Written by AbangNara | December 5th, 2012

Suatu hari yang panas terik, nafsu memakan aiskrim Abang Nara tiba-tiba membuak. Dengan pantas, Abang Nara start engine kereta dan pergi ke Giant Gombak untuk membeli aiskrim. Banyak sungguh pilihan yang ada sampai rambang mata dibuatnya.
la cremieriaAkhirnya selaku penggemar coklat, Abang Nara telah membawa pulang LA CREMERIA Chocolate Obsession dan LA CREMERIA Chocolate Hazelnut. Ingatkan balik nak terus makan, namun hujan yang turun lebat secara tiba-tiba membatalkan hasrat tersebut.
la cremieriaAbang Nara simpan dulu LA CREMERIA Chocolate Obsession dan LA CREMERIA Chocolate Hazelnut di dalam peti ais. “Esok tengah hari baru makan”, bisik hati Abang Nara. Malam itu, Abang Nara masuk tidur awal dengan harapan untuk merasai keenakan aiskrim LA CREMERIA esoknya.
la cremieriaTerkejut beruk diri ini apabila membuka bekas LA CREMERIA Chocolate Obsession. Siap dah basuh lagi. “Kosong, kosong, kosong” (baca dengan nada lagu Najwa Latiff). Semua isi di dalamnya sudah hilang. Sedang Abang Nara kehairanan, terdengar suara gelak-gelak manja di belakang Abang Nara.
la cremieriaRupa-rupanya mak mertua dan adik ipar Abang Nara telah pun makan LA CREMERIA Chocolate Obsession ketika Abang Nara tidur semalam. Menurut mak mertua Abang Nara, mula-mula mereka memang nak tinggalkan sikit untuk Abang Nara. Namun keenakan rasa aiskrim yang kaya dengan coklat dan ditambah pula dengan kerangupan kacang di dalamnya membuatkan mereka tak mampu berhenti.
la cremieriaKekecewaan Abang Nara terubat apabila melihat isi LA CREMERIA Chocolate Hazelnut masih tidak terusik. Dengan pantas, Abang Nara menceduk dan memasukkan sesudu aiskrim itu ke dalam mulut. Tiba-tiba, mulut Abang Nara terasa dipenuhi dengan rasa coklat yang penuh enak berkrim. Lazat gila!!!
la cremieriaAbang Nara tak mampu berhenti memakan LA CREMERIA Chocolate Hazelnut. Lepas sesudu, sesudu lagi dan sesudu lagi. Memang tak boleh berhenti. Mak mertua dan adik ipar Abang Nara pun join sekali. Kedua-duanya tak mampu berkata apa-apa menikmati keenakan LA CREMERIA Chocolate Hazelnut.
la cremieriaTak sampai 20 minit, sebekas LA CREMERIA Chocolate Hazelnut telah selamat disemadikan di dalam perut kami bertiga. Masing-masing kekenyangan dan menunjukkan muka kepuasan dapat menikmati aiskrim yang sangat sedap ini. Mak mertua Abang Nara siap pesan suruh beli lagi kalau pergi Giant Gombak.
la cremieriaKetika keenakan aiskrim LA CREMERIA menerjah ke badan Abang Nara, terasa macam diri ini sedang memakai pakaian yang diperbuat daripada coklat. Hazelnut yang ada di dalamnya pula seperti hiasan untuk mencantikkan lagi pakaian tersebut. Makin banyak dimakan, makin cantik pakaian yang menyaluti tubuh Abang Nara.
la cremieriaRupa-rupanya sekarang ini sedang dijalankan contest LA CREMERIA La Bella iaitu merekacipta fashion terbaik di Facebook Nestle LA CREMERIA. Contest yang akan tamat pada 13 Januari 2013 ini menawarkan hadiah bernilai RM3,2000. Ada 7 hadiah utama untuk dimenangi yang merupakan satu helai baju, sepasang kasut, satu aksesori rambut dan sehelai tudung. Kaum Hawa pasti suka contest ini.
la cremieriaAbang Nara tak berapa pandai bab-bab design ini tetapi disebabkan hanya 4 langkah sahaja yang diperlukan untuk join contest ini, Abang Nara pun cubalah. Langkah pertama ialah memilih perisa LA CREMERIA. Sudah tentu Abang Nara pilih Chocolate Obsession.
la cremieriaLangkah kedua ialah design. Abang Nara main hentam je sebab tak berapa pandai. Inilah hasilnya.
la cremieriaLangkah ketiga ialah membuka lebih banyak item menggunakan Indulgence point. Mana nak dapat Indulgence point nie? Jawapannya ialah ianya ada pada bekas aiskrim LA CREMERIA yang telah Abang Nara beli hari tue. LA CREMERIA 1.25 liter akan membuka 15 item manakala LA CREMERIA 500ml akan membuka 5 item.
la cremieriaLangkah keempat ialah isikan maklumat peribadi anda dan hantarkan design yang anda rasa cukup mantap. 7 pemenang untuk design terbaik setiap perisa LA CREMERIA akan memenangi hadiah utama. Sementara itu 10 hadiah saguhati yang merupakan bekalan aiskrim LA CREMERIA untuk setahun akan diberikan kepada mereka yang paling banyak unlock item. Menarik kan?
la cremieriaJadi kalau anda ada bakat design dan memang suka makan aiskrim LA CREMERIA, inilah contest untuk anda. Abang Nara yang tak berbakat design nie pun join dengan harapan dapat menang hadiah saguhati. Puas hati dapat stok aiskrim selama setahun. Tunggu apa lagi? Silalah ke Facebook Nestle LA CREMERIA untuk maklumat lanjut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

