Written by AbangNara | February 10th, 2014

Kalau anda pengguna tegar Twitter, pastinya anda mengetahui tentang kontroversi yang melanda pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham dan pengendali akaun Twitter @twt_filem. Agak menarik juga “perbalahan” yang terjadi di antara mereka. Pertelingkahan ini menarik perhatian ramai pengguna Twitter sehingga ada yang menyatakan Ahmad Idham tidak boleh menerima kritikan.

ahmad idham kritik

Malah Ahmad Idham memanjangkan lagi kontroversi ini apabila menulis beberapa “tweet” yang seolah-olah menghina mereka yang di sebalik @twt_filem. Apa yang dapat Abang Nara simpulkan ialah bagi Ahmad Idham, kalau kita tak pernah buat filem atau tak terlibat dalam industri, kita tiada hak untuk membuat kritikan terhadap mana-mana filem.

ahmad idham kritik

Namun benarkah Ahmad Idham tidak boleh dikritik? Persoalan tersebut dijawab oleh Ahmad Idham menerusi Pancaindera semalam. Kata Ahmad Idham:-

Pelik juga kalau dikatakan saya tidak boleh dikritik. Kalau benar seperti yang dikatakan, saya tidak akan berada di tempat sekarang. Secara jujurnya kejayaan yang saya tempa ini dibina daripada kritikan rakan-rakan media dan peminat yang dijadikan semangat serta dorongan untuk saya berjaya dan berada di tahap ini.

Saya berharap peminat meneliti secara mendalam komen-komen balas saya itu lebih menjurus ke arah membetulkan provokasi dan kenyataan salah yang datangnya daripada komen ahli akaun Twitter tersebut.

Saya secara terang mengatakan, jika ingin menjadi pengkritik, jadilah pengkritik yang bertauliah seperti pengkritik di media arus perdana yang mendapat pendidikan dan pentauliahan.

Situasi sekarang adalah kita berdepan dengan pengkritik yang tanpa kita ketahui asal usul dan pendidikannya, juga berselindung di sebalik akaun Twitter yang sering melontarkan kritikan dan memberi kesan negatif kepada pembangunan industri filem.

Kini kita berhadapan dengan senario yang cukup berbeza. Kita berhadapan dengan pengkritik yang kurang matang serta kurang mendalami bidang perfileman. Yang lebih kritikal mereka berselindung di sebalik akaun-akaun Twitter juga media sosial. Kita semua boleh mempertikai mengenai keikhlasan dan kejujuran mereka yang kita tidak kenal ini. Boleh saya katakan kita sedang berdepan dengan situasi di mana â??ibarat baling batu, sembunyi tangan.â?? Saya cukup gusar dengan apa yang terjadi sekarang tambahan media sosial mampu memberi persepsi yang cukup kuat

ahmad idham kritik

Sebenarnya panjang lebar lagi penjelasan Ahmad Idham yang diterbitkan menerusi Pancaindera semalam. Pada pendapat Abang Nara, di dunia serba moden ini, semua orang bebas meluahkan rasa hati mereka. Katakanlah anda pergi menonton sebuah filem, dan anda luahkan rasa gembira/sedih anda dengan kualiti filem tersebut menerusi Twitter, adakah itu satu kritikan yang tidak munasabah? Ia adalah satu pendapat dan tak semestinya pendapat tersebut betul. Apa pula pendapat anda? Info asal AstroAwani.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

74 responses to Kejayaan Yang Saya Tempa Dibina Daripada Kritikan – Ahmad Idham

  1. Olga says:

    FIRST

    0

    0
    • Anonymous says:

      2nd! olga ade masalah jiwa hari ni?

      0

      0
      • Anonymous says:

        pengkritik bertauliah katanya! halooo klu x org makangaji ni beli tiket cite bodoh ko, ko pun x kemana… yg org makan gaji pun bodo pegi tgk citer dia satu hal jugak la,aku, jgn kata nak beli tiket, nak download free pun aku x ingin cerita dia ni!

        heloooo semua pembikin filem bodo, pengkritik paling bertauliah korang ialah kami ni, penonton! sbb kami yg bakal beli tiket wayang cite korang tu.. puiiiiiiii

        0

        0
        • Anonymous says:

          nara.. nak cerita pasal dona danish & nedims kat Bali plaease.. diorg ke sana sempena kawen ala2 bali sepupu nedim rasanya.. sambil bertandang sambil bercuti di tepi pantaiiii.. so sweettttttttttttttttttttttttt.. tp rayqal demam.. huhuhu..

