Keluarga Jins Shamsuddin Kesal Dengan Penyebaran Foto Uzur

Hiburan

Keluarga Jins Shamsuddin Kesal Dengan Penyebaran Foto Uzur

Beberapa hari lepas foto Tan Sri Jins Shamsuddin yang kelihatan sudah uzur dan kurus telah tersebar luas di Internet. Ramai yang telah membuat spekulasi berdasarkan foto tersebut dan tidak kurang juga mereka yang memberikan komen negatif.

Semalam, Presiden Persatuan Seniman Zed Zaidi telah melawat Tan Sri Jins Shamsuddin di rumah beliau untuk melihat sendiri keadaan terkini seniman itu dan agak terkejut apabila melihat beliau masih lagi sihat dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.

Advertisement

Zed Zaidi dalam satu kenyataan menjelaskan ahli keluarga Tan Sri Jins Shamsuddin merasa kesal dengan perbuatan mereka yang menyebarkan foto tersebut dan telah membuat andaian hanya berdasarkan satu foto.

Apa yang beliau beritahu saya dia kesal dengan penyebaran gambar oleh pihak tidak bertanggungjawab seolah-olah suaminya itu uzur dan tidak dijaga dengan baik.

Lebih membimbangkannya adalah telahan yang tidak benar dibuat terhadap Jins tanpa bertanya sendiri kepadanya sebagai individu paling dekat dengannya.

Pada kunjungan tersebut pihak Seniman dan Koperasi Penggiat Seni Berhad (Koseni) turut memberi sumbangan kepada Tan Sri Jins Shamsuddin dan membaca doa agar kesihatan pelakon dan pengarah terkenal itu dalam keadaan baik.

Adalah menjadi tanggungjawab Seniman juga apabila tersebar cerita sebegini kami perlu melihat sendiri untuk memastikan sama ada cerita yang tersebar adalah benar atau pun tidak.

Tan Sri Jins Shamsuddin telah menghidap penyakit Alzheimer sejak tahun 2011 dan kini dijaga dengan baik oleh isteri tercinta Puan Sri Halijah Abdullah.
Kadang-kala media sosial juga boleh menyebarkan sesuatu yang tidak benar. Tidak boleh salahkan pengguna kerana mereka menyerap apa sahaja yang disiarkan kerana tidak mengetahui cerita disebaliknya. Mari sama-sama kita mendoakan agar Tan Sri Jins Shamsuddin sihat selalu dan berhenti membuat spekulasi.

Sumber Berita:mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...