87 responses to Kepuasan Coklat Dengan Aiskrim LA CREMERIA

  1. Ais krim Potong says:

    Nak promote famili ka nak promote aiskrim? Nampak gayanya lebih pada nak promote famili walaupun blog ni Beautifulnara Sdn. Bhd.

    0

    0
  2. Kpop moron says:

    ko ni byk tgk drama tamil la nara sbb tu ayat2 ko dlm blog ni mcm drama tamil yg ditukar ke bahasa melayu.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    nestle lg?

    hmmm….

    nak masuk lam blog punye pasal mak mertua ngan adik ipar sanggup mekap semata2 nk amek gmbar mkn aiskrim..alahai…huhu

    0

    0
    • Anonymous says:

      x perlu la ko nk kutuk fmly abg nara.. x sdr diri ke ko jgk yg menyeb0k kt blog ni.. haha.. klaka btol ko ni kn.. x pasai2 dpt dosa kutuk abg nara n fmly die.. yuhuuuuuu..

      0

      0
  4. kiki says:

    LA CREMERIA Chocolate Obsession mana ada kacang. Buat research dulu before you publish it

    0

    0
  5. i'm not a monster says:

    entry ni mesti ada udang disebalik mee, atas bukan main lg puji aiskrim sedap..tgk kt bawah rupa2nya ada contest, apa lah ko ni nara..aiskrim ni time hujan2 lah best makan, baru rasa nikmat

    0

    0
    • cikgu rashidah utama says:

      gosip terkini = kepuasan Coklat Dengan Aiskrim LA CREMERIA.. apela agaknye ak nak gosip2 pasal aiskrim nie.. nara2..
      blog nie da macam bukan untuk gosip2 artis,tpi untuk nara promote iklan makanan,movie,ex ex apek & future wife.budu je belum lagi..hahaha

      0

      0
  6. Sara says:

    “Rupa-rupanya sekarang ini sedang dijalankan contest LA CREMERIA La Bella iaitu merekacipta fashion terbaik di Facebook Nestle LA CREMERIA. Contest yang akan tamat pada 13 Januari 2013 ini menawarkan hadiah bernilai RM3,2000. Ada 7 hadiah utama untuk dimenangi yang merupakan satu helai baju, sepasang kasut, satu aksesori rambut dan sehelai tudung. Kaum Hawa pasti suka contest ini.”

    Nara, RM3,2000? RM3,200 or RM32,000 ?

