Written by AbangNara | September 10th, 2014

Semalam suami kepada Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha telah meluahkan rasa geramnya apabila melihat isterinya dipukul dengan agak ganas dalam filem Lagenda Budak Setan 3 oleh Iqram Dinzly. Ada pihak yang memberi pendapat Zaquan telah ‘over react’ dan menganggap pemain bola sepak itu tidak memahami dunia lakonan.  K

ayu raudhah

Kata-kata ‘no more shooting’ yang ditulis oleh Zaquan Adha itu menyebabkan banyak pihak membuat spekulasi bahawa karier lakonan Ayu Raudhah telah berakhir. Namun hari ini menerusi Berita Harian, Ayu Raudhah memaklumkan yang kemungkinan suaminya akan menghalang dirinya berlakon watak seperti dalam filem Lagenda Budak Setan 3 sahaja. Watak yang biasa-biasa masih ok lagi. Kata Ayu:-

Saya pernah maklumkan suami mengenai babak yang saya akan lakonkan dalam LBS3 tetapi ketika itu dia tak nampak keadaan sebenar babak berkenaan. Hanya selepas menontonnya sendiri, baru dia cakap seperti apa yang ditulisnya di laman Twitter.

Cuma tak sangka pula, dia akan muat naik status berkenaan. Malah ketika pratonton, dia memang tengok separuh jalan filem itu. Mungkin tak tahan tengok saya ‘dipukul’ dalam filem berkenaan ditambah dengan anak saya menangis.

Lucunya, anak sulung saya berumur setahun setengah menangis sebab tengok babak saya dipukul. Tapi itu tak bererti suami akan halang saya berlakon lagi. Mungkin kalau watak sedemikian rupa yang agak ganas, dia akan larang. Kalau babak biasa, dia ok.

Namun Abang Nara kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Ayu Raudhah untuk memastikan lakonannya dengan Iqram Dinzly di dalam filem Lagenda Budak Setan 3 ini benar-benar berjaya. Mana tidaknya hampir keseluruhan tubuh badan Ayu Raudhah diperlakukan dengan kejam seperti kepala ditunjal, ditendang, ditolak ke lantai dan macam-macam lagi. Kata Ayu:-

Memang kebanyakan babak membabitkan saya dengannya memerlukan aksi pukul memukul di antara suami isteri. Ketika penggambaran berlangsung, memang beberapa kali babak perlu dirakamkan semula kerana saya tak tahan dipukul.

Trauma juga dengan setiap babak itu. Tapi bila tengok hasil babak yang dilakukan, ia nampak cukup mengesankan padahal ketika penggambaran azabnya hanya Tuhan saja yang tahu. Ada ketika penggambaran memang ada babak saya dicekik Iqram, hingga saya tak boleh bernyawa.

Kepala saya ditunjal pun ada. Babak saya ditendang betul seperti yang ditulis Farid pun benar-benar saya alami. Bahkan ada juga babak saya ditolak sampai jatuh ke lantai.

Cuma apabila melakukan babak yang seterusnya, dia (Iqram) akan mengulangi benda yang sama. Kalau tanya masa penggambaran dulu, jawapan saya mungkin tak perlulah sampai memukul dengan betul-betul sekalipun nak menjiwai watak.

Benda dah lepas. Tapi saya agak serik untuk berlakon watak seumpama ini lagi.

iqram dinzl

Fuh. Kalau Abang Nara jadi suami Ayu Raudhah pun mesti sedih tengok si isteri diperlakukan sedemikian rupa. Tak apalah. Itulah kehidupan seorang pelakon. Lepas ini bolehlah tapis dulu watak yang boleh dilakonkan oleh isteri anda. Kepada Iqram dan Ayu, tahniah Abang Nara ucapkan kerana berjaya menghidupkan watak yang diberi. Anda berdua memang power.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

89 responses to Kepala Ditunjal, Ditolak Ke Lantai & Ditendang, Ayu Raudhah Trauma Ketika Lakonkan Babak Bersama Iqram

  1. Anonymous says:

    tak payah berlakon pompuan gile

    0

    0
    • aku says:

      Allah cik rodah oiii!
      kalau semua tak boleh syarat sana sini….baik dok umah jaga laki la.
      jgn jd pelakon dah…dah la berlakon pon suam2 kuku.
      Jodie foster & helle berry tu sampai gred A ni dgn adegan2 psyko kena pukul ni la..
      genggam grammy award. tak kecoh beb!

