Written by AbangNara | June 23rd, 2014

Masihkah anda ingat lagi mengenai kisah kejayaan Hidayah Hassan dengan jenama kasut CIPELA yang pernah Abang Nara kongsikan satu ketika dahulu? Kasut-kasut CIPELA memang cantik-cantik dan menawan hati. Kalau selama ini hanya boleh dibeli secara ‘online’, kini CIPELA boleh didapati di ISetan KLCC bermula 20 Jun yang lalu. Inilah peluang anda untuk memegang, mencuba dan merasai sendiri betapa berkualitinya kasut ciptaan anak tempatan kita.

cipela shoes

Promosi sehingga 3 Julai ini akan memberikan diskaun sebanyak 50% kepada para pembeli kasut CIPELA. Selepas itu bermula pada 4 Julai, kasut untuk koleksi Hari Raya akan mula dijual dengan diskaun 10% dan tambahan 10% lagi buat ahli ISetan. Jadi jumlah diskaun yang boleh diterima ialah 20%. Confirm anda akan lebih cantik bergaya di pagi Syawal dengan kasut CIPELA ini. Abang Nara berani jamin 100%.

cipela

Selain itu kalau korang nak cari baju raya (lelaki dan wanita), jangan lupa untuk ke HiDY Store di Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati. Minggu lalu HiDY dah buat diskaun sebanyak 30% untuk koleksi mereka. Rasanya boleh dapat lagi diskaun tersebut kalau anda pergi sekarang. Cakap je dapat informasi daripada BeautifulNara. Pasti akan dapat harga murah punya.

cipela shoes

Kalau nak kepastian mengenai harga, stok dan tawaran yang ada, boleh Whatsapp ke 013380 1338. Mereka akan melayan anda sebaik mungkin. Kalau nak tengok koleksi kasut, boleh ke Instagram Cipela Shoes. Nak tengok baju raya pulak, boleh ushar di Instagram HiDY Collection. Selamat membeli-belah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to Kasut CIPELA Sudah Mula Dijual Di ISetan KLCC

  1. puikkk says:

    korangg…. sape tawu psal lazada.com? aku nk beli mak aku hp kt lazada…tp takut kene tipu la..brg tak smpi ke rosak ke ape kn…..aduh..cmne ea? aku tak pnh bli ape2 brg kt lazada sblm ni..google tgk,,xde plk kate lazada ni penipu, tp yg testimoni tu base on barang die beli dgn COD. tp hp xde COD la kt lazada… cmne ea? apesal murah benar ea hp2 kt lazada tu?

    0

    0
    • nak makan nasi goreng says:

      kalau you berani ambik risiko you beli lah. Kalau i.. i pergi beli kat kedai handphone yang original jer. Mahal sikit pun tak pe lah..asalkan ori.

      0

      0
    • Anonymous says:

      aku pnah bli brg kt lazada tp brg murah ja la. b4 bli tu survey gak kat internet pengalaman org lain beli cemana suma, supplier tu nama apa, brg dapat ok ke xok, mcm tu la.
      then amik keputusan bli n alhamdulilah ok ja brg n penghantaran dia.
      tp tu la kalu brg mahal cam hp better bli kt kedai hp kan sbb bleh belek kelebek.
      tp klu brg tu ada tulis fulfilled by lazada ok kot.
      gud luck.

      0

      0
    • mehanna says:

      kawan sy ada beli hp Samsung kat Lazada masa tu ada offer. Ok je. Brg sampai dengan elok n condition phone pun okey. So far, Lazada pny brg xde masalah.

      0

      0
    • selalu je beli..ok jer says:

      aku selalu jugak beli..dah 6-7 mesin jahit aku beli (untuk aku dan beberapa org lain yg berkenan tgk mesin jahit aku tu)..semua ok, sampai dgn selamat dan tak pernah rosak lagi alhamdulillah..then aku beli 4 tablet..2 yg mahal, 2 lagi murah2 je untuk anak2 aku..ada satu tablet yg murah ni cepat hang (brand AMPE color merah, rupa cantik tapi mcm hawau), tapi yg satu lagi tu ok sokmo (color hitam, brand UTOO kalau tak silap)..so, aku beli satu lagi tablet UTOO kaler hitam tu utk gantikan yg merah..Then aku beli byk gadgets la kat Lazada..beli lebih 20 kali kot..ok aje so far..cuma tablet AMPE tu je ko jgn beli..memang stock humban ke laut je tu..

      0

      0
    • minah jambu merah biru pasti gerek says:

      tk cantek la kasot2 ni tk bekenan minah jambu ! minah jambu rengkas pakai konves je kalau nk gi mana2 lagiiiiiiiiiiii hepening !

      0

      0
  2. anon says:

    Tahniah Hidayah Hasan, we R proud of U….

    0

    0
  3. Senduk Beracun says:

    CIPELA? Tambah “T” dah jadik CIPET LA!!!

    0

    0
  4. maria says:

    tahniah..aku support sebab produk melayu muslim

    0

    0