Written by Bella | June 6th, 2017

Pelakon Keith Foo dan isterinya Kim Raymond telah memilih nama Skylar Raymond Foo buat anak perempuan sulung mereka yang dilahirkan pada 30 Mei lalu. Menurut Keith, kehadiran Skylar melengkapi kehidupan mereka suami isteri dan menambahkan lagi kebahagiaan keluarga mereka.

Kehadirannya cukup bermakna kepada kami. Dia sememangnya menambahkan lagi seri dalam kehidupan saya dan isteri.  Saya sendiri bagai tidak percaya kerana kini mempunyai ‘kekasih’ baharu selain isteri. Namun, kehadirannya jelas melengkapi lagi kehidupan kami berdua. Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata kegembiraan yang dirasakan sejak kehadiran Skylar.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Keith masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anaknya itu kepada umum.

Kegembiraan menimang cahaya mata memang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Harapnya sedikit masa nanti Keith sudi untuk mendedahkan wajah anaknya dengan umum kerana peminatnya sudah tidak sabar untuk melihat wajah comel Skylar.

Sumber Berita : BH ONLINE

7 responses to Keith Foo Namakan Anak Sulung Skylar

  1. wekkkkkkk says:

    cina berpantang sebulan je masa bsalin.

    0

    5
  2. asmara di pulau hero heroin says:

    Tanniah

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tahniah husband and wife..smoga bahagia hingga ank cucu..ok..next!!!

    0

    0
  4. anon says:

    bole kawan dgn luke skywalker dah

    2

    1
  5. ponpon says:

    laa..aku baru je check kat skyscanner..hahaha

    0

    0
  6. Joy Aries says:

    mamat ni famous sbb Ariana Ros jer. x pe lah dia ni x popular janji hidup aman & tenteram bebas kontroversi ~~

    1

    0
  7. Anna says:

    Very nice name …very contemporary….

    0

    0

Leave a Comment

Optional