      0

      0
      • tecit says:

        Ntahhh kecohhh ahhh. Kalau betol trauma tunjuk la bukti ke’trauma’an kau tu. Jumpe doc psikologi! Boleh blah lahhh rodoh. Mengade siot. Menyampah gile.

        0

        0
        • amoi says:

          podah…trauma konon…nak pomot citer tu la sbnrnya kan??? bg alasan macam2…ade org kesah ko kene pukul teruk???
          kalau dlm novel citer pukul teruk bagai, xkan dlm movie nak belai2..retis suam2 kuku gini lah jadinya..

          0

          0
        • ketty says:

          hmm..kalau dh trauma berhenti jela belakon….p jaga suami….

          0

          0
        • ddd says:

          Ntahhh…klau trauma lepas shoot tu kompem da mggigil tgok muke iqram pon dah takut… dah nme pon trauma kn.. tp boleh je tahan sampai pratonton… org lain trauma trus report tp cool je sampai ari ni byk cekadak…dah… xyh berlakon la.. kne tunjal dahi tu kire bersentuhan jugak… laki die bising pasal org buat ganas kt bini die bkn pasal org sentuh bini die…

          Pelakon pompuan lain lg la siap buat stunt sendiri… kne tmpar btol2 xde kecoh cmni

          0

          0
      • mee kari says:

        grammy? you mean Oscar.

        0

        0
    • Laksamana Jebat says:

      Ye ke sampai begitu sekali?

      Wah nak kena tengok ni, Konterversi… mesti teruk awak dibelasahkan? Jom kawan-kawan semua. Kita beli tiket ramai-ramai. Bawa semua saudara mara datang menonton filem ini. Kita tengok 2-3 kali pun tak apa. Yang penting kita dapat lihat scene kepala kena tunjal. Kita boleh buat kajian dan lihat sendiri trauma Ayu dan konteversi filem ini. Mesti best…

      Ayuh kawan-kawan jangan lupa tauu… bawak semua ahli keluarga… filem kita wajah kita…

      0

      0
    • poyos la says:

      klu da byk sgt komplen sume x kena …ak rse baek si Ayu ni STOP jd pelakon la.. asl nti lps shooting laki ko tu MEROYAN plk tgk ko kt tv .. yg ko pon da tau ade adegan yg KO X SUKE nape xckp je kt DIrector tu ..blh dorg cari org len ni da lps shooting baru bersuara ..nmpk sgt korg LAKI BINI POYO …..
      slhkn la pengarah bukn si iqram … kalu korg berani la ni melalak jer ckp bnda yg entah pape .. SO annonying laaaaaaaa

      0

      0
      • Anonymous says:

        ini satu cara promosi.
        pandai rodhoh.
        bila dia cakap camtu, penonton pun nak tau lah terok sangat ke dia kena pukul sampai laki dia tu tweet camtuh.

        tak profesional langsung.
        belakon pun tak best, kecoh je lebih.

        tak,aku tanak tgk pun.
        kbai

        0

        0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      helo ayu ! u sengaja ke nk kasi laki u tu marah ??????? itu kan hanye lakonan aje kenape sampai trauma ????????? eeeeeeeeeee nyampah pulak minah jambu ngan prangai u ni macm tk penah berlakon pulak ! laki u tu pon satu macm pondan lorong tau nk marahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh aje ! helo zakuan u jangan kasi ayu bini u berlakon lagi ok ! suroh dia stay kn rumah buat anak aje huh !!

      0

      0
    • ann says:

      “Kalau babak biasa, dia OK”..kalau babak sweet2, romantic2 laki bini pun dia ok. kena babak lembut2 je ok..kalau kasar laki I marah!

      0

      0
    • jenni says:

      Apa punya mak bagi anak kecik tengok cerita ganas…..anak2 bagi tengok upin ipin atau boboboy jer….mana tak menangis budak tu…

      0

      0
  2. miss mong says:

    ala..Jackie Chan tu patah riuk tulang nk siapkn filem

    0

    0
    • jango says:

      yang ini aku kena setuju..dah nama nyer pelakon rodoh..gitu ler persekitaran keje kau..lain la ko keja spital, jual insuran, pejabat gomen bagai..byk songeh behenti jer jg rumahtangga lagi bagus..

