Written by AbangNara | October 24th, 2010

keputusan penuh ffm23

Akhirnya berjaya juga kami sampai di rumah dari Penang selepas berhempas pulas dalam kesesakan lalu lintas di PLUS. Untuk anda semua, inilah keputusan penuh Festival Filem Malaysia yang ke 23 (FFM23). Nanti kalau ada gambar artis di malam FFM23 akan kami updatekan untuk anda semua. Tunggu ~~

[note]Tahniah kepada kekasih tak jadi Abang Nara iaitu Lisa Surihani kerana memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Tahniah jugak kepada filem Magika kerana memenangi Filem Terbaik untuk FFM23.[/note]

POSTER TERBAIK

Pemenang: Preston Zaidan Productions (Belukar)

Calon: Naga VXS (Estet), KRU Studios (Magika), Red Films (Pisau Cukur), MIG Production (V3 Samseng Jalanan)

PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK

Pemenang: Dee Hasnan (Magika)

Calon: Rosada Abd Hamid (Haq), Dee Hasnan (Jin Notti), Nasirah Ramlan (My Spy), Inazs (Santau)

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK

Pemenang: Fimie Don (Magika)

Calon: Amirul Adli Bin Mohamed Norin (Haq), Ammar Adli Bin Mohamed Norin (Haq), Echa (Santau)

PELAKON HARAPAN WANITA

Pemenang: Daphne Iking (Belukar)

Calon: Adrea Abdullah (2 Alam), Asyikin Kamal (Lagenda Budak Setan), Putri Mardiana (Santau), Shasha Arsheela (Pulau Asmara)

PELAKON HARAPAN LELAKI

Pemenang: Shashi Tharan (Estet)

Calon: Kamal Adli (Niyang Rapik), Redza Minhat (Pisau Cukur), Remy Ishak (Evolusi KL Drift 2), Sheikh Bolkhiah (Pulau Asmara)

LAGU TEMA ASAL TERBAIK

Pemenang: Penyembuh Rindu (Edry – Magika)

Calon: Syurga Seketika (Cat Farish – Niyang Rapik), Menggegar Dunia (Edry – My Spy)

PENATAAN BUNYI TERBAIK

Pemenang: Brian Ng (V3 Samseng Jalanan)

Calon: Brian Ng (Santau), Brian Ng (Adnan Semp-It), James Baum (Evolusi KL Drift 2), Edry, Mohd Mohsin & Amaludin Syukri (Magika)

PENATAAN SENI TERBAIK

Pemenang: Johan Lucas & Anuar Paharudin (Magika)

Calon: Irwan Mazwan & Johan Lucas (Jin Notti), Irwan Idris (Lagenda Budak Setan), Dewa (Estet), Jimmy (Evolusi KL Drift 2)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Pemenang: Yana Shamsudin (Adnan Semp-It)

Calon: Lisa Surihani (V3 Samseng Jalanan), Fazura (Lagenda Budak Setan), Raja Farah (Haq), Ziana Zain (Magika)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Pemenang: Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)

Calon: Bront Palarae (V3 Samseng Jalanan), K.S Maniam (Estet), Que Haidar (Lagenda Budak Setan), Zul Handyblack (Santau)

PENGARAH HARAPAN

Pemenang: Edry (Magika)

Calon: Farid Kamil (V3 Samseng Jalanan), Jason Chong (Belukar), C.L Hor (Haq), Rosihan Zain (Hooperz)

FILEM KOMEDI TERBAIK

Pemenang: KRU Studios (My Spy)

Calon: MIG Production (Adnan Semp-It), Tayangan Unggul (Kapoww!!), KRU Studios (Magika), Red Films (Pisau Cukur)

13. Anugerah Lakon Layar Terbaik
Ramalan Budiey.com: Jason Chong – Belukar
Pemenang: Jumaatun Azmi – Filem Haq

14. Anugerah Cerita Asal Terbaik
Ramalan Budiey.com: Edry Abdul Halim – Magika
Pemenang: Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan

15. Anugerah Sinematografi Terbaik
Ramalan Budiey.com: Mohd Noor Kassim – Magika
Pemenang: Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik

16. Anugerah Penyunting Terbaik
Ramalan Budiey.com: Brian Ng V3 Samseng Jalanan
Pemenang: Hisyam Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2

17. Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik
Ramalan Budiey.com: Edry Halim – Magika
Pemenang: Edry Abdul Halim – Magika

18. Anugerah Filem Animasi Terbaik
Ramalan Budiey.com: Chellup – Elite Animation
Pemenang: Buas
Anugerah Dokumentari Terbaik : Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment
19. Anugerah Filem Pendek Terbaik
Ramalan Budiey.com: Hargai Sejarah Anda – Yellow Pictures
Pemenang: Project
Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23: Seniman Tamam Idris
Filem Boxoffice FFM23 : Filem Adnan Sempit
Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23 : Seniwati Datuk Sarimah Ahmad. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23 : Johari Ibrahim.
20. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Ramalan Budiey.com: Zul Huzaimy – Haq
Pemenang: Bront Palarae – Filem Belukar

21. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Ramalan Budiey.com: Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan
Pemenang: Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan

22. Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Ramalan Budiey.com: Mamat Khalid – Filem Estet
Pemenang: Shamsul Yusof dari Scop Productions membawa pulang sebuah trofi & hadiah RM20ribu

23. Anugerah Filem Terbaik FFM23
Ramalan Budiey.com: Filem Estet / Magika
Pemenang: Filem Magika membawa pulang sebuah trofi & RM50ribu

Kredit info kepada Budiey dan MuzaffarSalleh

104 responses to Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia 23 (FFM23)

  1. sikitpunyahal says:

    tahniah huhu

  2. lol says:

    Wheeee~~ tahniah

  3. mizz says:

    tahniah kepada yang menang ..

  4. GISELE BUNDCHEN says:

    yeay lisa menang!!

    • futuremg says:

      lisa tuh biasenyer lakonan dia cam kayu…dlm LBS best ker dia?

      • lol says:

        tak bes pun..maintain mcm kayu..hohoho

        • sikitpunyahal says:

          cte lbs pun xbape best..jiwang sgt huhu

        • SWEET says:

          AKU PUN SETUJU DGN KORANG SEPENDAPAT
          X SUKA SI LISA SURIYANI TU MENANG
          BERLAKONG SEMUA CAM KAYU JE

          BYK FILEM DIA BERLAKON
          DAN NAIK BOSAN TENGOK ASYIK2 MUKA DIA NI JE
          BAIK DI FILEM MAU PUN DRAMA
          DAH NAIK MUNTAH TENGOK MUKA DIA JE

        • JAHAT BENAR says:

          YUP…PENGARAH PNDANG RUPA…KONON GAYA LAKONAN DPT DGILAP,,SO.. RUPA CNTIK KONON URG RAMAI X LH PNDANG SNGAT DGN KCACATAN LAKONAN DIA….WALHAL URG AWAM LEBIH PNDAI MNILAI DARI PGARAH YG SUDAH BIASA TENGOK MUKA CM NI MSUK KEINDUSTRY PERFILMN..SO WAKE UP LH PGRH2…JGN TIDO LGI..

        • hagu says:

          hehe..lisa mmg cm kayu la..lao dia ckp biasa or kna soal dgn wartawan pun cara dia jwb still mcm kayu gak..kaku je..nk bt cmne.da mmg cara dia kayu..tp sbb dia ada rupa,org suka la..hahaha

  5. syafiq says:

    congrats r sumee .. ^^

  6. shisha says:

    annoying la pengacara hezrie tu…menyampah aku..buat zizan n shera je pon xpe kot..ni spoil je

  7. sailormoon says:

    tahniah utk semua pemenang…

    tp sedih la x sempat tgk…
    baru balik buat kelas ganti dah abes..
    hukhukhuk…..

