Written by AbangNara | November 10th, 2014

Kenyataan Wardina mengenai pengaruh filem gangster tempatan terhadap kes buli yang menjadi-jadi di Malaysia sejak kebelakangan ini ternyata menimbulkan rasa kurang penggiat filem tempatan. Abang Nara juga sebenarnya bersetuju dengan pendapat Wardina. Sememangnya sedikit sebanyak filem-filem gangster ada memberi impak kepada remaja-remaja kita. Abang Nara yang dah dewasa ini boleh terpengaruh dengan stail percakapan dalam filem gangster, sudah tentu kesannya lebih hebat kepada remaja-remaja ktita.

datuk yusof haslam

Namun tidak semua kesalahan harus diletakkan kepada filem gangster dalam hal ini. Dengan akses Internet yang semakin meluas, video-video ganas yang lebih melampau daripada filem gangster dapat ditonton dengan mudah. Amboi terasa macam buat karangan SPM pulak. Apa pun, Datuk Yusof Haslam melahirkan rasa kurang setujunya dengan kenyataan Wardina. Kata beliau:-

Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja. Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?

Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya? Kenyataan dia ternyata telah mengguris kebanyakan penggiat filem negara ini. Kalau orang negara luar tahu tentang isu yang timbul ini, mereka akan gelak, buat malu orang Malaysia saja.

Ini kerana secara logiknya, filem-filem ganas tidak ada nilai untuk ditiru aksinya berbanding video-video di internet, di mana kanak-kanak pun boleh buka dan menontonnya jika tiada kawalan daripada ibu bapa

wardina

Apa pendapat anda? Adakah anda sekata dengan Wardina dalam isu ini atau bersetuju dengan pendapat Datuk Yusof Haslam? Adakah punca didikan ibu bapa yang tidak betul membawa kepada kerosakan perangai anak-anak kita sekarang? Adakah filem gangster/video di Internet ini hanya sekadar faktor luaran? Sila berikan pendapat anda di ruangan komen untuk sama-sama kita bincangkan hal ini. Sumber Mstar Online.

P.S: China cuba membina kota Paris akan tetapi…

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

76 responses to Kenyataan Wardina Ikut Emosi Tanpa Berfikir Matang – Datuk Yusof Haslam

  1. Mei says:

    Setuju dgn wardina.. Mak ayah mungkin perlu kawal anak2.. Tapi x salah kalau pengarah2 kite memulakan dlu tindakan utk mngurangkan gilem aksi2 ganas.. ????

    0

    0
    • lily says:

      saya rasa kenyataan datuk lebih berunsur emosi (aka sentap)… xde yg salah..wardina dah ckp..filem bukan penyebab tapi faktor.. xdpt dinafikan.. mmg wujud faktor pengaruh filem dlm gangsterism skrg ni..

      “ini tmpt wa”, “lu langsi lu mati”..bukan citer anak datuk je.. cite ahmad idham pun ada jugak..cth terbaik, cite rempit.. mana x nya,dlm filem melayu, gangster pun boleh ada yg baik dan yg jahat.. pada aku, kalo dah nama gangster, xde maknenyer nk bg kategori baik jahat..sume jahat je..

      sblm ni org sll tgk citer korea je.. pastu sume nk bf handsome, romantik, kaya.. pastu, ada citer Nur Kasih pulak, ramai pmpn terimpi2kan suami soleh, alim.. ko nmpk x impak filem/ drama kat situ?

      0

      0
      • Anonymous says:

        datuk usop, xyah la sentap.. lantak la wardina nak ckp ape, klu datuk suka sgt cite gangster tu buat je laa.. datuk pentingkan duit, org lain pentingkan akhlak dan akidah. lain org lain caranye..

        0

        0
        • karipap sardin says:

          datuk…cara dorang buli memang sebijik macam filem gangster melayu.
          nak kata bebudak tu tiru filem omputih memang tak kot….bebudak samseng tu mana layan citer omputih. ntah pandai ke tidak bahasa omputih. Last2 tengok filem melayu….terpengaruh dengan aksi dalam tu.

