Written by Bella | March 18th, 2016

Wan Nor Azlin, pelakon yang popular pada tahun 90an dahulunya pernah berhijab tetapi tampil dengan imej lebih seksi selepas episod perceraian beliau, malah ada yang terkejut dengan perubahan mendadak beliau dan mengkritik pelakon wanita tersebut.

Mengakui beliau jahil satu ketika dahulu, kini Wan Nor Azlin sudah kembali bertudung penuh dan menginsafi setiap perbuatan beliau.

Tiada apa yang perlu diulas mengenai isu saya bertudung penuh semula. Ia adalah tuntutan agama dan menjadi tanggungjawab saya sebagai muslimah untuk menutup aurat. Mungkin saya jahil pada suatu ketika dulu dan sekarang semakin banyak ilmu yang saya timba ketika menghadiri kelas agama di kawasan perumahan saya.

Saya kini tidak lagi memakai selendang kepala ketika berlakon, sebaliknya bertudung penuh. Alhamdulillah, stesen televisyen juga sekarang lebih sensitif dan terbuka dengan pelakon berhijab.

Sedar diri beliau sekali lagi akan menerima pelbagai kritikan dan tomahan masyarakat, Wan Nor Azlin bagaimanapun seakan sudah lali dengan percakapan orang.

Fokusnya kini adalah untuk mencari rezeki demi membesarkan anak-anaknya.

Biarlah mereka hendak cakap apa sekali pun, saya sudah lali dan tidak mahu ambil kisah kata-kata orang. Apa yang penting adalah antara diri sendiri dan Allah saja. Saya juga tidak terfikir untuk mencari teman hidup dan sebagainya ketika ini kerana tumpuan saya hanyalah untuk anak-anak. Saya mencari rezeki untuk membesarkan mereka.

Baguslah kalau sudah sedar bahawa menutup aurat adalah perkara yang wajib. Syukur kerana Wan Nor Azlin sekali lagi dibuka pintu hatinya untuk menjadi seorang wanita muslimah.

Sumber Berita : BH ONLINE

22 responses to Kembali Bertudung : Wan Nor Azlin Sudah Insaf

  1. T says:

    Alhamdulillah

    0

    0
  2. Shhh says:

    Aku pernah org ckp dia da bt video lucah…mmg betul ke ada..sbb aku tk pernah tgk lah…kalo btul ada…tk tahulah nk ckp..harap benda ni tk smpi ke telinga anak2 dia…dia pun dah berubah..aku tk berani nk menghukum org..kita sndiri tk cukup sempurna..dia dh bertaubat…tdi da bca komen kt fb..da lgi yg ungkit pasal video lama dia..

    0

    0
    • Anonymous says:

      memang ada. tp actually tu video personal dia dgn husband dia. org yg sebarkan la yg tanggung dosa tu nanti. doa2 je la dia and kita semua ni berubah ke jalan Allah.

      0

      0
    • lol says:

      Ko ni cakap psl diri sendiri ke????

      Nampaknye ko yg mengungkit….

      Hmmmmmmm

      0

      0
      • Anonymous says:

        aku setuju ngan ko, lol. die cakap kalau bleh xnk sampai anak2 wan norazlin tau, tapi die yang ‘petik’ dulu ni. hahahaha

        0

        0
    • Aida Musa says:

      Ada video tu .. tapi itu video dia & bekas suami (arwah pun skrg) .. sudah2 lah .. mungkin sbb itu bila suka pada satu-satu artis jgn terlalu obses, nanti mereka besar kepala .. dan bila tidak suka jgn lah sampai keji dan hina … berpada2 la .. semoga allah bagi kekuatan pada dia .. iman manusia ini berubah-ubah. Sebab tu kita perlu sentiasa dekatkan diri pada agama & family/kawan2 yang baik ..

      0

      1
    • Aida Musa says:

      Sudah-sudahlah .. benda lepas, lagi pun itu koleksi peribadi dia yg diceroboh. Semoga dia terus diberi kekuatan. Iman manusia ini berubah2. Sebab itu kita kena sentiasa dekatkan diri dgn agama & bersama orang2 yang dekat kepada agama juga .. peminat pun tak perlu terlalu obses bila suka tapi keji & hina bila tak suka .. bersederhanalah dalam semua ..