  8. hakim says:

    saya sokong shisha… hezrie tu hampehh… poyo dan tak layak jadi pengacara untuk big event macam tu…zizan dan shira MANTAP… satu lagi FFM malam ni nampak hambar dan low budget punya anugerah…sekarang dah 2010 masih juga ketinggalan macam ni ke nak memartabatkan industri filem kita.. sedangkan FFM punya event nampak hambar, ketinggalan and low budget…. please do something about it….

    • mmg tol, zizan ‘penyelamat’ FFM.. wpun aku xtgk (liverpool main huhuhu) tp tertgk gak sket, skali tgk pengacara.. siap sound, kasi zizan dah le sesorg..

    • Nara cha says:

      tema ” kepersada dunia ” tp…..kepersada longkang adalah…..nafsu besar tp tak mampu….bukan nak kutuk bangsa sendiri tp itulah hakikatnya…dari pencalonan akhir hingga kpd pemenangnya mmg out of date…..pengendalian dan pengacara nya mmg spoil…..dah bgs shaira dan zizan…mskkan lg seorg (ntah siapa tu) utk apa?… rosakkan majlis adalah….ketinggalan, old fashion….dan tidak profesional…next time lau mcm ni..buang masa ja nak menontonnya…..pas tu srh artis yg ntah apa2 nyanyi….dgn sistem yg ketinggalan zaman…miskin sgt2….

  9. lemon anthony says:

    woahhh….aku bukan yg pertama kumin mengumin….tahniah kat aku & pemenang yg lain ….

  10. miss lana says:

    Erma nampak bengang semcam Magika menang.. x semestinya citer berat mcm Embun jer boleh memang kan… citer cinta ais kacang tue punyalah sempoi.. atau dia xbleh terima kenyataan yg org2 muda mula mencuba buat filem.. klu xpuas ati, bg lah satu filem yg sgt bagus, ini ckp jer lebih.. Erma memang bagus, tp kenapa perlu ego? Magika x sempurna, tp punya element yg boleh dibanggakan..

    • hagu says:

      yeke??aku x prasan plak muka erma camne..asyk fokus pd kru je..suka sgt magika mng..sape2 yg iri hati 2 ptt bangga sbb magika mmg pnuh magic..hehe

    • Nara cha says:

      Erma nak filem2 kemasyarakatan ja layak menang….ada seni konon gitu…..mcm ESTET….lah…bukan erma ja bengang geng2 mamat yg lain pun bengang….wartawan dah puji melambung..tup..tup dpt anugerah kesian ja….mamat pun mcm terkilan…..

      Itulah org melayu cpt berpuas hati…tak terfikir pun org lain ada kelebihan juga….anggaplah ini juga soal rezeki…..dan ada hikmah disebaliknya…org lain pun kerja keras juga nak hasilkan filem bukan kita ja….jd kalau tak menang juga bukan rezeki lah namanya….

      Betulkah filem ESTET tu bagus di mata peminat…?…sdgkan dimata juri pun gagal juga…wartawan dan geng2 mamat mgkn suka….

  11. Miss pocO says:

    Tak tgok…meeting kampung…

    papon tahniah…

    huhu…

  12. budak penang says:

    helo magika xbest pown..kt mna yg bley dimartabatkan sbgai filem terbaik???..1 lgi,pengarah terbaik,huh!syamsul yusuf???wtf~~

  13. lol says:

    CONGRATS MAGIKA!
    lain dr yg lain..very entertaining!!

    shamsul yusuf?? puuuiiiiiiiiiii….

    • SWEET says:

      SHAMSUL YUSUF?? MEMANG PUUUUIIIIIII

      • JAHAT BENAR says:

        PUIIII….SKDR TUNJUK KETA N TUNJUK POMPUAN SEXSA..FLM X MNCABAR LANGSUNG!!!…BNYK FELM X ADA MARUAH…KONON NAK STANDARD DGN ORG BERAT..MEMANG LH PUIIII….!