          0

          0
        • noks says:

          Biasala tahap pemikiran dato’2 kat malaysia ni, otak udang. Kahkah

          0

          0
        • cookies says:

          disebabkan filem KL gangster, adnan sempit …..adik aku dah pandai cakap “wa….lu”. Serious perosak bahasa. Lepas tu pulak ader ker film rempit gangster tu wakil filem Malaysia ke festival film antarabangsa ?? tak ada kan…sebab kalau Malaysia hantar filem macam tu…mesti dapat malu sebab filem macam tu filem sampah. Last2…filem KIL jugak dorang hantar wakil Malaysia sebab tu je film yang relevent di mata juri internasional.

          0

          0
        • ........ says:

          sokong wardina…

          0

          0
      • Anonymous says:

        akhirat nantisekiranya anak2 jadi anak soleh atau sebaliknya yang akan ditanya dan dipertanggungjawabkan adalah ibu bapa.. bukan pengarah filem..

        0

        0
    • aini says:

      wardina xde la nk salahkan 100%.. bukan ke die dh ckp.. ianya cume menjadi salah satu sebab/punca… Dato’ pn kne la bace statement wardina bebetul… tapi mmg secare logik pn, salah satu sbb berpunca dr ikut-ikutan dari filem2…

      0

      0
    • not wardina fans says:

      aku ni bukanlah peminat wardina… pon bukan wardina haters.. tp apa yg wardina tulis tu ada betulnya… sentap plk Dato Yusof ye… sape yg tak matang skang?

      0

      0
    • bunga says:

      saya dengan ini menyarankan — artis Malaysia jugak menutup aurat. sebab budak-budak lepak pavi yang seksi keluar dengan pakwe peluk-peluk tu jugak mungkin FAKTOR nya adalah filem dan drama yang dah teruk sangat dah sekarang ni. FINAS — mohon buat kerja lebih sikit

      0

      0
  2. adik says:

    Yusof Haslam terasa sebenarnya …yg diaorang mala jak buat filem gangster…kah kah……

    0

    0
  3. jemah says:

    Orang melayu ni xleh kena tegur sikit. Tegur je terus nk cakap konon omputih gelakkan kite. Please ar, dorang pun banyak je mengutuk filem negara dorang

    0

    0
  4. Stuju ngn Wrdina says:

    Mmg btul kes2 jnayah ni dr dlu dh byk dn brleluasa.
    Tp kita sbg org tua dn terlbih mkn garam,x yah lh
    dok tmbah kn lg.mcm mngalakkn lg adalh.mmg btul
    as a prents,kne pntau ank2..tp klu dh wat flem..
    pas tu promote bgai..pe kes nk kwal ank2 tu.
    Oh en..Yusuf,sy x salah kn awk sbb awk bpak pd
    drector tu.tp awk pn prlu nsihat kn ank awk,jgn pkir
    nk kaut untung je.

    0

    0
    • dlu budak pailang says:

      aku mase mude2 dlu pn, mak bapak xbg pegi tgk wayang… tp senyap2 pegi jugak.. so conclusion nye, mak bapak xsalah.. dh bg didikan sewajarnye.. tp anak2 yg byk sgt pengaruh kt luar…

      0

      0
  5. […] Namun tidak semua kesalahan harus diletakkan kepada filem gangster dalam hal ini. Dengan akses Internet yang semakin meluas, video-video ganas yang lebih melampau daripada …read more […]

    0

    0
  6. nana says:

    setuju…sedikit sebanyak ada pengarunhnya..janganler nak nafikan…i’ve come accross a student want to be a gangster…its reality..cool kan kononnya..

    0

    0
  7. unanimous says:

    mmg perbuatan buli dah lama wujud uncle usop..tapi tengoklah style bebudak tu membuli…memang sebijik imitate filem gangster

    0

    0
  8. Melati says:

    Itu lah Dato…lain kali kalo nk buat pilem ambil lah Wardina berlakun…Wardina meroyan sebab dia kawin gan Arkitek, konon kaya lah Arkitek tapi hampeh…sian Wardina..

    0

    0
    • Anonymous says:

      kan melati kan… lain la bofren sodomi melati, kaya raya.. sbb tu melati pondan terpikat. hurmm..

      0

      0
      • Melati says:

        Melati tulen tk pernah tulis omputih dlm blog ni kecuali urusan rasmi..saya tahu ader org nyamar namer saya..aper pun yg selalu komen tk bagi tahu namer ni jenis manusia yg suka berzina gan saudara kandung sendiri , sebab tu dia malu kat masyarakat nk sebut namer…

        0

        0
        • Anonymous says:

          fuiyoooo ramainya nyamar jd melati.. hurmm glemer melati ye.. sape yg x tulis nama tu eh? sib baik nama i anon.. melati ni x rock la asik tuduh org berzina la, lembu la, panda la… mak ayah melati adik beradik ke? oppsss..

