Abang Nara masih ingat detik pertama kali Abang Nara membaca novel Lagenda Budak Setan. Menitis air mata ini menyelami penderitaan yang dialami oleh Kasyah. Memang sedih sangat-sangat. Hidup Kasyah seolah-olah tidak mengenal erti bahagia.

Sambungan kepada novel Lagenda Budak Setan ialah Katerina (Saga 3). Yang ini pun berjujuran juga air mata Abang Nara dibuatnya. Jadi apabila Abang Nara dapat jemputan untuk press preview Lagenda Budak Setan – Katerina baru-baru ini, Abang Nara rasa ragu-ragu nak pergi. Malu nak menangis dalam wayang.

Namun Abang Nara gagahkan juga diri kerana tidak mahu terlepas lakonan hebat Farid Kamil, Maya Karin dan Bront Palarae di dalam filem ini. Abang Nara memang dari dulu suka dengan lakonan Maya Karin. Masa Ombak Rindu dulu pun terkeluar setitis dua air mata melihat penderitaan yang dialami oleh Izzah lakonan Maya Karin.

Lagenda Budak Setan – Katerina kali ini mengisahkan percintaan yang kembali berputik di antara Kasyah dan Katerina. Mampukah percintaan mereka bertahan dengan begitu banyak sekali dugaan yang mendatang? Dugaan paling hebat sudah tentu Hisyam, lakonan Bront Palarae yang merupakan bekas kekasih Katerina.
Sedikit sinopsis Lagenda Budak Setan – Katerina untuk anda semua:-
Selepas kematian Ayu, Kasyah meneruskan kehidupan bersama anaknya Athirah. Walaupun telah kecewa, Katherina bertemu dengan Kasyah kembali dan mereka banyak meluangkan masa bersama. Percintaan mereka semakin mekar namun mereka terpaksa menempuhi pelbagai halangan daripada pihak ketiga. Dapatkah mereka terus bersama? Atau cinta mereka akan terhalang buat kali kedua?

Dan dengan muka tak malunya, Abang Nara mengakui yang air mata jantan Abang Nara jatuh jua melihat filem ini. Memang sedih sangat-sangat. Kehebatan lakonan Farid Kamil membuatkan Abang Nara turut terasa penderitaan yang dialaminya. Scene paling meninggalkan kesan pada Abang Nara ialah babak Kasyah dengan anaknya, Athirah di hospital Athirah. Memang meruntun jiwa.

Abang Nara juga turut rasa nak lempang Bront Palarae ketika press conference kerana bengang tahap gaban dengan wataknya sebagai Hisyam. Psiko gila-gila punya. Memang tahap meroyan mahukan cinta Katerina. Menjadi betul lakonan jahatnya. Respek!!!

Namun perkara yang paling penting bagi Abang Nara ialah filem Lagenda Budak Setan – Katerina kali ini betul-betul mengikut jalan cerita seperti di dalam novel. Peminat novel Ahadiat Akashah pasti tersenyum girang. Ahadiat Akashah sendiri pun sangat puas hati dengan adaptasi kali ini. Hampir 100% tepat.

Pengarah filem ini, Sharad Sharan berjaya memberikan sinematografi yang membuatkan Abang Nara kagum. Terlopong juga mulut Abang Nara melihat kecantikan babak-babak romantik yang diambil di Bhutan. Terasa nak bawak wife pergi honeymoon kat sana pulak. Memang indah sungguh.