          0

          0
        • BUNKFACE NO.1 says:

          berjaya sgt ke filem Ahmad Idham ni ?? ada tayang kat negara luar ker ??
          setakat filem syok sendiri kau tu boleh jalan daaaa, memang kau ada keluar byk filem tapi sikit pun x membantu industri film kita, dari aku tgk filem kau..baik aku tgk citer Tamil, atleast terhibur jugak drpd tgk filem sendu Ahmad Idham yg syok sendiri, filem kau tu tak best langsung…ke kau tak pernah tgk filem kau sendiri sebelum tayang, ni kes syok sendiri lah ni ingat filem dia bagus sgt, puiihh !

          0

          0
      • Yentz says:

        Masalahnya betul ke ko berjaya? Macam syok sendiri je.. Kahkah.. Filem macam taik ada hati kata berjaya. Puiiii

        0

        0
  2. Anonymous says:

    Jangan ingat hang tu tgh belajaq untuk amik Phd, hang dah pandai sangat Ahmad Idham.
    Yes, you have produced and directed films but sorry to say…your films are very tasteless, tacky and trite. Langsung tak dak elemen yang mencabar minda penonton. Filem hang masih kat situ jugak tak dak perubahan…at least KRU berani bawak pembaharuan. KIL dan Bunohan adalah filem yang pada aku sangat bagus dan mencabar minda walaupun bajet tak besar.
    Ko tu kena buat research banyak-banyak lagi and bentang papers kan conference oversea banyak-banyak baru boleh mengaku kau tu pandai. Setakat PhD pun masih dalam proses, tak payah la tak pukul canang sana sini..

    0

    0
    • Kiki says:

      Industri hiburan ni pelik.
      KIL, Bunohan, Vikingdom, PGL,
      semua hebat siap menang award, tapi pungutan tak seberapa.
      Yang cerita simple je lagi banyak sambutan.

      0

      0
  3. Peminat Tegar Filem says:

    Kepada rakyat Malaysia, jangan beri kritikan kat laman social. Hantar surat direct to the produser ataupun director. Buat copy, jangan lupa. Pastu anta copy kat newspaper. Orang otak cetek je yang kritik kat social media ni. Peace yawll

    0

    0
    • Anonymous says:

      masalahnye ko pun otak cetek jgk sbb komen kat sini..

      0

      0
      • Peminat Tegar Filem says:

        Anon : Jangan jadi ‘dungu’ ye. Jika sy tak comment kat sini, org otak cetek mcm awak takkan perasan. LOL!!! Btw, sy salah seorang orang Malaysia yang tiada social media acc. LOVE ALLAH..Selamat beramal..

        0

        0
        • Anonymous says:

          ecehh.. dah panggil org dungu, kaver line LOVE ALLAH… ada masalah identiti? takde social media tapi baca beautifulnara? sakit jiwa sgt namanya ni..

          0

          0
        • Kaki wayang says:

          Ni Ahmad Idham ni, kalo betol ko bagus la tuh crita kau semua mcm taik

          0

          0
        • lalalilylala says:

          kantoi ni ahmad idham ehh. kantoi kantoi. ahaks

          0

          0
        • kak anon says:

          Macam buat teruk ja nak buat Surat bagai.
          Anyway tgk tweet fauzan tu xnampak macam kritik menghina pun.
          Tapi klu dah Ahmad idham tu terasa, jawab la dengan cara orang baca pun rasa respect ngan dia, ni, jawab macam, entahlah.

          0

          0
        • Peminat Tegar Filem says:

          Typical Malaysian People will dislike my comment..chiaoooooo….and boo…………(panjangkan sikit bunyiknye tu) hahahaha to all of you yg comment.adios amigos

          0

          0
        • Anonymous says:

          poyonye peminat tegar filem ni…….

          0

          0
  4. betik says:

    bodoh idham ni..

    kalau hanya org yg terer dlm bidang filem je bleh jd pengkritik maka hanya org yg ijazah dalam perfileman je bleh g tgk wyg.

    kita yg org biasa ni telan je lah movie2 yg disuapkan pada kita dgn rasa puas hati tanpa perlu mengkritik atau memberi pendapat.. sbb kita ni dikatakan x bertauliah.

