Pidaaaa says:

    Ni lah orang nak cari publisiti murahan!! Artis kurus sikit pun salah , gemok pun salah. Kalau orangg gemok karang bising baju tk muat. Nama pun ” sponsor ” so jangan bisinglah. Buat jela kerjaa , ti namanya tak ikhlas nak sponsor duh! Be open minded lahhhhhh . Terang2 sis Fasha suruh simpan rahsia tp still nak heboh kan dia media sosial! What the? Be matured lah. Payah kalau ada manusia mcmni. Apapun be strong sis Fasha because ” haters make you famous ” muahhhh??????

    0

    0
  34. Anonymous says:

    Wartawan yg xamanah !!

    0

    0
  35. Salina osman says:

    Xbaik buat mcm2 xamanah namanya kerja biar ikhlas dan menyimpan rahsia sebaiknya xkiralah siapa pun yg meminta berbuat demikian..1 dosa kalau tak amanah

    0

    0
  36. Cik montel says:

    Utk wartawan jagalah attitude awak sbgai wartawan.. Klu fasha dah off record xyahla update kat blog.. Fasha ni cantik langsing displin popular so ramailah haters yg komen bkn2.. Haters semua kluvtak suka tak payahla komen.. Npk sgt terserlah kebanggangan kalian.. Komen ckp benci hati kat dlm tu kata nak sgt jumpa fasha… Wakakakakaka ngaku jela… Lalalalala

    0

    0
  37. Aso says:

    Icon ibu tunggal yg cantik dan berjaya.. Sbb itu ramai yg jealous dgn fasha.. For me fasha sandha the Best actress forever.. She number 1 ever.. Org nak kata apa ada aku kesah… Love you fashaaaaaa ????????????????????

    0

    4
  38. Anonymous says:

    Come on everybody clab your hand pak pak pak pak msti nara da dpt komisen bole da beli oppo kaler merah. Dua jenama yg gadu knonnye pun da bepusu pusu owg nk try fasha pula dok tggu next job. Trbaik n netizen pula trmakan coz nie suma propa

    2

    0
  39. Sofhi.Fasha_lovers says:

    A’kum Abang Nara .. Abang Nara sedikit teguran dari saya part whatsapp tu. Abang Nara tidak sepatutnya Publish kan whatsapp conversation between you and sis fs tau. Terang2 sis fs mention tht yg conversation tu only between u dan dia . Tu tak amanah tau namanya . , Dan pasal Pihak solifit dan xema Su pulak… Insyaallah stiap masalah pasti ada jalan pnyelesaiannya, you all bukannya orang yg tidak berpengalaman. Sy sgt marah Bila Pihak xema su menegur fs di khalayak ramai nampak sangat awk tidak professional. Apa yg trjd bukanlah di lakukan dengam niat yang sengaja. Nanti x pasal2 sbb isu2 yg remeh mcmni di sbbkan sikap yg tak professional dr pihak anda menjejaskan nama baik fasha . Dan mnyakiti hati bnyak pihak. Pls carik jalan pnyelesaian yg trbaik jgn smpi nama fs pulak yang terjejas nanti sbb uolls .yang haters ni pulak janganlah over sgt kita org malaysia ada adab , budi bahasa kena jaga okay . Anda bukan malaikat dr syurga tau. Sekian terima kasih….

    1

    0
  40. Anonymous says:

    Saya terus google solifit.

    0

    0
  41. Okoksaja says:

    Macam komplot nk promote product je..Apply to everyone sekadar pendapat Take apa2 product kurus kalau tk senam & jaga makan pon tk guna. Jg percaya sngt. Kalau tk ambil lagi nnti naik balik badan mcm yoyo diet. Product2 gini bagi orng yg malas senam n nk lekas turonkn berat badan. Lebeh baik senam n jaga apa yg kita makan. Tu lebeh baik tok selama2nya. Sihat semulajadi. Sekali lagi sekadar pendapat.

    12

    0
  42. FashaSandha_Supporters says:

