Kembali Popular : Siti Nordiana Kecewa Dituduh Semakin “Demand” Soal Bayaran

Hiburan

Kembali Popular : Siti Nordiana Kecewa Dituduh Semakin “Demand” Soal Bayaran

Kembali popular selepas menjadi juara Gegar Vaganza Musim Ke 2, ada segelintir pihak merasa tidak puas hati dengan Siti Nordiana dan menuduh penyanyi itu semakin diva dan “demand” dalam soal bayaran persembahan.

Advertisement

Meskipun terkejut serta ada timbul sedikit rasa kecewa dalam hatinya kerana dituduh sebegitu, Nana yang sudah lama dalam industri hiburan menganggap segala yang berlaku adalah dugaan Allah SWT untuk menguji dirinya.

Jujurnya Nana agak terkejut dan kesal apabila ada pihak yang cuba menimbulkan isu sebegini di saat kerjaya seni Nana sedang diterima masyarakat. Apa-apa pun, Nana tidak mahu melatah kerana Nana tahu tidak semua orang akan sukakan kita.

Nana bukan setahun dua dalam industri seni ini. Sudah 16 tahun. Justeru Nana sangat faham kenapa isu demand ini cuba dihangatkan oleh sesetengan pihak yang mungkin ada rasa tidak puas hati dengan Nana sebelum ini.

Apa yang boleh Nana katakan, inilah bahagian Nana yang Allah janjikan dan apa yang perlu buat, hanya bersyukur dengannya.

Bukan mudah apabila sudah popular, pasti sahaja ada pihak yang akan iri hati dengan setiap kejayaan seseorang itu. Buat Nana, sabar sahaja lah, mungkin selepas ini ada lagi rezeki yang lebih besar buat anda.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...