Written by AbangNara | October 24th, 2012

Apabila Datuk Yusof Haslam bersuara, seharusnya semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem mengambil perhatian. Selaku seorang otai, apa yang diluahkan oleh beliau pastinya dilakukan selepas pemerhatian yang lama. Bukan sekadar omongan kosong.

yusof haslam

Rasanya anda semua maklum yang kutipan filem Malaysia amat mengecewakan semenjak kebelakangan ini. Bagi Datuk Yusof Haslam, filem yang kutipannya tinggi tidak semestinya sebuah filem yang berkualiti tinggi. Berkata kepada Sinar Online, walaupun filem Bunohan dan 29 Februari gagal di pawagam, namun kedua-dua buah filem ini adalah filem yang baik.

Sebagai contoh, filem 29 Februari, filem ini bagus tapi mungkin kutipannya tidak begitu baik, begitu juga Bunohan yang saya sifatkan sebuah filem yang mempunyai sinematografi yang baik. Seperti yang kita tahu, lambakan filem yang dihadapi industri kita sekarang menyebabkan penonton menjadi lebih selektif dalam memilih filem yang ingin ditonton di panggung wayang dan maaf cakaplah, kebanyakan filem yang dihasilkan sekarang adalah rendah kualitinya. Sebenarnya, cukup susah untuk membuat filem kerana filem memerlukan penelitian yang lebih serta seseorang itu juga harus mempunyai ilmu bagaimana untuk menghasilkan filem yang baik serta berkualiti.

Abang Nara pun susah nak cakap bab ini. Selera penonton Malaysia memang sukar dijangka. Kalau buat filem yang bagus dari segi jalan cerita dan sinematografi, tak ada pulak orang datang tengok. Namun kalau filem hantu dan rempit, berebut semua orang ke panggung. Mungkin minda rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk filem-filem serius. Apa kata anda?

jubah

P.S: Dapatkan jubah kurung yang sangat menawan ini di sini sekarang jugak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

57 responses to Kebanyakan Filem Sekarang Rendah Kualitinya – Yusof Haslam

  1. Sally says:

    Terutamanya filem dibwah penerbit DAVID TEOH. #hampeh

    0

    0
  2. kamariah says:

    apabila otai sudah menyuarakan pendapat….agree u DATUK….

    0

    0
  3. Pulok says:

    pesanan ayah kepada anaknya jugok!

    0

    0
  4. kin says:

    sokong sangat apa yang di kata oleh datuk. Memang banyak filem melayu tahun ini dikeluarkan tetapi semuanya tiada kualiti dan merapu sangat cerita. entah apa-apa cerita yang dikeluarkan. bila penonton tak tengok kata penonton tak support cerita melayu pula. DAN SATU LAGI, SAYA HARAP PELAKON-PELAKON FILEM YANG POPULAR NIE TOLONGLAH PILIH FILEM YANG ELOK CKIT. AWAK DAH LAH PELAKON POPULAR TAPI BERLAKON FILEM ENTAH APA-APA. CONTOH AARON AZIZ BERLAKON FILEM NGORAT..MCM BODO JER BERLAKON FILEM MCM TUE..JGN MAIN AMBIL JER..

    0

    0
  5. peace yoh says:

    shamsul dengar apa ckp bapak tu..

    0

    0
  6. kaki wayang says:

    ari ni aku mc…pg tadi da tdo skang leh komen2..xmkn gaji buta kan?

    aku mmg salu g tgok wayang..n aku mmg memilih utk tgok filem yg dikatakan rendah kualiti itu. sbb utk org yg penat bekerja kt opis dan tambah lg balik nk sambung keje overtime kt umah basuh pinggan basuh kain masak etc (walaupun penat im enjoying my life :p) aku nk rehatkan kepala dan badan aku utk tgok filem2 yg relax, santai yg x payah nk fikir ape jadi pasni sape mati pastu n apa2lah yg nk kene pk.. aku cuma nk rehat n gelak2 n rase seronok n terhibur je..watpe tgok filem berat2 bom sana sini perang jadi buruan sudahnya kluar panggung bukan kate rehat,migrain pon boleh dpt..

    btw, filem zaman p.ramlee dulu pun santai jugak…xdela berkualiti..tikar terbang mcm manila kad terbang je..tp ramai je org suke :P

    0

    0
  7. nick says:

    dan ahmad idham tak habis habis dengan ape celop tok dia.
    tok dia aaa

    0

    0
  8. cikikaka says:

    no komen lah… datuk lagi pandai bab2 filem ni….

