Kelebihan Huawei Mediapad 3 Ini Bakal Membuatkan Anda Terus Lupa Akan Kewujudan iPad Mini 4

Hiburan

Kelebihan Huawei Mediapad 3 Ini Bakal Membuatkan Anda Terus Lupa Akan Kewujudan iPad Mini 4

Bila ditanya pada kawan-kawan Abang Nara, setiap ahli keluarga pasti akan mempunyai satu tablet. Selalunya tablet tersebut digunakan secara beramai-ramai untuk berhibur dengan menonton movie, melayan kartun di YouTube bersama anak-anak dan juga bermain game secara berjemaah. Secara jujurnya, rumah Abang Nara tak ada tablet. Akan tetapi Abang Nara memang dah rancang nak beli satu untuk kegunaan seisi keluarga. Namun bukan mudah untuk mencari tablet yang dapat memenuhi kehendak pada harga yang berbaloi. Cari punya cari, kaji punya kaji, baca punya baca, Abang Nara membuat keputusan untuk membeli Huawei Mediapad M3. Tablet premum Huawei yang betul betul bernilai dengan harganya.

huawei mediapad m3

seksinya Huawei Mediapad M3 ini. Sekali tengok jatuh cinta terus

Keputusan yang diambil oleh Abang Nara untuk membeli Huawei Mediapad M3 ini bukannya dilakukan secara mudah. Abang Nara telah pun membuat perbandingan dengan iPad Mini 4. Memang Huawei Mediapad M3 jauh lebih baik, jauh lebih berkualiti dan jauh lebih berbaloi-baloi berbanding tablet tersebut pada harga yang ditawarkan.

Advertisement

Meh sini Abang Nara kongsikan 7 kelebihan Huawei Mediapad M3 yang ditemui sepanjang kajian yang telah dilakukan:-

1. Paparan skrin yang luas dan kualiti tip-top

huawei

bukak blog BeautifulNara memang best sangat-sangat guna Huawei Mediapad M3 ini

Satu kelebihan Huawei Mediapad M3 yang amat jelas serta ketara berbanding iPad Mini dan Samsung Galaxy Tab ialah paparan skrinnya yang super duper awesome. Dengan skrin bersaiz 8.4 inci, nisbah paparan Huawei MediaPad M3 adalah 27% lebih luas dan besar dari iPad Mini 4 dengan resolusi sebanyak 2560 x 1600 piksel. Memang puas hati sangat-sangat bila digunakan untuk tengok movie, layan YouTube dan main game.

huawei

Aariz suka sangat layan YouTube kat Huawei Mediapad M3 ini. Dia kata the picture very clear

Paling penting, paparan skrin beresolusi 1600 x 2560 Pixel (359 ppi) berkelas 2.5K turut digunakan di dalam Huawei Mediapad M3 ini menyedapkan lagi mata kita selaku pengguna. Satu lagi ciri awesome tablet ini ialah walaupun duduk di bawah sinaran matahari terik, kita tetap boleh melihat skrin dengan jelas. Senang cakap confirm tak ada sakit mata, mata lesu, mata terkedip-kedip dan sebagainya dengan Huawei Mediapad M3 ini. Itu belum cerita teknologi ClariVu 3.0 yang digunakan untuk mendapatkan warna terbaik bagi setiap gambar yang dilihat menerusi Huawei Mediapad M3 ini. Perfect sungguh!!

2. Menggunakan processor “Kirin 950” dan bateri 5100 mAh

huawei

inilah cip pemprosesan Kirin. Kecik-kecik cili padi sungguh!!!

Hapuskan perkataan “hang”, tersekat-sekat dan kena “restart” daripada kamus hidup anda apabila apabila menggunakan Huawei Mediapad M3 ini. Ini kerana tablet ini dijana dengan cip pemprosesan Kirin 960 yang berkelajuan 4x Cortex –A53 @1.8GHz + 4X Cortex – A72 @2.3GHz. Setakat nak bukak YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter serentak memang tak ada masalah langsung. Tak sempat mata berkelip semuanya akan muncul di skrin dengan jayanya.

huawei

Anda juga boleh lupakan kesedihan, keperitan dan kekecewaan apabila terlupa untuk charge tablet sebelum masuk tidur agar dapat digunakan pada keesokan harinya. Dengan bateri 5100 mAh, Huawei Mediapad M3 boleh digunakan untuk melayari internet pada kelajuan 4G selama 9 jam, menonton video HD penuh sepanjang 11 jam, atau bersembang memanggil rakan pada capaian 3G selama 31 jam, dan juga mendengar lagu secara berterusan selama 42 jam. Rasanya kalau mengikut style penggunaan Abang Nara yang tak heavy, seminggu sekali charge pun dah cukup dah kot. Inilah kepoweran dan kehebatan bateri Huawei Mediapad M3 ini.

