Karnival Pengantin Kuala Lumpur 2010

Hiburan

Karnival Pengantin Kuala Lumpur 2010

Alhamdulillah… setelah beberapa bulan bertungkus-lumus menjayakan laman web SetelKahwin, kami kini telah menjadi rakan kongsi utama (main official partner) untuk Orange Vision Resources sempena menjayakan Karnival Pengantin KL 2010.

karnival pengantin

Advertisement

Buat makluman semua, pada 30hb Julai – 1 Ogos 2010 (hari Sabtu & Ahad), suatu Karnival Pengantin akan diadakan bertempat di Kompleks Membeli Belah AEON AU2, Taman Setiawangsa. Karnival yang dianjurkan oleh Orange Vision Resources ini akan mengumpulkan sejumlah ‘vendor-vendor’ perkahwinan yang berpengalaman di dalam bidang mereka dan akan dihadiri oleh kebanyakan bakal-bakal pengantin yang sentiasa tercari-cari penjimatan dalam melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Untuk memikat hati pengunjung, pelbagai diskaun-diskaun premium yang menarik akan ditawarkan untuk mana-mana tempahan yang dilakukan pada 2 hari tersebut.

Pameran pengantin ini adalah merupakan acara yang bagus untuk menarik perhatian orang ramai menerusi promosi-promosi yang berpatutan. Selain itu, ianya juga merupakan cara terbaik untuk mempromosi khidmat-khidmat yang disediakan oleh penyedia khidmat perkahwinan. Dengan diskaun-diskaun serta pakej istimewa yang ditawarkan pada hari tersebut, ianya akan memikat lebih ramai pengunjung ke karnival tersebut bagi merebut pelbagai peluang yang ada kerana ia akan memberi mereka lebih penjimatan.

Untuk pengetahuan semua, kompleks membeli belah AEON AU2 terletak di kawasan yang sangat strategik dan berdekatan dengan Wangsa Maju, Keramat dan Ulu Kelang. Karnival pengantin ini akan bertempat di Ground Floor kompleks tersebut, berdekatan dengan KFC dan Canyon Black Coffee. Kawasan yang luas ini akan menempatkan sekitar 30 ‘booth’ pempamer. Antara pihak-pihak yang terlibat dalam karnival ini ialah mereka yang berpengalaman dalam perancangan perkahwinan, fotografi/videografi, katering dan kad jemputan kahwin.

jusco aeon au2

Karnival pengantin ini sudah tentunya akan memberi faedah yang besar kepada penyedia khidmat perkahwinan dan bakal-bakal pengantin. Secara tidak langsung, diskaun-diskaun dan hadiah-hadiah yang ditawarkan akan menarik lebih ramai bakal pengantin untuk mendapatkan khidmat penyedia perkahwinan yang bersesuaian dengan mereka.

Apa yang menyeronokkan ialah karnival ini akan lebih dimeriahkan dengan acara-acara menarik seperti Demonstrasi Solekan Pengantin, Perarakan Pengantin, Majlis Tepung Tawar, Cabutan Bertuah, Demonstrasi Gubahan Bunga dan Pertunjukan Busana Pengantin. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan tandakan 30hb dan 1 Ogos di dalam kalendar anda supaya anda tidak akan terlepas peluang untuk menghadiri acara yang bakal meletup ini…!

Terima Kasih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...