    0

    0
  9. Menyampah says:

    AA berlakon dlm cite ngorat…enth apa2 pnya filem la..aku menymph bila tengok filem asyk pasal rempitttttt jer…kalau MIG pnya filem plk x sdh2 ngan cite hantu y lawak bodoh…sama la ngan Idham tu…

    0

    0
  10. Anonymous says:

    filem2 dia dulu pun bukan berkualiti pon,cuma popular jer.sbbnya dia tau cane nk tackle penonton.amikla awie,erra & zz blakon.tp skrip ntah hape2.dari 1st movie sampai ntah yg ke berapa citer mesti ada babak mimpi & mandi hujan….bosan!!!!

    0

    0
    • skandal tak jadi datok usop says:

      Ye betul. Akak setuju. Lps tu bukan kata mimpi n mandi hujan je, skrip mmg tak berpijak di bumi yg nyata. Bahasa dia mmg tak realistik. And paling pasti adegan kat kelab malam pun harus ada. Demam la akak klu selalu cenggitu kan.

      0

      0
  11. idir says:

    ahahahaha…filem2 dia pun sama tak berkualiti, tak ingat?

    0

    0
  12. Referee says:

    Nak aku komen?

    Ahmad Idham, David Teoh, uolss punye cerite mmg SAMPAH~ X BERKUALITI~ DA MASUK TAHAP “ASAL ADE FILEM” JE~
    “Janji buat filem. Kutip untuk skit2 pn jadi lah. Cite x berape nk best pn xpe, org akan gi tgk gk…..”
    Aku mmg dari dulu band cite Melayu. X abih2 cerita cintan-cintun, rempit-remput, ngan hantu lawak bodo (tu paling bodo).

    Malu aku sebagai org Malaysia tgk filem terbitan tempatan tahap mcm ni jer.

    0

    0
  13. franky mil G says:

    hye….

    0

    0
  14. milah says:

    sapa kata filem dia xde kualiti.. byk filem2 dia terbaik.. antaranya bayangan maut, gerak khas.. maria mariana pun oke apa.. konflik antara adik beradik dan babak kepolisian ada dlm tu.. cuma sembilu 2005 (vince dan hetty sarlene ) je yg agak kurang best sikit..

    0

    0
    • puan oh puan says:

      sori la eyh..tp aku xleh nk rase best pun filem2 yg kau senaraikan tu.. aku rase walaupun plot nya best tp bila skrip nya mcm budak form 5 buat dialog dalam penulisan Bahasa Melayu.. cth: “kau tidak mengerti. apa yang aku lalui selama ini terlalu payah untuk aku ceritakan” secara logiknya mane ade dlm kehidupan org cakap mcm ni… nk org mghayati cerita tu buatlah skrip yg selari dgn kehidupan cth: ‘kau x paham. payah aku nk cite” senang kan? org yg tgok pun x sakit kpala… pasni leh call aku as a script writer,,, yeah,,haha

      0

      0
  15. ntah.... says:

    film dato lg ntah pape … Drama pon sama … Tk ingat ? Smbilu kasih yg ntah pape tu ???????
    Film SAM yg anak dato buat tu lg NTAH APA APA

    0

    0
  16. Prince Noob says:

    filem paling berkualiti adalah filem namewee

    0

    0
  17. nicky says:

    ye saya setuju Datuk..filem2 sekarang byk yg xde kualiti, sama macam filem2 Datuk dulu

    0

    0
  18. ukiran says:

    jgn luper filem profesor madya a razak pn hampessss jgk…

    0

    0
    • Hmmmm says:

      Betul..mcm cerita Potret Mistik tu. Nak pecah gegendang telinga aku kat wyg sbb asyik dengar pelakon2 wanita dia menjerit tak henti2

      0

      0
  19. tak suka anak dia blakon says:

    mtk YH abaq kat anak dia Shamsol tu..mengarah sdh…..jgn blakon…..kontrol gila…..kalu gian nk blakon jgk…jd mcm aziz m. osman…..selit2 celah org ja….

