Written by Bella | January 4th, 2016

Beberapa tahun hidup sebagai seorang janda, Nabila Huda akui kini kehidupan beliau lengkap selepas berkahwin dengan pemilik restoran Kulcats, Mohd Izwan pada 25 Disember 2015.

Sehingga kini, beliau masih lagi menerima doa serta ucapan tahniah yang tidak putus daripada orang ramai yang ingin melihat beliau bahagia.

Nabila berharap beliau mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik.

Kehidupan saya sekarang lengkap. Biasalah, rutin harian memasak untuk suami dan Keisha. Saya tidak rasa terbeban kerana memang suka memasak.

Alhamdulillah tidak putus-putus doa dan ucapan tahniah diberikan semua pihak. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. Saya harap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan baik.

Berbicara soal cahaya mata, Nabila yang mesra dengan panggilan Abil memberitahu beliau tidak kisah jika dikurniakan anak yang ramai kerana teringin untuk mempunyai keluarga besar.

Sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di rumah bapanya, Amy Search yang terletak di Shah Alam pada 16 Januari ini.

Abil sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga besama Eddie daripada kumpulan Tiga Swagger selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk bercerai. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini sudah berusia 6 tahun.

Selama ni korang nampak sahaja Nabila Huda dengan perangai beliau yang didakwa “liar” tetapi tiada siapa yang tahu sikap beliau yang cukup matang dalam perhubungan dan mempunyai jiwa yang penuh dengan sifat kekeluargaan.

Sumber Berita: Berita Harian

14 responses to Kehidupan Saya Kini Lengkap, Harap Dapat Jadi Isteri Dan Ibu Yang Baik – Nabila Huda

  1. AdibKhalidFan says:

    Alhamdulillah, semoga Abil dan suami sentiasa disinari dan dilimpahi kebahgiaan didlm rumahtangga. Moga menjadi keluarga yg sakinah, mawaddah dan warrahmah. Diberkati dunia akhirat dan Insya-Allah dikurniakan anak2 yg comel, yg soleh atau solehah…..Aminnnn Ya Rabbal Al’ Amin….

    0

    0
  2. Anggun says:

    ” Selama ni korang nampak sahaja Nabila Huda dengan perangai beliau yang didakwa “liar” tetapi tiada siapa yang tahu sikap beliau yang cukup matang dalam perhubungan dan mempunyai jiwa yang penuh dengan sifat kekeluargaan. ”

    Yelah. Memanglah. Siapa yang menampakkan Nabila ni sebegitu kalau bukan media. Kikiki Btw aku suka Abil ni sebab bila bercakap sopan, walaupun kelakuan dia (seperti dihebahkan di media) tak lah nampak sopan. Soft spoken punya orangd dia ni, plus down to earth. Bukan macam certain artis, bila bercakap umpama meludah ke langit.

    0

    0
  3. Mama says:

    kenapa setiap entry untuk mana-mana artis yang dah move on, berkahwin baru, mesti nak diulang-ulang ayat yang begini “Abil sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga besama Eddie daripada kumpula Tiga Swagger selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk bercerai. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini sudah berusia 6 tahun”.

    itu kisah silam dia. tak perlu nak ulang2. cukup sekadar gunakan ayat “perkahwinan ini kali kedua buat abil” @ “abil dikurniakan seorang cahaya mata berusia 6tahun dari perkahwinan terdahulu”. full stop!

    0

    0
  4. Villa nabila says:

    Haah aku pon pernah jumpa dia.. Sgt soft spoken…. Dia x hipokrit dan x kekwat langsung.
    Kalau tgk cara dia layan anak dan mak dia baru la rasa kenapa husband dia ni suka kat dia…
    Semoga berbahagia till jannah…

    0

    0
  5. faisal says:

    dah kenapa dgn blog kamu ni beautiful nara byk iklan sampai tk boleh buka untuk baca story jgnlh nmpk mcm mata duitan pula nk untung melalui iklan, tapi story buat juga tlg buat iklan cara laiin jgn menyukarkan pembaca nak baca blog kamu ni sbb entry tak blh baca sejak adanya iklan, atau saya yg tak tai caranya blh sesiapa bagitau mcm mana nk baca entry seperti dulu tanpa ada gangguan iklan yg jadi penghalang..

    0

    0
    • Saya yang cantek. says:

      Bagusnye en.faisal petik bab iklan kat sini. Dah macam ulat sampah membiak bebanyak. Makin menyusahkan orang.

      0

      0
  6. AzamTahunBaruKakUbatKurus says:

    tahniah nabila…semoga kekal jodoh smpi ke syurga yekkk….jom uolls, promo pil garcinia akak now rm78/88 + freegift 2016 planner sampai 10 Jan. mari turunkan berat badan supaya tubuh sihat, cargas dan vogueeee meletop….fb akak fenomenakurus greenaard atau wassap je 0142332635.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    emmm artis lihat dan tunggu jak lah…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    kan lebih elok di tulis ibu tunggal instead of janda

    0

    0
  9. Anonymous says:

    cantik pic nabila kawen!!!

    0

    0