          0

          0
        • melatisial says:

          dah la melati sial.mulut ko mmg sial. yg menyamar pun sial, yg tak menyamar pun sial. ramai je org benci ko la setan. arkitek hampeh konon, bapak ko lagi hampeh.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Tak der aper yg peliknya ramai yg benci kau melati pondan.haters kau berlambak pat blog ni.Sekarang tak der modal lain panggil anonymous penzina.si anonymous tu bukan sorang ramai yg benci anti kau.aper omputih cakap u get what u give.tu-lah mulut cam haram jadah tak der ilmu nak kutuk org.comments kasi semua comments ala pondan.mengutuk menghina mengfitnah dah jadi darah daging kau, jawablah nanti pat akhirat.lidah & jari jahanam kau jadi saksi melati pondan.kesian melati pondan tak der saper support kau pat blog ni.melati pondan memang besar punyer sial

          0

          0
  9. nina karina says:

    dah mmg betul la ape Wardina tu suarakan..

    kalau tak boleh terima,diam je la..ni bersuara nampak sgt terase lettew..

    yg video budak berlagak jd Lan Todak tu bukan pengaruh drama ke Datuk..

    lagi satu pendapat ikhlas dr salah seorang rakyat Msia,tolong la hasilkan filem yg berkualiti yg mampu menyampaikan contoh yg baik utk lapisan2 muda ni.

    cerita samseng,rempit,dendam x berkesudahan..???tak ada niat nak kondem tp bila ditegur cuba la tgk teguran tu dr segi positif ya Datuk,

    peace

    0

    0
  10. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm says:

    Aku tak rasa statement Wardina tu salah. Dia dah bg hasil kajian and dia banyak kali tekankan pasal “faktor” bukan “sebab”.

    Datuk YH ni sentaaaapppp je tahu!!!

    0

    0
  11. Limah Limahan says:

    Setuju dengan Wardina.

    0

    0
  12. anon says:

    Minah gedik ni sengaja cari publisiti je sb nama dah agak lama tak timbul. Dia menagda2 nak tunjuk pandai, dlm segala segilah. Hal agama pun nak menyibuk nak tegur ustaz. Konon2nya dia tu pandai sngt lah,, menyampah betol. Duduk je lah diam2 jaga anak dgn laki…..kan kata dah berhijrah, so gih dalami bab2 agama, tok sah meroyan situ sini. lts none of yr business wordina..

    0

    0
  13. AZWA says:

    assalamualaikum semua
    saya mahu mencelah
    saya harap Dato’ Yusuf Haslam baca komen saya…hehehe tidak mungkin lah kan

    saya rasa Dato’ yang emosi
    sebab saya juga sependapat dengan Wardina
    Mungkin sebab anak Dato semua telah membesar dengan berjaya
    Tapi bagi kami yang sedang membesarkan anak
    dan turut mahu melihat anak-anak kami berjaya

    amat bimbang sekali dengan drama dan filem di Malaysia
    DRAMA DAN FILEM BUKAN PENYEBAB TETAPI SALAH SATU FAKTOR
    drama dan filem malayisa yang sering memberi gambaran gaya hidup masyarakat yang negatif
    mungkin kenyataan tetapi berilah gambaran yang positif
    sebagai contoh anak-anak yang telah berjaya sering mengabaikan ibu bapa
    walaupun saya paham maksud tersirat supaya anak anak tidak berbuat sedemikian rupa

    TETAPI ANDA HARUS PAHAM
    KANAK-KANAK AKAN BUAT APA YANG MEREKA LIHAT
    MEREKA TIDAK PAHAM MAKSUD TERSIRAT

    KANAK-KANAK LIHAT DALAM FILEM DAN DRAMA MALAYSIA
    MENJADI SEORANG YANG KUAT GANAS ADALAH HEBAT
    JADI MEREKA JUGA MAHU JADI SEPERTI ITU

    0

    0
  14. Anonymous says:

    wardina ni bkn btl sgt pun .. bila dah belaku baru nak kecoh , melatah … abis semua ayat keluar tu salah , ni salah .. dah selalu sgt mcm tu ..

