Written by Bella | January 27th, 2016

Selepas lima tahun menyulam cinta, akhirnya pasangan Bella Dally dan Nazim Othman akhirnya mengikat tali pertunangan pada 14 November 2015.

Bella menerusi Harian Metro sempat berkongsi saat Nazim melamar beliau ketika hari terakhir di lokasi penggambaran drama Aku Balqis.

Malam itu adalah babak terakhir membabitkan saya, tetapi saya pelik kerana Nazim masih berada di lokasi. Ini kerana kebiasaannya dia akan balik ke hotel penginapan jika babaknya sudah tamat. Selain itu, dia juga muncul dengan berpakaian kemas. Sikapnya itu menimbulkan tanda tanya, tetapi saya masih tidak tahu perancangan di sebaliknya.

Kemudian saya lihat beberapa kru memegang telefon bimbit. Terdetik di hati mengatakan dia mahu melamar saya dan meminta kru terbabit merakamkannya. Ternyata gerak hati saya betul apabila selepas itu dia mengeluarkan cincin dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya.

Jelas Bella, sejujurnya mereka berdua ada terfikir akan soal berkahwin sebelum ini tetapi tidak pernah berbincang akan perkara berkenaan dengan lebih serius. Malah, pada waktu itu kedua-duanya masih muda dan belum bersedia untuk melangkah ke fasa yang seterusnya dalam perhubungan mereka.

Pasangan ini juga pernah putus cinta tetapi sikap mereka yang semakin matang dalam percintaan selain masih ada rasa sayang dan cinta menyatukan kembali Bella dan Nazim.

Tempoh kami putus tidak lama. Malah, sepanjang tempoh itu, kami masih berkomunikasi. Namun, disebabkan masih ada perasaan cinta dan sayang, kami kembali bersama. Itu yang dikatakan jodoh. Saya percaya ini semua sudah tertulis dan ditetapkan Allah. Kiranya, keputusan berkahwin adalah pilihan terbaik buat kami.

Menyifatkan Nazim seorang lelaki yang jujur dan tegas, Bella berharap Nazim dapat menjaga dan terus menyayanginya sehingga akhir hayat.

Buat masa ini mereka masih sibuk menguruskan persiapan perkahwinan dan hanya akan mengumumkan tarikh pernikahan selepas segala hal berkaitan majlis sehari mereka selesai.

Sumber Berita: Harian Metro

18 responses to Kami Sudah Lama Fikirkan Soal Kahwin – Bella Dally

  1. kutu says:

    suka tengok couple ni..
    relex je tak heboh2..
    sebelum ni wartawan takde tanya pasal isu bertunang jd diorang pon tak de nak canang2..bila di tanya baru la nk cerita.

    semoga berkekalan hendaknya.

    0

    0
  2. MEL says:

    hope both of you will kekal sampai jannah, just that kesal dengar Nazim jawab dalam Melodi. Bunyi Bella ni yg beriya2 nak kahwin dgn Nadzim. I seriousely masa tgk Melodi annoyed dgn Nadzim’s reaction and reply. Tak jaga lansung air muka Bella.

    But u guys are getting married, hope Nadzim be careful with what u are saying in the future.

    0

    0
    • bie says:

      tak ada lah, cara nazim cakap betul, 5 years back, she was 20, naive and in love. of course fikir nak kawin je once dah ada boyfriend. any normal girl could think like that.

      nazim jelas kan yg he knows herself well enough when she is ready to get married. dan haruslah dia kenal diri dia sendiri bila dia ready nak jadi ketua keluarga juga :)

      just my two cents

      0

      0
  3. enote says:

    “Lepas tu lama jugak kami fikir bila agaknya akan bercerai…..” Jeng Jeng Jeng…..amin

    0

    0
  4. jomtdo says:

    dh selamat tunang pun….next

    0

    0
  5. julie hana says:

    Jes curios…mcm tk percays Nazim nk bertunang n kawin..msa sma2 dlm airline dulu..he was not straight…he was gay..n i strongly believed dat he is still gay..
    Sekian

    0

    0
    • Anonymous says:

      mungkin dia dah berubah. mana tau..kuasa cinta. dia dah kembali ke pangkal jalan mungkin. doakan yg baik2 saja. lgpun suka tngk couple ni. x over menunjuk2..sekian jg.

      0

      0
  6. ilya says:

    kalau btul ape ko ckp ni…hrp2 dia brubah la…mmg ramai llaki gay tp kawen sbb nak zuriat n pilih pompuan baik2 plak tu..

    0

    0
  7. kaklongkeypohchiiii says:

    hmmmm… ape cerita ni Budget 2016 ke bubar… siapa sokong najib ni?

    0

    0
  8. Puteri Jelita Rupawan says:

    asal hensem je tuduh gay…perempuan cantik korang xde plak tuduh les…

    0

    0
  9. bubble gum says:

    smg dpermudahkan segalanya for both of u….

    0

    0
  10. m nasir says:

    Kenapa tgn perempuan ni mcm tgn lelaki

    0

    0
  11. kak yam pong tent says:

    HAHA.

    Mamat kelempok ni bukan gay ke? Baguslah kalau berubah ye. Tayah lah nak deny, its so obvious in the gay community.

    Nevertheless, harap bukan kahwin sbb nk cover line. or gunakan wanita ni, kesian.

    0

    0