Kerana “Baby Harness”, Awal Ashaari & Scha Al Yahya Dikecam

Hiburan

Kerana “Baby Harness”, Awal Ashaari & Scha Al Yahya Dikecam

Tahu tak betapa susahnya menjaga anak apabila mereka sudah pandai berjalan? Susah gila sebenarnya. Baru tengok tempat lain 5 saat, tup-tup anak dah hilang dari pandangan mata. Memang sangat berbahaya terutama jika pergi ke tempat yang ramai orang seperti shopping kompleks. Silap-silap anak terus hilang dan kemungkinan untuk diculik sangat tinggi, lebih-lebih lagi jika anak selebriti seperti Lara Alana.

lara alana

Advertisement

Bagi Abang Nara, tindakan Awal Ashaari yang menggunakan “baby harness” untuk mengawal pergerakan anaknya, Lara Alana adalah tepat dan sangat bertanggungjawab. Namun biasalah semua benda yang kita lakukan, ada je yang nak pandang serong. Kesian pula membaca komen seperti “Dosa buat camni.. macam anak itu anjing” yang mengecam tindakan Awal itu. Abang Nara rasa si penulis komen mungkin masih belum berkahwin atau belum mempunyai anak.

lara alana

Secara jujur, sebelum Abang Nara jadi ayah, selalu juga pandang pelik melihat apa yang dilakukan oleh ibu bapa di luar sana. Tetapi apabila dah jadi, Abang Nara kini memahami apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan anak-anak. Membesarkan anak-anak itu satu cabaran yang hanya akan diketahui apabila anda bergelar seorang ayah dan ibu. Memang lain daripada yang lain. Apa pun, tahniah kepada Awal dan Scha kerana menjaga keselamatan anak mereka. Semoga ia dicontohi oleh kita, lebih-lebih lagi di zaman sekarang yang penuh dengan orang jahat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...