Written by AbangNara | October 20th, 2014

Terkejut. Serius Abang Nara terkejut beruk. Ingatkan Abang Nara salah dengar apabila nama Adel diumumkan tersingkir di konsert ketujuh Akademi Fantasia 2014, rupa-rupanya itu adalah kenyataan. Adel yang jelita, cantik, suara menawan dan penuh karisma telah pun tersingkir akibat mendapat undian yang terendah pada minggu yang menggunakan teman Remy&Sally ini. Nak menangis Abang Nara dibuatnya.

adel af tersingkir

Jika anda masih ingat, pada konsert minggu ke 6, ramai yang mahukan Nina terkeluar. Namun nampak gayanya para peminat Nina di AF2014 tidak hanya lantang mempertahankan pelajar tersebut, malah amat giat mengundi. Seperti yang kita ketahui, keputusan Akademi Fantasia 100% bergantung pada undian. Walaupun di alam maya Adel sering mendapat pujian, namun nampak gayanya ia tidak diterjemahkan menerusi undian. Tak boleh salahkan pengundi jika mereka tidak mengundi berdasarkan kualiti kerana itu adalah duit mereka. Suka hatilah mereka nak undi siapa kan?

adel af tersingkir

Di laman Facebook Akademi Fantasia sudah mula kelihatan para peminat Adel yang mahukan AFMASUK diadakan. Adakah ia satu tindakan yang wajar? Hmmmmm. Menilai dari segi bakat, memang wajar Adel dimasukkan semula. Namun jika masuk tetapi terkeluar balik kerana undian yang tidak mencukupi, terasa pembaziran pula kan? Apa pun, AF2014 memang penuh dengan kejutan. Yang berbakat tersingkir awal, yang kurang berbakat masih bertahan. Segalanya di tangan anda. Undian anda yang menentukan. Sama-sama kita nantikan konsert ke 8 AF2014 minggu ini untuk lihat siapa yang bakal tersingkir.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 responses to Kejutan Minggu Ketujuh #AF2014, Adel Tersingkir

  1. student uitm says:

    HA HAHAHA….strategi bengong astro….K..bye

    0

    0
  2. fun club anti ayu rodoh says:

    nampak tak permainan astrok???bangang kan???aku xpenah undi sapa2 pun just tengok je bg mengisi kekosongan di mlm hari…huhu

    0

    0
  3. makjemah says:

    NAK BUAT AFMASUK LETTEW. BOOOO ASTRO DAH TAU PERMAINAN ANDA!!!!! TOLONG LAH ADEL PALING BEST KOT. ADA RUPA PULAK. MUSTAHIL LA DIA KELUAR. MCM LINDA NANUWIL LA NI ADA AFMASUK. EMMM

    0

    0
  4. Miss Mong says:

    aku tertunggu2 aman yg terkeluar…x sedap langsung!

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ko tau xpe knp la si aman tu ada lg…bila la ko nk berambus…..please laa sapa la bodoh sgt undi is aman tu….buat mata pekak telinga agaknya pengundi aman ni

      0

      0
  5. jejah sendat says:

    tolonglah kluarkan NINA tu…pleeaasssseeeee….

    0

    0
    • akusukadia says:

      aku agaklah kan..kan3..nina ni akan jadi umpan macam nabilah af2013..yang mana dia dapat undian paling tinggi (mungkin sbb family kaya) walaupun nyanyian ke laut.. astro akan keep dia untuk dapatkan pulangan modal/ hadiah final nanti…
      yang bakat bagus2 ni undian rendah kalau kekalkan pun rugi la astro…tak gitu????

      0

      0
  6. JEJAHSENDAT says:

    tolonglah kluarkan NINA tuh….Pleeeaaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeelah!!!!

    0

    0
  7. liwa says:

    nape aku xleh tgok astro ria….xabis2 update…..omg omg….:-(

    0

    0
  8. nok gebuzzz says:

    bila la si azwan n nina tu nak keluar…..mcm ape jer nyanyi….keluarga azwan n nina mmg nak sgt dyorg jadi artis…tu yg undi berabis duit…nnty jadi la mcm faizal af4 dulu..bapak gadai tanah,last2 skrang mana faizalnyer?

    0

    0
    • Kakiwayang says:

      haha….betullllll tu….lenkali nak masuk af peserta2 semua buat financial planning dulu, setiap minggu nak abes berapa, nak buat loan ke, cari sponsor ke..nanti dah jadi artis janjikan return on investment…..so AF dia ke arah benda2 macam ni…bukan seni suara dah..

