Kehadiran Psy Ke Malaysia Dibayar Oleh Syarikat Korporat

Hiburan

Kehadiran Psy Ke Malaysia Dibayar Oleh Syarikat Korporat

Nampaknya kegembiraan Abang Nara berkongsi berita kehadiran Psy ke Malaysia bersempena sambutan Tahun Baru Cina telah disalaherti sebagai permainan politik. Sememangnya majlis tersebut dianjurkan oleh Barisan Nasional jadi takkanlah Abang Nara nak letak dianjurkan oleh BeautifulNara pulak. Tak gitu?

psy malaysia

Advertisement

Oleh kerana ramai yang menyatakan kehadiran Psy adalah satu pembaziran wang rakyat, Ketua Pemuda Pulau Pinang, Oh Tong Keong memberitahu yang segala perbelanjaan untuk membawa Psy ke Malaysia adalah dikeluarkan oleh Mega Ultimate, sebuah syarikat event management. Kata Oh kepada TheMalaysianInsider:-

Tiada duit kerajaan atau duit cukai digunakan untuk kehadiran Psy ke Malaysia. Kedatangan Psy adalah diatur dan ditaja oleh Mega Ultimate, sebuah syarikat event management. Malah makanan dan persediaan yang lain turut ditaja oleh beberapa syarikat lain.

psyDikatakan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membawa Psy ke Malaysia mencecah USD750,000 (RM2.3 juta). Jadi kepada rakyat Malaysia, anda tak perlu risau kerana tiada duit anda yang digunakan untuk perkara ini. Sila rileks dan enjoy kehadiran Psy dengan tarian Gangnam Stylenya pada 11 Februari kelak.

beautyskin

P.S: Wajah anda kusam? Inginkan kulit cantik berseri seperti Scha Al Yahya? Dapatkan produk revolusi yang bakal menjadikan kulit anda mulus dengan LIKE Facebook BeutSkinEssenceSkinKL sekarang jugak!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...