Written by AbangNara | February 13th, 2014

Hari ini ialah episod terakhir drama Ariana Rose. Drama ini menjadi kegilaan dan ikutan ramai. Watak Tengku Adam Kamil yang dibawa oleh Keith Foo juga membuatkan nama pelakon ini semakin popular. Walaupun tidak beragama Islam, Keith Foo dilihat berjaya membawakan babak-babak berdoa dan bersembahyang dengan begitu baik sekali.

episod akhir ariana rose

Menariknya Keith Foo bukan sekadar berlakon semata-mata sebaliknya belajar serba sedikit mengenai Islam sepanjang penggambaran drama Ariana Rose ini. Kata Keith Foo:-

Bawa watak sebagai muslim, saya bukan sekadar berlakon. Tapi dalam masa sama saya juga dapat belajar sikit sebanyak tentang agama Islam. Malah sebelum masuk ke set, kalau ada babak berdoa, saya selalu tanyakan kepada pengarah dan kru produksi kenapa saya kena lakukan macam tu, supaya nanti saya tak salah sampaikan mesej.

Saya bersyukur dapat mainkan watak ni. Kalau sekiranya nanti kawan-kawan saya yang bukan beragama Islam ada bertanya tentang apa-apa yang berkaitan dengan Islam, saya boleh tolong jawabkan setakat mana yang saya tahu dan faham. Siapa tahu, kalau lakonan saya juga boleh buka hati orang bukan Islam untuk memeluk Islam

keith

Satu usaha yang bagus dan harus dipuji. Patutlah lakonan Keith Foo nampak begitu menjadi sekali. Manalah tahu kalau kerana lakonan ini, Keith Foo juga terbuka hati untuk belajar sendiri dengan lebih mendalam mengenai Islam. Apa pun, tak sabar rasanya menanti episod akhir Ariana Rose hari ini. Agak-agaknya apakah kesudahan drama yang diadaptasi daripada novel The Wedding Breaker ini? Sama-samalah kita nantikan.

fareeda

P.S: Ingin tampil secantik Mawar, isteri Fizo Omar? Ingin nyata jelita? Rahsia kelihatan menawan dengan tudung terkini dari Fareeda. Jangan bertangguh lagi…layari segera Facebook Fareeda Nyata Jelita sekarang juga.

36 responses to Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam

  1. sukati aku says:

    mujurlah kalau camtu ,semoga dia berhasrat nak peluk islam satu hari nanti ..banyakkan mendorong yang positif ye..kerana ALLAH bolewh bagi hidayah pada sape-sape pon …bagus juga fathia ni ye..tapi ubah sikit pakaian dan menutup aurat

    0

    0
    • baby says:

      apesal plak sbb fathia….? die ckp sbb Ariana Rose… Maksudnya disebabkan drama tu… msti xphm ayat ni….

      0

      0
      • waaaaaaaaaaa KEITH FOO………..
        IM YOUR BIGGEST FAN DUDE……
        LOVE YOU………muahmuahhhh <3

        wlaupon i sentap n jelous gak tengok pic u dgn gf u kt ig…i tetap minat u…lalalalalalalalala

        0

        0
        • ros says:

          semoga terbuka hati untuk masuk islam :)
          kita doa2kan lah. hehe

          0

          0
        • kak timah says:

          korang perasan tak.. Adam panggil Ariana ni Rose lepas kawin ? dalam novel mcm tu ker ? sebab masa dorang belum kawin Adam panggil Ariana…lepas kawin panggil Rose pulak, ikut lah Ariana ke Rose ke ..yg penting Adam kawin jugak dgn Ariana Rose.

          0

          0
        • mala says:

          haah ‘kalau dlm novel, lps kawen mmg die panggil arianna tu dgn panggilan rose..

          0

          0
        • Maria Mersadis says:

          Boring . Heroin cantek , Hero camtaik . Tak sesuai . Keith Foo sesuai dgn cina2 bukit yg dok kt pendalaman vietnam yg selevel dgn dier .

          0

          0
    • lelaki says:

      ALHAMDULILLAH =] baguslah kalau macam tu .

      0

      0
    • Keith Fatiya says:

      Tatoo salib dibelakang KF tu besar sgt.
      Semoga terbuka hati nya suatu hari nnt. Ameen

      Lakonan KF kalini mmg ada impak yg baik. Cara lakonan pun ada kemajuan
      Sy byk tengok lakonan KF dlm drama or filem di Indonesia nmpk kebudakkan. Dan agak tak menonjol (aka kayu).

      Pape pun best sgt cite ni. Kudos to all krew and production.

      0

      0
  2. mizz says:

    well mana tahu hati keith foo yang terbuka…
    bukan nak mimpi siang hari tapi aku cm rasa bila dia terima tawaran drama ini pasti ada sebab dan hikmahnya…
    Tggu jelah masa yg tentukan if one day KF dibukakan hati menerima hidayah dari Allah mgkn sebabnya tu lebih jelas… tapi klu tidak kita janganlah mencaci or mengutuk sbb hidayah tu dtg pada masa yg kita tak akan sangka…sdgkan kita sbg umat islam pun msh mgharapkan hidayah dari Allah…
    mungkin lepasni penerbit drama2 melayu kena kawal sikit adengan bersentuhan sbb pasti ada stgh pendapat adengan dlm drama agak bercanggah dgn mesej yg ingin disampaikan…

    0

    0
  3. akutengahwatesaimen says:

    Kot kot yg bkn Islam tebukak ati nk msk Islam..mksdnye nko seniri xtebukak ati la… artis kapir cmni pn ada yg julang2 lg tu….