    FASHA SANDHA TIDAK SEPATUTNYA DI PERSALAHKAN DALAM PERKARA INI . PIHAK XEMA SU PERLU LEBIH BERSIKAP PROFESSIONAL . JIKA ANDA SEORANG PROFESSIONAL ANDA TIDAK AKAN CPT MELATAH . MENEGUR FASHA DI KHALAYAK RAMAI ITU ADALAH SATU SIKAP YG TIDAK PROFESSIONAL DAN AGAK TIDAK ADA ADAB . ANDA MEMALUKAN FASHA SANDHA . SETIAP MASALAH ADA JALAN PENYELESAIAN . UNTUK KURUS ITU ADALAH KEMAHUAN FASHA DAN ADA TIDAK ADA HAK UTK TIDAK MEMBENARKAN DIA KEMBALIKAN BENTUK BADAN DIA YANG DULU , PLEASE RESPECT EACH OTHER DALAM PERNIAGAAN ADA DUGAAN ADA TURUN NAIK NYA , PIHAK SOLIFIT TELAH BERJAYA MEMBUKTIKAN PRODUK MEREKA ADALAH BERKUALITI DAN BERKESAN , BAGAI MANA PULA DENGAN ANDA ? ANDA BOLEH BERJAYA KER DENGAN MELATAH X TENTU PASAL TANPA USAHA UTK MERAIH KEPUJIAN DAN KEPERCAYAAN PELANGGAN ANDA SENDIRI …

    0

    0
  43. Anonymous says:

    x perlu lah product2 ni semua….nanti sakit aru padan muka..
    just eat moderately, healthy and exercise regularly.

    1

    0
  44. Anonymous says:

    anak no 2 tu dah 2 tahun x kurus2 lagi ke……hahaha….

    0

    3
  45. hahaha says:

    Kikiki…nmpk sgt nara propaganda tak jadi…sila cuba lagi dan lagi…

    1

    0
  46. Anonymous says:

    2 jenama besar,??? Besar tang mana tu abam nara oiii…geli ketiak baca

    3

    0
  47. Solifat says:

    Mana buktinya 2 jenama tu brgaduh besar??yg besarnya c fasha d tegur ja pun?? Tu ke yg nak heboh nara oi?takyah lah nk try solifit nti last2 jdik sekurus bangkai hidup hahaha just diet seimbng je kot. . .nti fasha mkin kurus mkin sengau suara tu

    1

    0
  48. Yekeni says:

    Tak kisahlah nak promote ke apa ke… Tapi siapa sponsor baju badang hah? Lucah sungguh…. Hais…..

    1

    0
  49. Nara bodoh bebal says:

    WHICH PART OF KEEP IT BETWEEN US DO YOU NOT UNDERSTAND YOU MOTHERFUCKING IDIOT NARA?!!?

    KAU NI BONGOK KE BEBAL? SHE TOLD YOU NOT TO OPEN YOUR BIG MOUTH YET YOU POST IT FOR ALL TO SEE.

    BESAR PUNYA SIALAN

    0

    0
  50. Anonymous says:

    Dia ni kalau psl propashaaandha semua elok2 je

    1

    0
  51. Anonymous says:

    Lakonan semata mata. Hahaha

    0

    0
  52. Anonymous says:

    Semua ni just promote filem badang je pun coz ops terlajak laris kn jdik hero utama hahaha so c fasha ni lah org tgh yg nk mempermosi dn d bantu dgn xemu su dn solifit hahahaha netizen skg x bdoh,jgn lah putar belit cite kan bgus ckp siang2.. Tp btl ke?hahahaha

    0

    0
  53. che tat says:

    Woww..tahniah laa dh kurus..tapii betul ke..nmpk ritu takde lah kurus sgt..pic baju kuning tu mcm edit je..

    0

    0
  54. Anonymous says:

    Betul tu che tat,gmbr mcm kena edit je..for FASHASANDHASUPPORTERS mcm ada tk kena pulak,mgkn awk ni fasha pe sal excited sgt?huruf beso lak tu,dik ke akak ke..?netizen suma tak rabun pun alahai panas pulak ahaha

    0

    0
  55. Zack says:

    tahniah

    0

    0
  56. DASTAR says:

    “…keep this between us”
    Bang Nara oi, ni bukan dah kira langgar persetujuan ke dgn Fasha huhu.

    0

    0
  57. Sabahbilang says:

    Gud luck fasha..u da brusaha sampai mgorbankan rambut k0rang tau tk fasha sngup gunting rambut HINGGA pendek utk mghidupkan watak fisha dlm filem badang..tida sbar mau tgk msti pecah panggung,kpda netizen kwn2 sekalian f0r me wartawan mcm beautifulnara mcm ini bru pgl wartawan,cari kesahihannya k0rek kebenarannya dn baru tunjukkn kesimpulannya biarpun dpt semburanlah pd pminat2 fasha..pls jaga lah tutur kata,i pun tak smpurna tp k0men d statement ne trlalu lalu ehmmm suda kwn2..gud luck fasha d0 da best,l0ve sma fasha..

    0

    0
  58. Izara says:

    Totally cannot be trusted la you Abg Nara!

    0

    0
  59. lynn says:

    Ni Lawak bodoh ke atau tiada etika?
    Shame on you la

    0

    0

Leave a Comment

Optional