Written by AbangNara | June 26th, 2013

15 Jun yang lalu, Abang Nara telah terbang ke Bali. Bukan untuk bercuti atau berbulan madu, kedatangan Abang Nara ke sini untuk menyaksikan sendiri kemeriahan BII Maybank Bali Marathon.

maybank bali marathon

Sampai sahaja di lapangan terbang kira-kira jam 4 petang, Abang Nara terus check in hotel di Kuta. Pihak penganjur menasihatkan Abang Nara untuk berehat secukupnya. Ini kerana kami akan pergi ke garisan permulaan BII Maybank Bali Marathon tepat jam 3 pagi. Fuh ~~

maybank bali marathon

Abang Nara ingatkan pasti tak ramai orang kalau datang jam 3 pagi. Rupa-rupanya Abang Nara tersilap. Sudah ada ratusan pelari BII Maybank Bali Marathon di garisan permulaan. Kesemuanya penuh bersemangat. Ada yang tengah warm up, ada yang tengah berborak-borak dan ada yang tengah berlari-lari anak.
maybank bali marathonAbang Nara yang mengantuk terus rasa teruja. Mana tak terujanya, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para peserta BII Maybank Bali Marathon memang mengkagumkan. Abang Nara sempat borak dengan salah seorang peserta. Katanya dia sudah berada di situ bermula jam 2 pagi. Hebat kan?
maybank bali marathonSebelum marathon dimulakan, para peserta dan hadirin dihiburkan terlebih dahulu dengan persembahan tarian tradisional penduduk Bali. Menarik juga tarian yang dipertontonkan kerana ia dipengaruhi oleh agama Hindu yang merupakan agama terbesar di Bali. Lain daripada yang lain.
maybank bali marathonDebaran kian terasa sebaik sahaja persembahan tarian selesai. Untuk makluman,ada beberapa kategori yang dipertandingkan di BII Maybank Bali Marathon. Ada full marathon, half marathon, 10 kilometer, wheelchair marathon dan kategori kanak-kanak. Abang Nara kagum melihat pakcik-pakcik yang telah berusia turut sama menyertai marathon ini.

maybank bali marathonDaripada info yang diberikan, BII Maybank Bali Marathon kali ini disertai oleh kira-kira 2,500 pelari. 2,500 pelari ini datangnya daripada seluruh dunia. Dari Australia ada, dari Kenya ada, dari Amerika Syarikat ada. Paling menarik, kira-kira 100 pelari dari Malaysia turut hadir memeriahkan marathon ini.
maybank bali marathonAbang Nara paling terharu melihat semangat waja yang ditunjukkan oleh pelari-pelari marathon kategori wheelchair. Hampir mengalir air mata dibuatnya. Walaupun tidak sempurna tubuh badan, ketabahan mereka membuatkan orang ramai tidak berhenti bertepuk tangan ketika perlumbaan kategori mereka dirasmikan. Memang terbaik!!!
maybank bali marathonSelepas kira-kira 2 jam, para peserta marathon mula tiba di garisan penamat. Memang professional sungguh mereka ini. Laju gila. Peserta perempuan pun boleh tahan lajunya. Kalau Abang Nara masuk, confirm tak boleh menang dengan diorang. Hebat-hebat sungguh.
maybank bali marathonJutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua peserta BII Maybank Bali Marathon. Menang atau kalah itu perkara kedua. Yang penting, anda telah “Push Your Limit” dengan menyertai marathon ini. Anda semua memang hebat. Abang Nara respek dengan kecekalan, ketabahan dan stamina anda.
maybank bali marathonTahun depan kalau dipanjangkan umur, Abang Nara nak join kategori 10 kilometer BII Maybank Bali Marathon. Teruja pula melihat pelari-pelari yang bersemangat waja. Kalau korang pun berminat, silalah layari laman web www.balimarathon.com dan LIKE Facebook Maybank Bali Marathon untuk tidak ketinggalan sebarang informasi mengenai acara marathon tahunan ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 responses to Kemeriahan BII Maybank Bali Marathon

  1. Lola says:

    Memang menarik…..mesti best berlari sambil melihat view kat bali.

    0

    0
    • kak timah says:

      MARATHON APE LAH PUKUL 2,3 PAGI NI??????KT BALI PLAK TU,KENA BOM SIA2 JE. . XDE TMPT LAIN KE??????

      0

      0
  2. Ira says:

    Macet ler jln nyer Pak!

    0

    0
  3. Ira says:

    Aduh..macet la jln nyer nie!

    0

    0
  4. zass says:

    bangun tahajud lagi bagus..
    lari 2 jam, xtau la sempat solat subuh ke x..

    0

    0
  5. heran... says:

    ada2 jak org nak pertikaikan tentang sempat solat ke tda..kalau org tu nak solat..x payah la nak bagi tahu..solat bukan ble d buat main tau..solat tu pun bukan lama sgt..mayb lepas balik dr marathon,sempatla kot nara tu solat..apa la dangkal sg5 pemikiran meeeeelayuuuu mcm ni..herannnnnnn

    0

    0
  6. Anonymous says:

    saya salah seorang perserta BII Marathon, pihak pengajur ada menyedia kan tent musolah azan subuh je kita org dah solat berjemaah

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ye ke? Saya pernah ke bali. Majoriti hindu, minoriti muslim. Saya ke sana pada bulan puasa last ye sbb outstation. Ada ka patut pihak hotel hulur air pada kami yg muslim bertudung ni pd bulan pose kononnya welcome drink. Deorang ni local hindu. Masjid tk byk. Btw, kalau awak jwb dgn jujur pihak penganjur sediakan tempat solat baguslah.

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Abg nara subuh tak?

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Ruginya tak buat tahajud. Malaikat banyak tu. Doa pun mudah makbul

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Berlari kejar jin hindu kat bali

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Abg nara tk sedih ke kereta hilang. Patutnya buat tahajud merintih pada allah dgn musibah yg berlaku.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    kenapa nak mempertikaikan kejujuran org awak tu jujur sangat ke? ne lah sikap orang melayu

    0

    0