    0

    0
  7. boikot Zionis says:

    nestle lagi. ermmmmmm

    sedih!

    0

    0
    • Anonymous says:

      best lah ice cream tuh

      0

      0
    • anti israel says:

      Tak sensitif langsung si nara ni. Senjata terbaik utk lumpuhkan israel ialah lumpuhkan ekonomi mereka. so kita dimalaysia ni apa yg perlu dibuat ialah boikot barangan yg berkaitan dgn israel. ini tidak! Ko lg promote barangan ni. plssss la…sensitif sket. jgn sbb nak ampu dan naik kan rating blog, sanggup kamu telan aiskrim tu???? Fikir2 kan la…

      0

      0
  8. boikot Zionis says:

    nestle lagi???

    hmmmmmmm

    sedih!

    0

    0
  9. Boikot Zionis says:

    nestle lagi???

    hmmmmmmm

    sedih!!!

    0

    0
  10. Wan Noor Hidayah says:

    Salam kawan2 peminat abang nara, jemputlah LIKE PAGE SAYA ya…ini link page saya : http://www.facebook.com/WansHealthBoutique
    Terima kasih ;D

    0

    0
  11. Iye iye jew says:

    Adoi..nk gosip pe bnde sal eskrem ni? tp eskrem ni mmg sdap..hihi..aik.mak mentua dgn adk ipar pon join mkn eskrem same mngkuk dgn abg nara??erkkkk

    0

    0
  12. Ratu minah jambu merah/ biru ori says:

    sape2 yg ada penyakit kencing manis ha ini dia obat nyaaaaaaaaaaa……..

    0

    0
  13. anti war says:

    plz sensitif skit dgn produk yg diboikot demi palestin..bukan lagi mempromosikan..
    http://www.inminds.co.uk/article.php?id=10554

    0

    0
  14. jenah glamour says:

    jualan Aiskrim LA CREMERIA meningkat….
    nestle untung ….
    makin banyak la duit g kat israel….

    0

    0
    • saimjoyahbaik says:

      itulah pasal, kat dunia dapatnya xseberapa..kat akhirat besok mmg xberbaloi kena bayar balik..hehehe..loni, xpayah tgu akhirat, atas dunia Allah dh bayar cash..

      0

      0
    • SAVE GAZA says:

      abg nara menyumbang kpd keuntungan nestle? hmmmm…

      0

      0
  15. Azad Azlan says:

    Bila tengok gambar aiskrim ni, terasa ngidam lak tengok. Terutama aiskrim berperisa coklat. Fuhhh..

    0

    0
  16. lensablogger says:

    beli LA CREMERIA bebanyak, barulah ada can menanag…

    0

    0
  17. hahaha says:

    setiap produk yang dipromot pasti ada cerita tersendiri. cerita ni dibuat2 atau memang terjadi ? :D

    0

    0
  18. AkooAnggun says:

    Panjang nye karangan, mesti dpt A+++

    0

    0
  19. Akoo says:

    Panjangnya karangan, mesti adapt A+++

    0

    0
  20. Puihhhh!!! says:

    MembOhOng je kamu ni nara..mule2 cite bagai nk rak pastu rupe2nye nk prOmOte benda 2..aku da agak sgt da sbb da byk kli kmu buat..xtaula ni blOg artis ke dah macam blOg iklan barang2,famili n peribadi aku tengOk…

    0

    0
    • DoloresTudungSiput says:

      Betul tu. Dolores skang lebih suka baca oh bulan sebab lagi banyak cite yg best best. And the most important, takdenya iklan iklan camni…Ni Dolores tengok kat blog nara ni bukan cite pasal artis, tapi cite pasal nak promote kluarga dia je…~

      0

      0
      • saimjoyahbaik says:

        jomlah blogwalking ke tempat ‘halal’ pulak. saya xsudi subahat biar sedara seislam kita cik nara ni bg anak bini dia mkn dr sumber yg bukan2..kasihan..addio..