    0

    0
  20. sama je says:

    ckp org atok ni, mcm filem dia ada kualiti je..cuba suh tgk balik mesti dia sndiri muntah darah

    0

    0
  21. jack says:

    filem farid kamil pun sama xde kualiti..balik2 psl gangster..puiiih

    0

    0
  22. sama je says:

    atok ni pnye filem pon sama je.. kalau suh tgk balik mesti dia malu sendiri

    0

    0
  23. tong kosong says:

    org melayu bikin pilem .. kepala otak sama jerrr …..

    0

    0
  24. action says:

    mungkin citer mlayu teruk sebab skrip main tangkap muat kot …..buat la skrip atau dialog sendiri .. bila buat dialog sendiri baru ada feel dan penghayatan .Klau terlalu bergantung pd skrip expresi muka jadi kaku penghayatan jadi beku ……

    0

    0
  25. ann says:

    SENANG CERITA, TAK BERKUALITI SEBAB BUAT FILEM / DRAMA – NIAT ASAL NAK DUIT. BKN UTK MEMERTABATKAN SENI FILEM / DRAMA TANAHAIR. SAMA JG DGN MENULIS. KALAU BUAT BUKAN DARIPADA HATI, JGN HRP ORG AKN SUKA DGN SESUATU PENULISAN TU..

    0

    0
  26. takeiteasy says:

    pandai Yh kata kt org lain yg dia pn sma gak
    klu gmba dia dia ska keluarkn gmba cinta cintun ja
    ank dia filem gangster la rempit
    emmmmmmm sma ja semua
    jarang2 tgk gmba lain dr lain
    klu x da idea sgt adaptasi la mn2 novel

    0

    0
  27. Miss Flora says:

    ‘Mungkin minda rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk menonton filem-filem serius’- Couldnt agree more with Nara!
    Mungkin serius itu boleh diertikan dgn berfikir, berfikir lagi dan mencari kaitannya dgn realiti. Itulah ciri penonton yang bijak.

    Nak menghasilkan satu karya tidak kisah filem atau novel sekalipun, kena ikhlas. Bukan hanya untuk penuhi impian glamour dan ringgit. Apa mesej yg ingin disampaikan kpd penonton?
    Alam dan realiti ini skopnya luas terbentang. Perhatikan, renungi, pelajari dan ambil ikhtibar. Skop realiti di Malaysia bukanlah terlalu sempit sehinggakan penerbit hanya nampak rempit, mafia, gangster, lawak kampung (etc) sebagai subjek karya mereka.

    Malas, hendak cepat dan banyak untung, dengki sesama karyawan sendiri tidak boleh dijadikan alasan.
    Perhatikan dan renungi bagaimana Iran, Iraq, malah Indonesia yang kita gambarkan sebuah negara yang bergolak dan serba kekurangan mampu menghasilkan karya filem yang tinggi nilainya. Diterima dan dipuji seantero benua. Inilah yang seharusnya para karyawan kita fikirkan.

    Untuk menjadi seorang karyawan, hendak tidak hendak wajib memahami apa itu ‘ karya’ sebenarnya.

    – hanya sebagai pemerhati sahaja-

    0

    0
  28. Lulu says:

    Apa yg YH ckp mmg betul, filem lani suma mcm sampah, tp filem dia pun sama jgk hampeh..dialog bunga2 mmg x bole blah..aku hanya bole layan filem suhaimi baba tu pun cite 1957 hati malaya. Producer kat msia ni tlg la pikir ke depan skit kalau nk buat filem, jgn la asyik2 rempit n hantu je, ingat malaysian ni tahap pemikiran mcm korang ke..buat la cite sejarah ke, psl tokoh tertentu ke..mesti best..