    0

    0
  15. ... says:

    dato , matang dari presepsi dato antara usia sahaja.. dari pemikiran dan wang u are looserrrrrr!

    0

    0
  16. Nur Hidayah says:

    Pada pendapat saya, ada benar kata-kata Wardina itu..sebagai orang yang mementingkan akhlak, yang mementingkan kehidupan yang terbaik menganggap filem2 sebegitu sedikit sebanyak mempengaruhi remaja sekarang tak dinafikan juga kebanjiran video2 dari you tube adalah salah satu punca juga..apa salahnya mengambil teguran wardina itu dari segi positif, mungkin sebagai pengiat filem, harus berikan lebih banyak filem yang boleh membentuk remaja kita kearah yang lebih baik, unsur2 yang baik..olah cerita kepada cerita yang memberikan impak positif, kerana saya percaya jika diberikan impak positif, kita akan mendapat impak positif..insyaAllah..

    0

    0
  17. Biskut says:

    Hari tu wardina dah kate,filem merupakan salah satu factor. tak dpt dinafikan mmg btul pun apa yg d kata wardina. cth nya..skrg ni ramai anak2 muda yg terikut2 dgn skrip dlm filem2 ni sperti lu langsi lu mati. lpas tu ber wa wa…lu lu…tu dr filem mana? mak bapak kena amik peranan juga d sini. tapis apa yg d tonton anak2 dan mengingatkan anak2 jgn terikut2 dgn apa yg d lihat d kaca tv atau internet. datuk Yusuf mmg tak setuju dgn statement wardina sbb filem2 ni periuk nasi dia…..

    0

    0
  18. jemah says:

    Aku rase yusof haslam ni sebenarnye nak back up anak die kot. Dulu kan samsul tu pernah sentap and merajuk xnak mengarah lagi sejak kl gangster tu ade orang release awal. So die taknak la bile ade kenyataan camni (cth wardina punye statement) buatkan anak die da taknak masuk industri ni lagi. Aku rase la

    0

    0
  19. syaer says:

    sebenarnya saya setuju dengan kenyataan wardina. and lately ni memang banyak filem gangster. apakah motifnya sampai macam nak agungkan gangster ni sebagai salah satu gaya hidup. memang ada internet untuk remaja akses tapi setiap kali pergi wayang mesti ada pasal mat rempit la, ganagster la. kalau ye pun nak kaut untung.

    0

    0
  20. Anony says:

    alah haselam pikir la luar kotak sikit byk lg cerita yg bepaedah, ni mentang2 cerita2 gengster ni selalu pecah panggung kan main lgi ko sokong kan. coba nanti ada pengarah filem lain buat genre cerita lain mcm filem bintang bulan, alam semula jadi, cerita katak dan kodoknya pastu meletop sure2 haselam tak terbit filem gengster dah kan kan kan.

    0

    0
  21. cik teratai says:

    ni namanya ‘org tua’ yg tak boleh ditegur..
    okbai

    0

    0
  22. Melati says:

    saya bukan lah sokong sgt Dato Yusof ni , tapi kes buli pelajar junior ni dah lama berlaku dari tahun 70an lagi…so Motif takder kena mengena gan Filem..sebab tu saya kater Wardina meroyan..

    0

    0
  23. rainbow says:

    kalau penggiat filem ni boleh rasa filem2 tu mampu memberi pengajaran hanya dengan tgk filem tu, tak mustahil la budak2 yang tengok akan ambil keburukkan dari filem2 tu jugak..jadi penggiat filem, fikir sendiri la nak letak pengajaran 15 minit terakhir lepas tu marah orang ikut keburukkan yg tayang selama sejam lebih, @ nk tunjuk nilai2 murni sepanjang cerita..

    0

    0
  24. Anie says:

    beza sangat film korea dengan filem melayu. Saya pernah tinggal di Korea pada tahun 2012 – 2013….pada masa tu semua pawagam banyak tayang filem korea…filem barat pun ada tapi tak laku. Saya terpikir kenapa orang korea ni asyik tengok filem korea jer…apa yang best sangat. Saya try lah tengok wayang kat sana…memang terkejut…time tu tak ada satu pun filem sampah, semua filem yg ditayang time tu ada jalan cerita yang menarik…ada unsur positif. Nak compare dengan film melayu jauh sangat…sedih tengok. Datuk ada duit banyak2…buat lah film yang ada unsur mendidik or positif.

