Kehangatan Piala Dunia 2014 Semakin Terasa Dengan #OlaBola

Hiburan

Kehangatan Piala Dunia 2014 Semakin Terasa Dengan #OlaBola

Walaupun Malaysia tidak memasuki Piala Dunia 2014, Abang Nara dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk meraikan acara sukan paling besar di dunia ini. Pasukan kegemaran Abang Nara tak lain tak bukan ialah Brazil. Kemenangan pada perlawanan pertama telah mencerahkan peluang Brazil untuk layak ke pusingan seterusnya. Jadi apabila mendapat jemput ke #OlaBola World Cup Party anjuran Astro .Abang Nara dengan bangganya pergi ke sana dengan memakai jersi Brazil.

ola bola astro

Advertisement

Dengan kehadiran puluhan bloggers di Stadium Astro #OlaBola World Cup Party di Hongdaemun Café, One City Subang Jaya, memang terasa sangat kemeriahan Piala Dunia 2014. Masing-masing hadir memakai jersi pasukan negara kegemaran. Ada yang German, ada Spain, ada Netherlands dan banyak lagi. Dihoskan oleh Jun serta Reuben dari AstroSuperSport, banyak aktiviti menarik yang telah kami lakukan untuk menambahkan lagi keseronokan dan kemeriahan Piala Dunia 2014. Sambil bergembira, sambil dapat peluang bawa balik hadiah. Tak gitu?

ola bola astro

Menariknya kesemua aktiviti yang dianjurkan menggunakan applikasi khas Astro sempena Piala Dunia 2014. Ada 4 applikasi kesemuanya iaitu Astro Go 2014 Fifa World Cup, Astro On The Go , Ola Bola Football Predictor dan Stadium Astro. Abang Nara sempat mencuba Ola Bola Football Predictor. Menarik juga applikasi ini. Katakan kita sedang menonton perlawanan Spain menentang Netherland secara ‘live’, kita boleh meneka keputusan akhir perlawanan tersebut, pasukan mana yang akan menjaringkan gol terlebih dahulu, pasukan mana dapat kad kuning dan macam-macam lagi. Paling best ialah applikasi Ola Bola Football Predictor ini berfungsi ‘real time’. Contoh ketika sepakan sudut, anda akan ditanya apa yang akan terjadi kepada sepakan sudut tersebut. Gol ke, keeper akan selamatkan ke, tendangan melencong jauh ke. Setiap tekaan yang betul akan mendapat markah. Pemenang dengan markah tertinggi selepas tamatnya Piala Dunia 2014 akan membawa pulang sebuah meja Foosball. Menarik bukan?

ola bola astro

Bagi peminat bola sepak tegar yang mahu mendapatkan ulasan, keputusan terkini dan juga video highlight, applikasi Astro Go 2014 Fifa World Cup adalah yang terbaik untuk anda. Kalau ada football pass, boleh tengok kesemua 64 perlawanan di dalam applikasi ini. Pagi-pagi kalau tak tengok perlawanan, perkara pertama yang Abang Nara akan buat ialah buka applikasi ini untuk mengetahui keputusan perlawanan. Paling best boleh tengok highlight perlawanan tersebut. Kalau rasa nak tengok ‘full game’ pun boleh kerana ada fungsi ‘match replay’. Banyak lagilah ciri-ciri ‘super best’ applikasi ini. Pada pendapat Abang Nara, boleh dikatakan ini ialah applikasi terbaik untuk Piala Dunia 2014. Semua benda ada di dalamnya.

ola bola astro

Berbalik kepada #Ola Bola World Cup Party yang Abang Nara hadiri, kesemua blogger yang hadir dibahagikan kepada kumpulan untuk menjayakan beberapa aktiviti bagi memeriahkan lagi suasana. Antara aktiviti kegemaran Abang Nara ialah menendang bola untuk mendapatkan langganan siaran Piala Dunia 2014 secara percuma dari Astro On The Go. Nampak macam senang, tapi susah jugak rupanya. Selaku lelaki macho takkanlah Abang Nara nak tendang slow-slow dan sekadar dapat ’30 Free Matches Live’. Sasaran Abang Nara sudah tentu yang ’64 Matches Live’. Namun susah sebenarnya nak tendang tepat ke sasaran. Memang ke laut jugak tendangan Abang Nara. Heheh.

ola bola astro

Selain itu kesemua blogger diberikan cabaran berdasarkan 4 applikasi khas Piala Dunia 2014 Astro. Menarik-menarik juga cabaran yang diberikan. Salah satunya ialah menggunakan applikasi Whose Side Will You Take di laman olabola.my untuk memilih pasukan pilihan. Rupa-rupanya di dalam applikasi ini gambar wajah kita boleh di’edit’ untuk diletakkan bendera pasukan pilihan. Menarik juga aksi-aksi para blogger mengambil gambar ‘selfie’. Sempatlah Abang Nara rakamkan gaya-gaya macho, comel dan cute mereka ini. Hehehe.

ola bola astro

Sedikit makluman untuk mereka yang tiada Astro di rumah, anda masih berpeluang untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2014 hanya dengan memuat turun applikasi Astro On The Go. Daripada 64 perlawanan, 30 perlawanan boleh ditonton secara PERCUMA untuk kesemua rakyat Malaysia. Kalau terasa nak tengok perlawanan yang tak ditawarkan secara percuma, anda masih boleh berbuat demikian dengan hanya membayar RM6 untuk setiap perlawanan. Mudah kan? Jadi walaupun tak ada Astro, masih boleh layan bola dengan applikasi Astro On The Go ini. Ini semua Abang Nara tahu selepas mendengar penerangan daripada rakan-rakan blogger yang khusyuk mencuba applikasi ini di #OlaBola World Cup Party.

Whose Side Will You Take? Abang Nara Team Brazil!

Memang bahang Piala Dunia 2014 semakin hangat dirasai selepas Abang Nara menghadiri Stadium Astro #Ola Bola World Cup Party ini. Kawan-kawan blogger yang menang hadiah tentulah lagi gembira dan seronok di malam tersebut. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua para pemenang. Abang Nara sangat gembira kerana dapat tahu lebih lanjut mengenai 4 applikasi Piala Dunia 2014 oleh Astro ini. Memang sangat-sangat memudahkan peminat tegar bola sepak macam Abang Nara ini. Terbaik!!

ola bola astro

Jadi korang tunggu apa lagi? Muat turun applikasi iaitu Ola Bola Football Predictor, Stadium Astro, Astro Go Fifa 2014 World Cup dan Astro On The Go sekarang juga di Google Store dan Apple PlayStore untuk anda menikmati keseronokan dan kemeriahan Piala Dunia 2014.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...