Written by Bella | August 3rd, 2016

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita yang agak sedih apabila bayi didalam kandungan Nadiya Nisaa telah disahkan meninggal dunia.

Ramai yang mengirimkan ucapan takziah dan berdoa agar Nadiya diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan yang agak berat ini.

Terbaru, keluarga Nadiya memaklumkan aktres berkenaan berada dalam keadaan baik tetapi masih lagi merasa sedih dengan apa yang sudah berlaku.

Keluarga Nadiya juga meminta agar orang ramai memberikan sedikit ruang untuk Nadiya menenangkan dirinya.

Bagi pihak Nadiya Nisaa sekeluarga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua untuk segala doa dan ucapan takziah yang diberikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa berita ini amat menyedihkan, tetapi ia di luar kawalan sesiapa pun dan merupakan ketentuan Allah SWT.  Mujur, Nadiya berada dalam keadaan yang sihat secara fizikal dan kini sedang berehat .

Oleh itu, kami mohon agar semua pihak memahami situasi Nadiya dan menghormati privasi beliau sekeluarga buat masa sekarang kerana sebarang berita yg diterbitkan berkenaan apa yang telah berlaku pasti akan mengguris hati beliau. Beliau meminta jasa baik semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.  Terima kasih.

Kehilangan anak yang dikandung didalam perut bukanlah satu perkara yang mudah dilupakan begitu sahaja. Kami harap Nadiya Nisaa bersabar dan kekal tabah.

Sumber Berita : Media Hiburan

17 responses to Kehilangan Cahaya Mata : Nadiya Nisaa Kini Sedang Rehat, Keluarga Minta Peminat Berikan Ruang Buatnya

  1. Miss Unibes says:

    Aku first ke? Lol.

    0

    0
  2. ain says:

    Stay strong Nadiya Nisaa! Al-Fatihah for ur baby.

    0

    0
  3. Mummy77 says:

    Takziah Nisa…jangan lah bersedih kerana sudah ada seseorang menanti mu di syurga kelak tabahkan hati dan redha dengan pemergiannya kerana Allah lebih mengetahui setiap apa yang diaturkan. Sabar ya.

    0

    0
  4. huhuhu says:

    teringat plak masa mula mula disahkan hamil,dia tayang pic scan baby dlm laman sosial..ni la kot yg org tua tua ckp jgn hebahkan masa mula mula ngandung..tapi mungkin juga dah ketentuan illahi xde rezeki

    0

    1
    • takziahnadnissa says:

      tak elok percaya benda bukan2. dah takdir Allah. siapa kita nak kata mana silapnya. respect her please.

      0

      0
  5. TT says:

    Takziah! Bertabahlah… Anak syurgamu menanti dgn sinar bahagia utkmu kelak,insyaAllah

    0

    0
  6. anon says:

    Berikan ruang utk nya??? Kenapa takut peminat gih serbu dia ke??? Aiikk….dia ni popular sngt ke. Tak pernah dengar pn nama dia…
    Hmm….ramai je yg keguguran, siti dah brape kali, & artis2 lain pun pernah, bkn dia je…

    0

    0
    • babe says:

      negatifnya fikiran awk. doakan jela yg baik2.. kata2 tu mencerminkn hati.

      0

      0
    • Anonymous says:

      hello die gugur mase baby da berape bulan…dorang tu gugur awal kandungan..mane nak same !

      0

      0
    • sue says:

      hmm..

      apa ckp mcm tu. anak dia meninggal dlm kandungan 7 bulan ke 8 bulan mcm tu… sedih okay…dahla anak first dia dah besar. baby yang ditunggu2.. kau kalau x pernah mengandung.. x pyhla komen bodoh mcm tu. org kalau gugur 3 bulan pun sedih… ni kan dah 7-8 bulan..

      0

      0
  7. janet says:

    Gambar last menakutkan je…..anyway, hb dia hot tapi dia plain jane je.. Neway, condolence on yr loss

    0

    0
  8. Anonymous says:

    bayi dia dah berapa bulan…???

    0

    0
  9. pls laaa says:

    ingat masa mula mula dia disahkan hamil.dia tayang gambar scan baby kat facebook,time tu terdetik jugak laaa tak elok org tua tua kata tayang gambar scan tu awal awal..hebahkan kat orang..tapi ketentuan allah jugak kot bende dah nak jadi

    0

    0
  10. Miss pengsan says:

    Jgn samakan org yg keguguran 1st trimester waktu baby tak cukup sifat lagi yg takleh hidup sendiri lg kat luar dgn yang dah tggu hari nak beranak.ia umpama anak kita yg kita bleh pgg and hidup normal meninggal tiba2.kesedihan tu takleh tergambar dgn kata2.sape yg pernah jadi ibu taula rase mcmna.mgkin utk bbrpa mggu atau bbrapa bulan boleh jd murung bila pikirkan kenapa jd mcm tu and rasa salahkan diri sendiri.fikir macamana keadaan anak kita.seksa ke dia waktu dia diambil nyawanya.sbb lemas ke sbb sakit ke.jgn main bercakap je.kene kat diri sendiri taula rasa mcmna

    0

    0
  11. Gadis Peka says:

    pernah dengar dlm radio era,bila hanif tanya nak baby apa,dia jwb of course la boy klu girl i xnak la nanti semua benda nak kena share,boring la..hmmm mse pregy kata2 harus di jaga

    0

    0
  12. minah jambu says:

    sabar ye nisaaa Allah saje yg mengetahui segala nye..

    0

    0