  14. hazwan says:

    fuyooo..aku x tgk pun lg magika >_<

    • SWEET says:

      Aku pun x nengok lagi magika
      Kata diorang kejap2 nyanyi kejap2 nyanyi
      cam xde mesej
      org kata tapi aku belum nengok lagi wei

      • pink_lady7 says:

        SWEET-memang lah kejap2 nyanyi sebab name pon filem muzikal..taknak nyanyi2 tengok ceriter lain la kot..heheheheh

      • Nara cha says:

        org melayu suka tgk filem seram..ada mesej lah konon….knp filem hindi diminati seluruh dunia…kejap-kejap nyanyi juga….kan?….mesej pun susah nak tangkap …itulah org melayu….buat perubahan salah tak buat lagi salah…..suka kpd benda2 yg biasa ja..dan nak senang ja….mcm nak gaji dan bonus tp keja dan usaha tak mau…bila boleh maju….

      • NE-LH says:

        dah sah2 la namenye FILEM MUZIKAL..aiyooo!!!!!

        magika lain dr typical malaysian film. congrats

  15. Tahniahhh kpd seme pemenangggg…
    paling best bile Syamsul yusof memang pengarah terbaik, kalah tu bapak dia sbb setahu aku Datuk Yusof pun lum pernah memang best director. gane2 pun he deserve it, susah ooo nk arah filem aksi camtu..
    suke aaa abg nara kite, peberet dia Lisa menang ehehhe.. akak tak tgk filem tu bang nara weii tatau gane lakonan Lisa, tp suke tgk Lisa blakon lam filem atau drama2 terutama Ponti Anak Remaja, real slambe je lakonan dia..
    hmm ekceli akak terwondering, pesal Fazura tak tercalon best actress utk filem Pisau Cukur, sebaliknya Maya. akak mmg minat kat Maya tp lam pisau cukur wase2 watak ngan lakonan Fazura lagi menjadi.. hmm well rezeki masing, mereka yg menjadi juri jauh lebih arif..kite tgk je hehhe…

  16. Reena says:

    Kayu makyu…janji Lisa menang! Oklah tu ada peningkatan..maya karin dulu pun berlakon cam hampeh in her first movie…tak silap aku dlm pilem z lokman. Skang ni…tgk..hopefully Lisa tak lupa diri ok.

    • betul3x … memula blakon ari tu, Maya jadi koma lam Seri Dewi Malam pastu watak ntah apa2 lam No Problem… la ni pehhhh dah julang award kat FF Asia Pasific ngan international punye festival utk horror muvi, best actress tuh..
      Maya ni mslh BM dia je xbrape lancar, tu je. body language ngan espresi muke, move dia baek punye..

      • uzzri says:

        Actually juri pun bukan boleh pakai sgt sebab dia orang ni pun ada masa ikut selera masing2 bukan ikut rules pun.
        pernah ada kes juri pilih pelakon terbaik sebab salah satunya byk lakonan pelakon tu yg bagus.. maka maknanya bukan sekadar dinilai dari filem yg dicalonkan malah ditgk dan dibelek pulak filem2 lama pelakon tu… kan namanya kes naya jer….

  17. SYIMA EMI says:

    suka lisa menang…

  18. akuzle ayu says:

    nmpknyer bro ahadiat akashah bangkit semula… after all his bad stories… mudah2an dikurniakan kekuatan oleh Yang Maha Esa…amin3!!

  19. axisexcel says:

    seperti dijangka. banyak pasir drpd permata.
    juries, proceed with your mission to destroy malaysia’s film industry.
    clap your hands, the bests were slapped in their face, the worsts were crowned.

    • gula_melaka says:

      LIKE

    • kimie says:

      ALSO LIKE – senarai top 5 pun ntah apa2….tapi nak komen lebih2 pun tak boleh, ditentukan juri profesional lagi arif KATANYO……. urg pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

      • just imagine, yg kalah2 tu tetiba ble tercalon even menang dalam festival antarabangsa atau Asia..
        mcm yg jadi kat Maya Karin lu. kalah kat M’sia tp tetiba menang plak kat Asia sedangkan pemenang kat M’sia (Nasha menerusi Trauma) pun bertanding kategori yg sama tp tak tercalon top 5…. ke gane?
        wait and see lor..

