Kami Memang Pernah Bersama – Neelofa

Hiburan

Kami Memang Pernah Bersama – Neelofa

Teka teki mengenai status hubungan Neelofa dan Fattah Amin akhirnya terjawab apabila wanita itu mengakui pernah bersama Fattah sejak minggu pertama mereka digandingkan didalam drama Suri Hati Mr Pilot.

Advertisement

Neelofa mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara berkenaan kerana ingin membidas kata-kata negatif yang mengatakan mereka berdua hanya mengada-adakan cerita dan tidak mahu ada lagi salah faham yang timbul.

Sejak minggu pertama kami berlakon drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP) lagi, memang kami pernah bersama. Kami juga sedar peminat harapkan jawapan pasti. Cuma dalam hal ini kami kena berhati-hati. Kami tak mahu menyakitkan hati banyak pihak.

Kami mahu berlaku adil kepada semua supaya tidak wujud salah faham dalam perkara begini. Memang dari awal minggu ketika penggambaran SHMP, kami memang pernah bersama. Cuma, situasi kami amat berbeza dengan pasangan lain. Kami berada dalam industri yang membabitkan media, peminat, orang ramai dan mereka yang tidak mengenali kami.  Kami kini memilih untuk berterus-terang kerana wujud cakap-cakap mengatakan semua hanya gimik, permainan dan seperti wujud penipuan.

Neelofa harap apa pun yang terjadi antara mereka,  beliau ingin terus bersikap profesional dengan Fattah. Pada masa yang sama, Neelofa turut menafikan Fattah menggunakan namanya untuk mempromosikan single Wanita Terakhir. Sebenarnya, Neelofa dari awal lagi sudah tahu lagu itu ditujukan buat dirinya dan beliau ada didalam studio ketika Fattah merakamkan lagu tersebut.

Dalam pada itu, Fattah juga turut menjelaskan kemesraan dipaparkan bersama Neelofa selama ini bukanlah  bersifat palsu dan memancing peminat.

Kemesraan yang anda nampak sebelum ini adalah benar. Ia bukan harapan palsu kepada peminat. Lagu saya nyanyikan pun memang untuk dia (Neelofa).  Cuma apabila kami terus berdiam, macam-macam cerita negatif pula timbul. Saya bukan hanya kasihankan diri sendiri dan Neelofa, tetapi juga peminat yang betul-betul menyokong perjalanan kami.

Dengan segala pendedahan ini, Fattah harap tiada lagi pihak yang mengkritik mereka dengan cara tidak elok dan meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk hubungannya bersama Neelofa.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...