      0

      0
  3. nok gebuzzz says:

    lebih baik berenti belakon jer senang…..dok umah jaga anak lagi bagus

    0

    0
  4. gadis90 says:

    dah tau ada babak macam tu gedik g terima tawaran tu kenapa. xyah berlakon la, wat serabut je

    0

    0
    • aku says:

      btol tu!
      ko tak baca skrip dulu ke rodah oii sblm terima job.
      len kali bawak laki skali p baca skrip…dia pon bkn pandai main bola sgt!
      menyemak kat padang ker bole la..

      0

      0
    • rodah sg petani says:

      ke ko dah tua rodah ?..tak sesuai kot nak ditendang2..patah riuk.
      watak mak2..dok masjid nak??

      0

      0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      betol tu pastu mengadu ngan laki sengaja nk manja kononnnnnnnnnn sengaje nk perhatian laki….laki pulak asal bolehhhhhhhh aje !

      0

      0
  5. BULAT says:

    PROPA LEBIH! NK SURUH TGK CERITA DIE LETTEW!!!!! X HINGIN!!! BAIK LAYAN FILIPINO KAT TV3 LAGI BAIK…

    0

    0
  6. ABC says:

    Pelakon Malaysia xde bajet..eksyen jer lebih..tgk filem org putih selamber jer pukul2..cerita J.Lo yg Enough tu lagi terok babak kene pukul ‘suami’ die..dah nama nyer pelakon..susah2 carik jer babak menyusu anak..Zaquan pun senang ati tgk..huuhhhhh!

    0

    0
  7. tecit says:

    Ntah!! ko memang xkaji ke watak ko dlm skrip sebelum terima tawaran haa???!! Kejadahnye. Kalau tak sanggup jangan buat! Jangan terima. Biaselah dah namenye belakon, nak kasi nampak real kene la buat sehabis real. Kalau btol2 real mmg ko xhidup dah. Mengade2 nye minah.

    0

    0
  8. airina says:

    Xpyh belakon la. Laki engkau mmg x professional la!!

    0

    0
  9. gadissepesen says:

    bagus la suami dia dah tak bagi berlakon dah. suami tak tanggung dosa isteri, isteri pun tak buat byk dosa.
    dah jadi ibu dan isteri, jaga anak dan suami lebih diredhai dan diberkati allah.
    insyaallah rezeki pun makin murah.

    0

    0
  10. kobes bunga says:

    da terima skrip.. mesti tau watak mcmne kan ayu….

    0

    0
  11. airina says:

    Jgn berlakon la cik ayu rodah oi!!dok rumah jaga laki jga ank jer!!e’er bencI!!

    0

    0
  12. lolalola says:

    Eleh lisa surihani dulu rileks je tak kecoh pun kene pukul dlm LBS yg first tu dengan que haidar. Tak profesional langsung la die ni. Tak payah berlakon dahla lepas ni. Buat serabut pelakon lain

    0

    0
    • tecit says:

      Mungkin sebab die watak sampingan je. Bukan watak utama macam lisa surihani dulu kott. Hehe. Lisa tu ade orang interview. Die, sapoooo la yg nk interview? Hanya watak sampingan ajooo.

      Jika watak utama;

      Acane rodoh rase, blakon kene pukul? trauma x?

      So far rodoh sebenarnye takot, tapi once done i think ia sangat mencabar. Tp rodoh terima sebab mmg rodoh mmg suka mencuba sesuatu yg baru.

      Watak sampingan;

      SAYA TAK SANGGUP TENGOK ISTERI DIPERLAKUKAN SEBEGITU!!

      SAYA TRAUMA SANGAT2. KEPALE KENE TUNJAL, DITOLAK KE LANTAI. SY NAK G JUMPE DOCTOR UNTUK ISYTIHAR KE’TRAUMA’AN SAYA. NANTI ORANG XPECAYE PLOPPPPP

      0

      0
  13. APE DAA says:

    aih..ini macam punye cerite pun ade ke…da abis gosip laki dye,nie cerita bini plak kuar..nak sama naik ngan aidil n rita jugak ke diorang nie?

