Written by AbangNara | September 27th, 2017

Akhirnya, ada juga selebriti yang berani bersuara menegur rakan-rakan selebritinya lain. Kagum Abang Nara dengan keberanian Nabil Ahmad ini. Teguran sebegini memang diperlukan, lebih-lebih lagi selepas kontroversi yang melanda beberapa orang artis baru-baru ini ketika penganjuran Festival Filem Malaysia ke 29. Selagi tak ada orang tegur, selagi itulah artis Malaysia akan berada di takuk lama. Respek kepada Nabil kerana sanggup tampil ke hadapan memberi teguran.
nabil ahmadMenurut Nabil Ahmad, ada segelintir artis Malaysia yang sukar memberi sokongan terhadap rakan lain ketika hadir ke sebuah acara hiburan.  Malah kebanyakan artis cepat terasa. Sikap artis Malaysia yang malas memberi tepukan dan sorakan kepada rakan yang berada di pentas juga turut ditegur oleh Nabil. Kata Nabil:-

Saya dah kendali banyak majlis tapi lebih suka mengacara di majlis sekolah, universiti, kilang atau korporat berbanding sesuatu melibatkan artis. Sebabnya kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir yang ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu. Mereka tidak memberi sokongan penuh kepada rakan yang berada di hadapan. Artis-artis Malaysia ini malas nak tepuk tangan dan sorak pun tak nak. Kenapa nak mengangkat diri lebih daripada orang lain. Sebab itulah saya tidak menganggap diri sebagai selebriti tetapi bekerja untuk industri

nabil ahmadTeguran Nabil Ahmad ini memang pedas dan sudah pasti akan mendapat reaksi berbeza daripada netizen dan juga rakan-rakan artisnya. Namun Nabil tidak peduli semua itu. Kecaman adalah perkara biasa buatnya. Kata Nabil:-

Saya dah biasa kena kecam. Saya tak ada masalah. Apa yang saya cakap ini adalah benda yang betul. Sudah banyak kali jadi pengacara untuk majlis pelancaran, bila ada artis lain tengoklah macam mana sikap mereka

nabil ahmadSecara jujurnya, kalau artis pun tak sokong sesama artis, siapa lagi nak sokong anda? Apa yang dikatakan oleh Nabil ini memang betul. Kalau si pengacara tue buat lawak atas pentas, anggaplah ia sebahagian daripada perjalanan majlis. Selesai setakat itu sahaja. Tak perlulah nak terasa hati dan sebagainya. Kalau tengok pengacara di majlis Hollywood, lagi dasyat-dasyat lawak diorang. Tapi semua sempoi dan rileks je. Tak ada nak terasa hati dan sebagainya. Kepada Nabil, tahniah kerana berani tampil menegur kawan-kawan anda. Semoga akan ada perubahan selepas ini. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 responses to Kebanyakan Artis Cepat Terasa & Segelintir Ingat Mereka Bagus – Nabil Ahmad

  1. Anonymous says:

    biasalah sesama artis.. mcm kita ni kerja mana2 pun dah sesama nak dngki … takleh tgk org lain lebih sikit.. huhu

    28

    0
    • shopia lorren says:

      Setujulh..sifat manusia xlari dpd benda2 tu..lam famili pun kekadang timbul..kena kuatkn iman lh kan ..

      20

      0
      • Layola says:

        Aku rasa dlm industri hiburan lagi teruk. Kalau time anugerah, semua malas nk tepok. Padahal tu byk geng2 diaorg. Bila sorang dpt award, muka masing2 mcm x puas hati gituuu.

        41

        0
        • Dndfjjd says:

          Kalau tgk anugerah oscar ke apa ke, emcee dan penyampai anugerah cakap sikit pn audience da gelak. Kdg2 ak tgk, tiap2 ayat dorg audience gelakkan n tepuk tgn.

          29

          0
        • Anonymous says:

          diaorang dah rakam tepuk dan gelak tu. lagi gamat la bila bercampur gelak dan tepuk yg betul. ko x tahuke nyahhh?

          0

          17
        • Dndfjjd says:

          Maaf la, xtahu..

          2

          1
        • Anonymous says:

          agree, it is called pre-recording. kekadang menyanyi pun ada pre-recording. mariah carey byk kali kantoi.part jerit tinggi tu pre-recording. diaorang mmg pandai.

          0

          6
        • meratap duka lara kononnya says:

          penganjur lerr yang harus letak sound effect dalam majlis anugerah.. baru nampak meriah… tanpa sound effect, sendulerr suasananya macam majlis pengkebumian pulak..

