Written by Bella | July 28th, 2016

Hari Khamis minggu lepas, pelakon Yana Samsudin telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki sulungya di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC) Subang Jaya, Selangor.

Yana melahirkan bayi seberat 3.37 kilogram melalui kaedah pembedahan pada jam 7.01 pagi.

Berbicara mengenai detik kelahiran anaknya, Yana akui teruja dan tidak percaya bahawa beliau kini sudah bergelar seorang ibu. Yana juga sempat berkongsi pengalaman beliau ketika bersalin.

Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan dengan lancar. Kami masing-masing teruja dan seakan tidak percaya kerana telah bergelar ayah dan ibu sehingga menitik air mata kerana terlalu gembira dengan anugerah Allah ini.

Walaupun, saya terpaksa menahan sakit selama 16 jam sebelum selamat melahirkan secara pembedahan. Apapun, kami sangat bersyukur dan lega kerana segalanya selamat dan bayi juga dalam keadaan sihat.

Sebenarnya suami Yana iaitu Fadzil Zahari berkongsi berita gembira tersebut lima hari selepas anak mereka dilahirkan.Jelas Yana, mereka terlambat untuk mengumumkan berita berkenaan kerana agak kelam-kabut dan sibuk ketika hari anak mereka dilahirkan ke dunia.

Keadaan pada masa itu (saat melahirkan) sangat kelam-kabut malah tarikh sebenar saya sepatutnya melahirkan bayi pada 25 Julai lalu. Disebabkan ini pengalaman pertama kami menyambut anak, jadi suami agak kekok dan sedikit huru-hara menguruskan saya dan kelengkapan hospital.

Selepas semua selesai dan saya serta anak dibenarkan pulang ke rumah, barulah suami ada masa untuk berkongsi berita gembira bersama peminat. Bukannya kami mahu buat kejutan tetapi masa tidak mengizinkan pada waktu itu.

Buat masa ini, Yana dan Fadzil belum memustukan nama yang sesuai untuk anak lelaki mereka dan berjanji akan mengumumkannya kepada peminat bila tiba masanya nanti.

Sumber Berita : Kosmo!

24 responses to Kami Teruja Dan Seakan Tidak Percaya Kerana Telah Bergelar Ayah Dan Ibu – Yana Samsudin

  1. kobis bunga says:

    Alhamdulillah, tahniah… suke yana n suami.. low profail

    0

    0
    • Kinah says:

      Suka diorg gak. Tapi yana ni aku prasan dari dulu lagi cam takde aura artis lah.
      Kau bleh jumpa muka2/style2 camni kat mana2 je..
      Bukan mengutuk ya, hanya mengatakan yg benar..
      Anyway yana pun dah tak belakon kan..?

      0

      0
    • kentut buih coca cola dan panadol says:

      tahniah yana n family…
      sebab tulah ibu perlu disayangi …dah sakit melahirkan kite

      0

      0
    • Mat Ronggeng says:

      Alhamdulillah & tahniah keatas suami & isteri…. bagi nama yang elok elok… dalam islam itu adalah HAK seorang anak keatas ibu dan bapanya. Jangan terlalu expose anak dalam social media OK….

      0

      0
  2. hai says:

    tahniah !!!

    0

    0
  3. sentap says:

    anak 1st mmg la teruja…sumer org camtu..tggu la yg 2nd…3rd…dah biasa…riuh rendah ti

    0

    0
    • Anonymous says:

      tapi kakak sya tiap kali tunggu baby baru, dia excited. kami adi bradik pn xsabar tunggu baby baru keluar. hehe

      0

      0
  4. Anonymous says:

    Nape orang sekarang beranak mesti operation eh

    0

    0
    • Anonymous says:

      sebab teknologi sekarang tak macam dulu..kalu orang dulu2 takutnya dengar operation chance tuk selamat 70-30 je..sekarang ni operation dah jadi benda normal dah..lagipun diorang ni artis mestila pegi private..kalu hospital kerajaan selagi xde problem teruk ko teran je la

      0

      0
      • kiki says:

        mmg sbb tu nk deliver kerajaan sbb kjaan selago boleh akan suruh teran, klau private czer sbb dok nak cepat dan duit

        0

        0
      • kentut buih coca cola dan panadol says:

        kalau boleh normal ajelah… itu lebih baik… czer ni… takut pulak tgk

        0

        0
    • Anonymous says:

      tulah, manyak artis manja2 gitew malah berduit. cer ikut scha, pinggang ramping sesangat tapi ok je beranak normal.

