Written by Bella | August 24th, 2015

Fynn Jamal bukan sahaja terkenal sebagai penyanyi tetapi ramai sebenarnya yang mula mengenali beliau menerusi beberapa nukilan di blognya beberapa tahun.

Kata orang,  segala tulisan serta puisi yang ditulis oleh Fynn mempunyai jiwanya tersendiri dan cukup kena dengan keadaan kehidupan seharian yang dilalui oleh manusia setiap hari. Memang mendalam betul maksud dalam karyanya itu.

Kali ini, nukilan Fynn mengenai kewujudan seekor binatang iaitu babi telah menjadi viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi oleh mereka yang membacanya.

Nak tahu apa yang di tulis oleh Fynn? Jom baca hasil nukilan beliau dibawah:-

Ketika aku di tingkatan 4, aku pernah bertanya pada guru agama kelas aku: kalau allah itu tidak pernah sia2 dan mensia2kan, kenapa dia ciptakan babi?

nak dimakan tak boleh. nak dipegang tak boleh. nak dijadikan tunggangan tak boleh. nak dibuat pakaian tak boleh.

ok boleh je sertu. but you know what i mean. jawapan yang aku dapatkan memang best. sampai sekarang aku takkan lupa.

cikgu aku jawab: sebab nak jadi bukti betapa manusia itu memang fitrah suka melawan. degil. betul, kan?

babi adalah satu simbolism kepada kedegilan kita manusia. kalau tidak kepada kita individu– kepada manusia secara general. kita memang suka saja2 nak benda yang tak boleh pada kita.

sama konsepnya dengan adam as dengan pokok quldi. Allah menghalalkan SEMUANYA kecuali satu. yang satu jugalah yang menjadi sebab tercampaknya baginda ke bumi. of course– dengan tipu helah iblis. tapi itu sudah memang kerja dia. nak marah pun tak boleh. allah dah lama bersumpah memang iblis akan kena di akhirat nanti.

kita ni. kenapa masih degil?

sebanyak2 perempuan dalam dunia– kenapa nak yang isteri orang? sebanyak2 harta dalam dunia– kenapa nak mencuri untuk kaya? sebanyak2 kerja dalam dunia– kenapa tetap nak pilih kerja yang haram?

sebab kita degil. frown emoticon dan bila kita dah pilih utk jadi degil, kita persembahkan 500 helai kertas kajang untuk menjustifikasi kedegilan yang kita memang tau salahnya.

haih.
babi cuma sejenis simbolism tentang kedegilan manusia. yang kalau benda boleh dipegang dinampak pun kita ingkar– apa lagi perkara2 yang hanya mampu ditaakul akal yang berfikir.

  1. rata2 kita semua tak pernah makan babi. tak ingin sentuh babi. tapi segala perkara2 yang tidak boleh yang lain? yang tak terjelas? Macam mana…?

kita bukan main risau kalau datang bab babi. bukan main jaga2. tahap nak lafaz perkataan babi pun rasa berdosa. tapi fitnah, keji, rasuah, aniaya, adu domba, rompak, tipu daya? itu semua macammana…?

haih la jiwa raga. sebanyak2 lubuk pahala dalam dunia– kenapalah kau masih selesa untuk tak risau dengan dosa2? benda yang tak boleh juga yang dikehendakkannya.

Allah itu tidak sia2. dari babi pun kita patut cari diri kita. semua benda– mesti ada sebabnya.

Sumber : Facebook Fynn Jamal

43 responses to Kenapa Babi Diciptakan – Fynn Jamal

  1. Anonymous says:

    Errr..Muslim x akan makan babinya, bermaksiat tonggeng arak sanggup dilanggar tapi babi tidak sekali-kali, samalah macam makan taik dorang agaknya..Bab babi gigih pulak elak makan…Kalau nak kata simbol degil, maksiat dan arak tu lebih sesuai. Mesti ada sebab babi wujud tapi rasanya bukan utk simbol kedegilan.
    Non muslim yg memakan babi, tiada larangan dalam agama mereka, susah nak kata yg dorang tu degil.

