Written by serenity | April 12th, 2016

Ezany Nizariff mendakwa keputusan mahkamah yang berpihak padanya dalam permohonan kembali taat (nusyuz) terhadap isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, ialah bukti bahawa dia tidak melakukan kesalahan dan bukan punca konflik rumahtangga mereka.


Ezany juga memberitahu yang Lizda jelas menipu, apatah lagi wanita itu tidak pernah sekali pun hadir ke perbicaraan mahkamah mengenai permohonan tersebut. Katanya kepada mStar Online:

Jika dia berada di pihak benar sepatutnya dia hadir ke mahkamah ketika diminta berbuat demikian bagi mempertahankan diri tetapi dia tidak pernah sekali pun muncul.

Sebaliknya dia membuka aib kepada media dan sepatutnya dia beritahu kepada hakim apa sahaja dia rasakan tidak betul tentang rumah tangga kami dan biar hakim membuat keputusan.

Keputusan dibuat mahkamah membuatkan saya lega kerana ia kemenangan besar buat saya selepas dituduh dengan pelbagai dakwaan tidak benar menerusi kenyataannya di media.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling mensabitkan Lizda sebagai nusyuz dan keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mohd Azlan Mohd Azhar selepas membenarkan permohonan di bawah Seksyen 61 (3)(b)(1)(i) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang dibuat Ezany selaku plaintif terhadap isterinya pada 22 Julai 2014.

Ezany juga memberitahu yang dia tidak pernah terfikir untuk kembali berbaik dengan Lizda sebaliknya kini dia membuat keputusan untuk berpisah dengan isterinya itu.

Saya tolak permohonan cerai dibuat Lizda sebelum ini kerana saya tiada sebab kukuh mengapa hendak ceraikan dia tetapi sekarang saya mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

Tetapi buat masa ini saya belum fikirkan soal itu dan akan merujuk dengan peguam terlebih dahulu berhubung langkah seterusnya.

Dia juga akan cuba mendapatkan hak penjagaan kekal dua anak mereka yang kini bawah jagaan Lizda dan memberitahu sudah hampir dua tahun tidak bertemu mereka.

Kes hak penjagaan anak masih lagi berjalan di mahkamah dan berharap dapat bertemu dengan mereka tidak lama lagi.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 43, mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada Julai 2014.

Sebelum ini, Lizda telah tampil kepada pihak media memberitahu cerita dilarikan lelaki tersebut hanyalah rekaan Ezany, malah ujar Lizda, sejak tiga tahun lalu mereka sudah berpisah selepas Ezany sendiri didakwanya berlaku curang serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Liza juga mendakwa Ezany hanya berkahwin dengannya untuk mengambil kesempatan serta telah menipu Lizda dalam urusan bisnes belacan. Lizda juga memberitahu yang sudah beberapa kali pihak mahkamah Syariah Tawau memanggil Ezany untuk hadir kes tuntutan cerai tetapi tidak dilayan kerana ia difailkan di Tawau. Lizda memfailkan tuntutan itu di Tawau kerana ia lokasi mereka bernikah.

Ezany sebaliknya memfailkan kes hadanah Lizda di Shah Alam.

Aroma Festival Nasi Ambeng pastinya menggamit para pelancong dalam dan luar negeri untuk sama-sama menikmati keenakan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 5 April 2016

33 responses to Keputusan Nusyuz Oleh Mahkamah Kemenangan Besar Buat Saya – Ezany Nizariff

  1. gigi emas says:

    Selalu yg pakai tudung ni memang tak bole pakai, luaran macam muslimah tapi perangai lebih teruk daripada setan…..jgn terpedaya dgn pompuan pakai tudung, lagi teruk kalau yg tutup muka macam ninja…..bangga sangat le tu konon dia yg lebih muslim dari orang lain……

    0

    0
    • Anonymous says:

      siapa yang tidak keluar, kalau lelaki dayus, sebab lelakilah perempuan selalu buat nusyus…. tidak kira bertudung atau tidak

      0

      0
      • Anonymous says:

        teruknya muka ezany sekarang…mcm kaki tarik barang je.