    0

    0
  14. Miss Wida says:

    Xpayah jadi pelakon la lepas ni.

    0

    0
  15. abgkacak says:

    laki manjang injured… bini ngada2 lebih…. kau dok umah jadi kilang anak je la rodah oiiii…

    0

    0
  16. akuxlayanmoviemelayulangsung says:

    nak promote filem je ni.propa je lebih.nk soh org bazir duit beli tiket tgk cte ni.kuang3.xyah susah3.klu filem ni xlaku cepat je kuar kat astro first.si ayu ni bekap somi die sbb takut somi die bt hal lagi.kui3

    0

    0
  17. unknown says:

    Pelakon malaysia mmg diva kalah kn a list hollywood…bab berlakon kena pukul trauma..tapi kalau bab main atas katil, jd suami isteri msti plg mantap..sggup berkemban baring ats katil dgn lelaki lain..siap cakap kena menjiwai watak utk dapat kn hasil berkesan..time tu agknya suami dia nk salahkn pelakon laki jugak ke sbb berjaya jd suami yg lg pandai layan bini.

    0

    0
  18. Abcde says:

    Maya karin kena hentak dgn AA kat Ombak Rindu pn tak bising ..

    0

    0
  19. nenek kau says:

    saje nk lariskan filem..publisiti murahan..pelakon utama senyap jek sbb dah buat aritu..skrg giliran extra lak bikin kecoh..

    0

    0
  20. Bekas Penari Gelek says:

    Ni la kalau artis kurang cerdik wat keluar statement.lagi mau complaint.pasni ko belakon dengan laki ko dah le.minta David teo ambik laki ko belakon.pastu wat movie syok sendiri.ko ingat ko Kim kardashian nak demand2?ni malaywood la,toksah nak perasan Hollywood .harap ko tak kena stroke bila baca komen aku yang pjg lebAr ni.

    0

    0
  21. milah sirus says:

    Pantun peribahasa hari ini

    kalau takut dilambung ombak
    jangan berumah di tepi pantai
    kalau takut kena penangan OngBak
    takyah belakon,duduk diam2 kat rumah jaga anak,kemas rumah,sapu lantai

    0

    0
    • milo seiras says:

      pecah kaca pecah gelas,
      rodoh & zaquan same aje, hampagassss

      0

      0
      • babon kembar says:

        Main bola berbaju melaju
        Emak marah sbb tk npk ayu
        Bini berlakun macam kayu
        Laki main bola kalah selalu…

        Ambar dilipat simpan dlm laci
        Kepala benjol terlangar pintu
        Kembar ni suka cari publisiti
        Walopon perangai mcm hantu

        0

        0
  22. vee says:

    manja! takpayah berlakon lepas ni. aku pon taknak tengok.

    0

    0
  23. azni says:

    si bodo ni kan kau belakon sengal! da sign kontrak apa.. duit pon dpt.. masok hospital apa time lepas shuting tu.. abis nak watak apa watak pelok2 laki ko tak marah.. watak kene bantai laki ko marah.. tapi mmg betol la ko belakon mmg kayu la.. ni la pelakon malaysia.. nak keje senang payment nak beso.. puii.. better kau duk umah beranak jek dohhh..

    0

    0
  24. Anonymous says:

    ni la sebabnya orang cakap artis malaysia ni kebanyakkannya kurang cerdik. kalau betul trauma, takdenya kau boleh habiskan shooting. kalau betul trauma, sekali kena terus tak nak buat dah. boleh pulak ye kau tahan trauma tu sampai dah habis shoot.

    0

    0
  25. rodok2 says:

    Ayu rodok nk berlakon watak kna rogol je…baru dia suka… xsuka kna tunjal…tpi babak atas katil xpe…nk menjiwai watak lagi!!

    0

    0
  26. UDAH2 LER ODAH OII says:

    kui3

    0

    0
  27. ilya says:

    walaupun aku x mnt c ayu ni..tp rsnye logic jgk kalo c iqram belasah dia btul2…mgkin x 100% tp 60-70% ke….sbb dia tu kan mmg panas baran…dpt lps kemaruk belasah org..ape lagi..just my 2 cent

    0

    0
  28. fun club anti ayu rodoh says:

    alah berambus je terus dari industri hiburan,bikin semak je,hangpa laki bini suka buat kecoh,dua2 tak mendatangkan keuntungan,so sila duduk rumah,jaga laki hang yg curang tu,x logik lansung anak bole nangis tengok hang berlakon kena tunjal,suka sangat ada2 kan cerita..podahhhhh…..