    0

    0
    • Anonymous says:

      gaya hidup OCD dgn babi berkubang kotor, lebih kurang same tak? jgn sampai termenung..hehe

      0

      0
  2. munah says:

    Sebab kapir nak makan babi..

    0

    0
  3. Tudung Biru says:

    Walaupun Fynn Jamal tak boleh menyanyi, tapi ayat dan nukilan dia memang mendalam and sedap dibaca

    0

    0
    • Belum mencapai tahap says:

      Biasa je pun……………

      0

      0
      • Tudung Biru says:

        Aku pun tak suka suara si Fynn ni. Minat dia pun tak. Tapi kalau hasil karya dia berkualiti, memang layak dipuji.

        Sama jugak, kalau orang dah benci, buat la kerja sebaik mana pun, confirm haters beratur nak mencaci. Macam sekarang ni?

        0

        0
        • Anonymous says:

          Kalau haters je kena caci ke? Sejak bila fynn jamal jadi maksum sampai xboleh ditegur lantas dikata mencaci maki pula??? Ni la dia blind followers, buta hati buta mata. Bila dah kenal in real life, dah penah duduk semeja, serumah, baru tau siapa dia sebenarnya. Indah kabar dari rupa, indah kata dari perangai sebenar.

          Anyway, bab babi haram mmg laa dia sebut, tapi bila org sebut merokok tu haram, merokok depan tepi kiri kanan anak tu haram, pandai pulak cari alasan utk menangkan laki dia?? Just a hipokrit!! Please laaaa…benda haram tetap haram, bgtau la laki ko, hisap rokok mcm hisap babi ada berani?? Puiiii

          Anyway sudah2 la buat fitnah kat ex adik ipar ko kat org. Buat dosa x abis2!!

          0

          0
        • Anonymous says:

          this! what she wrote actually reflect to her. renung2kn

          0

          0
        • Tudung Biru says:

          Akak Anon 5:02 tengah time of the month ek? Lolz

          0

          0
        • Anonymous says:

          Akak tudung biru, macai kokping ekk? Lolz

          0

          0
      • lois says:

        Errr..Muslim x akan makan babinya, bermaksiat tonggeng arak sanggup dilanggar tapi babi tidak sekali-kali, samalah macam makan taik dorang agaknya..Bab babi gigih pulak elak makan…Kalau nak kata simbol degil, maksiat dan arak tu lebih sesuai. Mesti ada sebab babi wujud tapi rasanya tak berapa nak sesuai dikata simbol kedegilan. Non muslim yg memakan babi, tiada larangan dalam agama mereka, susah nak kata yg dorang tu degil.

        0

        0
      • Anonymous says:

        Apsal komen aku tk kuar ni bella???????????????????

        0

        0
  4. cik mek molek says:

    please lahhhh .bnci aku si fynn nie.

    sekian. terima kasi.

    0

    0
    • Anonymous says:

      mcm mane tak kenal hati budi org tp boleh membenci org tersebut?
      aneh aku dgn org mcm ni.
      *tak kenal maka tak cinta*

      0

      0
      • cik mek molek says:

        kau knal hati budi dia sgt ke??
        ke kauuu yg tukang basuh berak juna.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Mentaliti kelas tiga ataupun mentaliti budak sekolah si Anon nih. Sila pilih satu

          0

          0
        • Anonymous says:

          Eh Anon pulak dapat nama, silap pulak. Aku nak tiau si cik mek molek poyo nih. Woi mek, dah berak?

