“Kejut Tidur Tak Bangun-Bangun. Rupanya Dah Meninggal”, Doktor Kongsi Kesengsaraan Anak Mati Akibat Tak Divaksin

Hiburan

“Kejut Tidur Tak Bangun-Bangun. Rupanya Dah Meninggal”, Doktor Kongsi Kesengsaraan Anak Mati Akibat Tak Divaksin

Abang Nara adalah golongan pro-vaksin dan paling membenci ibu bapa anti-vaksin. Sudahlah membahayakan kesihatan anaknya sendiri, tindakan ibu bapa anti-vaksin ini turut memberikan impak kepada masyarakat. Kebelakangan ini, pelbagai penyakit seperti difteria dan tibi yang sudah lama tiada kerana pengambilan vaksin yang sempurna muncul (herd immunity) telah muncul kembali kerana kewujudan golongan anti-vaksin ini.

anti vaksin

Advertisement

Golongan ibu-bapa anti vaksin ini memang keras kepala. Walaupun sudah diberikan pelbagai fakta mereka tetap yakin dengan “ilmu” Google mereka. Mungkin selepas membaca perkongsian daripada Doktor Taufiq Razif di bawah, hati mereka akan terbuka untuk menyermpunakan suntikan imunisasi buat anak mereka. #LengkapkanImunisasi #JanganLupaCucuk

Saya paling hiba kalau ada ibu bapa yang tolak vaksin untuk anak-anaknya. Baru-baru ini saja pun, ada kes seorang ibu berusia 40 tahun yang hilang dua orang anaknya serentak akibat difteria. Penyakit ini boleh dielakkan jika majoriti ibu bapa di Malaysia bersatu untuk melindungi anak masing-masing dengan vaksin.

Pada mulanya, si abang yang berumur dua tahun yang meninggal dunia. Seminggu selepas itu, adiknya yang berumur 11 bulan pula meninggal dunia. Sudahlah meninggal dunia dalam diam saja. Kejutkan dia dari tidur, tak bangun bangun. Rupa-rupanya sudah meninggal! Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.

Bayangkan seorang ibu yang terpaksa menanggung kesedihan yang amat dahsyat ini. Bagi seorang ibu, tiada kesedihan yang lebih dahsyat dari kematian si anak. Kalau kematian suami, biasanya perempuan boleh tanggung lagi sebab suami diikat dengan ikatan akad sahaja. Kesedihan bila melibatkan kematian anak ini adalah jauh berbeza kerana anak ini diikat dengan ikatan darah dan daging si ibu itu sendiri.

Bayangkan kesalahan itu sebenarnya ditanggung oleh golongan ibu yang tidak mahu menvaksikan anak-anaknya hanya kerana lebih percayakan ‘Doktor Google’ dan ‘Doktor Facebook’. Penyakit dahsyat ini kembali merebak dengan laju di dalam negara kita ini berpunca daripada golongan ibu yang tidak mahu vaksinkan anak-anaknya.

Semakin sikit anak yang tidak divaksin dalam suatu komuniti, maka semakin cepat sesuatu penyakit itu meletus (outbreak). Selama ini saya cuma jumpa penyakit ini di Indonesia sahaja. Belum pernah lagi dengar kes difteria di Malaysia sebelum ini.

Saya bukan apa, saya pernah menyaksikan sendiri betapa seksanya pesakit yang terkena penyakit difteria ini. Cuba tengok komplikasi yang boleh muncul daripada difteria ini.

1. Saluran pernafasan boleh tertutup. Anak kita boleh mati sebab sesak nafas. Mati sesak nafas adalah mati yang perlahan-lahan dan sangat kejam! (Airway blockage)

2. Bila benda putih (pseudomembrane) dalam tekak itu tiba-tiba terjatuh dan tertelan, racun di dalamnya boleh merosakkan otot jantung anak kita (myorcarditis)

3. Selepas itu, boleh terjadi juga kerosakan saraf (neuropathy)

4. Anak kita juga boleh terkena jangkitan paru-paru (pneumonia).

Sebab dalam selaput putih itu ada toksin yang sangat-sangat mengancam nyawa si comel bila tertelan. Boleh jadi masa anak itu sedang tidur, selaput itu tiba-tiba meluncur turun. Sangat berbahaya!

Tolong, tolong sangat pada ibu bapa yang ada anak yang belum divaksinkan secara sempurna, tolonglah sempurnakan vaksin mereka. Jangan percaya pada Google atau internet kerana yang merawatnya adalah kami, para doktor. Kerana yang menyaksikan kematian mereka adalah kami, para doktor.

P/S: Anak yang tidak divaksin akan terdedah dengan penyakit yang mengerikan seperti batuk kokol.batuk seratus hari (pertussis), kancing gigi (tetanus), campak, demam kepialu (typhoid fever), jangkitan pada otak (meningitis) dan bermacam-macam lagi penyakit yang mematikan. Tolong ingatkan keluarga kita yang lain juga ya.

vaksin

Semoga perkongsian daripada Doktor Taufiq Razif ini akan menjentik hati para ibu bapa anti-vaksin. Sedarlah, insaflah dan berubahlah. Masih belum terlewat untuk anda membuat perkara yang betul demi anak anda. Lengkapkan imunisasi anak anda hari ini juga. #LengkapkanImunisasi #JanganLupaCucuk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...