    0

    0
  29. macam-macam says:

    alaa ini semua taktik nk promote citer ni je nie…hahaha..semua kene tipu =P

    0

    0
  30. hantukicap says:

    AYU raudah yang bodoh….klu ko tu trauma sgt…knp baru skrg ko bgthu media…knp tak dari dulu lagi….ke ko tak baca skrip betul2….ke ko nk kteorg tgok cite nie….sbb kan ko aku tak berminat nk tengok………..nama pun berlakon…mestila kena menghayati lakonan tu….lepas nie ko xpyh berlakon lagi la…nk muntah sial tengok ko….mesti sekarang rita tengah gelak2 ko….

    0

    0
  31. ily says:

    Siapa suruh dia setuju untuk berlakon , sebelum sign contract director mesti dah kasi skript semua untuk di baca dan sedikit sebanyak tau scence yang akan dilakonkan.. tak payah nak over sangat, benda dah habis baru nak KECOH

    0

    0
  32. akak celah bedah says:

    wow first time akak dgr pelakon yang rela jadi pelakon stereotype….hahahahahhahahaha…selalu pelakon nak buat bende lain dr yg lain…yang ini…nak dok bawah tempurung aje…laki bini sama poyo

    0

    0
  33. Anon says:

    ah si rodah ni dari dulu mmg batu api, ngadu itu ini pada laki, bila laki kuar statement gitu konon terkejut plak..mulut betina ni mmg berbisa smpai blh menyebabkn org bercerai berai. tp jgn buat hal dgn Iqram Dinzly ok.. mamat tu blh tahan jgak, ko jentik dia mmg cari nahas la ko Zaquan. Jgn dgr sgt ckp si Rodah tu, klu btol2 sakit pn itula komitmen sbg pelakon.

    0

    0
  34. Oh me! says:

    Acaner nak berlakon kat ollywud kalau kat malaysia pun baru berlakon kasar skit dah lenting. alahai… keluarga uols ni suka noooo pung pang pung pang kat media sosial.

    0

    0
  35. AyuMeredah says:

    susahnya kalau cmni..kenapa tak bagi tau awal2..bukankah ini nk mengaibkan org..dh xnak dibuat org mcm tu,baik takyah ambik watak tu..ambik watak ringan2 jer..cakap kat pengarahlah,nk marah kat iqram buat ape??suami +isteri=bangang sama2…bagitau lepas filem siap buat apa,…lepas ni,xdelah pengarah2 nak ambik ko berlakon.bye2

    0

    0
  36. Arjuna says:

    Pasangan mabuk ketum ayu raudah & zaquan…

    0

    0
  37. noraashikin says:

    Please laaa…..bab kena tunjal, sepak terajang, penampar ke apa byk dah artis wanita yg dah pernah cerita terkena betul2 tp diaorg semua take it easy with profesional way. Dah nama pun berlakon….kalau betul x puashati apasal awal2 x mau bantah atau komplen yg awak tu x suka diperlakukan sedemikian. Sure iqram akan minta maaf and farid akan minta ubah cara lain….malu ? X mau cerita atau bersuara sebab takut orang akan ckp awak x profesional ?? Please laaaa….kalau nak berlakon, buat cara berlakon and take it with high dignity on your own profesional way. Jgn babit en suami coz lakonan bukan bidang dia….sesiapa tgk pun sure rasa lain. Dia x fhm dunia lakonan…bila en suami bersuara tanpa berfikir secara positif/logik maka akan keluar ayat2 yg x sepatutnya. Renung2kanlah pn ayu raudhah…..

    0

    0
  38. karima says:

    ayu oh ayu..filem ni selepas berape tahun abis penggambarannye baru ko nak kate “trauma” la “iqram x perlu buat mcm ni la”.adoiiiii…saje nak mntak org beli tiket citer ni la tu..puiiiii

    0

    0
  39. Biskut says:

    kalau btul trauma, ko takkan pegi pun pratonton hr tu. kenapa br hari ni nk trauma? sejurus lpas shooting babak tu tak trauma. lepas pra tonton br ade istilah trauma.