        • Nara cha says:

          juri malaysia tak pandang pun asia ni..waima hollywood sekalipun di OSCAR……mereka ckp malaysia lain…..lagi ada unsur2 politik dan permainan juga….tgk lah anuderah skrin ..pemenang kategori drama ja ok tp bila filem selalu juga mcm tak lyk….

  20. ira says:

    ok la tu..

  21. HAHA says:

    LISA PELAKON WANITA TERBAIK? hmmmmm sodihhh

  22. Cendol Pulut says:

    tp aku suka filem mamat khalid la.. haha.. rilex ja..

  23. villa says:

    waa..yana,sam ngn lisa menang laaaaaaaaaaaa….i loike..congratz yer..hehe

  24. comelnya says:

    bila umum calon2, dah boleh agak saper menang ikut pengaruh n keglameran bukan mutu. bosan

  25. SWEET says:

    FILEM SKRG CAM XDE KUALITI
    PELAKON PUN BEGITU JUGA
    DOK SOGOK CERITA
    MEREMPIT, DRIFT, SAMSENG
    POMPUAN SEKSI DI ATAS KATIL
    BOSAN BOSAN BOSAN

    • JAHAT BENAR says:

      SOKONG…ARTIS X ADA MARUAH N PGARAH YG X ADA MRUAH…”TU APA TU NSI LEMAK 50SEN”…CUBA TBLIKN POMPUAN CKP MCM TU KAT LELAKI TU MENTOL BULB KECIL….PATUT DLM BAB MCM NEY X USAH LAH SBT2 BRG PERIBADI…KNPA YEA BNYK FLM2 BRUNSUR KN SEX..ATAU SKDR KATA2 BLNDAS SEX..SOLAH TNPA BRUNSURKN SEX 1 PERFELMN TU X LAKU…

      • yg si pelakon pompuan kena tunjuk tu..
        x de rasa malu ke ? kalau lah aku sipompuan
        tu, aku bagi dia penampar sebijik !!!
        dgn pengarahnya sekali….
        x ambik belakon pon tak apa..

        sian pulak aku nengok plakon pompuan tu.
        kena watak macam tu…

      • axisexcel says:

        setuju. aku nak termuntah bl tengok iklan tu. dan terasa mcm dihina sehabis2nye walau aku bukan la pelakon pompuan tu. apabila wanita diperlekeh dan dipijak2 sehingga hal2 peribadi bleh menjadi bahan bualan. tolong lah. dah takde modal ke. bukan skadar soal maruah, tapi lupakah mereka akan kemurkaan Allah swt bila lawak menjadi lucah dan lucah menjadi lawak.

  26. ~Reena~ says:

    Perasan tak yang menang Anugerah Khas Juri ialah pemenang yang berkualiti berbanding pemenang Anugerah Perdana. Seolah-olah Anugerah Khas Juri ni diberi sebab kesian filem-filem ini tak dapat anugerah Perdana.

    Estet patut menang Filem Terbaik/Pengarah Terbaik/Poster Terbaik (sekadar contoh).

    Estet mendapat banyak pencalonan baik Anugerah Cipta mahupun anugerah Perdana tapi sekadar dapat Anugerah Khas Juri dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik? Hairan bin ajaib.

    FFM23 macam sarkas. Dari pengurusan dan persembahan sejak malam perasmian di The Curve lagi. Macam ni ke nak bawak ‘Filem Malaysia Ke Persada Dunia’?

    • hagu says:

      salah…magika plg byk pencalonan banding dgn estet..estet kedua terbanyak pencalonan..mungkin bkn rezeki estet..lagipun tema FFM kali ni martabat filem ke persada dunia..mungkin magika boleh diterima dunia sbb guna cgi n dia pnye filem memaparkan kisah2 melayu dulu mcm mahsuri,badang dsb…so,kalau letak cter ni kat dunia bg diorg tgk,diorg akan tau cter2 melayu kita dulu.xla asyik disogok dgn cter cinderella,snow white dsb… ;)

      • ~Reena~ says:

        Saya tak tulis pun Estet paling banyak. Saya tulis Estet dapat banyak pencalonan. Ya, saya tahu Estet mendapat pencalonan ke2 terbanyak.

