Written by AbangNara | May 29th, 2015

Baru-baru ini, Akim telah mengeluarkan kenyataan tentang Stacy yang sudah hampir memeluk agama Islam. Sudah tentu ini satu perkara yang menggembirakan bukan sahaja untuk Akim, tetapi untuk para peminat yang sudah tidak sabar untuk melihat mereka disatukan sebagai suami isteri. Namun begitu, rupa-rupanya di pihak Stacy, kenyataan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dan terkilan kerana ia adalah satu perkara yang amat sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

akim dan stacy

Menurut Stacy, Akim tidak pernah memberikan kenyataan sebegitu dan ia telah diputarbelitkan oleh media untuk mensensasikan lagi kisah tersebut. Kata Stacy:-

Dia (Akim) tidak cakap begitu sebenarnya mengenai isu agama. Bab agama adalah perkara yang sensitif dan ia bukan saja membabitkan saya, tapi keluarga juga.

Saya tidak gembira dan terkilan apabila kenyataan Akim diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar sehingga menimbulkan kekeliruan yang lebih serius.

Sebab itu ada baiknya jika saya atau Akim tidak jawab apa-apa lagi mengenai hubungan kami. Cukuplah orang sudah tahu kami berkawan dan hal-hal lain biarlah kami simpan dulu.

Apa pun perkembangan hubungan kami selepas ini tidak kiralah soal saya akan memeluk Islam atau berkahwin pun, rasanya kami tidak mahu hebahkan lagi sebab bimbang timbul kekeliruan begini.

Banyak hal yang berlaku sekarang ini disebabkan sikap pengguna media sosial itu sendiri yang melampau dan tidak sensitif. Mereka sengaja membesar-besarkan dan mereka sesuatu isu sehingga mencetuskan pelbagai salah faham.

Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan buat masa ini walaupun sudah terkena teruk dengan kes memeluk Islam ini, tapi kalau perkara begini berulang dan lebih melampau, saya tidak teragak-agak bertindak.

akim stacy

Rasanya semenjak dua ini memang cerita Akim dan Stacy seringkali dipaparkan di media-media. Mungkin ramai yang dah tak sabar nak tengok mereka berkahwin. Namun nampak gayanya Stacy masih belum bersedia lagi. Buat masa ini, hanya doa yang mampu kita titipkan. Semoga ada jodoh antara mereka berdua. Doakan yang terbaik. Good luck Akim and Stacy. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 responses to Kenyataan Akim Tentang Saya Hampir Peluk Islam Telah Diputarbelit – Stacy

  1. joyah says:

    akim nmpk poyo bagi statement, syg sgt giler kat stacy ni, klu x kawin malu dik non oii dah canang satu malaysia, hafiz adira semua nak kawin, tu yg gelabah semacam akim ni, hazama yg ada awek genevie tu relaks jer

    0

    0
    • Jam says:

      Nape ada yg x fhm ni, Akim jwb pertanyaan wrtwn tp slps itu kenyataan dia diputar belit oleh ntah sape2 la tu. Slps ini kedua mereka dh x nak jwb lg. Yg nk slhkn Akim tu dh nape.

      0

      0
      • Lovelyvic says:

        Aku paham…. bab agama ni mmg payah..
        Lagi plak Stacy datang dari family yg kuat agama Kristian dia jugak..
        Kadang2 Akim bagi statement biasa… wartawan buat dia jadi sensasi..
        Kalau betul pun Stacy nak masuk Islam… jangan pukul canang over sangat.
        Ko tau ke mcm mana penerimaan keluarga Stacy? Saudara mara dia?
        Aku tau dia mesti kena hentam teruk…. nak meninggalkan agama asal nenek moyang… bukan senang beb… Lagi plak kalau ada pak2 sedara yang standard “biar mati anak, jangan mati adat/agama”…..

        aku paham sangat. Udah2 ar citer pasal bab agama ni…
        Kalau betul dia kahwin nanti… itu tandanya Stacy dh pun memeluk Islam…

        0

        0
        • si pengacau says:

          Janganlah penyibuk sangat… Bagilah dia masa… Kalau dia nak convert… Dia convertlah… Apa gunanya kalau convert pastu kahwin pastu tidak direstu ibubapa pastu gaduh-gaduh… Hidup tak aman tauuu…

          0

          0
  2. elryna says:

    jantan stuuuupidddd…..jilake

    0

    0
  3. Anonymous says:

    stacy x nmpk mcm hepi dgn hubungannya.. x nmpk utk mndekati islam.. bile isu agama dkeluarkn dia mcm x suka dan tertekan.. agaknya fmily dia x suka kot klu stacy convert.. mmg isu agama sgt sensitif.. tpi klu dh bkwn dgn org islam x kn x ke arah pkwinan.. tgk rmai je yg bkwn dgn islam dan mngatakan mereka sdg mnpelajari agama islam dan mendekati islam.. tpi bkn stacy..