        0

        0
        • Anonymous says:

          pergi je la ko nak walking mn pun.. dah masuk blog org pastu ko nak kutuk si nara buat pe? ko yg cari sendiri blog ni bkn nara merayu suruh ko masuk.
          pandai je kata nara bg mkn anak bini dia sumber bukan2… ko tu jgn lupa cek sumber pendapatan ko jugak dh mmg 100% bersih ke?

          0

          0
    • Woot..woot says:

      Ala kau orang nie , suke hati Abg Nara laa nak promote brg ke, family ke. Nie kan blog dier . Kalau tak suker, tak payah bacer kat blog nie. Aku okey jer Nara nak buat iklan ker, nak tunjuk satu family ker. Takder pon aku rase rimas. Keje condemn jer korang nie. Dasar typical meleis tak boley tgk orang senang btul.

      0

      0
  21. AbangNara says:

    tiada paksaan membaca blog ini. Sekian terima kasih

    0

    0
    • Bukan nara says:

      Bagi saya….Sepatutnya Tak perlulah nara turut serta komen kot…

      All knows malaysian sekrg ramai yg bersedih apa yg blaku kt palestin…
      So mereka yg pembaca blog ni ada hak nak bersuara..war2 sana sini memboikot brg tp bg mereka anda takder sensitiviti dgn senyumnya menikmati ais krim tuh…

      Kalau tak kerana mereka yg ramai kunjung blog Anda nih..saya percaya pendapatan dr nuffnang utk anda pun x banyak..kan??

      Harap maaf kalau komen saya kasar… Yg mengomen pun jaga jugak hati org lain yer.

      0

      0
    • TecerWidad says:

      Amboi statement…jangan lupa, pendapatan anda dtg dari kami yg rajin melawat. Kalau Mc Donald yang gah pun boleh bungkus sebab diboikot, inikan sekadar blog begini. Jangan takbur. Allah sekarang bayar cash.

      0

      0
    • apa la nak jadi (ustaz dun return) says:

      jom sama2 kita berjalan ke ‘tempat’ lain yg lebih bagus & lebih berfaedah.. mari kawan2 kita berubah

      0

      0
    • nara sengal says:

      Mmg la tiada paksaan….masalahnya topik ko buat ni issue semasa…org semua boikot brgan israel…ko plak sibuk promote. Tak alert langsung…atau ko dah xde perasaan langsung pasal issue ni?

      0

      0
  22. ... says:

    sanggup ke korang telan produk2 yg ada hubungan dgn yahudi dan israel…yg mana satu dunia tahu apa israel telah membunuh rakyat islam palestine…tak sedih ke kita tgk wanita dan kanak2 palestin terbunuh dibedill oleh israel…cuba bayangkan badan kanak2 palestine yg dibunuh israel ada yg hancur anggota badan…terkulai2 mayat kanak2 itu ketika diangkat…menangis ibubapa kanak2 itu…tolong kawan2…boikot produk2 spt ini..

    0

    0
    • -,-" says:

      senang cerita..
      makan produk barangan yahudi-israel macam makan darah daging sedara seislam kita..

      setuju??

      kalau kita beranggapan begitu.. mesti taknak dah..

      0

      0
  23. nazrah says:

    alamak nestle?!! serta merta terus hilang mati selera. no to nestle! *maaf huhuhu.. #prayForGaza , syria, rohingya dsb

    0

    0
  24. ira says:

    korg xpyh nk kutuk org pnye blog la…hak nara la nk mkn ape, nk bli
    brg nestle ke ape…kite sume ade hak kebebasan…

    0

    0
    • bodo ira says:

      hang pun bodo iera taw melantak je nestle sma dgn israel la u punya level..x terpikir mgsa di gaza ke…bodoh mcm tuan punya blog.sama2 jahil sama2 yahudi

      0

      0
  25. ara says:

    tlg la boikot ya en.nara….sedap yg awak mkn 2 jd bahan letupan utk hancurkan saudara2 kte d’gaza….