    0

    0
  5. Hati Panas says:

    woo mat dham.
    moh ler mancing.. bg hilang stress tu.. jgn pening mlayan twitter tu..
    biase la.. manusia mne pnah puas hati.. jom ke kolam.. kerapu menunggu tu..

    0

    0
  6. ... says:

    amende citer panjang2 nihh… ?? next

    0

    0
  7. orgbunian says:

    apa laa sangat pasal filem melayu nih..kalau x leh nk dikritik secara langsung..
    to ahmad idham, amiklaa cabaran untuk menguji minda bagi mengeluarkan filem yang berkualiti..
    jangan laa cepat melatah dengan komen2 di media sosial, menampakkan ketidak matangan dan kebodohan diri sendiri sahaja.mereka di media sosial lebih cerdik pandai mengukur tahap filem dan ayat2 yang dikeluarkan.
    muhasabah diri..setiap org melakukan kesilapan,..dan kesilapan itu harus disedari dengan semangat untuk memperbetulkan diri.

    0

    0
  8. Amir Khalis says:

    ada benarnya tweet mereka
    saya menunggu filem Malaysia yang sehebat Hollywood dan seseronok Bollywood :)

    0

    0
    • dfg says:

      mimpi je laaaaaaaaaaaaaaaaaa… aku tak pernah tengok filem malaysia sejak aku form 3.. tak de classssssssssssssssss

      0

      0
  9. modjo says:

    apa yg ahmad idham cakap ada betulnya……cuma bagi aku dia kena bijak sket la classified kritikan ……kritikan dari org industri yg bertauliah atau dari penonton…..sbb bagi aku dua2 jenis kritikan penting.

    kena bijak sikit la handle….nak emo buat apa.

    0

    0
  10. Mojako says:

    Para produser Malaysia,stop buat cerita yg shoot kat overseas!!!!!!!!!!!!!!menyampah aku tengok.pastu ckp modal sikit, mcm mane nak buat filem berkualiti.haktuiiihhhhh.byk ceruk kat Malaysia ni boleh buat tmpt shoot.lg 1,kerajaan kata thn ni thn melawat Malaysia,tp retis Malaysia yg eksyen melangit sibuk bercuti luar Negara.ooppppsss,lupa.menteri pun sama.renung2kan dan selamat beramal.

    0

    0
  11. […] Kejayaan Yang Saya Tempa Dibina Daripada Kritikan – Ahmad Idham […]

    0

    0
  12. fairus sulaiman says:

    hahahaha .. sentap ke bro idham ? nmpak sgat butthurt biler org kritik dia ..

    0

    0
  13. bobo says:

    produser2 film kat malaysia ni igt dorg je yg kuar duit buat film,, dorg igt kita tgok film free ke? hasil duit kita jgk dorg wat modal balik…
    mohon produser2 malaysia buat film pastu sendiri g baris n bayar teket wyg, sendiri g tgok, sendiri g kritik, sendiri g kira untung, sndiri g wat modal dr keuntungan pastu buat film lain plak smpai korang meninggal.

    0

    0
  14. moroq says:

    hebat gak ahmad idham ni jmpa tweet yg tak ditujukan utk dia (tak mention dia guna @ or #). msti dia rajin search sesiapa yg mention dia kat twitter. search results show semua even yang tak ditag/dimention.

    kaki media sosial!

    0

    0
  15. sepah says:

    malas nak bace..pjg naaaaa

    0

    0
  16. bCaiman says:

    Siapa tak bengang bila ditegur di laman sosial, dimana semua orang boleh baca dan teguran tu pula betul-betul kena atas muka dia.

    Rileks, dia tu lelaki. Saja lah nak jaga ego tu. Saya percaya, jika saya berada di tempatnya pun, at least saya akan kata “Kamu tak tahu apa-apa jadi jangan berlagak serba tahu, budak mentah”.

    Apa pun, semua filem dia semuanya SAMPAH YANG MEMBEJATKAN MINDA!
    DIsuruh tengok free pun saya tak nak tau!

