Keith Foo Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Hiburan

Keith Foo Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Rasa teruja Keith Foo dan isterinya, Kim Raymond untuk menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi semakin bertambah apabila Kim dijangka akan melahirkan seorang bayi perempuan sekitar bulan Julai depan.

Advertisement

Keith dan isterinya yang kini sedang bercuti di Melbourne, Australia memberitahu mereka masih belum memikirkan nama untuk anak mereka itu namun Keith berharap peminat mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

Kandungan Kim sudah memasuki usia enam bulan. Dia dan bayi dalam kandungan juga dalam keadaan sihat. Tiada masalah setakat ini. Kami sudah imbas kandungan dan bayi itu adalah perempuan. Setakat ini, kami belum menetapkan nama untuk bayi itu. Nanti bila sudah sampai waktunya, baru kami akan tetapkan. Setakat ini, saya cuma doa agar Kim dan kandungan sentiasa sihat sehingga detik kelahiranya.

Kami pasti peminat Keith Foo pasti teruja dengan berita ini. Kami juga mendoakan agar Kim dan kandungannya sihat. Semoga segala proses bersalin nanti berjalan lancar.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...