    0

    0
  29. nanu says:

    filem terbitan kru jugak yang tiptop

    0

    0
  30. siliari says:

    filem dia dulu2 tu berkualiti kah? erk…

    0

    0
  31. la la la says:

    macam la filem ko tu bagus sangattttt

    0

    0
  32. hmm says:

    aku kengkadang rasa cerekarama lagi best dari filem melayu yg kuar skrg nih.. very few yg bole hasilkan citer yg kreatif, menarik dan bermesej cthnya afdlin shauki, khabir bhatia, yasmeen… lain mostly hampeh.. buat research maleh..yang sedihnya aku tengok ramai penerbit dan pengarah melayu Islam sendiri macam menjual maruah anak bangsa.. suh berlakon jadi pelacur lah segala bagai.. pakaian yang tak cukup kain.. pelakon2 pun ntah la.. redha kot diorg kena berlakon dan pakai mcm tuh…

    0

    0
  33. me says:

    aku last gelak sakan tgk citer kelaka melayu citer adnan sempit smpi laki aku yg x mnt citer melayu pon leh ketawa..pastu tarak. then terbaru citer hantu kapcai..boleh layan la..aku nk skrip yg strong cm tu..ade karekter sndiri. tlg la pembuat filem di malaysia. wat citer lain dr yg lain pd stu2 masa br peminat akan percaya pada anda.

    0

    0
  34. hmm says:

    Cerekarama lagi byk yang best kot dari filem melayu yang ada.
    Suhaimi baba, Afdlin shauki, Khabir bhatia,Yasmeen ahmad antara mereka yang prihatin dalam berkarya.
    Paling sedih bila penerbit dan pengarah Melayu Islam sendiri yang macam menjual maruah bangsa, yang pelakon pun redha jek kena peluk2 dan pakai tak cukup kain segala bagai…

    0

    0
  35. budakGigi says:

    pak usop,mcmlah pilem2 kau tu sgt tinggi kualitinya..cite drama dlm tv engkau pun mcm sampah je kualitinya,de ati ckp pilem org lain xbagus. pilem kau dgn pilem2 yg ada skrg ni sama je kualitinya.. pendek kata macam kata cikgu sha’ari masam2 manis…LOW CLASS!!!!
    p/s : filem2 anak malaysia yg terbaik bagi aku adalah hasil daripada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. xde tapi2 lagi. tgk la berjuta2 kali,yg komedi ke, yg sedih ke, yg serius ke,xpernah aku bosan lagi.

    0

    0
  36. oppagangnamstyle says:

    Saya sebagai budak berusia 17 tahun suka tengok filem dan drama korea!! hahaha~ filem tempatan tak best

    0

    0
  37. alam says:

    Pada aku mmg filem YH pun bukannya best sgt.. tp fokus kat sini adalah filem2 yg x berkualiti n mmg btl pun skrg mmg byk filem2 x berkualiti.. oleh sebab pembikin filem ni cuma nk keluarkn bajet yg sgt minima, jd terhasil la filem2 yg x berkualiti ni.. mula2 tgk cerita2 lawak kebanyakannya dr MIG ni mmg best n terasa lawak giler.. tp lama2 dgn muka pelakon2 yg sama n lawak2 yg lebih kurang sama diulang2 dlm filem2 berlainan terasa mcm da x lawak langsung..

    0

    0
  38. Apernie says:

    Alaaaa.. Filem Yusoof Haslam bukan nya berquality and bagus sangat pun…
    Buat Filem.. letak jer hero and heroin yang muka control macho and ayu..
    gerenti orang nak datang pun.. Yusup nie lah yang bawak trend movie malaysia yang Hero..mesti control macho memanjang… Heroin mesti control ayu memanjang.. sedih lah… hai..yusupp yusupp..

    0

    0
  39. DBHJSDHJSGR says:

    WOW LOOK WHO’S TALKING.FILEM SEMBILU TU BERKUALITI SGT LA.TAK KIRE LA YUSUF HASLAM KE DAVID TEOH KE, SEMUA BUAT FILEM YG BILE TGK, RASE MERUDUM IQ AKU TAU TAK

    0

    0
  40. filem & drama hampeh says:

    haiyooooo datok … banyak syok sendiri la…macam cite2 ko tu best sgt… bosan… x de mesege lgsg… x berkesudahan…

    0

    0
  41. joyah says:

    filem terbitan kru gak yg terbaik . 29 febuari . rugi r sape tak tengok

    0

    0