        • Nara cha says:

          SELEPAS MAGIKA…FILEM SANTAU KE 2 TERBYK PENCALONAN..IAITU 11 …MEDIA KDG2 TULIS IKUT SEDAP JA AUTA LEBIH DARI FAKTA..TU YG KDG2 MEDIA NI TAK BOLEH PECAYA…ESTET, HAQ DAN BELUKAR BERKONGSI 8 OR 7 PENCALONAN…..PAS TU EVOLUSI KL DRIFT, LAGENDA BUDAK SETAN, NIYANG RAPIK DLL….

        • Nara cha says:

          filrm Santau lagi tak dapat apa2 pun award…Estet dapat lah juga..biarpun dua …tak ada rezeki mng filem terbaik atau pengrh terbaik…biar pun filem bagus…dan juri yg pilih pun 5 org ja..lainlah kalau ramai dan main undi tentu lain resultnya…..

  27. pink_lady7 says:

    zizan dan syira ok..tapi yang mamat hezri tu ape dia merepek ntah..dia byk cut ckp zizan sampai zizan tak banyak ckp..sampaikan aku tengok si syira plak yang bagi laluan kat zizan utk bercakap..lawak dia plak asyik sebot ko aku,mati..walawei..aku tau RTM mesti nak letakkan staf dia sebagai mc tapi jgnlah sampai tutop bakat org lain..zizan tu best ape,hidupkan majlis yang mcm berkabung tu..tapi bile dia dgn hezry,dia mcm tak tau nak sambut lawak si hezry tu..

    • Gosipgurl_fea says:

      haha agree juga ckp awak tu ye. aku tgk jugak semalam, pelkwak tu nama dia Zizan ya? lawak dia tak macam typical lawak yang lainlah. ada kualiti. aku pun gelak .tapi yang poyo ialah RTM punya pengaraca rambut tercacak tu la.

  28. tahniah kepada semua yg menang
    nasib baik MAWI x menang yg laen
    menang aku x kesah..

  29. ee says:

    filem melayu ..!! emm … x ada apa yg nak dibanggakan .Balik2 jalan citer yg yg sama .Tengok citer tamil lagi best ..!!

    • SWEET says:

      REMPIT
      DRIFT
      SAMSENG
      REBUT POMPUAN

    • Nara cha says:

      semua movie di dunia ni punya jalan cerita lebih kurang ja bukan melayu ja…..paling ketara bollywood…tp pasaran seluruh dunia….hollywood, hong kong dan china/taipei pun mcm tu….bezanya…mereka ramai hero dan heroin…tp di Malaysia ni balik2 org yg sama tu yg buat menyampah…..dan peminat pun kdg2 tgk pelakon tu popular dulu baru nak tgk…cth filem BELUKAR punya mesej yg agak baru tp tak ada sambutan juga…

  30. sr.subzero says:

    nak komen skit.. bab kualiti pengadil.. adakah my spy 2 best??? adakah layak bergelar filem komedi terbaik…. aku tgk wayang cite 2 macam hampeh rase macam rugi jer aku beli tiket tonton cite 2.. malu aku rs kalau filem my spy ni dibawa ke peringkat antarabangsa.. bagi aku adnan sempit lagi layak.. filem rempit v3 and evolusi KL drive aku langsung x faham motif die..boleh dikatakan cite 2 x de point & matlamat langsung.. jln cerita x menarik.. promosi jer lah yg menarik pun..

  31. balun says:

    kebanyakan citer melayu syok sendiri aja .. suka hati mak bapak dia org aja nak buat .Citer p ramlee lagi seronok dan berkualiti .. pelakun2nya begitu jujur untuk berlakun ..

  32. yaat says:

    sape ckp lisa x pndi blakon..aume korg je x pndi menilai…lakonan dye mmg bkesan drpd plakon laen…

  33. Nara cha says:

    Lisa ada talent….tak mcm Lyiana Jasmay pemenang tahun lalu mmg btl2 pelik lakonan ntah apa2 tp menang…Lisa adalah pelakon masa depan dan primadona filem melayu kini…Lisa ada skill lakonan yg tersendiri…cara dia lontar dialog, ekperesi wajah, penuh variasi dan tidak statik…. Mislina Mustafa mgkn bagus tp mgkn belum cukup menawan hati juri yg 5 org tu…..