    0

    0
  40. kucing says:

    aku tengok orang lain berlakon kene belasah ok je.tak de la sampai trauma cm ko.
    maya karin vs AA (ombak rindu)
    nora danish vs farid kamil (bencinta)
    lisa surihani vs que (LBS)
    dan ramai lagi..
    dah nama pon pelakon kene la berlakon..kalo scene gaduh nak main tepuk tampar baik tak yah.

    0

    0
    • ntahapapa says:

      ada lagi cing….. scha al yahya kena belasah dgn aaron ajiz dlm citer racing2 kete anak pak usup selam tu (sorry aku tak ingat sgt title movie melayu ni) tu lg tk bleh blah…tp tkdek plak aku dgr scha smpai TRAUMA…!! kemon la kemon la…wayangggg jerk lebey nehhhh :))

      0

      0
  41. themightydingdong says:

    voice marketing … whatever~

    0

    0
  42. Anonymous says:

    ni semua poyo…propa je…nk bagi promote

    0

    0
  43. ntahapapa says:

    DRAMA QUEEN VS DRAMA KING KONG KEPALA HOTAKKAW….Y BOTHER??.Y BOTHER???

    0

    0
  44. Anonymous says:

    ini semua poyo….propa je!!nk bg promote

    0

    0
  45. Mr. Right says:

    Ale uttooo trauma…si laki tu skrang ckp pndai…men bola kt pdang hancoq… esok2 lps dah besara awai bini juga yg nk cari job…sara ank laki…

    0

    0
  46. Xyz says:

    Nama dia Raudhah la bukan rodoh. Tau tak apa maksud Raudhah? Pegi google kalau cetek ilmu..

    0

    0
  47. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Elehhh…si iqram tu xde plak trauma mase kna liwat kat london aritu…

    0

    0
  48. hamba allah says:

    ape la..dulu sblm kawin..ms br jd retis kemain lg..sume bleh buat bang..sy idamkan watak yg mencabar…ni br sket dh kecoh 1 alam..pekehal???? wahai pn ayu oii..klu dh x sanggup nk amik watak mencabar..lain kali ckp kat director nk watak tambahan je..yg lalu2 kat blakang tu..artis Hollywood tu siap kene terjun bangunan,menyelam segala bgi..xde pun nk merungut..ko setakat mcm tu dh bising2..sudah la wei..hentikanla nk raih glamer murah ni…

    0

    0
  49. KAYU RODOK says:

    laa…yg hang bw anak tgk LBS3 tu pasapa?? dh nama pon filem, kenela nampak real.. ayu dh biase blakon drama bajet murah sbb tu jakun skit. dan2 trauma. kesian. kembalilah dikau ke drama. jauhi filem2 kerana filem bukan kelas ko. wakakaka

    0

    0
  50. mell says:

    Ayu, pls be profesional, klu bgini la perangai artis aktress malaysia.. boring la.. baik tgok wyg hindustan!

    0

    0
  51. city biru says:

    Semua pengarah kat Malaysia patut BANNED je si Kak Rodah ni

    0

    0
  52. Bang Mat Misai says:

    Agaknya nya Rodah suka babak yang romantis…pegang pegang…cium cium…meh sini Abang Mat Misai berlakon ngan Rodah…meh..meh…! *sengeh gatal..sambil mengurut misai*

    0

    0
  53. […] Kepala Ditunjal, Ditolak Ke Lantai & Ditendang, Ayu Raudhah Trauma Ketika Lakonkan Babak Bersama… […]

    0

    0
  54. mak c kina says:

    sblm sign kontrek mesti dah tau jln cite..dah bce skrip..klu ok bru sign kontrek..ko dh dpt skrip ko xtny laki ko dlu ke?..lg 1 pengarah pun xbodoh la nk srh iqram tu pukul btl2..mesti la dia pandai amik angle yg nmpk mcm real..so ko dgn iqram kne la pandai..kne la kreatif mcm ne nk nmpk real..hadoi…nape la de retis yg bodoh mcm ni..klu sume cite nk nmpk real,bis tu klu ada scene bunuh/rogol nk bua btl2 ke?…sengal!!