    0

    0
  4. mak c kina says:

    cite ni bes even aku xbaca novel dia (sbb xnak konfius dgn pelakon)…aku rse garapan dia pun ok..pelakon pun sesuai even masing2 masih baru…aku suke cara pena creatif amik shot mse tengku adam sembahyang & akad nikah…memandangkan dia bkn islam,aku rse mmg xsuai klu dia sebut ayat2 dlm quran..n dia pun agama dia sndr,so dia pun mesti nk hormati agama dia…

    0

    0
  5. in shaa Allah says:

    baca kat newshub semalam..
    dia kata kakak dia mualaf, abg ipar dia islam..
    dia dah biasa tengok akak ngan abg dia buat semua tu..
    yg penting kita doakan dia pulak k..
    in shaa Allah dia pun boleh jadi macam Adam Corrie..

    0

    0
  6. Olaf says:

    harap2 keith foo dpt hidayah…doa kan jer la..cuba kita tengok adam corie tu..ngan muka dia y mcm garang..kalau berlakon pn asyk watak samseng jer..tpi x sangka kan dia leh masuk islam..wat keith foo..sy suka tengok dia berlakon ngan muka dia y ensem tu…pelakon lelaki A.Rose ramai y ensem..berlakon pn masing2 dia org x kaku…x ad le kita org rasa jemu asyk2 tengok muka hero melayu y sama jer…x sabar nk tunggu episod akhir hari ini…

    0

    0
  7. Aku says:

    wlpn keith foo ni mcm sosial sikit..tpi sy ttp minat keith foo..biasa la kan dia kan bukan muslim..sdgkn retis y bukan muslim pn sosial dia org mengalahkan org y bukan muslim….d antaranya…..cuba la fikir sendiri ye…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    luv u ketih fooooo….

    0

    0
  9. cikmunge says:

    suke semua pelakon Ariana Rose…Nur Fathia.. Abil.. Keith Foo..Hisyam Hamid..Arja Lee… munge bagi 4 kentaaangggg!! :)

    0

    0
  10. Anonymous says:

    pelakon2 Ariana Rose semuanya mantap2..ensem plk tu…

    0

    0
  11. lukewarm says:

    lakonan pelakon2 ni xdinafikan bagus walaupon baru.tapi jalan cerita mcm fantasi semata xsama dgn reality.seorg perempuan yg dirogol leh plak kawin dgn org yg merogol dia?mana pegi la maruah pompuan ni?disebabkan lelaki tu ensem,kaya raya penonton tertipu dan mudah memaafkan walopun sblm ni dia rogol org.rogol tu jenayah besar kot.
    samala mcm setia hujung nyawa..heroin tiba2 ngandung luar nikah..mcm xrasa besalah plak dah la wat zina.akhirnya penonton tertipu n memaafkan n “biarla..lagi pon dia dah insaf” padahal zina di sisi islam BERDOSA BESAR kot..n drama2 ni menampakkan yg asalnya berat dan besar jadi kecik n ringan..
    lebih baik nengok citer filipina “be careful with my heart” penuh dengan semangat kekeluargaan n motivasi.walaupon bukan islam

    0

    0
  12. abc says:

    sekali tgk mcm rashidi ishak laa

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Salam abg Nara,
    Nak tanya benar ke Keith Foo ni adik kepada Nancie Foo?

    0

    0
  14. Anonymous says:

    salam abg nara, nk tanya sikit benar ke Keith Foo ni adik kpd Nancie Foo?

    0

    0
  15. anjew says:

    keith foo ni sgt hensem tika dia buat muka marah…tp masa buat muka sedih,,kuren mnjadi

    0

    0
  16. anjew says:

    keith foo ni sgt hensem tika dia buat muka marah…tp masa buat muka sedih,,kureng mnjadi.apepon dia memang kacak sbg hero.

    0

    0
  17. hensemnya keith foo ni.kalah boiprend & laki akak..well akak bole cucuk jarum tak?

    0

    0
  18. kak wok says:

    tak paham aku…tang mana la hensem KF ni? belakon pun kayu…isy….kero mata aku gaknya

    0

    0
  19. sukati aku says:

    opss sori ,tersilap faham ayat kat atas tuu..no coment.. ehh rasa nak pergi jalan jalan kat Johor la pulak.ada danga bay dan umah sepupu .huhuhu

    0

    0
  20. jelita says:

    ok gak tuu.jom pegi umah sya .sy hidang makanan .wakaka..ajk skali teman -teman ye .

    0

    0
  21. gee says:

    sama macam pelakon jason chong..dia pun sering berlakon dalam drama2 melayu ni..1 malaysia..

    0

    0
  22. Haslinda binti Khamis says:

    KF memg hensem..1st time tgk masa Erra Fazira undg dia dlm 1 prgrm hari raya.. yalah dgn sape pn girlfriend dia tu hak dia..tapi ok la Datin Ziela Jalil..jgn mcm ada sorng artis bkn Islam tu leh menghafaz kalimah2 Allah.Mati2 aku ingatkan Islam…

    0

    0
  23. nur_Qaseh says:

    Bagus ar macm tu :D manalah tau keith foo sendiri akan tertarik jugak untuk mengenali islam dengan lebih dekat. Islam itu indah. Moga keith foo , oleh terus mempelajari islam serba sidikit :) good luck ! then congrats. Sebb lakonan awak bagus sangat “) nice ;)

    0

    0
  24. […] Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam (32) […]

    0

    0
  25. […] Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam (32) […]

    0

    0
  26. […] Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam (34) […]

    0

    0
  27. […] Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam (35) […]

    0

    0