    • kimie says:

      yes…..suka tengok lakonan lisa ….effortless and neutral sgt,,,,,, tapi mcm liyana jasmay lah last year…lakonan diaorg okay tapi watak diaorg tak lah mencabar sangat …bukannya tak bagus tapi biasa sajork! rindu zaman2 awal 90an ada erma, ogy, tiara…. top 5 zaman2 tu meletopz uols…. sekrg nie top 5 mcm tangkap muat jer!!!

  34. damia says:

    klau nk di bandingkan dgn erra yg dinobatkan kononnye primadona filem melayu (walaupon berlakon asik maintain cantik jek) biarlah Lisa… Dia ada bakat & yg penting dia pandai..kkdg tgk cara dia mcm ogy ahmad daud masa muda2 dlu. Ko tgk lakonan dia dlm adam maya, best kan? Dlm LBS pun best, cuma watak dia tak di kembangkan smpai akhir citer.

    Mislina, mmg bagus. aku penah tgk drama lakonan dia jd bini org asli (lupa la tjuk)..mmg mantap. Cuma dia tak popular sbb x cukup vogue bg org malaysia.

    Fazura pon best, walaupon dia cantik, tp klau blakon tak la mcm erra, cuma watak dia dlm PC tu biasa sgt..tak mencabar langsung.

    Bg aku, yg layak jd pelapis pelakon wanita yg hebat dan ada jiwa kat malaysia ni selain dr ogy, fauziah nawi, wan maimunah, umie aida, vanidah, fatimah abu bakar ialah Lisa, fazura, Tiz, Mislina, LJ…

    Bg pendapat aku, pngarah yg ada jiwa dan dekat dgn penonton ialah Afdlin Shauki & kabir bahtia. Samada blakon/mngarah…mmg slambe je. Pe lg nk dibandingkan dgn filem rempit ni..gadoh, rebut pompuan, seks..melambangkan itu la identiti melayu bawahan…tah hape2 pengajarannye.

    Cuba korang tgk filem PENSIL, SEPI, CINTA….mmg best. Jarang dh ada filem mcm tu skrg ni…

    • rasa says:

      erra mmg best. dah org cantik mcmana pun mmg cantik. nangis pun cantik. jgn jeles. much better than lakonan lisa yg bosan tu

      • Nara cha says:

        siapa cakap Lisa tak pandai berlakon jd knp dia jadi rebutan dan filem jd box office…ramai lagi yg cantik tp filem tak dpt sambutan juga…lagi dia dah mng award biarpun dlam LBS wataknya hanya 60% sahaja tp dek kekuatan watak dan lakonan dinobat sebagai pelakon terbaik…di barat pun berlaku ada yg muncul 30 minit pun dinobat sebg terbaik….

        Org Malaysia ni mmg tak pandai menilai bakat…tu psl lah MAWI jd juara SMS sbb tak pandai menilai bakat…nilai aura….tgk lah aura smpi ke mana…bakat juga yg akan menyerlah….

  35. lavandula says:

    hmmm… secara keseluruhannya filem Malaysia masih belum boleh menewaskan filem2 dari negara2 jiran seperti Thailand, Filipina, dan Indonesia. x perlu kita bawa ke arah yg lebih global. Filem Malaysia boleh ke arah itu cuma filem2 yg dikeluarkan lebih mementingkan jualan drp kualiti. biasalah, nama pun bisnes. akibat daripada pertembungan 2 perkara yg berbeza ini, jadi, akibat dari itulah filem Malaysia masih tidak ke mana lagi. sama ada filem itu mungkin melambangkan identiti yg buruk mahupun filem itu lebih dekat dgn penonton, itu bukan ukuran dalam menetukan baik atau tidak sesuatu filem. apa yg penting sgala aspek yg terlibat semasa pembikinan filem tersebut yg harus dittik beratkan. mungkin ramai akan kata filem Puteri Gunung Ledang pernah disenarai pendek kepada 50 filem terbaik untuk anugerah berprestij dunia iaitu Academy Awards. hakikatnya mmg 50 buah filem pun yg diterima oleh anugerah akademi tersebut. tetapi harus dibanggakan juga kerana Malaysia menghantar wakil utk ke anugerah prestij itu. tapi satu tahun tu jer, pastu senyap… kenapa? sedangkan negara lain tetap menghantar filem2nya hampit tiap tahun termasuklah Iraq, Singapura dan Bangladesh. majulah filem malaysia k…

