Written by AbangNara | June 9th, 2017

Dalam diam, sudah lebih seminggu kita berpuasa. Tak lama lagi Aidilfitri akan menjelma. Pantas sungguh masa berlalu. Masih segar di ingatan sambutan Syawal tahun lepas. Meriah. Banyak betul rendang, ketupat dan lemang yang Abang Nara makan. Main bunga api di malam raya. Lepak sampai ke pagi makan kuih raya. Lepas tue pergi konvoi raya beramai-ramai melawat saudara mara dan macam-macam lagilah.

1

Namun di sebalik kemeriahan berhari raya, ada satu perkara yang cukup menakutkan telah berlaku pada Aidilftri tahun lalu.

2

Ketika umat Islam sedang bergembira menyambut Aidilfitri, kita dikejutkan dengan kematian beberapa orang kanak-kanak di Melaka dan Kedah akibat jangkitan virus difteria. Sebanyak satu (1) kes yang disahkan difteria di Melaka telah dilaporkan meninggal dunia pada 18 Jun 2016. Manakala satu (1) kes disyaki difteria di Kedah yang berumur dua (2) tahun meninggal dunia pada 22 Jun 2016 pagi. Kedua-dua kes kematian tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan.

3

Untuk makluman, penyakit Difteria yang menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas, kerosakan pada saraf dan jantung, lumpuh dan boleh membawa kepada kematian. Paling menyedihkan, penyakit Difteria ini sebenarnya penyakit yang sudah hilang selepas imunisasi/suntikan vaksin diperkenalkan di Malaysia. Namun kewujudan ibu bapa yang menggelarkan diri mereka “anti-vaksin” telah membuatkan penyakit difteria muncul kembali, sekaligus membahayakan kanak-kanak kecil yang sistem imunitinya masih belum matang.

4

imunisasi yang lengkap menerusi suntikan vaksin telah terbukti berjaya mencegah difteria

Menjelang Aidilfitri ini, Abang Nara ingin mengajak para pembaca BeautifulNara yang bergelar ibu dan bapa untuk bertanggungjawab dan memastikan anak anda mendapat imunisasi yang sepatutnya sebelum pulang ke kampung. Selain bertindak mengawal penyakit berjangkit seperti difteria, polio, kancing gigi dan tibi, imunasisi melalui pengggunaan vaksin merupakan satu proses pembentukan imuniti atau perlindungan kepada individu yang mempunyainya. Selain itu di bawah adalah beberapa kepentingan imunisasi:-

1. Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.
2. Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.
3. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga.
4. Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit.
5. Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.
6. Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan yang kos-efektif.

5

jadual imunisasi yang lengkap untuk anak-anak kita

Dari segi Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa harus untuk pengambilan vaksin. Malah ketika penyakit difteria ini menyerang Malaysia pada tahun lepas, beberapa orang mufti telah mengeluarkan fatwa “WAJIB” untuk imunisasi. Salah seorang daripada mufti tersebut ialah mufti Kelantan yang menyelar tindakan sesetengah ibu bapa yang “mengharamkan” suntikan vaksin sedangkan mereka tiada kepakaran di dalam bidang tersebut. Secara jujurnya, Abang Nara memang geram dengan golongan ibu bapa anti-vaksin ini. Kerana kedegilan mereka, anak-anak kita yang terdedah kepada bahaya penyakit-penyakit yang boleh membawa maut ini.

6

Banyak lagi mitos, fakta dan kepentingan imunisasi yang akan Abang Nara kongsikan pada anda semua. Namun untuk hari ini, marilah kita bersama-sama #LengkapkanImunisasi dan #JanganLupaCucuk vaksin kepad anak-anak kita, lebih-lebih lagi dah nak dekat Aidilfitri ini. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Anak itu adalah amanah kita. Kesihatan mereka adalah tanggungjawab kita. Sama-sama kita sempurnakan imunisasi si permata hati kita itu. Maklumat lanjut layari www.moh.gov.my dan juga Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 responses to Kerana Kewujudan Ibu Bapa Anti Vaksin, Penyakit Difteria Kini Muncul Semula

  1. Anonymous says:

    kahkahkahkahhhhhhhhhh

    0

    6
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      mak2 bapak2 yg anti vaksin untok anak2 dorang kalau anak2 atau diri sendiri dapat sakit jangan pegi hspital la stay aje kt rumah sampai penyakit tu baik ..panadol pon jangan telan… banyak yg tak ambek vaksin la babtu banyak anak2 dorang yg dapat sakit ..bila anak dh dapat sakit takda duit pulak nak rawat anak..bila suroh ambek vaksin untok anak tknak !!! anak sehat mak bapak pon senang…

      11

      0
    • Mat Terengganu says:

      Bodo punya mak bapak taliban isis….x sayang anak ke woi ???
      Government patut wajibkan semua budak di vaksin… mana2 mak bapak taliban isis x nak vaksin tu kau sumbat jer dalam penjara. Macam mana nak jadi negara maju…. kalau pemikiran taraf taliban isis .

