Karnival Menarik Sempena Pelancaran Little Red Cube

Hiburan

Karnival Menarik Sempena Pelancaran Little Red Cube

Wah ~~ Abang Nara tengah berada di dalam keadaan teruja sekarang ini. Bukan apa, esok (5 Jun 2013) akan berlangsung majlis pelancaran kompleks membeli belah Little Red Cube (LRC). Dengan luas sebesar 4.2 ekar, kedudukan LRC sangat strategik iaitu di Puteri Harbour, Nusajaya, Johor.little red cube

Apa yang membuatkan Abang Nara teruja ialah kewujudan taman tema di dalam Little Red Cube ini. Ada taman tema Hello Kitty Town, Little Big Club dan LAT’s Place. Bayangkan betapa seronoknya satu keluarga datang berjalan-jalan ke LRC dan melihat kecomelan Hello Kitty di dalam taman temanya. Confirm seronok gila kan?

Advertisement

 

little red cube

Sempena dengan pelancaran mereka, Little Red Club akan mengadakan satu karnival untuk meraikan pengunjung-pengunjung terawalnya. Karnival ini akan bermula daripada 5 Jun sehingga 23 Jun. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti treasure hunt, lukisan karikatur, sumo dan lain-lain. Kesemua aktiviti sesuai untuk dilakukan oleh seisi keluarga tanpa mengira umur.

little red cube

Niat di hati memang Abang Nara nak angkut anak bini untuk menyaksikan sendiri perasmian Little Red Cube ini. Boleh cuba tidur di The Traders Hotel Puteri Harbour yang dibina di atas LRC. Lepas penat bermain di theme park, boleh balik hotel dan tidur terus. Macam menarik kan? Kena tunggu anak Abang Nara besar sikitlah nampak gayanya.

little red cube

Suatu hari nanti, pasti Abang Nara sekeluarga akan menjejakkan kaki ke Little Red Cube. Korang pun kalau terasa nak pergi, bolehlah lawati Facebook Little Red Cube atau layari laman web Little Red Cube untuk mendapatkan informasi lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...