Written by Bella | August 3rd, 2015

Pelakon terkenal, Jasmin Hamid meminta peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali dirinya untuk mendoakan kesihatan ibunya yang  kini berada di hospital selepas terkena serangan jantung.

Jasmin menerusi akaun Instagram miliknya semalam telah memuat naik foto beliau bersama ibunya yang kini sedang terlantar di hospital.

As Salam semua. . pada semua saudara mara,sahabat, kenalan dan penyokong-penyokong saya yang saya kasihi dan sayangi. Pagi ini, sekali lagi mama saya kena serangan jantung (Heart attack).. dan di masukkan ke wad.

Mohon pada semua, doakan untuk mama saya agar cepat sembuh dan panjangkan umur mama saya terutama kepada yang mengenali mama saya. Maafkan segala salah silap mama saya dan halalkan makan minum mama saya selama ini, amin. #sad #mother #parents #doa

Tidak dapat dinafikan jelas kelihatan di air muka Jasmin bahawa kesedihan dan kebimbang menyelubungi dirinya sekarang. Tentu rasa sebak melihat insan yang kita sayangi dalam keadaan sebegitu.

Kami di BeautifulNara mendoakan agar Jasmin Hamid tabah dengan dugaan ini dan semoga ibunya dapat kembali pulih. Mari sama-sama kita doakan ya.

Sumber Berita: Murai

12 responses to Kena Serangan Jantung : Jasmin Hamid Minta Peminat Doakan Ibunya

  1. AKU says:

    SEMOGA CEPAT SEMBUH

    0

    0
    • Lovelyvic says:

      Ya Allah ya tuhanku, moga berikan kesembuhan kepada ibu Yasmin Hamid dan kesejahteraan kepadanya. Amin.

      0

      0
  2. anon says:

    Buat ape nak suroh org pulak doakan, kan itu ibu kamu, sebagai anak, kamulah doakan utk dia. Ni dgn rambut karat tak sedar diri lagi ke…..

    0

    0
    • CHA says:

      kau klau tak nk bantu doakan tk payah nak berlakon mcm kau sorg manusia paling baik kat dunia ni.

      0

      0
    • jgn negative says:

      lg ramai yg mdoakan kan lg bgs. ko ni pun! lg pun benda baik kan bagus. kt sama2 dpt pahala. hari ni hari dia, esok lusa hari kita pula.

      0

      0
    • minah jambu nice girl says:

      jangan cakap pasal rambut karat la kan..dulu ada satu ustaz yg rebah terus meninggal pasal bini ustaz tu berambut karat ke ??? cakap jangan macm pandai sangatttt macm kiwak musibatul ! mak orang tu sakit tkde kene mengena ngan rambut karat dia paham !!

      0

      0
  3. Anonymous says:

    hang tak mau doa sudah sbb doa hang tu mahai. mulut tu jaga sikit. hari ini hari dia. jgn nak sombong sgt mcm hang tu confirm masuk syurga.

    0

    0
  4. Kesian Jasmin Hamid says:

    semoga bondamu cepat sempuh dan diberkati Allah SWT

    0

    0
  5. Teddy Bear says:

    semoga cepat sembuh

    0

    0
  6. Abang sado rupanya tomboi says:

    Dia ni ke yg x nk blk jenguk ayah dia masa sakit tenat tu?

    0

    0
  7. cik piNgu says:

    SUKA DENGAN LAKONAN JASMIN NI..

    SY DOA MAK AWAK CEPAT SEMBUH..

    0

    0
  8. PUPUT says:

    BNYKKAN BERSABAR YE. SEMOGA CEPAT SEMBUH. AMINNNN

    0

    0