    0

    0
  55. jenni says:

    Sakit badan rodah cepat sembuh….
    sakit hati rita rudaini kena aniaya….sampai cerai..bawak ke mati…

    0

    0
  56. Boikot Pelakon Hanjen says:

    STUPID STUPID STUPID STUPID professional actress lain takkan buat statement bangang mcm ni…Alahai family si adil / zaquan ni…Nampak sangat kebangangannyer…potong jari…pelakon handalan lain geleng dan gelak gelak sambil menjuih kat si rodah ni…oh ya..samalah dengan kakaknya che tahpape tu…berlakon ke laut…pasangan adik beradik Malaysia yang BOOOOOOOO…Tahniah RR terkeluar dari keluarga BOOOOO ni…

    0

    0
  57. mimie says:

    ha’ah!! dalam django unchained, tangan leonardo dicaprio siap luka betul lagi masa tumbuk meja kena gelas. still terus blakon jugak babak tu. tak kecoh, malah orang respek gile! berenti ajelah blakonnya kalau tak tahan sangat……………

    0

    0
  58. mimie says:

    tengok lisa surihani kena pukul dgn que haidar dalam LBS1. takde dia meroyan pun

    0

    0
  59. lulu says:

    Dorang attention seeker sebenornya. Rodah ni bknnya laku dh pn…dh xde pengarah / penerbit yg minat nk amik dia berlakon skrg. So amik kesempatan promote diri sendiri ler tew… Lg satu dia ni x sekolah ker…istilah trauma tu tau ke idok? Klau trauma nk tgk muka iqram pn dh takut lg lah nk pg tgk cite tu. Bengong & bongok la laki bini ni…menyampah! :-P

    0

    0
  60. Wawa sengal says:

    Besara je la kak ayu……..suami xnak tggung dosa la tu…….berlakon kan mcm2 watak…so terima je la ngn hati yg redha…sy rasa benda tu belakon xde masalah……xyah nak propa sgt…………..

    0

    0
  61. Joyce says:

    KENAPA BARU SEKARANG AYU?!!!! MENGADA-NGADA NYA.

    0

    0
  62. ruxn says:

    ala memule accept jek offer sebab da x laku kan.x kirela bace skrip kene tendang ke ape ke.pastu trauma konon..nk tayang kat masarakat letuh kengkonon somi sayang.yela dulu kan ade gosip laki ade skendel.ni nak cover balik letuh?
    apepon promotion ko wat aku xkan tengokla cite gini.nak g pangong lagi haramla kan.
    x kosser aa nak tengok muke ko yang bajet ayu suci lemah lembut tu..puiii
    salute iqram..

    0

    0
  63. rururirirororara says:

    masa filem nak ditayang, masa ni la keluar berita kau trauma la, laki kau trauma la, tak kasi berlakon la, apa la..si jantan gay mintak maaf la..please la oiii!! taktik zaman tok ayah ko ni tak menjadi zaman sekarang..huh!

    0

    0
  64. gangnam says:

    ayu rodah ni x payah la berlakon.duduk rumah jaga suami & anak.gaji suami awak tu kan dah cukup.Lagipun awak tu da bertudung skrg.tak elok campur berlakon bersentuh dengan bukan muhrim.Rezeki berlakon tu awak bg anak makan…halal ke.

    0

    0
  65. jd says:

    Peliknya, kenapa skrg baru nak timbulkan isu? Kenapa tak tego iqram tu minta wat slow2 sikit time tgh shooting tu? Dah nak tayang baru trauma. Lambatnye trauma dia sampai. Hihihi

    0

    0
  66. angry bird says:

    lisa surihani kena pukul gan que haidar dalam lagenda budak setan 1st rilex je doranggg..Citer ni memang kene ade babak pukul2 ea…

    alaaa…saje je nak lariskan pilem beliau..

    0

    0
  67. Sherry says:

    Kecoh lar…. Nora Danish yg kecik molek kena belasah ngan Farid Kamil dlm Bencinta pon biasa jer…. Manja bebeno!!

    0

    0
  68. Mummy of five says:

    Anak kecik lagi dah bagi tengok cerita macam tu? Skrip 18sx, adegan tak senonoh. Anak I umur 5 tahun baru tengok tv. Tu pun I bagi tgok kartun je.

    0

    0