    0

    0
    • Biskut says:

      Isu nk convert bkn semudah yg kau pikir. kau islam mungkin ko rasa sgt mudah mcm mkn ABC sbb d msia ni kalo dh kawen org muslim, pasangan nya harus juga memeluk islam. bg statement ‘sy sdg mempelajari & mendekati islam’ sama la sperti memberitahu kpd umum bhw dia sdg dlm proses ke arah memeluk islam. bak kata stacy, byk hati yg perlu d jaga terutama nya family dia. dlm apa2 perkara pun, family tetap yg plg penting. jujur aku kata, mana2 family takkan suka dan akan menentang habis2 jika ada ahli keluarga mereka yg nk convert.

      0

      0
    • MualaF says:

      Saya tak setuju dengan awak. Maaf ye. Anda bukan ditempat kami. Anda dilahirkan Islam dan anda mungkin tidak pernah tahu betapa susahnya menjadi Islam. Perlukah kita menyatakan kepada umum yg kita sedang mendekati Islam bila yang Islam sejak lahir pun semakin menjauhkan diri dari Islam? Silap mengeluarkan kata2, pasti dikeji dan dimanipulasi. Isu agama mmg sensitif, SANGAT SENSITIF. Bukan sebab diri sendiri tapi, kita ada mak yg melahirkan kita dan bapa yg menyuapkan mulut kita dengan titik peluhnya. Mungkin Stacy OK jer tapi, kalau parent tertekan, of course dia pun tertekan. I’ve go through everything and to be a muslim is not an easy process. To Stacy, be strong. No matter what, in the end, happiness will be yours. To others, stop giving negative comment and start encouraging Stacy to at least know Islam is good. TQ

      0

      0
    • choy says:

      weiii..klu x epi mana dia layan akim tu..ni dia epi dgn akim..akim pon dgn konfiden ckp family dorang restu..masalahnya si stacy ni blm terbuka hati nak convert..klu dia x nak kat akim tu ckp awal2 tak dak akim tu giler bayang berying yong yeng bagai..hehehe

      0

      0
    • Zee says:

      Apa kata klu akim cari je pompuan yg dah memang islam???

      0

      0
  4. Joyah Pok Pek says:

    Apa yang sentap sgt sal kamu nak masuk Islam Stacy..bengang sb sbnrnya x mahu msuk Islam ker..apa??? Ckp jelah “mgkn suatu hri nnti hati sy akan terbuka utk memeluk Islam, tpi buat masa ini biarlah sy berdiam diri dahulu”…yer sudah!!! kecoh..Akim dia nk kat ko jek tpi agama ko dia x nak

    0

    0
    • Jam says:

      Dia x bengang tp mungkin ada la tu sorng dua sedare mara yg kurng sng, jadi jgn la putar belit kenyataan org. Wlupn dia mmg akan masuk Islam tp dlm pd itu kena jaga perasaan org tertentu, hal agama ni sensitif, jgn la putar belit fakta. Aku rasa kebnykan dr family dia okay je on je, klau ada pun sorng dua je brt hti tp biasala tu.

      0

      0
  5. Anonymous says:

    stacy mmg nmpk tak ke arah itu…sabahan kristian mmg kuat pegangan agama diaorg…akim pun kena lah tunjuk contoh yg baik as a Muslim…barulah stacy nmpk the beauty of Islam…selebihnya serah kpd Allah…hanya Dia yg memberi hidayah…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Depends lah, ada kuat ada tak. Macam la muslim jugak mcm2 level.
      Malah ada yg kuat tapi boleh jek masuk Islam. Masa kristian kuat smbhyang, bila dah convert tetap sama, kuat smbhyang. Tuhan itu satu, agama je lain2, Kalau dah betul ingat Tuhan, campak la pi mana agama pun, dia mesti akan jadi penganut yang bagus, cuma tengok agama mana yg betul2 tunjuk kebenaran dan kebaikan.
      Kaji baca hayati fahamkan, Tuhan mesti berikan petunjuk dan kebenaran.