    *Filem Bunohan jauh lebih baik dan berisi (yang tak baiknya sebab dedah aurat)

    0

    0
  17. kulai johor says:

    Takde apa nk dibangga kan Idham. Industri filem Msia takde class, tak de masa depan dan semua pelakon nya yg tak de bekalan ekonomi bidang lain di jangkamasa panjang akan mintak derma juga akhirnya. Pelakon perempuan hari2 dikutuk dihina dek masyarakat perihatan kita utk bertudung….itu sudah tanda2 kiamat filem Melayu. Kalau dah semua bertudung…cerita apa yang boleh mereka berlakon lagi? Malah menurut Melayu kita, perempuan tu Haram buat lakonan, nyanyian…bergaul bkn muhrim….so, melingkup la industri filem kita.SEKIAN

    0

    0
  18. Anonymous says:

    korang ni betol ape ahmad idham tu cakap, kita ni tak tahu silok belok filem, yang orang tu komen tanpa ada ilmu didada buat apa…

    0

    0
    • Anonymous says:

      lain kali bua filem utk org yg tau selok belok filem je tengok.. senang.

      0

      0
    • abu says:

      tp sy bayar utk tgk filem…kalau yg tk best sy berhak komen tk?kalau penonton langsung tk berhak komen krn kami bkn org perfileman yg tk berilmu makanya jangan minta penonton mcm kami ni utk bayar n tgk hasil anda…tayang je filem2 tu pada org PHD2 ni…mrk kn lebih layak dari kami yg membayar ni…anda ckp apapun akhirnya yg anda pentingkan adalah keuntungan filem tersebut kan kerana anda juga seorang peniaga….bila org makan gaji mcm kami ni tk tgk filem anda maka ada job lagi ke utk anda?

      0

      0
  19. bobo says:

    sbenarnya producer kat malaysia ni mcmni, dorg nk buat film, dorg nak malaysian sokong filem tempatan.pegi beli tiket kat mbo, gsc mahal2, msuk pastu tonton je, best ke tak best, tonton je tanpa perlu cakap apa2..maybe kalo best, boleh ckp best, kalo tak best jgn ckap apa2…hehe btol tak bro idham???

    0

    0
  20. Putri says:

    Relevan lagi ke Ahmad Idham ni? Movie dia kalau bagi free pun aku taknak tengok. Download apatah lagi, bazir quota internet aku je. Ye la Ahmad Idham oi. Kau buat movie pastu tengok berdua jela dengan David Teo tu yeee. Lol.

    0

    0
  21. Mawar Desa says:

    idham, hidup jgn menongkat ke langit, kelak tongkatmu patah, baru ko tau langit tinggi rendah….

    setakat hasilkan filem2 tahap sampah sarap, ko takyah nak sombong & angkuhlah. lagipon industri filem kat m’sia ni dah nak mati & lingkup….zaman ni org dah tak gi nengok filem kat wayang, semua main download jer

    0

    0
    • Anonymous says:

      Download free pun aku x selera nk nengok filem dia ni…ade bt filem ke die, x tau menahu aku…Filem2 P Ramlee jg yg BEST spnjng zaman!

      0

      0
  22. entahlah says:

    entahlah..terus terang aku cakap.. memang aku jarang tgk cerita melayu… tapi aku faham kenapa ahmad idham tersentap:- sebab dia dah lalui macam- macam demi nak keluarkan sesebuah filem (kualiti atau tak kualiti). Jadi mungkin dia rasa kita hanya lihat dan komen.. bagus kalau kita komen demi menaikan industri kita… tapi komen kita kadang2x down kan orang xelok juga kan. Apa yang penting…. kena sama- sama buka meja..kaji kelemahan yang ada dalam industri kita… kejar keuntungan aje ke? atau cari penambahbaikan….untuk tingkatkan mutu kita

    0

    0
  23. Pa_Chitaa says:

    Aku rasa si Ahmad Idham ni, keluarkan cerita pakai duit sendiri, beli semua tiket wayang sendiri, tengok cerita dia buat sendiri. Sebab tu dia marah kalau orang kutuk hasil kerja dia yang berseni tu. Dah macam syok sendiri dah dia ni.

    0

    0
  24. kapit says:

    alahai si mamak anney…

    REALITY CHECK
    1.FIlem kau smua syok sendiri..syok sama2 pelakon sama2 pengarah…korang jah rase filem korang best tapi reality,rakyat marhaen dah tercirit nk hadam crita tacky/cliche kau..

    2.Pelakon yang kau duk sembah ratu smua kayu kayan..especially the one and only LISA serikayu..tgk dia blakon mcm tengok tunggul kelapa di daerah Rengit..