Secara jujur, Abang Nara bagi 4.2 bintang daripada 5 untuk filem Lagenda Budak Setan – Katerina ini. Jalan cerita yang simple, sinematography yang cantik, lakonan yang mantap dan paling penting, keseluruhan cerita ini memang menikam jiwa. One of the best love movie yang Abang Nara pernah tonton.
Lagenda Budak Setan – Katerina akan mula ditayangkan di pawagam bermula 29 November ini. Kalau anda sukakan Ombak Rindu, inilah filem untuk anda. Kalau anda mat/minah jiwang , ini juga filem untuk anda. Kosongkan kalendar anda untuk menjadi mereka yang terawal mengikuti kisah percintaan Kasyah dan Katerina.

yeayyy tak pasal2 1st!!!
over la abg nara punya ulasan heww hewwwwwwrrr…naik geli bacaa hhahaah
jujur punya ulasan lah tu..takan abg nara nak bohong..nanti org boikot plak blog dia nie
nara ni terkenal kaki kipassss….biasa la tuu…tu pasal ulasan over..aku x suka ahadiat akasyah..kaya..tapi abai kan nafkah anak anak..reason dia dah miskin..issshh…lelaki camni ..tak payah di sokong ..geng aidil nii..
ada sape perasan tak pic kat atas skali cover depan novel tu muka mcm puteri sarah, serious sama
betul2. takleh blah ulasan dia. aku pulak rasa nak lempang abg nara..haha
Nara ni ye ye or je pernah baca novel Lagenda budak Setan! entah2 bile novel LBS ni difilemkan baru terhegeh2 g beli buku tu! skrg ramai yg hipokrit mcm tu!
watak Kasyah tu sepatutnya Beto Khusyairy yg bawa! FK x best!
beto khusyairy x hensem farid kamil.
lgpun kasyah tu di-portrayedkan as tinggi & cerah. beto? x sesuaii
alah citer adam dan hawa tu..dlm novel adam tu mix org putih tapi tukar jd drama aaron aziz yg pegang watak adam…aaron aziz x ada pun muka mix org putih, boleh jer pegang
“Lagenda Budak Setan – Katerina akan mula ditayangkan di pawagam bermula 29 September ini”.. Aik?? september? salah tarikh la abg nara…
aku rasa ko kena gi cuci mata ko lah…29 November tu..bila ntah 29 September..tk nmpk pun
shh ko ni bengong.. mesti la nara dah edit jd november.. aku sindri pon nampak september smlm
2nddddddddddddddddddddddd yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!!
eh tadi minah jambu macm 2nd kenape jadi 3rd pulak ni? bang naraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!
lov uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu faridddddddddddddddddd !! muah muah muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!
tahniah. dah g sane mintak biskut.
november lah…bukan september..
aku dah tak ingat pun cerita ni mcm mane..
mari kita hamil….www.marihamil.com
Mmg dah lama jatuh cinta ngan lakonan Maya Karin sejak Ombak Rindu!
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
kalo AA berlakon org kata tak da hero lain ker..RI…hmmmm…watak bangla sesuai kot dgn die haaahaaa
Bang Nara oi,skang ni da bulan bape.takkan September ag kot?
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
ko tak suka FK… aku tak suka maya karin…. pasti aku tak tgk cite ni mcm ombak rindu… meluat…cakap melayu pun pelat, ada hati nk jadi gadis kampung…. director mata buta kot?
dlu msa belajar mmg gila bc novel antara slh stu nevel ni la..cuma da x igt cerita dia mcm mana..huhu
x sbr nk tgk muvie nie
abg nara promote je lebih~~~~ dah terkene sblum nie.. usohla nara oii..
jgn percaye kate2 abg nara mempromote kan filem.. abg nara kena byar,bolehlaaaa..
aku orang je ke kat sini yg nak g tgok filem ni sbb ade lana nordin tetek tu ? … mmg dh lamer aku geram dgan minah tu … fap fap fap
ada lana nordin? wow! kena pergi ni, sambil tgk wayang boleh la fap fap fap