          0

          0
        • Anonymous says:

          Yang benci dia rata2 org yg kenal dia in real life. Yg suka dia org yg x penah hidup dgn dia. Pastu duk post psl erti kawan, padahal diri sendiri yg kwn makan kwn, x sedar ke kokping oiii…

          0

          0
        • Anonymous says:

          ape kaitan basuh berak ank die dgn kenal hati budi.
          tak paham aku dengan cik mek molek ni.
          kalau dah kenal sngt hati budi dia. tahu baik buruk die, yang buruk atau yang salah tegur lah dgn baik. lagipun tak baik membenci sesama manusia.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Anon, ko penah kenal dia? Ko tau manusia pantang ditegur mcm mana? Even ditegur dgn baik pun takde nye nak dgr, kene kutuk balik ada. Dlm hidup dia, tuhan pun xbetul, yg betul dlm hidup dia, ni 1 diri dia, no 2 laki dia. Hukum tuhan klu mana2 yg haram kene kat laki dia semua jadi halal.

          0

          0
  5. mikan says:

    aku dah tak kisah lah pasal fynn ni..cuma satu je aku mohon…mohon dia pelishhh eja Allah betul2, A urup besar! yg lain aku mls nk komen dh pasal dia ni, dia nk belagak suci ke apa ke, p lantak ko lah.dia dh block ak kt ig dan aku malas nk ambik tau sal dia lg. tp tolongla berubah eja Allah betul2. knapa tulis nama sendiri boleh F and J urup bsar, tp nama Allah xblh? konon urup jawi takde kcik bsar, urup rumi je ada kcik bsar. abis nape nama ko blh pulak guna urup bsar kat pangkal nama kau, kau tuhan? korang nk dislike dislike lah wahai bbnu.

    0

    0
  6. mak jemmms says:

    ROKOK.. ada ckp makruh.ada yg ckp haram…tp yg tu la yg org suka sgt pn…nk tinggal kemain liat.. contoh je eh..contoh…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Makruh kejadah, dah sah2 fatwa dan ijmak ulamak kata haram. Yg kata makruh tu ustats yg hamba rokok je..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Melayari laman gosip ni pun haram juga anon oi. Kau buat apa kat sini?

        0

        0
        • Anonymous says:

          Ko ni mazhab kokping ke??? Baca blog gosip haram? Mengumpat ye haram, sejak bila membaca tu haram??? Sekolah ke tidak??? Ke rokok dah mematikan sel2 berfikir dgn waras?

          0

          0
        • Anonymous says:

          Haram la kau bermarah-marah mcm ni Anon. Tak elok!! Haram semua ni!! Haram!! Dah dah jom kita balik, haram kalau anak dara kelihatan di khalayak ramai mcm kita nih

          0

          0
        • Anonymous says:

          Marah pun haram?? Sah penganut agama kokping ni.. Hahahah

          Cakap pasal haram pun nak meroyan backing kokping. Jilatla kokping tu puas2 ek.. Nanti bila dah kena jgn nanges.. Hahaha

          0

          0
  7. babi sbg ujian says:

    saya setuju dengan sebahagian pandangan Fynn. tapi pandangan saya pula babi dicipta sebagai ujian Allah kpd mahluknya. kalau nak ikutkan banyak manafaat yang boleh dihasilkan drp babi- kulit, organ dalaman @ dagingnya. Dari pembacaan saya, mereka non-muslim mengatakan daging babi lebih enak. even kalau nak hasilkan produk kosmetik dll pun diaorg kata bahan dr babi lebih sesuai & berkualiti. itu pendapat mereka dan ini membuktikan Allah tak jadikan babi sia-sia. ada yg boleh dimanafaatkan. Tapi Allah tetap haramkan segala2 dari babi.
    Allah nak uji keimanan manusia samada sanggup mematuhi perintahnya dengan meninggalkan sesuatu yg boleh dimanafaatkan tetapi diharamkan atau tetap melakukan yang haram dan ingkar hukumnya semata-mata kerana mengikut kemahuan, nasfu diri sendiri dan keuntungan. ada yg nak makan yg sedap je…nak cantik…. pengusaha nak kaya dan untung.. tak kisah hasil dari babi.

    0

    0
    • mamee monster says:

      hemmm..lagi sedap nukilan diatas drpd nukilan FJ tu…”xsuker pun xper”….bolehkah mcm tu?