    3.phD yang xsiap2 lagi tuh x yah duk kencang sangat la….Newsflash!Sape2 boleh wat phD sekarang kalau ada rm 20K+ ..xyah duk canang sini sana la… kau merendahkan value para dr falsapah yang berguna yang lain..

    4.Rakyat malaysia dah muntah oren tgk crita2 cinta khinzir…bosan amat..try focus satu subject yang serius cam jenayah terpencil/penyakit ..aku nak jer cerita yang ada scene kotor2 lumpur yang dilakonkan olhe plakon cam neelopa/izara ke..baru mencabar pelakon/pengarah….NI x smua scene ala2 comel bercinta sambil kulum lollypop..bosan f.

    sekian..sila sentap ahmad anney idham kalo kau baca…psssss burn..

    0

    0
  25. lily says:

    aku setuju bila ahmad idham ckp “selagi awak x prnah kluar duit sendiri utk terbit filem”

    sbb almost sume penerbit filem 1 je gol dia –> $$
    so, buat apa kuarkan citer berkualiti tp xde org nak tgk..

    kalo org lg byk tgk cite KL GANGTER berbanding cite PAPADOM 2, buat apa dorg produce cite mcm PAPADOM lg? so, kuarlah cite gangter the series yg berlambak2 kat psrn..mcm tajuk dorg ubah..tp sume cite sama sja..yg peliknya, producer masih boleh kaut untung dr cite2 recycle mcm tu..

    pndapat aku, kalo kita nk ubah kualiti filem, kita kne la ubah taste kita dulu..kalo x suke, jgn tgk cite ni kat wayang.. mcm papadom n lemak santan ape ntah..barulah dorg tahu taste org malaysia skng dah berubah.. then, dorg akn ubahlah kualiti filem.. (itu pun kalo dorg nk ubah kualiti la.. silap2 ubah genre je..kih3)

    0

    0
  26. bukan pengarah syok sendiri says:

    minta tolong en. hassan muthalib, mansur puteh, ajami hashim dan lain2 pengkritik filem yg berilmu kritik filem / drama pengarah ni. setakat kira juta2 masuk kalau boxoffice baru anggap filem bagus, itu saja tahu? org tak bikin filem pun tahulah mana filem bagus, mana filem bodoh, atau memperbodohkan penonton, yg entah apa2.

    balik2 filem hantu, gangster dan lawak bodoh-itu saja mungkin kebanyakkan pengarah filem local boleh buat? maka sampai bila2 pun tahap intelektual penonton filem tidak akan berkembang. pengarah ni boleh buat filem mcm Bunohan? buat satu tengok…

    glamour saja lebih tak guna,akal tuhan bagi guna, utk membina bangsa dan jatidirinya. dengar cerita sesetengah filem melayu ni SKRIP pun tak ada!! ini paling asas. mana boleh turun shooting baru nak terhegeh2 fikir skrip-punya lah teruk!

    0

    0
  27. Zain Sardin says:

    pasni kalo nak nolong industri jgn pikir buat filem nak untung jer yer amad ayam, sama la ko dgn david teo tuh buat citer2 sendu mcm tu ker nak tingkatkan mutu film kita?

    0

    0
  28. hoho says:

    Dia berjaya tp berjaya ke filem dia?ke laut jugak rasanya..hahaha.

    0

    0
  29. pah bedah yo says:

    filem melayu yang sukses boleh bilang berapa kerat yang penting bukan filem dari pak deham.. ni la org yg xboleh dikritik

    0

    0
  30. pagi-pagi buka beautiful nara says:

    Kenapa Abg Nara jarang updated blog dah nowadays?

    0

    0
  31. Mirai Suenaga says:

    Kawan tu tweet sekali je, pesal ahmad idham tweet berbakul-bakul?

    0

    0
    • Kanji says:

      Ada je dia reply lagi lepas tu, dan orang lain pun ada menyampuk. Tapi banyak yang Ahmad Idham tweet sendiri sebab masih tak puas hati.

      0

      0
  32. Anonymous says:

    apepun,ahmad idham dah cuba buat yang terbaik…untuk negara mahupun bukan kat luar negara,,,dari xde siapa yang nak memeriahkan lagi industri,,,,apepun ahmad idham terlalu bijak menyuarakan pembalasan kritikan orang yang suka-suka cakap kosong…

    0

    0
  33. Kanji says:

    Nasib baik lah aku tak tengok filem2 yg Ahmad Idham buat, so suka hati engko lah Ahmad Idham. Kau nak teruskan buat filem yang tasteless, teruskan lah. Tapi lepas tu jangan marah kena kutuk dengan org yg bazirkan duit diorang tengok filem engko.