          4

          0
        • entertainment untuk uolz says:

          macam rancangan just for laugh, america’s funniest home video.. setiap babak mesti ada sound effect orang gelak. kita penonton pun terpengaruhlah gelak jugak. lupa sebentar masalah yang dihadapi.. tu la namanya entertainment.. tak mau sedih-sedih yer.. nak sedih pilih waktu lain..

          4

          0
      • Anonymous says:

        Sentap sebab terasa kerana title dato beli?

        16

        1
      • Anonymous says:

        Agrees! Menunjukkan retis2 Msia…pemalas!

        12

        1
      • Mamamia says:

        Artis Malaysia ni bukan setakat sentap dgn lawak dkt majlis. Mereka juga mudah melatah bila kena kecam akibat diri sendiri yang menari tunjuk tetek. Pendek cerita, artis-artis di Malaysia low class.

        15

        0
  2. Mek says:

    Betul! kali ni aku setuju ngan Hj ni.

    28

    0
  3. tuti9 says:

    pastuuuu? ko mcm bagusss sgtt?

    1

    43
  4. Pekerja Gomen says:

    habis dh ko pun tak kisah kena kecam…
    konfem kawan retis ko pun gitu…

    3

    13
  5. unknown says:

    Memang betul pun apa dia ckp….pantang kena tegur….

    38

    0
  6. Makcik says:

    Ko pun perasan bagus kann…

    1

    25
  7. tina fazlita says:

    nabil………………………………pirahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh hang cas bagus……………………..blah lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh toya mat amin

    3

    29
  8. Boo says:

    Whatever la nbil,ko pn igt ko da top da hji blh jd brani tgo mnego.dlu mcm katak skrg ckp pki lpas jek.ko pn klu wat lwak bdoh,xkn nk expect org ktwa atau tpuk tgn?

    4

    19
  9. Awan Nano says:

    1 jer aku setuju dgn Nabil.. Artis Msia jarang beno nak tepuk tangan bila rakan2 lain naik pentas. Standing ovation jauh sekali! Tak macam anugerah2 Hollywood.. Pleasee la spesis korang ni, kata industri seni Msia kecil tp eksen korang mengalahkan artis Hollywood..

    40

    0
  10. Anonymous says:

    Sebab artis byk busuk hati. Industri yg penuh hasad.

    19

    0
  11. sara says:

    Kebanyakkan yg xboleh terima lawak ada artis yg dah tua.. Usia dah lanjut.. Walau nampak macho.. Cth H.I..
    Hahahahaha

    11

    2
  12. Anonymous says:

    kata2 nabil ada kebenarannya.
    buat la anugerah apa pun …tetap hambar.

    29

    0
  13. Anonymous says:

    yaaa, semua muka2 x puas hati..pesal camtuuuuuu

    8

    0
  14. Anonymous says:

    patutnya produser kasi kopi sebelum acara. baru ada semangat. bila pkl 11…muka2 retis mcm mak lampir.

    11

    0
  15. Blh cbe lg says:

    Tba2 brani speak out tu nk glaran dato la tu mcm afdin shauki.kn da dpt dato!!

    3

    2
  16. MerakSekampung says:

    ok kali ni aku sokong dengan nabil. tapi tu lah. dia pun kena lah support sesama artis jugak. jangan kecam sesama artis perli2 dekat twitter ye bang.

    7

    0
  17. mok cute says:

    btul tu nabil…selagi nama melayu…selagi tu ada PHD…melayu je sikap camni…

    3

    0
  18. Anonymous says:

    Ego…byk artis ego.
    Terasa penting..padahal???

    6

    1
  19. artis says:

    ko pon sama la monyet

    0

    5
  20. NoName says:

    Yang nie aku setuju.. Apa Nabil cakap luahan sebenar dia dari pada pengalaman dia juga.. Kalau nak diikutkan perkembangan, Nabil pun dah dikira lama dalam industri.. Banyak pengalaman yang dia lalui, takkan hanya disebabkan ngko senior orang sampai tak boleh tegur?? AGAK2LAH!!

    9

    0
  21. Anonymous says:

    tegur je nabil…
    jangan ingat taraf senior tu depa boleh sound sukati kat org
    nak tegur member tu superstar ke apa pegi la cakap depan2 bukan malukan member in public…kadang tak paham aku…Nampak macam close depa2 ni sume tapi sound derek…tu sume kawan2 ko kot…ke dengki tak dapat job?

    5

    1
  22. Dia plak yang over says:

    Kata dulang paku serpih…. Malas nak cakaplah. Haha.

    0

    1
  23. berkarat says:

    tolong bagi ayat tu kat bff kau Neloopak tu

    0

    0

Leave a Comment

Optional