Kemenangan Fareez Hazwan Dipertikai, Ini Penjelasan Para Juri Mentor Millenia

Hiburan

Kemenangan Fareez Hazwan Dipertikai, Ini Penjelasan Para Juri Mentor Millenia

Selepas Fareez Hazwan dinobatkan sebagai juara Mentor Millenia, banyak suara-suara yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu kedengaran. Ramai yang mempertikaikan keputusan para juri yang terdiri daripada Azmeer, Ajai dan Amy Search. Malah ada yang beranggapan Fareez dipilih sebagai juara hanya kerana status dirinya sebagai anak kepada Fauzi Nawawi. Rata-rata berpendapat bahawa Qody mahupun Wanie lebih layak bergelar juara.

fareez juara mentor milllenia

Advertisement

Enggan membiarkan para pengikut Mentor Millenia terus diselubungi misteri, para juri telah tampil menjelaskan keputusan mereka. Ini penerangan daripada Azmeer.

Kami melihat usaha Hazama adalah yang terbaik kerana tahu memilih lagu sesuai dengan karakter protegenya. Kalau bercakap soal kesilapan, semua peserta ada buat silap tetapi Fareez kurang kesilapan berbanding Qody dan Wanie.

Black kurang teliti dalam pemilihan lagu. Tak dinafikan suara Qody tinggi tapi potensi agak kabur kerana kita nampak seakan ada seorang lagi Black dalam industri.

Fareez ada nada suara yang romantik. Suaranya seperti Broery yang tiada dalam industri kita. Fareez ada visual yang baik dalam persembahannya selain tak melakukan banyak kesilapan. Qody pula banyak yang sumbang terutama pada verse di samping notasinya yang tak tepat.

fareezSementara itu, Ajai pula memberikan pendapatnya bahawa penyanyi bernada tinggi membuatkan para pendengar berasa kurang selesa. Kata Ajai:-

Apabila penyanyi menyanyi dalam nada agak tinggi, kita tak rasa selesa mendengarnya. Kami mencari mereka yang ada suara yang baik dan lunak. Hazama pandai membentuk gaya yang sesuai untuk Fareez.

fareez

Sememangnya jarang untuk keputusan sesebuah program realiti tidak menjadi persoalan. Namun siapalah kita ini untuk mempertikaikan keputusan para juri professional. Mereka pasti lebih tahu berbanding kita yang tiada ilmu muzik ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan dan kemajuan para peserta Mentor Millenia selepas ini. Diharap tidak terkubur begitu sahaja. Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...