      0

      0
  5. anon says:

    Seribu kali lbh baik operate kalau mampu. Atleast yg kat bawah tu taklah rosak or kendur sb anak keluar kut atas. Kalau tak, kene gunting & nak heal pun bknnya sekejap, lama jgk. Dah lah terseksa setiap kali pergi toilet, yelah 7,8 kali jgk kan sehari. Lbh2 lagi kalau sembelit…terseksanya lah.

    0

    0
    • Anonymous says:

      ada pro & con..kalu kuar ikut pintu ni leceh nak mjaga tp senang baik kalu kuar ikut tingkap ni kalu xbetul jaga susah nak baik sebab ada 2 lapisan..tgk yg luar mungkin baik tp yg dalam kita xtau..pengalaman aku baby blh kuar normal tapi azabnya nk kuar so minta doc czer tp doc pn xnak sebab risiko lg tinggi bila baby dh kt bawah nk czer kena trk atas balik blh pecah saluran buang air..so kalu blh normal jgn le ngengada nk czer plak..lgpn doc lg suruh normal so mestila lebih baiknya dr buruknya

      0

      0
      • Anonymous says:

        suami saya seorang Medical Officer, , masa beranak 1st baby dulu dia banyak kali pesan kat saya mintak tolong kuat utk beranak normal please, jgn sesekali plan nak cser unless kalau betul2 ada komplikasi dan tak boleh buat apa2 dah. bila saya tanya kenapa ek u dok remind i… dia jawab “panjang citernyer… dan i cuma nak u tau tak ada doktor yg nak beranak cser atau nak isteri diaorg beranak cser”

        0

        0
    • Anonymous says:

      U anon. Penah beranak operate ke? Penah beranak normal? Or penah beranak pun? Beranak operate bergnda jauh xbgs n pyh dr segi long term. Klu normal jaga elok2 ms pntang insya Allah akn cpt baik. Klu klu perut potong. Lm sgt nak healnye. Bertahun2 msh rs bisa.

      0

      0
      • mendouza hangat says:

        kesan jangka masa panjang…dy xleh angkat benda berat,..makan pun kena pantang kalo operate ni..sy thu sbb sy pnh tgok org operate kta beranak..kesannya..hurmmm

        0

        0
    • kutu says:

      orang bersalin normal lagi senang dan cepat pulih (ni pengalaman sendiri ya.3x bersalin)
      orang bersalin czer ni lagi susah nk jaga..dah tu tak boleh beranak ramai2 sbb perut dah kena belah..tp semuanya ikut badan masing2 dan ikut keizinan dari Allah.

      0

      0
  6. nok gebuzzz says:

    tapi lebih baik normal dari czer,sbb normal cepat baik kalau jaga btol2,czer pulak sakitnyer 2-3 hari tu x hilang..pengalam org yg bersalin czer la yg cite..
    lagipon skrang dah moden x payah takot sembelit sbb ada ubat lancarkan pembuangan..

    0

    0
  7. mengharap says:

    Alhamdulillah..semoga diriku menyusul,aamiin

    0

    0
  8. Pikir dgn matang says:

    Sbenarnye..zaman skrg lbih byk operate bkn sbb saje2 suka pilih..klu tanye smua org nak normal…wlupun sakit tp snang nak jaga…kbnykan kena operate sbb doktor xmau amek risiko…klu dlu bila ibu slagi bole push…doktor akan tnggu..tp skrg bila tgok keadaan bayi yg da aktif nak kuar tp x ade jalan…doktor terpaksa amek kputusan utk operate…jika doktor cube usaha utk ibu bersalin normal gak…risiko pd bayi takot lemas dlm perot…ibu juga akan berisiko nnt..jd paham2 la…bkn wanita saje2 nak kena bedah…lg pulak mau menolak pengalaman sakit melahirkan anak…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Unquestionably imagine that which you stated.
    Your favorite reason appeared to be at the internet the easiest factor to consider of.
    I say to you, I certainly get annoyed at the same time as other people think
    about worries that they plainly do not know about.
    You managed to hit the nail upon the highest and defined out the whole thing with no
    need side-effects , folks can take a signal.
    Will likely be again to get more. Thank you

    0

    0