huawei

Harman Kardon nie bab-bab sound sistem memang dia nombor 1

3. Dilengkapi sistem bunyi Harman Kardon

Selalu kalau bercakap pasal tablet, satu perkara yang mengecewakan ialah kualiti bunyi. Selalu akan ada komplen sound tak berapa jelas, sound pecah, volume kena sentiasa di paras maksimum dan sebagainya. Dengan Huawei Mediapad M3 ini, korang confirm akan berpuas hati dengan kualiti bunyi yang dihasilkan. Teknologi Harman Kardon yang digunakan di dalam tablet ini memberikan bunyi yang jitu dan tepat seolah-olah tengah menonton filem dalam wayang. Kalau tengah scene peluru bersimpang siur, sound yang keluar pun akan mengikut arah peluru tersebut. Kalau dari kiri sound akan keluar diri, kalau dari kanan sound akan keluar dari kanan. Best kan?

4. Boleh buat panggilan telefon

huawei

bergaya juga cakap telefon guna Huawei Mediapad M3 ini

Tak ke sedih bila beli tablet mahal-mahal tapi tak boleh digunakan untuk buat panggilan telefon? Lagi sedih bila kena bawak satu telefon dan satu tablet pergi jalan ke mana-mana. Dengan Huawei Mediapad M3 anda tak perlu risau sebab ia boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon. Bukan sekadar tengok YouTube, main game, layan Facebook dan sebagainya, Huawei Mediapad M3 ini membolehkan anda berhubung dengana awek/pakwe/suami/isteri serta keluarga tercinta. 2 in 1 lah kiranya. Awesome sangat-sangat.

5. Kamera depan & belakang 8 megapiksel dan storan 32GB

huawei

Kualiti gambar yang ditangkap menggunakan tablet seringkali mengecewakan kerana kamera yang disediakan tidak cukup power. Nak selfie pun malas sebab gambar selalu jadi tak cun. Tapi dengan Huawei Mediapad M3 ini, kamera depan dan belakang 8 megapiksel dilengkapkan untuk memastikan gambar yang diambil berkualiti tinggi. Itu belum kira storan 32GB yang disediakan selain boleh gunakan SD card. Memang tak akan habis memori punyalah. Ambillah gambar banyak mana pun yang korang nak.

6. Perkhidmat selepas jualan yang lengkap

Kagum dan terasa nak beli teruskan lepas anda membaca 5 ciri-ciri keawesomean Huawei Mediapad M3 ini? Abang Nara pun terasa nak beli hari ini jugak. Lagi satu yang Abang Nara tentang Huawei ini ialah “Perkhidmatan Selepas Jualan” yang disediakan oleh mereka. Kalau dalam masa setahun apa-apa terjadi, boleh dapat tukar one to one. Dalam tempoh jaminan setahun juga, pengguna boleh menghantarkan MediaPad M3 untuk dibersihkan sebanyak dua kali. Lebih dari itu, Huawei turut menyediakan talian khas untuk pemilik peranti ini, dimana pemiliknya boleh menghubungi 1800-22-0086 untuk sebarang bantuan setiap hari termasuklah hari minggu, dari jam
9AM sehingga 9PM. Memang first class sungguh? Maklumat lanjut layari (link here)

7. Promosi hebat, beli M3 4GB +64GB dapat Free-gift combo yang bernilai RM550

Dan inilah adalah kelebihan Huawei Mediapad M3 yang paling awesome tetapi untuk tempoh masa yang terhad sahaja. Sebarang pembelianHuawei MediaPad M3 versi Gold (4GB RAM + 64GB ROM model) bermula 24 Februari sehingga 5 Mac akan mendapat hadiah percuma ekslusif bernilai RM550. Hadiah-hadiahnya ialah:-

1x Premium Hi-Fi Bluetooth earphone bernilai RM299
1x Premium smart Leatherette cover bernilai RM199
1x Cleaning cloth + 1x Screen Protector bernilai RM52

Pembelian untuk promosi ini boleh dilakukan di http://www.lazada.com.my/huawei-official-store/ dan juga http://www.11street.my/store/huawei. Selagi stok masih ada dan tertakluk kepada terma serta syarat. Selamat membeli dan selamat merasai sendiri kehebatan Huawei Mediapad M3.


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...