      0

      0
  8. Joyah Pok Pek says:

    Bila akal yang berbicara bukan mulut yang berkata-kata.
    Beza org bijak pandai dengan kurangnya ilmu di dada.
    Menuntut ilmu fardhu kifayah, jihadnya sebesar kita syahid di medan perang..marilah kita bermuhasabah diri mendalami ilmu kebaikan dunia dan akirat.

    0

    0
  9. Hmm says:

    Sebanyak banyak kerja yg halal, knp pilih jgk yg mendedahkan aurat? Renung2kn dn selamat beramal

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Ciptaan Allah tidak pernah sia-sia dan mensiakan. Babi diciptakan untuk memakan najis. Itu apa yang cikgu saya ceritakan dulu. Sewaktu Nabi Nuh mencipta kapal besar, beliau dihina dan dicerca. Ramai umat pada zaman tersebut membuang najis ke kapal tersebut kerana mengatakan Nuh A.S seorang yang gila. Nuh A.S berdoa kepada Allah dan Allah menyuruh Nuh A.S menyapukan najis-najis itu ke belakang gajah yang menaiki kapal itu. Lalu, daripada gajah tersebut keluarlah Babi yang ditugaskan untuk memakan najis-najis di kapal beliau. Wallahualam.

    0

    0
  11. BABI KO says:

    ALLAH CIPTAKAN BABI MEMANG KIRA RASA IA TAK BERGUNA PADA KITA, TAPI BERGUNA UNTUK MANUSIA BUKAN ISLAM DAN MAKHLUK LAIN. ADA OTAK FIKIR!

    0

    0
  12. donat o'conner says:

    kenapa Fynn Jamal diciptakan?

    0

    0
  13. Marissa says:

    Allah ciptakan babi masa zaman Nabi Nuh. Untuk mkn semua kotoran dan taik atas kapal tu. Sb tu Allah haramkan manusia makan babi sb byk kuman dan bakteria yg boleh bawa penyakit. Bukan simbolik degil pejadah tu lah. Mengarut je la teori fynn jamal tu.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Duk cerita psl babi haram, tapi bila org ckp rokok, vape haram, tau pulak menghalalkan yg haram semata nak jaga hati laki dia? Laki dia tuhan dia ke?

    0

    0
  15. Miera says:

    PAHAM…PAHAM. Perkara yang ingin diketengahkan & dikupas lebih dr sekadar makhluk bernama Babi. Harap sape yg makan cili api terase kepedasannye he3

    0

    0
  16. Nak dipegang tak boleh nak dimakan tak boleh Kenapa Dia ciptakan babi Ketika aku di tingkatan 4 aku pernah bertanya pada guru agama kelas aku kalau Allah itu tidak pernah sia2 dan mensia2kan kenapa dia ciptakan babi Nak dipegang tak boleh n.. KENAPA DIA CIPTAKAN BABI FYNN JAMAL STATUS YANG MENDAPAT 14K SHARE DI FACEBOOK Seperti yang kita semua sedia maklum Fynn Jamal memang terkenal dengan puisi puisi dan karya tulisan yang mempunyai maksud mendalam Kali ini nukilan Fynn Jamal m..

    0

    0
  17. yg sy tahu kan..
    wujudnya babi pada mulanya dulu..
    ada seorang nabi ni..berlayar bersama umatnya..
    mngambil masa yg lama sangat…
    sampaikan sampah sarap terjadi banyak sangat…
    sbb tu Allah turunkan tikus utuk mkn smpah2 tu..
    tapi malangnya tikus membiak banyak sekali.
    Allah pon turunkan plk kucing ntuk mkn tikus2 tu…..
    bila dah kucing membiak dan membiak.. najis kucing pulak yg banyak..
    sbb tu Allah turunkan bab_ untuk makan najis kucing…….
    sbb tu bab_ tu kotor,haram dan busuk werk

    0

    0