        0

        0
        • rina says:

          bila isteri nusyuz, ianya kekalahan besar bagi seorang suami kerana tak berjaga mendidik isteri sehingga isteri berlaku nusyuz,… haizz

          0

          0
    • gigi berkarat says:

      anda ni gigi emas salah faham konsep menutup aurat dlm islam. kenapa nk dikutuk perempuan bertudung n gelar purdah sbg ninja? tudung n purdah tu tak salah. menutup aurat tu sendiri tuk kesederhanaan. bkn berbangga.utk bersederhana.alasan kamu ni xboleh pakai nak lawan hukum allah yg ditentukan dlm alquran sebagai alasan tak nak bertudung.ni penafian namanya

      0

      0
      • gigi nampak gusi says:

        Jangan di layan..ckp dia dah serupa bukan org islam. Buat apa nak diceritakan lagi. Kerana seorang muslim/muslimah tidak akan mempertikaikan hukum Allah. Biarkan dia..bukan selamanya kita hidup di dunia ni

        0

        0
    • zara says:

      taksemua yang bertudung sebegitu..

      0

      0
    • Anonymous says:

      dah tau awak artis pergi mahkamah pakai la smart sikit da macam loser jer, macam penagih dadah, ko lelaki g la cari duit, duit kalau byk ramai jer perempuan kejor ko…ni ko yang nak kejor perempuan kenapa

      0

      0
    • minah jambu says:

      memang betol cakap kau tu minah tudung prangai lagi macm hamlau haprak berbanding ngan minah free hair. kebanyakan Nye yg bertudung eksen alim ni dia suka menipu macm bini ezany ni lah contoh Nye bertudung tapi penipu ! apeee nk jadi ngan minah tudung skarang ni nama aje bertudung tapi prangai macm momok ee…!

      0

      0
    • Anonymous says:

      mgucap yer gigi emas sblm tlambat

      0

      0
  2. aaakulahhh says:

    apa la kaitan lokasi ko menikah ngan nak failkan kes mahkamah dek oi…
    ko failkan la mana tmpt tinggal n dua2 senang pegi…
    n kalau lelaki ko curang camana pn…ko tetap x leh klua umah selagi x di ceraikan or x menyebabkan dera kes pukul ke apa…
    x cium bau syurga dek oi kalau tetiba x cerai lagi ni ko meninggal eksiden ke apa…

    0

    0
  3. aku adalah lelaki says:

    lelaki haprak, dhla xbeduit xda tanggungjwb, amik duit bini buat reta bini mcm die yg punya. semua org tau la ko ni loser tak da guna sesen pun, klu ko betul nk ceraikan bini ko lama dh ko buat, ko sengaja nk nyusahkan nk kikiskan duit isteri ko nih kan. sendirik tak tjaga ada hati nk jaga anak2, karang ada plak masuk paper cakap isteri tak bagi nafkah! puiiii la laki spesis ko nih. buat malu org lelaki je. undang2 perkahwinan patut dgubal, patut lebih lenient kpd si isteri si ibu yg menjadi KETUA KELUARGA carik rezeki, nak hrp kan suami???takyahhhh hadap le sgt gilfren Datin Paduka ke tuee? ke ko dah kene haktui?? bikin panasssss

    0

    0
    • Anonymous says:

      Kalau pihak yg didakwa tu datang…sy tak rasa ini keputusan nya. Mungkin si isteri tak bersalah.

      0

      0
    • minah jambu says:

      kalau bini dia tk salah kenape tk datang kt makamah ?