      6

      0
  2. blur says:

    si nara ni ikut kalender islam mana ye..kita dah puasa 2 minggu kottt naraaaaa oii..hari ni dah 14 ramadhan

    5

    0
    • saya tak nak vaksin says:

      vaccine ni bahaya… agenda tersembunyi yahudi… apa yang saya baca kat buku jerry d grey… bekas tentera US.. and di luar negara pun ada je yang tentang siap buat demonstrasi untuk tentang vaksin ni…

      1

      24
      • MSJ says:

        Saya Islam, tak nak terikut ajaran kafir yg anti-vaksin.

        17

        0
        • saya tak nak vaksin says:

          jerry d grey pun islam… dia yang bongkarkan agenda2 yahudi ni..

          1

          11
        • orthopaedic_surgeon says:

          Jerry D Grey bukan doktor, dia engineer. Awak lagi percaya tulisan engineer ke doktor2 pakar muslim di Malaysia yg bertungkus lumus menyelamatkan nyawa kanak2 yg terkena penyakit bahaya yg boleh dicegah oleh vaksin.

          17

          0
      • The_truth says:

        Yang sebemarnya, yahudi zionist nak melupuskan umat Islam dgn salah satu cara ialah melalui masalah kesihatan, dgn cara beramai2 tidak mengambil vaksin, wabak penyakit serius boleh merebak semula seperti polio, tuberkulosis, diphteria, pertussis meningitis drpd measles dll… bila dah ramai bayi2 dan kanak2 terkena wabak ni, makin byk kematian, makin sedikit umat Islam. Maka cita2 Yahudi Zionist tercapai. This is their aim.

        8

        3
        • The_truth says:

          Nak tanya satu soalan la, kenapa kerajaan Arab Saudi mewajibkan vaksin pneumoccocal kepada bakal2 umrah dan haji? Kalau betullah ‘vaksin agenda yahudi’, kan di Arab Saudi ada ulama2 besar, imam masjidilharam – bahkan diwajibkan pula bakal jemaah haji utk mengambil vaksin.

          Kalau tak tahu nak.pikir jawapan, biar saya bgtau, of courselah utk kemaslahatan ummah bagi mengelak penyakit wabak yg serius yg boleh membawa maut. Org yg takde common sense je yg pikir vaksin ni ‘agenda yahudi’

          21

          0
      • aku says:

        bodoh. lagi percaya ‘bekas askar’ dari doctor and scientist. lepas ni anak sakit hantar dekat kedai tayar je. choi

        15

        0
      • ProVax says:

        Karang anak kau make sure hantar playground AntiVax k. Main kat sekolah AntiVax, mall AntiVax. Pastu takyah socialize sgt. Tak yah campur ngan anak org lain. Make sure jgn g Bazaar Ramadhan. Bukan apa, mak aku cakap hidup jangan nyusahkan orang.

        8

        0
      • pimampus says:

        pi mampus lah klau x nak vaksin…. elok se ekor berok macam awak mampus

        1

        0
      • No to antivaccine says:

        Agenda yahudi?Israel pon Ade program vaccination dorg la.lbey kurang je mcm msia.yg antivaccine ni xsedar ke,dorg dpt hidup sihat skrg Pon sbb adenye vaccine.sbb vaccine penyakit mcm diphtheria measles seme xde dh.korg yg berusaha sgt spreadkan balik

        2

        0
      • minah jambu suka saahara yaakop says:

        tangok macmana punye vaksin laaaaaaa…contoh nye orang nak gi haji sebelom peg dorang nak kena injek vaksin dulu supaya tidak di jangkiti segala kuman…

        0

        0
  3. b says:

    Ya..14 ramadhan, dh x sbr nk blik kpg…tgok mak.
    Citer pasal imunisasi…org yg pnh bawa ank je yg tau mcm mana nk dptkn imunisasi tu. Yg x ada pgalam dgr citer2 ntizen yg penh melaluinya..bkn menghentam….sperti yg diatas skali tu..kahkahkahkahkah…nnti aku bgi komen, sbb buat keja jp.. tapi aku nk guna “tagline yg x sama”..sbb dh ada org mark tagline “b” ni..suka terus terng..ada org mrh.