      0

      0
    • xyz says:

      Haaa…tau takpe..Azwan Nina Aman patut dah terkeluar awal2 lagi..suara biasa2 je..Setakat menang dalam AF tu blom tentu diorg boley survive kt luar nanti..hope Ewal Firman Nuha & Adel masuk final…tapi Adel da terkeluar…sob sob sob T_T
      duniawi semua ni…

      0

      0
      • kuning says:

        Kalau Ewal yang yang dapat undian tertinggi aku sokong…kalau Azwan hancur….Tapi adel tak sepatutnya terkeluar….Nina dan Aman sepatutnya terkeluar..

        0

        0
  9. ck says:

    tgk the voice lg best…

    0

    0
  10. imgur says:

    Enterprises having a large website with a lot of traffic influx will require the reseller hosting
    package. Good providers instead hire highly trained specialists from their own country to ensure you receive the specialized
    care you deserve. There are thousands of web-hosting service providers and all of them claim
    to be the best.

    0

    0
  11. nedim says:

    suara paling sampah nina and aman. still bertahan? another failure for AF. bukan quality yang diutamakan. sedih.

    0

    0
  12. damia says:

    Sape la juri yg pilih si Nina & Aman nih…mnyanyi mmg out. Nina tu pelat mat salleh la sgt. Sorry to say…suara mcm Azwan, Adel, Zarif berlambak kat pasaran, walaupon mmg bole mnyanyi. Industri kat Malaysia ni mmerlukan pelapis bagi Anuar Zain, Shiela Majid, Siti Nurhaliza, Jac, Ning Baizura…tp kita asik2 dihidangkan dgn suara & muzik yg sama sjak dulu. Tengok APM tak? Tgk artis & suara penyanyi dari Indon, Tulus?Walaupon bbdan besar..tapi suara power. Tgk Afgan, Chakra Khan, Agnes Mo, Sean (Indonesia Idol) – sekdar mnyebut bberapa nama…dorang muncul dgn genre muzik, suara yg berbeza! Kita…asal suara serak je, kkonon rock kapak..try le muzik jazz tgk. Kita ada pnyanyi llaki yg baik mcm Bob AF tapi dh senyap sbb lagu yg tak sesuai. Syg bakat yg bagus tp tenggelam. Pilih la komposer dari Indon, mcm anuar zain…sure lagu best dgn lirik/bahasa yg simple & indah. Kita punya lirik skrg…tunggang langgang ayat BM… lagu2 Shila Amzah, lagu terbaru Hazama-Malaikat….tolong la…Psl tu klau nk bwa muzik kita ke Indon…dorang mmg selektif sbb bukan saja pasaran dia besar, tapi suara & lagu mcm penyanyi yg kita ada skrg…dorang ada melambak. Tolong la singkirkan Nina…aku malu nk tgk Konsert AF mcm ni…tapi aku terpaksa gagahkan diri sbb nk tgk Nuha & Ewal je.

    0

    0
    • lia says:

      setuju..

      yang ada kualiti cuma nuha & ewal je.. yang lain.. ke laut..

      0

      0
    • mimimimimimimimi says:

      ada yg aku setuju dn ada yg x.
      berlambak je suara mcm siti nurhaliza dn berlambak je suara mcm ning baizura. mana ada tak ada, pelbagai suara dan genre ada kat malaysia ni.
      pelapis anuar zain?pls ckup sorang dua, terseksa org nk dgr suara mcm anuar zain tu.
      Sbnrnya selain suara, lagu dan karisma memainkan peranan penting.
      kalau suara unik dn sedap pun, klu lagu ke laut, karisma x ada, disiplin dn usaha ke laut, wartawan dn peminat menjatuhkan(rata2 kat malaysia ni ramai),
      memang x ke mana jgk..lagu tu lah yg mula2 menarik minat org dan yg mengekalkan minat tu ialah suara,karisma,perangai,media.

      0

      0
    • selitashima says:

      Nuha ade kualiti????oh pleasela….x habis2 nk meneran..rosak lagu p ramlee…nuha ko mmg sedeyyyyy…xde maknenye suare bole jual…mmg rosak laguuuu….