      0

      0
      • cinta says:

        sabah ngan semenanjung berapa km yer? mana tau ader duit berkepuk-kepuk kat bank anytime boleh beli flight ticket…. takpun beli skali ngan kapal tu…

        0

        0
  4. alamakkk says:

    banyak btl kes artis cerai berai skrg ni..mmg dah life dorg mcm tu ke? adehhh…

    0

    0
  5. fatimah busung says:

    ezany ni femes ape. kalau g karaoke lagu2 90an, mst nmpk die jadik model dlm vc tu. scene kat tasik, pusing2 pokok, jalan2 kat taman, fefeling sorang tepi batu pantai. hahaha

    0

    0
  6. azreen says:

    Penceraian bukan lah satu kemenangan bro…. tak yah la nak bangga sangat.

    0

    0
  7. anti poyo says:

    ni la namanya kalah dalam menang

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Kalau Ezani ni baik, dah lama dia ceraikan isteri dia..
    Xyh lar nk ckp itu ini..
    Saja nak seksa isteri dia..
    Mentang2 lar talak kat tangan lelaki..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Pakaian bukan mengukur iman seseorang. Tapi yang tentu, yang tak solat berdosa, biarkan orang tu berniqab. Takkan ada yang nak buat research berapa peratus org berhijab yang bercerai kot.

    0

    0
  10. Puteri Jelita Rupawan says:

    ezani ni anak mahathir yg kaya tu ke?

    0

    0
  11. N says:

    nampak sangat yg komen psl bini ezany n xtau apa2 psl kahwin cerai. yg ezany x p kat jabtan agama islam tawau wlupun dah dipanggil beberapa kali apesal? otak dah masuk air ya? dah tergila-gila sangat duit n hartabenda datuk tu ya? jabatan agama Islam, please take note. Jgn kerana anda lelaki, bagi menang kat lelaki je wlupun terang2 lelaki tu yg salah

    0

    0
  12. benar says:

    muka bekas bini dia nmpk mcm daratttt je. huhu

    0

    0
  13. ... says:

    Hahahaha..lantak korang lerr nak jdi apa..Da ku kisah…huh….

    0

    0
  14. jaijung says:

    Ex bni dia tu selfi tudong tu x berseterika ka kerdott ja ka msa nak lari smpat posing selfi lg….yg ezny tu..muka mcm pecah rumah ja..beserabai..ank org kaya ka mcm tu..ishhh…kaya nama ja kot..compius lantak ko la

    0

    0
  15. Anonymous says:

    ezany tu kikis duit org ppuan.muka mcm pagar x siap, mmg sial la datin tu dpt dia

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Apa bendee lah yg kau duk banggakan sgt kau menang atas mahkamah dunia?kau ingat manusia2 atas mukabumi ni kisah ke psl kemenangan kau tu?msg2 akan mengulas jer lah sepatah dua.tp blm ttu percaya dgn kau.kptusan mahkamah dunia setakat atas kertas jer .keputusan sebenar2nya nanti di akhirat ye ezany.jd takyah nk bangga sgt dgn kemenangan bercerai kau tu.malu aku sbg lelaki bace sttment gah kau ni.belacan punya jantan.dgn pompuan pun nk menang bagai.dia tu kan ibu kpd anak2 kau. Menang kejadah kau.vengong!

    0

    0
    • minah jambu jiwa remaja says:

      ezany ni dia dh cerai ke blom dengan bini penipu dia ni ?

      0

      0
    • Whatever says:

      Aku setuju dgn komen ko anonymous 8:46! Dia ni mesti nak tocer bini dia je. Mentang2 talak dkt tangan dia so dia igt dia power. Lelaki skrg mmg gitu la aku rasa. Semua gila kuasa. Menang di dunia tak semestinya menang di akhirat! Aniaya bini. Lepastu bangga pulak pui!! Org dah tak nak tu ceraikan jela. Kau nak hak apa lg kau tu lelaki. Bodoh

      0

      0
  17. Cempaka says:

    Ezany nie kaki penipu.
    Kikis duit perempuan.
    Dia ambil duit sepupu aku lebih dari RM100K dan memberi harapan untuk bernikah dengannya. Tiba2 dia dengan datuk tu. Memang sah dia kaki penipu. Memganiayai orang. Kesian kot sepupu aku tu…

    0

    0