    0

    0
  26. ira says:

    klu betul kite patut boikot brg israel,knp ngara ni
    masih menerima brg2 israel? ptutnye ngra ni xtrima
    ape2 produk dr israel dh…

    0

    0
  27. budakgigi says:

    sy dh xmkn langsung apa apa produk nestle ni lg…dulu sy peminat tegar aiskrim ni. skrg sy boikot sbb ni produk yahudi israel…. cuba ajar diri sy utk istiqamah demi saudara saudara Islam kita di palestin.

    0

    0
    • Anonymous says:

      chop2..aku rasa macam x caye je. makanan seharaian kita banyak guna produk nestle tau x? ko tau x jenama maggie pun dari kilang nestle? maggie ni bukan je mi tapi merangkumi seasoning, perencah & so on.. milo, nescafe pun dari nestle. betul ke ko makan sume tu? musykil2…

      0

      0
      • budakgigi says:

        kalau tak percaya terpulanglah… sbb pada sy kalau kita kuatkan semangat dan beristiqamah demi kita yg sesama Islam, apa pun boleh jadi. Dan sy percaya, kalau kita ikhlas dan bersungguh2, ALLAH mesti tolong kita. dlm blog, merata2 dh keluarkan list2 produk yg menyumbang utk yahudi laknatullah tu membedil saudara2 kita di palestin. jadi, yes… sy tau maggi tu produk nestle.

        0

        0
  28. su says:

    if rasa x leh stop utk makan , Maybe just patut stop promote nestle nye product ni.. that the least that we can do, dont u think?

    0

    0
  29. dex says:

    wei wei, klu xmakan product nestle xmati pon… skang ada byk pilihan kot. dari milo, tukar la vico. dr megi ke mamee ….ape ssh…. nafsu makan pon xleh kawal, inikan plak nk berjihad… huh!

    0

    0
  30. Miss T says:

    Buruk lantak!

    0

    0
  31. benci yahudi. Free palestine! says:

    abg nara.. kita umat islam. boikot barang yahudi. produk nestle, mcD segala. blog abg nara mmg popular. abg nara boleh gunakn medium blog ni utk berdakwah. bagi sikit kesedaran kat org malysia ttg palestin.insyaallah ada ganjarannya.

    0

    0
  32. Anonymous says:

    Assalamualaikum,
    Apa ni Abang Nara?.Orang tengah sibuk-sibuk boikot Israel, Abang sibuk-sibuk menyokong pulak. Untuk pengetahuan Nestle adalah salah satu syarikat yang perlu diboikot kerana susur galurnya berasal dari Israel…. Umpama memakan darah-darah anak Palestin begitulah perumpamaan abang nara sekeluarga memakan ais krim Nestle tu. Sedih….

    0

    0
  33. Anonymous says:

    x masuk akal…x tau nak kate ape..tepuk dada tanya selera la NARA oiii

    0

    0
  34. Beruan says:

    Eh, bukan wife kau si Fazlin tu anak bongsu dari dua beradik ke? Tipu eh..

    0

    0
  35. sayala says:

    konperm mak marah sebab makan dalam bekas mcm tu..tak sopan….

    0

    0
  36. Pemikir says:

    Nikmatnya menikmati aiskrim yang sedap

    0

    0
  37. sama jgk says:

    kan sayala…mamaabah saya pun marah jgn mkln camtu…x sopan..amik la cawan ker..mangkuk ke taruk dlm tu…baru la sopan sket…tambah2 barangan nestle…erm…ape2 je la nara ooi

    0

    0
  38. burungmerak says:

    nape la si nara ni suke biakan diri die dikutuk kaw2…dh jadi ati batu ke ape nara ni..

    0

    0
  39. Aku says:

    Apa kena penyakit nara ni. Promote nestle. Org dah kata yahudi masih nak promote. X faham bahasa si nara ni.