    0

    0
    • mak jemah says:

      produser melayu ni malas buat research…pendapat penonton produser melayu tak nak dengar, tahu nak buat film syok sendiri aja. Beza dengan kat Korea….produser film buat film ikut selera penonton. Kalau tak kena boikot. Kat sana kuasa di tangan penonton. Sebab tu korean film jauh ke depan dari kita….international awards pun banyak menang. Filem kita asyik buat cerita hantu bodoh, rempit kampung, gangster yang tak kesudahan tunjuk aku terrer. Teruk sangat…macam mana lah bebudak tu tak terpengaruh.

      0

      0
    • Kamarul says:

      rare sangat film korea masuk sini. Last sekali aku tengok film korea The Tower…serious best giler.

      0

      0
    • setuju denga Anie says:

      Saya pun suka tgk filem korea contoh: Mirancle in cell 7. sgt memberi impak. bole try tgk. tak pernak tengok citer melayu kt wayang kecuali Istanbul aku dating and filem yang berbaloi tgk. ni tak filem melayu mmg hmm…

      0

      0
  25. Mat K says:

    Datuk,

    u sentap ke?

    0

    0
  26. aku xsokong maner2…tp aku rase zaman buli ni dh lame dh kot…filem gangster ke pe kejadah ke lum wujud lg…wardina ni mmg gitu…dulu bg statement psl ustaz don…klu gitu, masu die zaman jahiliyah dulu, ramai lh anak dara berpesyen seksi mcm die dulu kan…xgitu…

    0

    0
  27. Atenza Metallic says:

    Baiklah. Kalau pendapat Wardina filem2 gangster ni mempengaruhi remaja untuk bertindak ganas adalah tak betul…Jadi nak kata filem2 gangster ni bagi pengaruh positif? Bagi didikan/ajaran agama? Bagi pengajaran nilai2 murni bila bercakap kasar menengking2?

    Yang buat filem pun tak berapa betul! Tak payahlah nak terasa hati sangat. Bimbang pungutan tiket tak laku ke?

    0

    0
  28. cikgu comel says:

    Sy tetap setuju dgn wardina. Teringat masa sy practicum kat sebuah sekolah menengah kt K.Kinabalu. Msa sesi ice breaking dgn students almost 50% yg kenalkan diri dgn cakap mcm ni,”Nama aku Mael Lambung” (masa tu mael lambung tgh femes). Just imagine Sabah ada dialek bahasa sendiri tpi kalo da terpengaruh dgn filem2 gangster ckp sesama sendiri pn wa lu wa lu…istilah2 yg gangster sebut dlm filem pn dia ikut. kalo bgaduh kt sekolah jgn citer la. T_T

    0

    0
  29. Zaralove says:

    Langsung x minat nak lyn cita2x datuk ni.. Tp kl blk kg terkejut tgk ank2x buah dok layan cita camgini pastu mula la praktik tendang menendang, dan wa wa lu lu .. Mmg kuat pengaruh cita mcm ni diklngn budak sek rendah dan men, yg x berapa nak ada otak berfikir baik buruk lg..

    0

    0
  30. mira says:

    Biaq pi lahh omputih nak gelakkan kita ka apa. Sebab diorang bukan islam, yang sepatutnya malu adalah orang kita sendiri hat buat filem tah apa2 tuhh. Malu oii malaysia nihh ramai orang islam tapi buat filem hat lagu nihh. !

    0

    0
  31. rozita says:

    wardina ni dulu beria2 dah cakap tak nak mengkritik ape2 lagi lepas kes dengan ustaz don.tapi ni lantang lagi bersuara…

    0

    0
  32. Anonymous says:

    Buangkn sikap ego APA juga tegoran terima aje dgn hati yg terbuka jgn pandang pd orgnya tapi fikirkn Cara mana nk diTerjemahkn.

    0

    0
  33. samdol says:

    dato haslam ni la dulu conducter bus kan? patutlah cakap pun tak guna otak!!!!