      0

      0
    • peanut says:

      baru nak like, nampak nama nuha trus x jadi.
      apekebendenye nuha tu best? meneran-neran. stress aku dengar.

      hakikatnya, yg bagus taun ni ewal je. yg tgl skang tu sume sekadar tempelan je. esp azwan, aman, nina!
      tak caya tgk nanti ble habis AF. tgk sape leh g n sape yg suam2 jer

      0

      0
  13. pening says:

    hambar gile la af ni…dh la sorang2 x reti nak bercakap…bile pengacare tanye soalan terkebil2 termalu2….mcm x pernah gi skolah lak…nyanyi lak 1 hal…aman nina n azwan tu tahap nyanyi karaoke je la..cm x cukup talent je…nuha n firman sore leh tahan tp kadang2 terover…zarif xde sedap sgt tp nampak la die usahe x lembik mcm azwan…kalau aku jd ramli m.s pn aku hangin…asyik tegor bende same tiap2 minggu

    0

    0
  14. Kak JEM says:

    aku lupa bayar bil astro semalam , astro terus potong , tak dpt tgk semalam. Iskh , tgk tgk episod ni paling drama! Melepas!!

    0

    0
  15. puteri says:

    aku harap sgt azwan, nina, aman keluar tapi yg x seberapa inilah yg akan sampai ke final…AF oh AF…kesiaaaaaaaan

    0

    0
  16. Jundira Atiye says:

    . wajar ke adel trsingkir sblum #Af2014 sparuh akhir ni ? Tak wajar kan .
    Syang nye adel ni out :( . Voice Adel ni hebat tau . Aman tak best pun suara die ..

    0

    0
  17. asiah says:

    Memang betul2 tak adil. Adel suara dia sangat sedap wlaupun ada kurang cket2. Tp tersingkir jugak.. dan Kenapa nina maseh bertahan ea., betul2 xpuas hati..hope nuha dan ewal boleh ke final.. yelah kita mn ada duit bnyk nk undi., klaulah undi tu free dah aku nak undi adel , nuha ngn ewal ni…, betul3333333 x puas hati…

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      minah tudong yg pakai baju itam tu buat semak aje ! kenape dia tk terkeluar dari Af ? suara dia bagos sangat ke ? kate suara tu aurat…emmmm apeeee nk jadi ngan minah2 tudong sekarang ni ROSAK !!

      0

      0
      • minah violet says:

        ko hengat ko santek minah jambu merah biru? sibuk ngan aurat orang ko tu pakai telekung doplah mpat jam ke? ke ko lelaki bslindung d sbalik nama wanita? ouff. ngeri mak

        0

        0
      • Anonymous says:

        watch your mouth, pondan! merah jambu merah biru!

        0

        0
      • asiah says:

        Woii. Cik minah jambu batu ais kacang.. ni tetiba nk tunjuk baik kenapa?? Kenapa boleh awak mention minah tudung rosak?? Rosak sangat ke dia masuk af???? Dia xda nyanyi je kan.. bukan buat projek ngn sesiapa.. dosa dia tu biar dia ngn allah sahaja .., kita xda hak nk kritik … entah2 dosa u lg teruk dr dia… watch your word…

        0

        0
  18. Lucy says:

    Apapun boleh terjadi…tidak apa lah Adel terkeluar, undian tidak memihak kepadanya. Nyanyiannya baik, Dato’ Hattan mengakuinya…untuk pelajar AF yang lain teruskan berjuang buat yang terbaik…siap kita menidakkan/ mempersoalkan undian mereka. Setidak-tidaknya mereka masuk AF…tetap boleh@ ada asas menyanyi…cuma perlu digilap/diajar oleh guru-guru…

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Tak suka Adel, suara biasa2 je but her personalititi totally out …. BLURRRRR BIMBO

    0

    0
  20. Anonymous says:

    adel, nuha, firman, ewal best! should be in the final! pasti meletop konsert akhir dengan suara mereka!

    0

    0
  21. Anonymous says:

    status undian Azwan AF meragukan!
    boleh pulak dia buat muka belagak diva setiap minggu apabila status undian diumum..
    ko ingat undian ko tinggi, ko hebat? diva la sangats.. oopss sorry diva AA.. amboi3..

    0

    0
    • auditor says:

      Mana tidaknyer boleh duduk kt atas.., seminggu melabur beribu2 untuk dia sorang.,lau sebulan..,cuba kira lah..

      0

      0
  22. bulibalik says:

    Actually suara FIRMAN la yg paling unik antara smua klu nk lawan dgn muzik indonesia FIRMAN bole dbawa ketengah gelanggang jika kena dgn komposer n aliran muziknya suara azwan ok but xfactor tiada

    0

    0
  23. […] pemerhatian Abang Nara, Adel adalah pelajar yang berkemungkinan besar diserap semula. Sememangnya penyingkiran Adel pada minggu ketujuh telah mengejutkan orang ramai. Dahlah berbakat, cun pun cun jugak. Apa pun, […]

    0

    0