    0

    0
  40. rider says:

    kesian abg nara..kepada ibu mentua n adik ipar tu…. kalu nak makan ais krim tu..agak2lah, ni makan sampai habis licin..tak sempat abg nara nak makan sket…

    0

    0
  41. apekjualtilam says:

    Hi,
    aku tak phm la penyakit masyarakat kite skrg ni. pantang silap sikit, masing2 dok kutuk.
    cukup sempurna ke iman korang? ini cara berdakwah ke? guna bahasa kesat sampai mak ayah anak bini dia punya rezeki pon korang pertikaikan? sampai cara dia makan dlm mangkuk aiskrim pon korang kutuk. nauzubillah..korang dh abis study ke sblm dok bahasa2 kan org ni? mungkin ye mungkin tidak saluran duit nestle tu ke yahudi, and kalau betol kamu2 ni nak menasihati jagalah bahasa, gunakan otak, tanya iman. jgn jd mcm lalang. cukup sempurna kah kamu nak menilai manusia yg dari keturunan kamu sendiri?

    0

    0
  42. Farah Izzati says:

    Ntah papela korang ni. Abg Nara mmgla ada bt service pengiklanan. Bt la research dulu sblm nk hentam ke ape ke. Dr situlah blogger dapat duit. Kalau x buat apa nk bersengkang mata, fikir idea mcm mn nk naikkan rating blog. And thats y la abg nara promote pasal celcomla, ais krim la. Dah org nk service pengiklanan dia. Tak payahlah nk dengki2. Lg satu. Tah papela tetibe nk kata sokong israel ke ape ke. Korg suka suka hati je ckp mcm tu. Manalah kita tau ntah2 abg nara bagi duit komisyeb dia 100% kt Tabung palestine. Tak pun manalah tau amal jariah yg dia bt dgn duit tu lg byk dr korg yg mengutuk. Dan yg lbh penting skali apa bukti korg nestle malaysia bg duit kt israel? Shallow minded btl org2 melayu zaman skrg. Kalau nk perang sgt israel tu, pilihanraya ni jum ramai2 undi PAS.

    0

    0
    • SOPHIE says:

      betul tu.. nk boikot pn kita kena fikir jgk.. kt nestle malaysia ni or melayu kita jgk byk keje.. let say la nestle jatuh, mksudnya org melayu kita pn hilang punca pendapatan. kita kena fikir jln yg terbaik cmne utk boikot brg israel tp bkn dgn cara menjatuhkan sesama kita.. renung2 kn dan selamat beramal… peace !!!!!

      0

      0
  43. stella says:

    I’M LOVIN IT . . . Yummy delicious . .
    Kmu tk nk mkn , tk pyh sibok beli . .
    Ini utk peminat ice cream sja . .

    I melt u down like ice cream !!

    0

    0
  44. ShadowofDeth says:

    Kita boikot mana yang termampu. Kalau ikutkan, hampir segala benda yang kita guna ada kaitan dengan Israel termasuklah enjin carian Google, Facebook dan sebagainya. Ada orang yang perlukan Nestle dalam kehidupan mereka, nak buat macam mana.

    0

    0
    • ShadowofDeth says:

      Dan termasuklah barang2 furniture, elektronik, grocery yang kita semua guna pakai hari-hari. Kalau trace balik asal usul syarikat2 yang mengeluarkan barang2 tersebut, ada kaitan sedikit sebanyak dengan Israel, terutamanya share2 holder mereka. Point aku, siapa yang nak boikot, boikotlah tapi tak payah nak paksa2. Ikut sekadar yang mampulah.

      0

      0
  45. che lah perasan lawa says:

    abg nara ni pondan sket la..bkn bnyak la…sket ja..if bnyak xkn la kua ank sorang kan..bc penulisan dlm blog abg nara ni ase nk gelak ja.lemau sgt..jd keras la sket nara oi.che lah xsuke taw org laki lemau2 ni..tunjuk jantan sket yer..br che lah like..

    0

    0
    • pityyou says:

      jantan ke pondan abg nara ko try ke? lemau2 dia pon ko baca gak blog dia. fitnah tu berdosa tau, ko ingat allah tak nampak ke ko fitnah org even kat alam maya ni?

      0

      0
  46. kita peng yu says:

    yang duk mengata tu sebenarnye dengki peti ais korang x de tersusun cantik dengan tupperware camtu..peti ais korang lagi kotor pakai sumbat je dengan plastik terus lepas balik beli dari pasar…

    0

    0