    0

    0
  34. Pantat Wardina says:

    weyy Wardina tak yah tunjuk pandai kat semua bidang lar, itu ari nak kutuk ustaz Don kau la2 malu sendiri samapi berambus ke Australia, lpas tu kritik kerajaan Msia. kritik ajaran ustaz, pompuan hina lagi liberal sesat ke kau nie? tak yah nk cover kesesatan dan kebodohan kau dgn isu baru pulak lar, Kalau taik lama masih busuk bernajis, tak yah nak tunjuk bagus. Kepala hotak kau tue dah berhubung lama sangat, Baik kau mengangkangmemantat ngn laki kau je lar lagi baek

    0

    0
  35. Lia Arif says:

    baru tgk tanyalah ustaz sabtu lps..tajuk ‘Kompas Iman’…dlm rancangan tu ustaz ada kata jugak mcm apa yg wardina kata…so Datuk Yusof Haslam…nampaknyer..ustaz tu pun beri pendpt yg beremosi dan tak matang la kirenyer ekk….hish..hish..hish..sila layari http://www.tonton.com.my and cari lah rancangan yg sya katakan di atas as a approve and reference..TQ.

    0

    0
  36. tulipmerah says:

    rase2 nye gejala buli membuli ni dh lame berlaku sblm keluarnye filem2 gangster ni…wardina mmg dh terkenal dgn komen2 nye yg mcm pandai sgt tu…

    0

    0
  37. manis says:

    Kalau teguran tu bertujuan positif apa salahnye datuk. Betul cakap Wardina, Memang filem tu berakhir dengan pengajaran yang baik, tapi budak2 bukan tengok sgt yg akhir. Yg diaorg syok tengok yg gaduh2 je.

    0

    0
  38. Mutu Samy says:

    Aku setuju dengan pendapat Wardina. Betul lah dia kata salah satu faktor kenapa budak zaman sekarang suka bertomoi tomoi sebab kesan dari apa yang dorang nampak dan dengar. Mmg lah dari dulu dah ada kes macam gini Yusoooof oi. Tapi sekarang lagi teruk bro. Sampai aku pernah dengar budak budak sebut ‘wa sengat lu’ dengan kengkawan dorang. Dari mana datang line tu? Cerita kasim selamat ke? Skop, MIG ni semua production stok nak buat duit. kuantiti filem belambak, kualiti tarak bro. Kau nak cakap orang luar nak gelak dengan Wardina? Meh sini orang Malaysia gelakkan statement kau dulu mehhhhhhhhh

    0

    0
  39. jujur says:

    aku orang tawau..sebelum citer2 rempit ni xde sorg pn bdk2 kt tawau ni bwk moto..moto ni bese pacik2 tua yg bwk..tu pn kt felda n kampung2..lpas je cter rempit, gangster ni ade kt panggung wayang, ramai pulak aq tengok budak2 nakal bwk motor tnjuk gangster kt jln raya..adakah itu kbetulan??

    0

    0
  40. wardinagangster says:

    Amende la Wardina ni…bully, ragging dah lama sejak zaman aku sekolah asrama…asam garam, sekolah asrama…..standard la…

    wrestling WWF lagi ganas…cerita bruce lee, jackie chan, jet li yang pukul pukul orang lagi dah lama before cerita KL gangster..

    CUMA ZAMAN DULU TAK DE VIDEO NAK RAKAM..

    0

    0
  41. Jiji says:

    Jgn sebb nakjadi jutawan…butakan mata pekakkan telinga dato…plizzz la…banned je cite gini.budak budak yg x matang cepat je ikut retis ni…

    0

    0
  42. mawar says:

    Budak-budak jadi setan ni sebenarnya berpunca dari ibu bapa pandai buat anak tapi tak pandai didik. Zaman dulu anak ramai tapi mak suri rumah, boleh tengok anak. Sekarang ibu sibuk bekerja anak terabai. Kalau ibu bekerja had la anak sorang dua je. Biar kualiti dari kuantiti. Saya tinggal di Denmark rata2 pasangan ada sorang anak je. Paling banyak 3 anak. Kadar jenayah sini sangat kurang. Keluar rumah tak risau peragut atau perogol.