best ke novel budak setan ni?
Propa tak hingat abg Nara…hahaha..
eleh..ombak rindu citer ntah hape2..dahla lain dr novel…nk ubah pn agak2 ar..
bosan..klu part sambungan2 nie mesti dh xbest mcm yg 1st part, arapkan pemandangan cntik jew wat pe..sometime feels like dis akasha is syok sendirik jee~not goin to spend my money on this..seyesly sudahhhh..cukup2 sudahhhh
tak sabar nak tgk..walaupun tk penah baca novel….tpi tahu ahadiat akshah antara penulis novel terbaik…penah tgk LBS 1..not bad jugaklah..mmg tak leh lawan Ombak Rindu..kali ni mcm na agaknya LBS 2..blh kalahkan tak Ombak Rindu…penah tgk Ombak Rindu..tgk sekali jer…filem tu box office disbbkan ada Aaron Aziz dan kerana novel tersebut…soal kenpa Maya Karin…penerbit dan pengarah da sbb tersendiri..so kita tgk dulu sblm judge filem ni..lagipun sapa lagi heroin yg lbh layak…Maya pernah mng Pelakon Wanita Terbaik Asia Pasifik…kecewa sikit lah sbb Fazura tak berlakon dlm filem nie…
rasanya pemilihan maya xmencacaatkn watak kate… fazura xboleh la..dia genre emosi nmpk sgt dibuat2..mcm LBS1…bkn main meneran air mata. tp xnafikan fazura utk watak gedik2 mmg power…. watak kate ni kan penuh emosi. aku dh gk filem ni smalam. cara maya lontarkn dialog, gesture badan dia…she know how to be KATE~ :) sama mcm izzah…mula2 semua xsuka…lama2 meletop jgk. mmg nasib maya karin mcm tu kut. dulu2 mula2 jd pontianak pon org xbekenan..akhirnya smpai skang bila dgr nama pontianak msti tringat maya karin. hehe. beza fazura & maya…mgkin dr segi aura.. fazura…nmpak dia toooo ordinary people. tp maya dia boleh manipulate watak tu jd mcm2 dan sesuai dgn hero2 yg digandingkn. it yg aku nmpklah…
stuju, ngan akufazura. lagipun Katerina kan pan-asian, sesuai la dgn Maya Karin. Fazura bukan muke pan-asian, x sesuai jd Katerina.
walau aku dah kahwin beranak pinak…aku still suka jalan citer baik movie n drama dier….apapun hero dlm citer ne…Farid kamil yg paling sessuai dgn watak ne sbb dlm lagenda budak setan mood n feel farid kamil muda…nakal tu ada…sbb jalan citer asal budak laki yg nakal kat kolej dan berubah jadi baik n matang….
nara ni menggelabah la plak..
mungkin kalau pelakon die bukan farid kamil gigih gak la aku nak p panggung tengok cite neh…
FARID KAMIL!!!! WAAAA…BEZ…
Jiwang sungguh saudara nara ni.. tapi tak berani nak cakap lebih lebih gak la. kang meleleh jugak masa tengok siapa tau kan hehehe
fk
hensem farid…. tinggi…. puteh…. idong mancong …..ini lah ciri2 lelaki idaman minah jambu…lov u fariddddddddddddddd…
Menitik air mata la..berjujuran air mata la..
Kalau yang menulis artikel ni perempuan, boleh la nak faham. Tapi kalau lelaki baca novel gini pun nak berjurai air mata, oh please! Sumpah geli!
Nara..kot ye pun nak explain kesedihan bagai tu, tak yah la sampai gebang kata berlinang air mata segala. Nampak benar propa.
Dari nak tengok, terus tak jadi.
Ko ni mcm bapok la Nara, statement mcm nak mintak penampar je sbb menitis air mata bagai. Damn!!!!
bersama menyokong filem Malaysia! ;D
emmm ingt kan fazura jugak,..sbb yg first fazura jd kate,…huhu,..rindu tgk fazura blakon,..
pukimak punye jantan
hidup aku lagi sedih. ujung bulan duit kering tunggu duit gaji masuk. ko tak simpati ke nara?
artis islam malaysia skrg ni,bukan main lagi belakon adegan peluk-peluk,rapat-rapat dan hampir kissing2.nak jd artis omputih kafir ke?
Gbr 2nd last tuh, cam tgn tuan director pegang maya nyer tut…
agak2 la IZZAH oi…tu dlm gambar rupanya mcm gitu…tapi sebenarnya jauh lagi lah nak capai tut tu…x terpegang nyer ponnnn….