      0

      0
  6. preety lady says:

    alah..cari je lah pempuan islam terus akim….serbut jer aku tgk kesah korg ni….i ni single lg meh amik borang…hahahahha

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Tengok gambar atas teringat akim cakap dia tau batas batas dan hukum dalam agama. Hurm, tau tapi macam tak praktikkan je. Tapi dalam hal ni tak boleh nak paksa, bukan senang nak convert agama semua ni. Kena bebetul ikhlas.

    0

    0
  8. OTAK NARA says:

    kelapaq betoi akim kat biji kristian ni…stupid lol

    0

    0
  9. kimmidoll says:

    Issue religion ini memang understandably sensitive.
    May Allah SWT guide and open your heart/mind to embrace Islam. In Syaa Allah.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Akim ni yg syok sendiri selalu bagi statement poyo pasal hubungan dia dgn stacy. Stacy relak je. Tak nak kecoh kecoh. Kalau ada jodoh utk mereka berdua, adalah tu. Kalau takde, nak buat macam mana..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    aku tengok ko berdua lom kawin pn mcm dh kawin..

    0

    0
  12. gegurl says:

    akim mmg giler bayang dgn stacy dah lama..stacy pon tapi kaverline jer..nak2 stacy ada anak angkat ni lagilah akim syg sgt2 kat stacy..pasni klu x nak isu agama ini timbul..klu wartawan tanya ckp no komen..itu pon nak kena ajar akim ni..

    0

    0
  13. tia says:

    akim & stacy ni suka pakai baju tukar2, masa hotfm tu akim pakai sweater ada hood pastu stacy pulak pakai..yalah couple sharing is caring agaknya wpon baju memasing tu berbau ker apa..janji sehati sejiwa

    0

    0
  14. Anonymous says:

    stacy…ko jgn masuk islam…skali ko masuk islam berdarah air mata mak bapak ko…jgn sekali dibalas jasa mak bapak kita dgn convert tu muslim.
    aku paham sgt dh erti duka tu bila ank buah aku masuk islam…abang aku hampir nak koma jadinya

    0

    0
    • weirded by your story says:

      masuk Islam bukan bererti putus saudara..air dicincang xkan putus

      0

      0
      • Anonymous says:

        weided …mmg tapi ko tak rasa apa yg kami rasa…baik ko diam..mmg air dicincang tk kan putus, tapi rasa dh macam org asing.

        0

        0
  15. Muslimah says:

    Masalahnya akim da pelok stacy sebelum stacy pelok islam, sudah2la akim wat pe nak tambah dosa? Nak dikahwini jd halal tak boleh tp tak bermakna blh suka2 hati pelok sana sini cintan cintun tambah maksiat je, k tu je nk ckp sbb i da terbaca ur story kene tegur u so kalau kt akhirat sana tuhan tanya i da nasihat sesama sdara islam blom, i blh jawab da.. Lps tanggungjawab kt sana nnt

    0

    0
  16. anonymous says:

    Be faithful to your God. God will bless you in so many ways… just be faithful to Him and don’t leave Him. God Bless you abundantly Stacy. Pray so that God will speak to you and give you the best answer…

    0

    0
  17. nampak sangat stacy nie belum sedia untuk peluk agama islam,ada2 sja statement dia yg menidakkan,sepatutnya dia cakap’harap peminat doakanlah mana yg terbaik buat saya,so wartawan jnganlah buat crita,nanti seolah2 dia rasa terpaksa pula

    0

    0
  18. ehem says:

    Aku ni exgf akim dlu mse skola. Tu la dulu aku ajak go further jauh lagi akim kate nk masuk AF dlu. Okay la dh bagi last2 mintk break ape ke hal. Last2 aku smbung stdy habis diploma skrg nk habis degree dah pun. And nk kawen dah pub dgn pilot. Haa yg akim ni tesenggut senggut lagi. Tkpela akim aku doakan kau bahagia k. Bai

    0

    0
  19. Anonymous says:

    nampak macam xnak je si stacy ni.. ada je reason elak2.. hahahaha

    0

    0