    0

    0
  34. tukang tengok says:

    Sebenarnya kat Malaysia nie….habit yang suka mengkritik yang tak membina …yg komen bodoh dan hentam orang lain …. sesungguhnya kita nie cakap semua pandai semuanya bijak….yang tukang hentam orang pun dengan bangganya hentam orang membuta tuli……cuba suruh diorang nie buat ,boleh ke buat macam orang putih tu…kalu buat pun yang negatif menjadi le gamaknya…..hadoi….pening aaaaa….

    0

    0
  35. Melati says:

    Nasib baik saya tak tgk cite Melayu,…saya tgk citer P Ramlee jerrrr….tak jemu2……so tak tahu aper nak komen.

    0

    0
  36. abang cute says:

    yang penting Abang Cute bayar duit tiket wayang nengok cerita yang Abang Cute minat saja…..lantak korang lah nak gaduh apa….kalau dah memang jalan cerita tak best…idok makna la aku nak buang duit tengok….

    0

    0
    • Seman BLM says:

      masalahnya abang cute, beza movie dengan produk2 lain ialah kita bayar dulu baru kita tahu apa yang dihidang….peratusan nak kena tipu tu tinggi, lagi2 yang trailer cambest tapi last2 ntahpape…

      banyak kali dah kena….so orang cam aq trauma nak beli tiket filem melayu…

      akibatnya, ada filem2 yang sebenarnya best pun kita dah takut nak beli takut kesan dari pengalaman lalu…cewahh…

      0

      0
  37. Melati says:

    last saya tgk citer Melayu citer Zaman Azura dan Ali setan …P Ramli no 1…pastu citer melayu hampeh citer koling lagi best..

    0

    0
  38. Melati says:

    Yg rosak kan Filem melayu ni adalah FINAS filem2 kualiti dia tak calon dlm anugerah Filem2 yg pandai bodek Finas calon kan contoh…Filem2 Yusof Haslam buat aper pun semua lepas…Finas2 memang ko dasar rosak kan Filem Melayu yg kualiti…satu hari nanti cucu cicit kite akan ketawakan kita sebab tgk filem2 melayu yg Finas pilih cam gampang….saya berani jamin kalau letak Chef Wan dan Raja Azmi dan Fauziah Ahmad Daud Filem2 Melayu boleh diselamatkan dari pupus……..Finas jgn lah pilih kasih ,yg menggong tu lepaskan lah jawatan, jgn lah nak tamak bukan boleh pakai pun duit dlm kubur? kalau tinggal kat anak yg baik ok lah tapi kalau tinggal kat anak yg tak kenang jasa watper?.. Finas2 bila nak pupus.

    0

    0
  39. tweet-tweet says:

    Saya ada juga tertengok drama Ahmad Idham ni meroyan kat twitter sbb saya follow acc twt_filem ni. Act, budak tu cuma suarakan pendapat & bukannya kritikan. Satu lagi, pada hari tu juga budak tu mention Ahmad Idam & mintak maaf tp nampaknya Ahmad Idham yg masih meroyan ntah apa2. Lepas tu tweet “ternanti-nanti tweet bodoh dari twt_filem” padahal orang dah x cakap pasal dia pun. Not sure sapa yang bodoh skg ni. Siap masuk berita yuuuuu.. hahaha

    0

    0
  40. sesapejelah says:

    agaknya kite ni sebagai penonton dan peminat artis ni da xde hak nak bersuare untuk kritik movie ke artis ke…bile cakap skit trus kena hentam….xkan la seme bende yang xbtol pun kite nak sokong….kite pun sebagai penonton penyumbang kpd industri seni jugak…..pkir la bila buat promosi mivie ckp berbeza la dr yg laen la tp last2x same je……

    0

    0
  41. orang_penting says:

    pada aku….lagi byk si idham ni berckp atau tulis ..lagi dia yg nampak bongok…relax la….nape ko gelabah sgt ni idham oii…sian…

    0

    0
  42. mamat says:

    takburnya….
    nnt dikata plak aku xlayak ckp kat dia takbur…hehehe

    0

    0
  43. anonimus says:

    18riusly, filem ape yg ahmad idham penah buat weh? aku kali terakhir tengok dia dalam cerita cinderella. kita memang dijodohkan bersama dengan haliza misbun

    0

    0
  44. buang karen den jo~~~~ says:

    cukup.. cukup.. sudah~~~~ last year dh tobat ler kononnye dr tgk citer myu malaysia tp tergerak lk ati nk tgk kami histeria sbb tgk the making of cm lain dr yg lain jer… cm best jer.. TAPI sangkaan den skali lg meleset.. cm haram jadah la kau org buat filem!! takat cerekarama je lh filem kau org tu sedar tak???? mmang tobat dh pasni tgu raye jer or tgk the making of jer sbb confirm part kt the making of tu jer yg gempak nye pn.. bgi blk duit aku, 1 adult 3 child !!!!

    0

    0
  45. BUnga terataI says:

    daripada aku minat kt ahmad idham ni terus jd benci! menyampah

    0

    0
  46. tipah says:

    Hi mad deham… ko layak berlakon spanar jaya je la

    0

    0
  47. yahoo says:

    org tu tweet 2x jer.. si a.idham ni duk meroyan balas tweet punya byk… pastu xterima org ckp xbole terima kritikan… dh meroyan tweet ckp melalut ke laut… perangai & hasil filem same jer… ke laut!!!

    kene komen skit… anggap org xkuar duit buat filem xlayak komen.. xperlu crite di media sosial… tp nnti nk promo filem baru… haaa media social ni jgk duk meroyan panggil org g tgk filem dia… x malu punyer org…… norman wit asset kru studios tu pong x meroyan gini bila kene komen…. si a.idham nii selain filem cukup mkn cuma tau prong prang jer jual air liur nk tempa nama dlm industri filem nii…

    0

    0
  48. sukabaca says:

    Eleh Nara…sedap je hang bahasakan konon zaman sekarang bebas nak bersuara. Yang masa si Hanis Zalikha sentap dengan entry dia kekwat hang menggigil delete entry tu.
    Kereta api warna merah
    Piiiirahhhh

    0

    0
  49. ril says:

    Ahmad idham ni makin kuat meroyan sejak filem2 dah tak laku lagi. Saya dah lama boikot filem dia sejak isu hantu bonceng. Angkuh sungguh bila jawab teguran.

    0

    0
  50. In all honesty says:

    pernah minat dia berlakon dalam cerita spanar jaya dulu je. baca ni terus jadi menyampah pulak. dah betul movies keluaran dia sangat sangat lah boring and so 90’s. nak kata berseni pun tak tahu part mana. maybe la maybe lah sbb kita tak belajar perfileman kan so tak tau. heh. please lah. tengok cerita cerita dari korea. ikut lah trend yg trending skg. jangan sombong and so syiok sendiri boleh tak. aiyaa

    0

    0
  51. Azmi says:

    Saya mengalami masalah agak serius dan menyebabkan saya kurang berkeyakinan untuk berkahwin. Masalahnya berkenaan buah zakar saya.

    Sebelum saya bersunat ketika berumur 10 tahun, saiz buah zakar saya normal. Tetapi selepas bersunat buah zakar sebelah kiri seakan-akan pecah kerana tiada bentuk dan kadang kala ia kelihatan normal.
    Seingat saya, kali pertama ia terjadi selepas saya bersunat dan saya menganggap ia terjadi disebabkan ubat bius yang dicucuk di buah zakar sebelum bersunat. Soalan saya ialah, adakah saya akan mengalami masalah mendapatkan zuriat dan adakah saya akan mengalaminya seumur hidup?

    0

    0
  52. ayo says:

    tanpa penonton tak kemana pun kamu wahai ahmad idham..
    takde masalah pun aku tengok dengan komen twt_filem. betol ape dia kata.. kualiti filem sejajar dengan kutipan. setakat ni KRU je berani move foward..
    tak pun kepada Ahmad Idham cuba tengok cite raid redemption dari indonesia… kualiti filem jauh lebih baik dari filem kamu..

    0

    0
  53. Anonymous says:

    Greetings! This is my 1st comment here so I just wanted to give a quick shout out and say I really
    enjoy reading through your articles. Can you suggest any other blogs/websites/forums that
    deal with the same topics? Thanks!

    0

    0