    0

    2
    • Anonymous says:

      gi la buat keje… dok meroyan x tentu pasal… ko mesti peminat lofattah kan… confirm kan… sbb tu ko suka meroyan

      1

      1
  4. wa tak le blah dgn hipokrit says:

    mesti yg kutuk2 ni kaki anti vaksin. udah2 la tu. org bg nasihat tu follow je la. amik yg baik apa yg payah sgt. kalo tak de duit nk cucuk anak g la hospital gomen. kalo die merapu pon point die betul. pening la mak bapak pelik2 ni. time kecik2 mak bapak korg pon g anta cocok. bler dh zaman fb ni semua pakat sapu info dlm fb bulat2 pastu bior anak xde vaksin pastu dedahkan anak kt org lain. kurang kasih syg betul la.

    20

    0
  5. getokak says:

    Tanpa pembelajaran yg betul maka banyak lah kaum bani2 bahlul yang ala ala IS dan taliban yg bermastautin di bumi malaya ni. Mereka ni lah yg anti vaksin…kalu anak2 diorang yang kena tak pe le, ni tak pasai2 anak kita pun sama sekali berisiko. AKu kalau tengok anak2 lebai ke anak ustaz bermain-main kat padang, aku tarik anak aku balik rumah. Pencegahan lebih baik daripada terkena….

    11

    0
  6. fromthe_truestory says:

    aku dri kecik mak dh “celik mata”dgn suntikan ni, Alahmdulillah, semua dik bradik sihat walhafiat, kkdng, kalau demam pnas,masa dulu2 tu, mak x ada masa dn x ada duit nk gi cepital sbb naik bas, bs yg d tunggu lmbt lak, dlm 2 jm skali, last2 mak minta air penawar je pda ustaz,ok je kami sembuh..lagi2 mak x penah mis pun cucuk tu bila nurse suruh dtg, kalau mak x dtg, maka nurse yg naik moto pasola tu dtg ke umah..tapi skarg mana ada mcm tu..kita yg ada anak smejk lahir pegi cepital gomen ikut imunisasi anak x penah miss, dari lahir smpai anak berumur 2 tahun, pukul 6.45am dh trpacak kt tmpt tu, sbb tau, btapa pntg nyer imunisasi ni, yg bangkang ni hanya org yg malas nk beratur kt cepital gomen, dh la x ada duit, buat mcm org kaya, belagak sng, tapi imunisasi anak tak jugk buat kat cepital swsta..dn ceptal gomen ok je kalau ikut betul jadual…cuma lmbt sikit je la dia pnggil.

    1

    0
  7. Prochoice says:

    Ce tanya..budak yg kena difteria tu vaccine ke x?iols tanye jurr.

    0

    6
  8. wekkkkkkk says:

    biasa yg bangkang gomen je x ikut ckp menteri kesihatan…betapa pentingnya imunisasi..kesian tau bayi kalau x bagi suntikan..ini hak dia utk teruskan hidup didunia, kenapa mkbapak x nk buat..buat anak mau, tapi bila lahir mls nk bagi dia sihat…kalau mcm tu x yh beranak la. Cepitl gomen ok je, lagi byr singit, cuma brsabr lah demi anak.. suntikan dari lahir dan smpai ke 2 tahun,, lpas suntikan yg ke 2 tahun tu dh x payah buat lagi, nnti masa dia masuk ke darjah 1, maka buku harian bayi dri lahir hingga 2 tahun akan di tengok oleh mereka2 yg berkenaan.

    5

    0
  9. Mot says:

    Kan die dh tulis tu.both cases TIDAK menerima suntikan imunisasi lengkap.sorry but sy xbole terima org yg perlekeh Bab vaccine ni.xde anak ke?

    5

    0
    • wekkkkkkk says:

      ya, masa kt cepital, lpas besalin tu, semua bayi dh di suntik imunisasi, semua bayi kena suntik, x leh lari, tapi yg X LENGKAP tu adalah kerana makbapak x ikut jadual dn x prihatin trhadap anak. ..JIKA LENGKAP x kn jadinyer..apa2 pun Allah itu mengetahui segalanya..klau dh sampai ajalnya, maka meninggl lah, tapi sebelum terjadi…buatlah perancagna dgn sebaik mgkn.

      4

      0
  10. Anonymous says:

    orang islam Malaysia mmg bodoh…sanggup bahayakan nyawa anak2 sendiri..kalau pandai sangat, pegi lah jadi doctor..semua benda yahudi yahudi yahudi…don’t u think its too much now? saya bukan penyokong yahudi atau sapa2..tapi ini berkaitan nyawa anak sendiri dan anak2 org lain..jangan jadi pembunuh..kalau kena kat anak korang baru tau langit tinggi rendah

    8

    0
  11. Mak esah says:

    Ko sumbat anak ko dgn segala jajan, mekD, segala mak bapak fast food, bila anak ko sakit ko salah kan pro choice.. kah kah kah…

    5

    1

Leave a Comment

Optional