    0

    0
  43. mirna says:

    Sy pun setuju seribu % n wardina…mmg sy xsuka filem2 klurga dato haslam Nie…untung berjuta n mpengaruhi Minda remaja masa kini dgn menonjolkan kerosakkan moral Dan aklak remaja…kenapa perlu dibandingkan dgn filem luar negara?kenapa takut digelakkan oleh pengarah liar negara?? Depa Sana tu bangsa APA?agama APA? Xtakut plok dato pada kuasa n musibah DRI Allah desk kerana citer2 dato yg kurang bermoral Tue? Anak2 dato pun sama…

    0

    0
  44. Tzack says:

    terimalah teguran dari sudut yang positif
    mng tidak 100% ..tetapi antara beberapa faktor saja
    sebagai orng yg lebih tua, matang..kena terima secara matang
    org kata besar bukan dikatakan sebagai bapa
    kecil bukan dikatakan sebagai anak
    setiap orang ada ilmu masing-masing

    0

    0
  45. Anonymous says:

    boikot filem gangster melayu please

    0

    0
  46. Anonymous says:

    Apa yand wardina cakap tu memang ada point. Dato’ Yusuf Haslam yang emosi lebih.

    0

    0
  47. AAL says:

    Saya bukan peminat kedua duanya. baik wardina mahupun datuk yusof. tapi bagi saya, kat sini sapa yang lebih kurang matangnya? sapa yang teremosi lebih? sapa yang tersentap lebih? kenyataan wardina diulang2 berkali2 filem gangster bukan 100% menyumbang kepada perbuatan gangsterism di kalangan remaja. tetapi jgn dinafikan ia tetap menjadi faktor penyumbang.

    filem/media memang memainkan peranan. jangan nak nafikan la datuk. bebudak skrg da pandai cakap wa lu gua langsi lu mati sume angkara filem gangster kat mesia ni. ade ke mak bapak cakap wa lu langsi lu mati kat anak2? datuk ade cakap camtu dengan shamsul mase diorg kecik2? takde kan?

    haha. sentap terlebih. nak duit cakap je laaaa. buat filem yang takde gangster2 pun bleh dapat duit jgk, JANJI filem tu BAGUS. BERKUALITI. TAK MEREPEK MERAPU.

    Adios amigos chioww

    0

    0
  48. izzati says:

    saya sokong kenyataan wardina..bila anak2 “disajikan” dengan adegan ganas ,mereka akan anggap benda macam tu sebagai normal …bukan semua teladan yang ingin disampaikan dapat diterjemah oleh minda anak-anak sekarang..tapi setiap adegan mampu menjadi ikutan mereka..sedikit sebanyak adegan sebegitu akan menjadi ikutan walau hanya 0.05% untuk ianya berlaku.WARDINA BERCAKAP BERLANDASKAN SITUASI SEMASA DAN AKAL YANG WARAS..

    0

    0
  49. mommy says:

    I am not a big fan of Wardina, but she is right this time.

    0

    0
  50. Paris says:

    Aku dari kecik layan citer Young and Dangerous tak pon rase nak tiru aksi dlm citer tu yg jauh lebih ganas dr film gangster tempatan. Aku tak setuju dgn wardina bagi aku ilmu akhlak dan ilmu mempertahan kan diri perlu dipersiapkan kpd anak-anak.

    0

    0
  51. Anonymous says:

    Pada dasarnya, remaja mudah terpengaruh dari filem-filem aksi, yes betul filem tersebut bukanlah untuk ditiru aksinya malahan melalui situlah yg menyebabkan remaja-remaja kini mudah mengikutnya. Betul ckp wardina tu takyah la pihak lain nak sentap sngt. :)

    0

    0
  52. durian berduri says:

    weii anak sedara aku duk layan cerita gangster tu selalu pastu dia pun selalu ajuk skrip dalam movie tu. aku rasa nak sekeh je pala mak dia sebab bagi dia tgk movie camni. dia baru 5 tahun kot!!

    0

    0
  53. adakala bangang says:

    mcm nak tergelak baca statement si yusof haslam ni….org bukak internet plak punca nya…haha bukak tenet sebab tgk filem gengster ko la…phui

    0

    0
  54. Geng star says:

    kalau macam tu, buat la film geng star jadi baik.. Geng suka pi sekolah, baca buku, geng star suka tolong orang, tidak isap rokok. Geng star pakI sarban, taruh janggut.. Geng star selalu tolong orang susah, hormat ibu bapa. Geng star rajin buat kerja. Tidak pilih pekerjaan, mengalahi bangla. Geng star tidak main politik. Gang star berakhlak mulia.

    Apa susah

    0

    0