Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Cadang Penggiat Seni Diberi Kelonggaran Untuk Pembayaran Cukai

Hiburan

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Cadang Penggiat Seni Diberi Kelonggaran Untuk Pembayaran Cukai

Isu bayaran cukai yang melibatkan karyawan dan penggiat seni tanah air sering menjadi topik utama di media massa. Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia ada mencadangkan supaya golongan tersebut diberikan kelonggaran untuk pembayaran cukai berikutan pendapatan mereka yang tidak tetap.

Advertisement

Menterinya, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata,  pihak LHDN perlu memberikan penerangan yang jelas mengenai pembayaran cukai agar tidak menimbulkan kekeliruan di masa depan.

Oleh itu, kementerian mencadangkan diberikan fleksibiliti berkaitan pembayaran cukai kerana karyawan dan penggiat seni adalah profesion yang berbeza dengan pekerjaan yang lain.

Datuk Seri Dr . Salleh mengulas mengenai perkara itu ketika menghadiri Majlis Sepetang Mesra bersama karyawan seni anjuran LHDN dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini.  Kira-kira 200 karyawan seni hadir termasuk Datuk Norman Abdul Halim (KRU), Datuk Ziela Jalil dan Datuk Yusof Haslam.

Dalam majlis itu turut diadakan sesi dialog antara karyawan seni dengan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...