Kelas Gitu, Perkahwinan Sheikh Muszaphar Berkonsepkan Istana Kayangan

Hiburan

Kelas Gitu, Perkahwinan Sheikh Muszaphar Berkonsepkan Istana Kayangan

gambar kawin angkasawan negara

Memang hebat angkasawan negara kita nie. Dahlah tarikh perkahwinan 10/10/2010, konsep perkahwinan Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina bakal berkonsepkan Istana Kayangan. Memang gila-gila punya grand nie. Kompem ramai yang bakal ternganga dengan kehebatan majlis tue nanti.

Advertisement

Ini ialah kata-kata Bill Bora, perancangan perkahwinan bakal mempelai nie:-

[note]Konsep perkahwinan tradisional dicampur dengan elemen angkasa lepas memberi ilham kepada saya untuk memilih konsep Istana Kayangan.

“Memandangkan tetamu yang bakal menghadiri perkahwinan itu nanti adalah 100 angkasawan daripada 35 buah negara disamping tetamu kehormat dari dalam dan luar negera menjadikan majlis ini bukan majlis biasa.

“Konsep tradisional dan elemen dongeng Melayu itu bakal membuka mata tetamu luar negara tentang kebudayaan Malaysia, Itu yang diinginkan oleh Datuk sendiri. [/note]

Selalu kami dengar konsep garden wedding, lake wedding jer, nie adalah konsep perkahwinan terbaru dan terpaling gah pernah kami dengar. Istana Kayangan tue beb. Kami rasa bakal ada bidadari-bidadari yang turun dari langit nanti. Ketua bidadarinya sudah tentu Dr. Halina. Terbang menuju ke Sheikh Muszaphar dengan penuh keayuan. Kelas gitu ~~

Semoga semua perancangan bakal berjalan dengan lancar. Bahaya jugak kalau dah war-warkan kehebatan majlis nie awal-awal. Takut kenyataannya lebih rendah dari expectation. Harap-harap biarlah semuanya seperti yang diimpikan. Kawin pun sekali je seumur hidup. Bila lagi nak wat grand-grandkan? Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...