      0

      0
  3. pak cik says:

    alhamdulillah mak cik.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    aku x kn lupa pasal video lucah dia….memg btl dia ad wat……….wlpn zaman dh berlalu..tpi bla nmpk dia still tringt..

    0

    0
  5. mohdizlan says:

    Alhamdulillah la kalo niat bertudung smula dgn penyesalan kejahilan itu..tp jgn sbb tgk ramai artis wanita dh bertudung then dpt offer kt station2 tv ko pun bertudung smula. cam dulu gak bila pakai tudung ko bnyk offer then ko bukak tudung. pastu ni dh sepi offer ko pun bertudung smula. tp harap2 ko istiqamah.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    video lucah wan nor azlin n zarina zainuddin..

    0

    0
  7. fatimah busung says:

    pengajarannya jgn la record mase main. bile dah tua camni, silap2 anak2 terjumpa balik video tu, xke malu?

    0

    0
  8. ku says:

    sya suka dgn kak wan nur azlin ini..dari dlu smpai skrg. tapi bila ada sesuatu yg berlaku, sya juga rasa trkilan.
    Harap kak azlin,…trus kekal dgn apa yg ada skrg. Semua org melakukan kesilapan antara nyata dan yg trsembunyi.
    Cepatnya org-org bukakan aib sesama sendiri. Sedgkn yg empunya diri cuba melupakannya. Iye,..tdak dinafikan prkra sprti itu amat sukar dikikis sejauh mana dibuang@dilontar tetap kukuh dlm ingatan.
    andainya anda ditempat dia dan mempunyai sejarah hitam,..kemudian ada yg menyebarknnya,..apakah perasaan anda…? suka, marah, malu atau sebaliknya..?
    kita semakin hari semakin berfikiran sempit. Lebih suka menjatuhkan org drpd memberi kata2 semangat.
    Anda lihat sekeliling anda, keluarga anda, sanak saudara anda, suami isteri, anak2 anda,..adakah 100% mereka sempurna.
    Tepuk dada tanya iman.
    wake up..
    to kak azlin..teruskan menapak

    0

    0
  9. Aku says:

    Yang dok sebut pasal video lucah tu, dah-dah lah. Tu kadang orang yang buat salah (benda lain lah) tu kadang buat balik, sebab silap yang berpuluh tahun tu still diungkit.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Video lucah tu dia wat dgn exhusband dia..tp sblm diorang kahwin..means dia org wat video tu sblm benikah

    0

    0
  11. min says:

    alhamdulillah.. btul dia ada pergi clas agama kat setiawangsa tu…

    0

    0
    • senyumje says:

      baru nampak wan nor azlin ngan anak dia solat taraweeh kat masjid muadz bin jabal setiawangsa. Alhamdulillah :)

      0

      0
  12. Anonymous says:

    Elok lah tu.hrp2 terus istiqomah.ramai jer yg lps brcerai bukak tudung balik.cthnya sari yanti dan bekas isteri aziz m.osman.tp diorg duk diam2 jer. Si azlin ni..pnjg plk hujahnya.hrp2 jgn hujah jer pnjg lebar tp lps ni kelaut lg.pakai tudung..tgkah laku pun kena jaga tau..tudung bkn penyelamat atas segala rekod lampau kita. Yg peminat nk tgk ialah istiqomah.

    0

    0
  13. orgtua says:

    Perhaps the video is no longer around. Perhaps.

    0

    0
  14. mrs positive says:

    Alhamdulillah..semuga istiqamah dan sentiasa mohon ampun dan taubat kpd Allah…kisah lama segala keaiban jgn diungkit lagi..fokuskan kehidupan kita kearah kebaikan utk dunia dan akhirat…dosa kaklin hanya antara kaklin dan Allah shj..ttp kalau kita buka keaiban kaklin…kita dpt 2 dosa…elok laa hari jumaat ni kita bertaubat dari segala maksiat..kiamat pun dh dekat…

    0

    0
  15. Kak Peah says:

    Minat dgn lakonan die slot spektra RTM thn 90an. Drama dgn Rashdan Baba. Ape2 pon yg berlaku dulu biarkan berlaku. Kite smua pnah buat silap. Doakan yang baik2 aje.

    0

    0