  36. safira says:

    lisa mmg layak menang la…korang ckp dia kayu plak…lakonan dia neutral..mimik muka dan lontaran dialog yg dia buat mcm real je.tak melebih2..kalo melebih2 nnti mnyampah plak tgok contoh heliza in surga cinta..konon pandai sgt blakon n mhayati watak kalo blakon cmtu…cam lisa rileks je…sedap mata mmandang.

    • aku says:

      kalau neutral mmg bile nangis x kuar air mata ek??gitu??ohh

      • safira says:

        alaaa kalo nak sangat kuar air mata pun senang jek,,boh bawang.ntah2 primadona hebat malaya sebelum2 ni pun guna taktik bawang.lagipun pelakon hebat bukan atas pandai nangis je lah.oo kalo mcm heliza tu lam surga cinta ada scene dia meleleh2 air mata tu, hebat la?layak la sbg plakon wanita tbaik?oo gitu…oohhh ok2

        • ada says:

          orang nangis mmg xkuar air mata, yg kuar mata tu xneutral la. hahaha
          pelakon kita naper xpandai menghayati watak ker apa? tgk pelakon korea senang2 jer nangis bila watak perlu begitu. mmm dekat sana cabarannya hebat jadi kena berlakon sungguh2. rain berapa lama jadi penari sblm dapat glamer cam sekarang. kat sini kayu pun leh glamer

        • lulu lala says:

          gara2 air mata tak kuar pun nak kecoh jugak korang ni.bak kata aznil, pelakon tu tak semestinya kuar air mata baru nampak feel sedih.kdg2 dengar suara yg sebak dan mimik muka yg btul2 mnampakkan kesedihan dah cukup buat penonton merasa kesedihannya.lisa dah menang so what??yg pasti beratus ribu pminat lisa tgah bergembira tmasuk aku.ahaha

        • safira says:

          ala rain dalam full house pun mcm kayu je blakon aku tengok.tak la convincing sangat pun.tak tau la lam cita lain..pelakon2 malaysia pun ramai yg hebat2 apa.well tu pendapat aku.korea best part nyanyian esp grup2 yg menari2 mcm wndr girl, 2pm n the rest

  37. nenek aida says:

    ndak paya ba risau2 ma air mata ndak kluar..biarla ba asalkan lisa blakon watak sedih bagus..ndak kluar air mata pun ble feel sedihnya..orang yg ndak suka ma lisa jak yg ndak bleh rasa sedih sb hati sudah penuh rasa benci dan dengki..ahaha

    • safira says:

      btol2.yg penting lisa sudah menang..aku pasti lepas ni lakonan lisa mesti bertambah mantap..nak buat mcmana dah orang suka dia..yg tak suka tu diam je lah.sibuk jer

  38. afizan says:

    semua best n bagus cuma rasanye pegacara zizan n syahirah je best..yg pengacara lg satu tu wat lawak x jadi..dan x best langsung..

  39. Mama Shah says:

    Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang tak menang., jangan kutuk hasil kerja org lain. Lepas ni..buat la yang terbaik. Bila banyak cakap…terlepas cakap…diri sendiri malu. Sikap ” perasan” tu mmg bagus pada org2 filem. Tapi..bila perasan bagus di ulit perasaan iri hati..tak selamat la perjalanan hidup kita. Sepatutnya kita menyokong hasil karya sesama kita, baru la maju.

  40. Would you be interested in exchanging links?